Anda di halaman 1dari 8

(Skrip majlis pertunangan pihak lelaki)

Tanda kita dah tua, selain orang panggil kita pakcik dan suruh ulang cakap sebab
tak beberapa nak dengar, tanda lain kita dah tua adalah bila ahli kelurga lantik
korang jadi juru runding majlis pertunangan. Ha ha!

Mudahkan hidup korang, siapa-siapa yang jadi bidan terjun macam aku, boleh
guna skrip yang aku karangi ini. Aku share secara percuma, tapi nak beli buku aku
dan jadikan hantaran pun boleh juga, Woha!

(((Skrip dan adab majlis pertunangan bagi pihak lelaki.)))

1. Pakai baju biar beradab, baju melayu bersampin pun boleh, pakai baju batik
bersongkokpun boleh. Waktu sampai rumah perempuan, juru pantun elok pegang
hantaran cincin dan mengetuai rombongan perjalanan, nak berselawat pun boleh.
Bidaah hasanah jika ikhlas dibuat tetap dapat pahala.

2. Sampai sana, bersalaman dan tentu mereka jemput masuk, korang pun duduklah
tempat yang dah disediakan.

3. Tuan rumah akan mulakan majlis, mereka mungkin akan bertanya tujuan datang
dalam bentuk pantun, atau kata-kata puitis, bila mereka izinkan pihak lelaki
bercakap, mulakan dengan ucapan pembukaan seperti:

“Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, terima kasih kepada seisi tuan


rumah kerana sudi menyambut kedatangan kami dengan:

Hati Yang Terbuka, Dada Yang Lapang,

Wajah Yang Ceria, Kedatangan Di Raikan.

Alhamdulillah, Syukur pada Allah atas segala nikmat, dapat kita berkumpul di
majlis yang penuh berkat, amin.”

4. Dah habis mukadimah, Boleh mulakan dengan pantun pembuka:

“Dari Terengganu Ke Pantai Barat,

Hendak Menangkap Sekawan Ikan,

Kami Datang Membawa Hajat,


Hendak Menyunting Bunga Di Taman.”

5. Lepas tu taaruf (kenalkan diri):

“Sebelum itu elok saya perkenalkan diri, Saya Muhammad Hamka driver
keretamayat mewakili yang dihormati abang ipar saya encik A dan kekanda yang
saya cintai Puan B bagi pihak anak saudara saya yang bernama (masukan nama
pengantin lelaki)

Al kisahnya sejak beberapa purnama yang lalu, kekanda saya yang dicintai
mengadu bahawa si anak terunanya sedang mabuk dilanda angau asmara, makan
tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah dan dalam mimpi mengigau ngigau
menyebut nama (masukan nama pengantin perempuan)

Jadi tujuan besar kami datang adalah untuk menyambung ikatan silaturahim antara
dua keluarga. Lagipun adalah Sunnah nabi, bertanya dahulu- adakah (masukan
nama pengantin perempuan) sudah berpunya? Jika belum berpunya saya secara
rasmi bagi pihak tuan badan ingin masuk meminang, insyaAllah…”

6. Begitu lebih kurang takruf dan mukadimah pertunangan, bila pihak perempuan
jawab, dan kita anggap mereka sudah terima, maka boleh sediakan pantun terima:

"Buah kelapa pohonnya condong, baru sekarang hendak berbuah

Sudah lama niat kami kandung, baru sekarang dizinkan Allah."

7. Lepas tu boleh cerita tentang tanda pertunangan.

“Alhamdulillah, pihak kami sangat bersyukur atas penerimaan pihak tuan rumah,
maka pertunangan sudah tentu ada tanda-tandanya,

(sambil hulur cincin, boleh hulur sembahan sirih dengan pantun di bawah)

“Setapak sirih, tanda hati bersih, Seulang pinang, tanda hati sayang

Secalit kapur, tanda hati jujur, sebentuk cincin, tanda pertunangan”

8. Waktu ini biasanya cincin akan di serahkan kepada pihak perempuan belah sana,
bila pihak mereka dah terima cincin, boleh sambung skrip:
“Alhamdulillah, Pinangan sudah diterima, cincin tanda pinangan juga sudah di
terima, maka sudah menjadi adat, setiap pertunangan ada syarat-syaratnya, jadi
kami pihak lelaki nak bertanya tiga soalan.

Bila dimana tempat berhajat

Berapa nilai, hantaran bersyarat?

9. Waktu ini perbualan mungkin akan menjadi tidak formal sebab tak tahu nak
bincang mana dulu? Hantaran ke? Maskahwin ke? Tarikh kahwin bila? Tempat di
mana? Jadi waktu ini follow jer tuan rumah nak bincang mana dulu, jika tuan
rumah banyak diam, boleh pihak lelaki bagi tarikh cadangan dan tempat majlis
bagi pihak lelaki, lepas tu bincang tentang hantaran, waktu itu mungkin dah tak
perlu pantun pantun, follow jer the flow. Sembang santai sahaja. Yang penting:-

10. Pastikan jumlah hantaran(belanja hangus untuk majlis kenduri) dan


maskahwin(khas untuk siteri) di sebut jelas dan Tarikh majlis bagi pihak lelaki dan
perempuan juga di sebut jelas, jika tidak jelas, boleh sebut tempoh pertunangan
dengan jelas.

11. Bab Mahar dan hantaran tu, ada tempat yang gabung sekaligus hantaran dan
maskahwin, jadi follow jer the flow. jika tak de idea boleh minta ibu bapa
pengantin tambah pendapat dan suara masing masing, bagi peluang orang tua-tua
bercakap sama.

12. Hujung majlis boleh serahkan beberapa dulang hantaran iringan sebagai hadiah
sampingan. Atau majlis sarung cincin dari ibu pengantin lelaki ke jari bakal
pengantin perempuan.

13. Ada jugak kes, meraka ajak bincang bab pertunangan separuh jalan, skripnya
lebih kurang:

“Sesunggunya jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Sekiranya putus pertunangan


atau jodohnya tidak kesampaian, semoga tali persaudaraan tetap kita kekalkan.
Untuk itu tiada dakwa-dakwi. Segala apa yang diberi dan diterima, diberi dan
diterima dengan ikhlas. Namun begitu marilah kita berdoa agar niat murni kita
diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga jodohnya kekal selamanya”
14. Ok begitulah lebih kurang skrip, awal awal jer nak ikut skrip, bila dah lajak
jalan berbahasa, korang akan selesa sendiri, jika pihak sana banyak berpantun ni
ada beberapa stok pantun untuk di jual beli:

Negeri Terengganu di tepi pantai,

Tempat mandi ikan tembakul,

Yang kita hajat sudah tercapai,

Yang kita doakan sudah terkabul.

Lagi pantun:

Negeri tuan sungguh indah,

Semua cantik tidak terperi,

Kalau ada silap dan salah,

Jangan disimpan di dalam hati

Nak lagi pantun?

Tanam mayat jauh ke tengah,

Batu nisan bercabang dua,

Hancur mayat dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang jua.

Woha!

15. Jadi begitulah lebih kurang adat dan adab dalam majlis merisik dan bertunang,
bagi pihak Clever Girl, hantaran tu jangan tinggi sangat, sebab ada hadis bagitahu,
wanita mulia apabila cepat kahwin, cepat beranak dan murah mas kahwinnya.

16. Pertunangan itu Sunnah, dan Sunnahnya jangan lama sangat bertunang, tunang
tanda ikat sementara kerana pihak Boboboy ada urusan yang perlu diselesaikan
maka dalam tempoh bertunang tak bolehlah orang lain nak rampas.
17. Dah bertunang juga bukan tiket untuk bebas bercouple, hukum haram tetap
sama macam belum bertunang, jadi jangan hampiri zina.

18. Masa bertunang banyakkan belajar urusan rumah tangga terutama bab bab
agama, sebab perkahwinan ni kita nak bawa sampai ke syurga.

19. Bagi yang belum bertunang, jangan bimbang, teruskan doa dan usaha, yakinlah
bahawa Jodoh akan datang pada kita seperti mana maut akan datang pada kita,
yang mana jika tunggu punya tunggu tapi jodoh tak datang-datang maka berkahwin
lah kita dengan maut.Tapi jangan bimbang, walau belum bertunang, dan andai kata
kita mati dalam keadaan beriman, jodoh kita tetap setia menanti di syurga, tapi jika
kita mati tak beriman, maka membujang lah kita dalam neraka, walau di dunia
punyai banyak kekasih!
Cara merisik dan bertunang:

1. Minta izin dari tuan rumah untuk mulakan majlis, dah dapat izin, Mulakan
majlis dengan bismillah, solawat, dan doa ilham dan lain-lain. Jangan baca lama
sangat, sekitar seminit dua sahaja. Nak ambik berkat dari firman Allah agar majlis
mendapat Rahmat.

2. Dah kumat kamit membaca perkara di atas yang baca perlahan tapi orang dengar
maka mulakanlah salam kepada semua orang penting, terutama Ibu bapa
perempuan, ucapkan juga terima kasih kerana sudi terima kedatangan kami dan
sedikit taaruf tentang siapa anda, dalam kes aku, bapak saudaralah.

3. Kenalkan ibu bapa pihak lelaki kepada semua hadirin

4. Lepas tu bagi tahu tujuan datang, iaiatu nak memetik bunga di taman, nak
perpantun ke nak bersyair ke lantaklah, penting sebut nama anak perempuan tu,
karang tersilap pinang, orang lain pulak yang kena kahwin.

5. Contoh ayat “Sebenarnya semua dah tahu akan maksud kedatangan kami.,
almaklumlah kedua pihak telah berhubung sebelum ni, zaman sekarang ini, ada
telefon ada whatsapp,.banyak perkara telah disepakati, tapi sebagai syarat dalam
memuliakan adat dan majlis, kami teruskan juga dengan adat mulia kita bersama.
Adapun hajat kami yang utama ialah untuk bertanyakan sama ada puteri tuan
rumah ini yang bernama Clever Girl sudahkah berpunya atau belum? jika belum
perpunya, alhamdulillah, maka kami ingin sekali memetik bunga di taman bak kata
orang dulu dulu, atau dalam Bahasa agama, kami datang adalah untuk meminang
Clever Girl bagi pihak anak saudara saya, iaitu BoboBoy”

6. Bila pihak sana bagitahu bunga di taman belum berpunya dan sudi terima
peminangan, korang bukak cerita tentang wang hantaran pulaklah. berapakah wang
hantarannya? Bincang lah korang ikut perjanjian asal dengan mak bapak Boboboy.

7. Lepas dah setuju jumlah hantaran, bukak cerita tentang tanda pinangan, biasanya
dalam bentuk cincin, lagi bagus adakan dua bentuk cincin, satu cincin merisik
(belah rotan), dan satu lagi cincin bertunang. Minta ibu bakal pengantin lelaki
bukakan dan tunjukkan cincin ni. Tanya nak sarung terus ke? Jika setuju, terus mak
BoboBoy sarungkan cincin ke jari CleverGirl.

8. (jika kakak Clever Girl belum berkahwin, elok juga bagi hadiah serti cincin atau
sepersalinan kain atau apa apa yang munasabah sebab terlangkah bendul)

9. Dah selamat serah cincin, bincang pulak tempoh bertunang, bincang tarikh
kenduri akan datang bila? Di mana? Kenapa? Dan sebagainya. Bincang juga isu
Mas kahwin sebab setiap negeri berbeza nilai dan kaedahnya.

10. Boleh jugak bincang Jumlah dulang balas dan terima atau hal hal berkaitan,
jika tak de idea boleh minta ibu bapa BoBoBoy tambah pendapat dan suara masing
masing, bagi peluang ibu bapa BoBOboy bercakap sama.

11. Dah habis semua, boleh baca doa atau lantik abang sulung yang janggut
panjang untuk bacakan doa selamat. Doa elok Bahasa melayu, mohon pengantin
selamat disatukan, bahagia dunia akhirat, mempunyai anak yang ramai serta soleh
solehah dan lain lain.

12. Lepas habis majlis tunggu pihak CleverGirl jemput makan, korang jangan
pandai pandai pulak jemput makan, korang tu tetamu, biar tuan rumah jemput,
lepas tu ambik gambar dan beramah mesralah waktu makan.

13. Jadi begitulah lebih kurang adat dan adab dalam majlis merisik dan bertunang,
bagi pihak Clever Girl, hantaran tu jangan tinggi sangat, sebab ada hadis bagitahu,
wanita mulia apabila cepat kahwin, cepat beranak dan murah mas kahwinnya.

14. Pertunangan itu Sunnah, dan Sunnahnya jangan lama sangat bertunang, tunang
tanda ikat sementara kerana pihak Boboboy ada urusan yang perlu diselesaikan
maka dalam tempoh bertunang tak bolehlah orang lain nak rampas.

15. Dah bertunang juga bukan tiket untuk bebas bercouple, hukum haram tetap
sama macam belum bertunang, jadi jangan hampiri zina.

16. Masa bertunang banyakkan belajar urusan rumah tangga terutama bab bab
agama, sebab perkahwinan ni kita nak bawa sampai ke syurga.

17. Bagi yang belum bertunang, jangan bimbang, teruskan doa dan usaha, yakinlah
bahawa Jodoh akan datang pada kita seperti mana maut akan datang pada kita,
yang mana jika tunggu punya tunggu tapi jodoh tak datang-datang maka berkahwin
lah kita dengan maut.Tapi jangan bimbang, walau belum bertunang, dan andai kata
kita mati dalam keadaan beriman, jodoh kita tetap setia menanti di syurga, tapi jika
kita mati tak beriman, maka membujang lah kita dalam neraka, walau di dunia
punyai banyak kekasih!

Okey, tak boleh lama menulis, ramai orang nak ambik gambar, ha ha, menyibuk jer
kerja aku ni.

Woha!

Anda mungkin juga menyukai