Anda di halaman 1dari 1

MUHAMMAD HAQIEM BIN KARIM (A179801)

Adat istiadat Melayu dapat ditafsirkan sebagai satu amalan ataupun cara hidup yang
diamalkan oleh masyarakat Melayu yang berkenaan dengan kehidupan mereka sejak dahulu
lagi. Masyarakat Melayu sendiri masih mengamalkan adat istiadat sehingga ke hari ini,
mereka juga turut mewarisi adat istiadat yang dilakukan oleh nenek moyang mereka. Adat
istiadat Melayu terdapat beberapa kategori iaitu, adat yang sebenar adat, adat yang diadatkan,
adat yang teradat, dan adat istiadat. Masing-masing adat tersebut mempuyai makna dan
peranan yang tersendiri. Selain itu, adat juga melambangkan identiti masyarakat Melayu dan
budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Contohnya, seperti adat
istiadat Diraja, adat perkahwinan, adat bercukur jambul dan sebagainya. Daripada
mengamalkan amalan adat ini, nilai adat itu masih dapat dikekalkan sehingga pada hari ini,
dan wujudnya nilai-nilai murni yang ada pada masyarakat Melayu dan terdapat juga nilai
kesantunan di dalam diri mereka. Fungsi adat istiadat Melayu ini adalah untuk mewujudkan
kestabilan dan kesejahteraan masyarakat dalam menjalani kehidupan dan juga untuk
membentuk jati diri seseorang masyarakat itu. Kemudian, adat juga merupakan satu amalan
yang dapat mencorak kehidupan sesebuah masyarakat untuk membezakan dengan
masyarakat yang lain.

Kesimpulannya, kita perlualah sentiasa mengahargai adat istiadat Melayu kerana ia


mempunyai nilai yang sangat tinggi dan bak kata pepatah “Biar mati anak jangan mati adat”.

Anda mungkin juga menyukai