Anda di halaman 1dari 7

KURSUS

SKMM 2083 PENULISAN KREATIF


SEMESTER 1 2020/2021

TAJUK
CERPEN : BUKAN AKU

PENSYARAH
PROF MADYA DR. MAWAR BINTI SAFEI

NAMA
MUHAMMAD HAQIEM BIN KARIM (A179801)

1
Bukan Aku

Oleh Haqiem Karim

SEBELUM terjadinya peristiwa hitam ini kepada aku, aku merupakan anak harapan kepada

keluargaku yang daif ini. Aku dibesarkan di sebuah kampung yang terletak jauh di dalam

pedalaman. Aku dibesarkan oleh seorang wanita yang gigih menjaga 5 orang anak yang

dipanggil ‘Mak’. Selepas sahaja tamat persekolahan, aku mendapat keputusan SPM yang

kurang memuaskan dan agak sukar untuk menyambung pengajian di peringkat Universiti.

Aku telah memutuskan diri untuk keluar daripada tempat yang tiada kehidupan ini.

Memandangkan aku sebagai anak sulung yang diberi penuh harapan oleh Mak, aku

memutuskan untuk ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan di sana.

Episod penghijrahan aku pun bermula apabila tiba sahaja aku di sebuah bandar yang tidak

pernah dijejaki. Aku kagum melihat kota bandaraya yang sangat sibuk dengan kenderaan

yang penuh membanjiri jalan raya, susasana yang sangat berbeza yang pernah aku alami

semasa di kampung dahulu. Aku hanya berbekalkan dengan wang yang sedikit, hanya

mampu bertahan selama tiga hari sahaja. Tanpa membuang masa, aku terus mencari bilik

ataupun rumah yang boleh di sewa dengan harga yang murah. Setelah sehari suntuk aku

mencari, bertanya sana-sini, akhirnya aku berjaya mendapatkan sebuah rumah sewa yang

sederhana iaitu sebuah rumah flat untuk dijadikan sebagai tempat aku berlindung di malam

hari.

Keesokan paginya, aku masih meneruskan misi untuk mencari pekerjaan di tempat yang

sangat asing bagi aku ini. Suasana di bandar ini membuatkan aku rasa kekok dengan keadaan

di sekelilingku, berbeza dengan suasana di kampung yang sangat aman dan tenang. Setelah

beberapa jam berjalan di bawah sinaran terik matahari yang membakar kulitku, aku berhenti

2
berehat sebentar di hadapan sebuah kedai makan untuk mencari tenagaku yang hilang. Lalu,

dengan tidak menunggu lama aku terus memesan secawan teh o ais untuk membasahkan

tekakku yang kering ini. Tidak beberapa lama kemudian, datang seorang pakcik dengan

membawa pesananku dan langsung bertanyakan soalan. Keadaan kedai makan itu yang

tenang dan hanya mempunyai beberapa orang pelanggan membolehkan pak cik itu duduk

bersembang dengan aku. “Dari mana dik?” tanya pak cik tersebut. Aku menjawab yang aku

datang jauh dari kampung untuk mencari peluang pekerjaan di bandar bagi membantu

keluarga di kampung. Mendengar penjelasan aku, pak cik tersebut menwarkan aku pekerjaan

di kedai makannya dan dia juga menjelaskan memang terdapat satu kekosongan di kedainya.

Namun begitu, pak cik itu juga menasihati aku supaya untuk sentiasa berhati-hati hidup di

dalam bandar ini. Tambahan lagi, pak cik tersebut juga mengatakan kehidupan di bandar ini

sangat mencabar dan pelbagai dugaan yang akan ditempuhi oleh aku. Hanya iman sahaja

yang mampu menjadi kekuatan dalam menentang nafsu yang durjana ini.

Selepas beberapa bulan aku bekerja sebagai pembantu kedai makan di situ, kehidupan aku di

bandar boleh dikatakan agak baik pada permulaannya. Aku juga dapat memberikan sedikit

duit gaji kepada Mak dan adik beradik yang lain di kampung. Aku juga dapat merasa

bagaimana nikmatnya menggunakan duit gaji sendiri untuk berbelanja. Namun, semuanya

berubah apabila aku mengenali Salman. Salman merupakan jiran aku yang baru sahaja

pindah tidak lama selepas aku masuk menyewa di situ. Pada mulanya, aku sangat hairan

mengapa sangat sukar d untuk berjumpa dengan dia. Tetapi, pada satu hari aku disapa dari

belakang oleh Salman. “Hei, nak pergi mana tu?”. Aku terkejut dengan sapaan itu. Aku pun

balas sapaannya dengan baik. Selepas itu kami pun berborak rancak dengan bertanyakan

soalan kepada diri masing-masing. Lantas, Salman memberikan aku sebatang rokok untuk

dihisap. Pada mulanya aku tolak tawaran Salman, tetapi dia memberitahu aku bahawa dengan

menghisap rokok ini dapat mengurangkan tekanan. Termakan dengan kata-kata Salman aku

3
pun menghisap rokok tersebut. Tidak sampai separuh batang rokok yang aku hisap, kepalaku

mula merasa ringan dan berputar-putar pandangan mataku. Tanpaku sedari, rokok yang

diberikan Salman itu telah dicampur dengan sejenis dadah yang dipanggil sebagai ganja.

Aku mula dapat rasakan bahawa diri aku ini tidak seperti dahulu dan banyak yang telah

berubah. Aku sudah mula untuk berjinak-jinak dengan najis dadah dan aku mersakan ia

merupakan satu kepuasan yang tidak aku dapat lupakan. Tanpa ku sedari tingkah laku serta

sikapku telah berubah dan aku sudah mula untuk tidak datang ke tempat kerja. Pak cik

berkali-kali mencuba untuk menghubungi aku tetapi aku langsung tidak menghiraukannya.

Lama kelamaan, aku sudah mula untuk mencuba jenis dadah yang baharu kerana sifat

keinginan untuk aku mencuba itu sangat kuat. Aku sudah mula untuk mengambil dadah jenis

heroin, lama-kelamaan aku mula ketagih dengan dadah tersebut dan tidak boleh berhenti

untuk mengambilnya.

Dalam pada masa itu, satu demi satu masalah timbul kepadaku. Kesihatan aku makin merosot

akibat kesan daripada pengambilan dadah tersebut. Dadah jenis heroin merupakan sejenis

dadah yang sangat bahaya, heroin akan membuatkan seseorang sentiasa berasa gembira

secara tiba-tiba, penyalahgunaan dadah ini akan membuatkan seseorang itu berasa khayal dan

high seterusnya diikuti dengan rasa mengantuk, lemah dan loya. Heroin adalah dadah yang

boleh menyebabkan ketagihan yang teruk dan penyalahguna akan berasa amat sukar untuk

berhenti mengambilnya walaupun hanya menggunakannya untuk sekali dua. ika seseorang

penagih heroin cuba berhenti daripada mengambil dadah secara mendadak atau tidak

mendapatkan dos yang seterusnya, mereka akan mengalami tanda-tanda tarikan seperti berasa

panik, kesukaran untuk tidur, menggigil dan berpeluh, sakit otot, kejang perut, loya, muntah-

muntah dan cirit-birit. Itulah keadaan yang aku sedang mengalami sekarang. Sudah berbulan-

bulan aku tidak membayar sewa rumah dan duit aku makin berkurangan disebabkan semua

duit aku telah melaburkan kepada dadah demi kepuasan aku sendiri. Aku juga sanggup

4
berikat perut demi menghabiskan duit aku kepada najis dadah. Semakin lama aku menjadi

buntu, bagaimana aku mahu memperoleh duit dengan tidak mempunyai apa-apa pekerjaan.

Aku mula mencari Salman untuk meminta sedikit pertolongan. Aku pun terus bertemu dia

dan bertanyakan beberapa soalan. “Man, kau boleh tolong aku tak? Aku dah terdesak ni nak

pakai duit”. Kemudian, Salman memberitahu aku bahawa dia boleh membantu aku untuk

mendapatkan duit tetapi dengan satu syarat. Syaratnya ialah aku mesti membantu Salman

untuk menjual dadah. Pada mulanya aku berasa amat takut jika ditangkap oleh polis akibat

perbuatan ini, tetapi dengan alternatif apa lagi yang aku boleh lakukan. Tanpa memikirkan

masalah tersebut, aku terus memulakan pekerjaan aku sebagai seorang pengedar dadah. Aku

mula dapat merasakan bahawa pekerjaan yang aku lakukan sekarang ini merupakan satu

pekerjaan yang sangat mudah dan wang ganjarannya juga lumayan. Pada suatu hari, apabila

dalam perjalanan pulang aku melihat ramai pegawai polis dihadapan rumah Salman, dan tiba-

tiba perasaanku menjadi sangat takut, tanpa memikirkannya lagi aku terus berlari seperti lipas

kudung demi menyelamatkan diri daripada tertangkap oleh polis. Aku tahu hukuman

mengedar dadah sangat berat berbanding mengambil dadah, jika dilihat di bawah Akta Dadah

Berbahaya, ada peruntukan yang menyatakan mahkamah boleh menghukum pengedar dadah

dengan hukuman penjara seumur hidup dengan tidak lebih 15 kali sebatan. Ada juga yang

mengatakan jika mengedar dadah seberat beberapa gram akan dijatuhkan dengan hukuman

mati.

Setelah kejadian tersebut, aku tidak lagi berani untuk pulang ke rumah sewa. Pada masa itu,

aku hanya terfikir untuk pulang semula ke kampung untuk berjumpa dengan Mak dan juga

adik-adik aku yang lain. Tetapi apakah perasan Mak aku jika aku pulang dengan keadaan

sebegini, aku berasa sangat malu dan amat kesal. Aku mula merempat di tepi kaki lima dan

lorong-lorong tikus untuk dijadikan sebagai tempat tinggal. Tetapi, sepandai-pandai tupai

melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, itulah yang diibaratkan dengan diriku kerana sepandai-

5
pandai mana pun aku mengelakan diri dari di tangkap polis akhirnya aku tertangkap juga

ketika sedang berurusan membeli dadah. Jika seseorang manusia itu tidak mahu berubah,

maka tidak akan berubahlah dia. Buat pertama kali dalam hidupku aku dimasukan ke dalam

penjara kerana memiliki dadah dan aku dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah selama dua

tahun. Ketika aku menjalani hukuman penjara aku diajar berbagai cara memulih serta

mengenali diri sendiri. Aku juga terpaksa mengikuti program-program dan seminar yang

begitu ketat dan aku juga terpaksa menjalani kehidupan yang ditentukan oleh peraturan-

peraturan dan arahan pegawai penjara sama ada aku suka atau tidak. Tetapi pada setiap

malam, aku akan berasal kesal dan menangis dengan menjerit…

Bukan aku!!!

Bukan aku!!1

Bukan aku!!!

Boleh dikatakan setiap malam aku berkelakuan seperti itu. Apakah selepas ini aku merasa

kesal terhadap diriku ini, dan adakah masyarakat sekeliling akan menerima dan memaafkan

atas perbuatan aku ini terutamanya keluarga di kampung. Aku tidak mahu ada insan yang lain

menerima nasib sepertiku ini.

6
7

Anda mungkin juga menyukai