Anda di halaman 1dari 17

25 Nabi dan

rasul

Disediakan oleh :Muhammad Amirul


Muhaimin
Pengenalan

Rasul:pesuruh allah yang dipilihnya untuk menerima


wahyu dari allah untuk dirinya dan disampaikan kepada
orang lain

Nabi:orang yang dipilih allah untuk mendapat wahyu


untuk diri sendiri dan tidak wajib untuk menyampaikan
nya pada orang lain
Isi kandungan
1.nabi adam 16.nabi zulkifli
2.nabi Idris 17.nabi daud
3.nabi Nuh 18.nabi sulaiman
4.nabi Hud 19.nabi ilyas
5.nabi Soleh 20.nabi ilyasa
6.nabi Ibrahim 21.nabi yunus
7.nabi luth 22.nabi zakaria
8.nabi ismail 23.nabi yahya
9.nabi ishaq 24.nabi isa
10.nabi yaaqub 25.nabi Muhammad s.a.w
11.nabi yusuf
12.nabi ayyub
13,nabi syuib
Nabi Adam

1. Nabi Adam merupakan manusia pertama yang


dicipta dari tanah.Pada mulanya Allah ingin
menjadikan khalifah dimuka bumi namun
malaikat kurang bersetuju kerana manusia
akan melakukan pertumpahan darah dan
kerosakan pada bumi
2. Setelah nabi Adam dicipta,Allah
memerintahkan semua malaikat untuk sujud
pada Nabi Adam.Semua malaikat patuh
perintah tersebut kecuali Azazil yang mana
merupakan ketua malaikat pada masa itu.Dia
berkata dengan angkuh ‘mengapa aku perlu
sujud kepada Adam yang diciptakan dari tanah
yang kotor dan kering ini’Setelah mendengar
kata kata itu ,Allah mengusir azazil dari
syurga.Sebelum diusir azazil berjanji akan
menyesatkan anak anak adam sehingga hari
kiamat.Lalu allah mengizinkannya.
3. Nabi Adam kebosanan tinggal di syurga
seorang diri,lalu tertidur.Semasa tidur baginda
bermimpi melihat seorang wanita yang cantik
menemani nya disyurga.Apabila terjaga
baginda melihat seorang wanita yang cantik
dihadapan nya yang bernama Hawa.Hawa
merupakan manusia kedua yang diciptakan
allah yang dibuat daripada tulang rusuk kiri
nabi Adam.
4. Allah membenarkan nabi adam dan istrinya
tinggal disyurga dengan syarat tidak
mendekati sebuah pohon yang diberi nama
pohon khuldi.Pada suatu hari ,Hawa terasa
ingin makan buah yang ada pada pohon
khuldi.Pada masa itu juga azazil menyelinap
masuk kedalam syurga dan mula menghasut
hawa agar makan buah dari pohon
tersebut.Hawa mengajak Nabi Adam memakan
buah tersebut.setelah berkali-kali mengajak
suaminya untuk makan buah tersebut ,maka
makan lah nabi adam.
5. Tiba-tiba pakaian mereka terlucut dan mereka
teringat tentang larangan tersebut.mereka
berdua memohon ampun kepada allah.allah
mengampunkan mereka dengan balasan
mereka perlu turun kebumi dan keluar dari
syurga.
Nabi idris
1. Nabi idris merupakan anak kepada Qabil.nabi idris
pandai dalam jahitan dan bersahabat dengan
malaikat izrail.
2. Suatu hari nabi idris meminta malaikat izrail untuk
bawanya ke syurga .lalu malaikat izrail mencabut
nyawa baginda dan naik ke langit.
3. Nabi idris terpegun dengan keindahan syurga lalu
berjalan disekitarnya.apabila sampai waktu.malaikat
izrail membawanya pulang.
4. Tiba tiba nabi idris teringat bahawa dia tertinggal
capal nya didalam syurga,maka diangkatlah baginda
ke syurga.
5. Baginda meminta kepada allah untuk duduk didalam
syurga lalu allah memakbulkan permintaan
tersebut.maka tinggallah nabi idris didalam syurga.
Nabi Nuh
1. Pada zaman nabi nuh ,kaumnya mula
menyembah berhala yang berpunca terbinanya
patung patung yang bernama wadd (dewa
keperkasaan),suwa(kecantikan atau
kelembutan),yaghus(kekuatan),yauq(kepantasa
n ketika berperang)dan nasr (umur panjang)
2. Patung berhala tersebut sebenarnya
merupakan simbolik kepada anak didik nabi
adam yang meneruskan ajarannya dengan
baik sekali.
3. Ajaran nabi nuh terus di tentang,allah
menurunkan wahyu untuk membina bahtera
dan memberi amaran bahawa ribut taufan
akan melanda sebagai pengajaran untuk
kaumnya
4. Walaupun ditertawa di ejek atau di hina dan
dianggap gila namun nabi nuh tetap bersabar
dan ini membuktikan bahawa nabi nuh
merupakan nabi ulul azmi yang itu nabi yang
mempunyai kesabaran yang tinggi
5. Setelah selesai membina bahtera allah
memerintahkan agar di masukkan lelaki secara
berpasang- pasangan ,mahu pun haiwan iaitu
jantan dan betina.
6. Orang kafir lari bertempiaran,namun mereka
enggan naik ke atas bahtera nabi nuh termasuk
istri dan anaknya antaranya kana’an
7. Di riwayatkan badai tersebut berlaku selama 40
hari
8. Akhirnya bahtera nabi nuh berlabuh di atas
gunung judi atau lebih dikenali sebagai gunung
arara di turki.
Nabi hud
1. Nabi hud diutuskan kepada kaum a’ad yang
mensyirikkan allah dengan menyembah berhala iaitu
shamud,syada dan al-haba yang terletak di al-ahqaf
iaitu diantara oman dan yaman.
2. Mereka menyembah berhala kerana tradisi nenek
moyang mereka .
3. Selain menyembah berhala, mereka juga melakukan
kerosakan pada muka bumi dimana hamba-hamba
dipaksa untuk membina istana raja a’ad yang
besar,megah dan luar jangkaan kita.
4. Mereka bermegah dengan nikmat yang ada seperti
badan yang gagah perkasa dan negeri yang kaya
raya .
5. Nabi mengutuskan pembantunya mengirimkan
seketul batu kepada raja kaum a’ad
6. Nabi hud mengumpamakan batu tersebut seperti hati
raja tersebut namun raja itu tidak peduli dengan
nasihat itu dan terus menyembah berhala .
7. Akibat ingkar, allah menunjukkan kekuasaannya
dengan mengeringkan ladang mereka,tanaman
mereka layu,binatang ternakan mereka juga turut
mati.
8. Nabi hud menegaskan agar bertaubat kepada allah
dan memohon agar diturunkan hujan.nabi hud juga
berpesan mereka akan mendapat laknat daripada
allah seperti orng terdahulu.
9. Walaupun berkali-kali di nasihat kaum a’ad terus
menyembah berhala dan meminta agar musibah
tersebut di hilangkan.
10.Allah menurunkan azab berupa awan tebal yang
disangkakan akan memakmurkan negeri tersebut
namun awan tersebut membawa ribut taufan yang
sangat dahsyat yang menerbangkan segala benda.
11.Ribut taufan tersebut ada yang meriwayatkan
bahawa berlaku selamat 7 malam dan 8 hari.
Nabi saleh
1. Nabi saleh diutus untuk kaum tsamud yang
menyembah berhala.
2. Kaum tsamud merupakan generasi selepas kaum
a’ad.
3. Allah mendatangkan seekor unta betina yang hamil
dari sebuah batu seperti permintaan mereka dengan
harapan mereka kembali menyembah allah.
4. Setelah beberapa ketika, unta tersebut melahirkan
anak.unta dan anaknya mempunyai giliran dengan
kaum tsamud untuk minum air diperigi.
5. Setelah sekian lama mereka mengambil keputusan
untuk membunuh unta tersebut tanpa mempedulikan
amaran nabi saleh dengan alasan untuk menguasai
sepenuhnya telaga tersebut.
6. Nabi saleh bersedih dan membawa firman
daripadanya,’bersenang-senanglah kamu selama 3
hari.’
7. Setelah 3 hari allah menimpakan azab kepada
mereka berupa suara yang keras dari langit dan
gempa bumi.
8. Tiada yang terselamat kecuali orang yangberiman
pada ketika itu.
Nabi Ibrahim.
1. Nabi ibrahim di utus untuk penduduk kota ur atau
lebih dikenali sebagai iraq pada masa kini.
2. Pada masa itu raja namrud merasakan dirinya
sebagai tuhan.
3. Raja namrud bermimpi dia melihat seorang kanak-
kanak menjatuhkan nya
4. Dia membuat keputusan untuk membunuh semua
kanak-kanak lelaki yang ada di kota tersebut.namun
orang tua nabi ibrahim menyembunyikan nabi
ibrahim didalam sebuah gua.
5. Setelah dewasa nabi ibrahim sedia menghadapi raja
namrud tetapi sebelum itu baginda memusnahkan
berhala tersebut ketika penduduk kota tersebut
sedang berpesta.
6. Apabila raja namrud mengetahui berhala-berhala
tersebut hancur dia memerintahkan untuk
menangkap nabi ibrahim kerana baginda sahaja
yang tidak pergi ke pesta pada ketika itu
7. Raja namrud bertanya mengapa nabi ibrahim
menghancurkan berhala tersebut.nabi ibrahim tidak
mengaku tetapi mengatakan bahawa berhala besar
tersebut menghancurkannya.
8. Selepas mendengar jawapan tersebut raja namrud
menjadi marah dan memerintahkan agar nabi
ibrahim di ikat dan dibakar
9. Penduduk kota tersebut mengumpulkan ranting kayu
sehingga tinggi seperti gunung
10.Nabi ibrahim pun dibakar,pada ketika itu seekor pipit
mencurah kan air dari paruhnya kedalam api dengan
harapan api tersebut terpadam.
11.Nabi ibrahim berdoa kepada allah dan allah
menyejukkan api tersebut.
12.Selepas beberapa hari,api terpadam namun membuat
kan penduduk kota itu terkejut kerana api tersebut
tidak membakar nabi ibrahim.
Nabi luth
1. Nabi luth diutuskan untuk kaum sadom,kerana
hubungan songsang
2. Nabi luth merupakan anak saudara nabi ibrahim
3. Nabi luth memberi peringatan agar kembali kejalan
yang benar tetapi tidak di endahkan oleh kaumnya
bahkan di ancam oleh kaumnya sendiri.
4. Allah menurunkan 2 malaikat berupa lelaki yang
kacak untuk memberi azab kepada kaum sadom.
5. Kaum sadom mengetahui kedatangan 2 orang lelaki
yang kacak tersebut selepas diberi tahu oleh istri nabi
luth sendiri dan membuat kaum sadom menyerbu
rumah nabi luth.
6. Allah mengazab mereka dengan menghilangkan
penglihatan kaum tersebut kemudian menterbalik
kan kota tersebut dan mengujani tempat tersebut
dengan batu yang berapi yang tertulis nama mereka
pada batu tersebut.
7. Semua kaum tersebut tiada yang terselamat termasuk
istri nabi luth kecuali sebahagian yang beriman.
nabi ismail
1. Baginda merupakan anak kepada nabi ibrahim
2. Pada suatu malam, nabi ibrahim bermimpi dia
menyembelih anaknya sendiri.
3. Pada keesokan paginya baginda berjumpa
dengan anak nya dan memberitahu hal tersebut .
4. Baginda menjawab ‘wahai ayahku jika itu
perintah daripada allah maka laksanakanlah’
5. Selepas itu nabi ibrahim membawa nabi ismail ke
suatu tempat yang sesuai untuk baginda
disembelih
6. Ketika hendak disembelih ,allah
menggantikannya dengan seekor kibas yang
gemuk .maka terbatal lah penyembelihan nabi
ismail.
Nabi ishak
1. Nabi ishaq merupakan anak kepada nabi ibrahim
dan adik kepada nabi ismail.
2. Baginda merupakan anak kelahiran sarah yang pada
ketika itu umurnya 90 tahun.
3. Pada ketika itu, nabi ibrahim didatangi oleh malaikat
yang mengazab kaum sadom, baginda berasa takut
kerana hidangan dan minuman yang disediakan
tidak diusik oleh mereka berdua.
4. Setelah itu kedua-dua malaikat tersebut
menenangkan nabi ibrahim dengan mengatakan
bahawa akan dikurniakan seorang anak. Sarah
menjadi hairan kerana dia sudah berumur 90 tahun
dan juga mandul.tetapi malaikat berkata sesungguh
nya hanya allah maha mengetahui .
5. Setelah mendengar perkara tersebut nabi ibrahim

Anda mungkin juga menyukai