Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera

Terima kasih pengerusi majlis

Yg saya hormati para hakim yg arif lg bijak sana

Guru-guru dan rakan2 sekalian

Mari tuan puan dengar ini cerita

Kisah singa sombong cerita teladan kita

Mari lah dengar jangan terlena

Moga terus dapat manfaatnya.

Ya kawan

Dalam sebuah hutan tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan kuat
menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.

Suatu hari,semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang
bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba sang kancil bangun dan
bersuara. “ wahai kawan2, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai
kawankita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir
bagaimana hendak menewaskan singa itu.

”Ya, kami sedia membantu” sahut haiwan2 haiwan yang lain.

“siapa ada cadangan , silakan” kata sang kancil.

Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara “wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan
singa itu”

Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan tebuan itu. “Selain saya siapakah yang berani
menawarkan diri..silakan” tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing- masing tunduk diam.

“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang singa, marilah kita sama-sama
menyokong sang tebuan sebagai wira kita” kata sang kancil dan disambut dengan tepukan gemuruh
oleh penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya semua rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan antara singa dan
tebuan. Tiba di suatu tempat mereka ternampak singa masih tidur dibawah pokok. Lalu tebuan pun
terbang menghampiri singa. “hai singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan
denganku.” Kat tebuan dengan berani.

“hahaha...engkau hendak berlawan dengan aku” kata singa sambil ketawa.


“belum cuba belum tau. Walaupun aku kecil azamku sangat kuat. Aku akan menewaskan engkau”.
Kata tebuan. Dengan pantas tebuan terbang mengelilingi singa itu. Singan berpusing-pusing untuk
menampar tebuan tetapi tidak berjaya.

Kawan-kawan ..lama kelamaan singa menjadi letih....tebuan mengambil kesempatan ini dengan terus
masuk kedalam lubang hidung singan yang luas itu lalu menyengat dari dalam.

Singa meraung kesakitan dan bersin beberapa kali untuk mengeluarkan tebuan tetapi tidak berjaya.
Tidak lama kemudian matilah sang singa tersebut akibat kesakitan yang amat sangat. Semua haiwan
bersorak kegembiraan .mereka menyanjungi keberanian tebuan itu.

Ingat ya kawan-kawan,

Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah. Kita tidak
boleh bersikap malas..berusahalah jika ingin berjaya.

Kecil jangan di sangka anak,

Besar jangan disangka bapak,

Akal yang cerdik dan semangat yang kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai