Anda di halaman 1dari 1

TEMU RAMAH & KESIMPULAN

Berkaitan dengan isu pembuangan bayi, saya telah menemu ramah ibu saya, Pn. Ko Lay
Kiok untuk memperoleh pendapat golongan dewasa terutamanya yang telah berkahwin tent6ang
masalah sosial ini.

Beliau menyatakan bahawa, tindakan membuang bayi merupakan suatu tindakan yang
terhina dan haruslah dikutuk kerana hal ini adalah dilarang sama sekali dari segi agama, norma
masyarakat mahupun nilai-nilai moral. Beliau turut berpendapat bahawa golongan remaja
merupakan masyarakat yang paling mudah terlibat dalam masalah ini akibat pemikiran mereka
yang tidak matang dan terlalu mengikut nafsu semata-mata.

Beliau telah memberikan beberapa contoh kes pembuangan bayi yang berlaku di sekitar
masysarakat kami baru-baru ini dan menganalisiskan faktor-faktornya. Kebanyakan kes
pembuangan bayi berlaku kerana pergaulan bebas dan menjurus kepada penghamilan luar nikah.
Dalam keadaan yang terdesak, ada yang memilih untuk menggugurkan bayi ataupun
membuangkan bayi selepas melahirkan anak tersebut.

Selaras dengan itu, beliau menegaskan bahawa walaupun masalah pembuangan bayi masih
kurang berlaku di Malaysia, tindakan-tindakan yang rasional mestilah dilakukan supaya masalah
ini dapat diselesaikan sebelum menjadi lebih serius. Pada pendapat beliau, para remaja haruslah
dijadikan sasaran urtama. Dengan mengadakan kempen yang merangkumi ceramah, pameran dan
aktiviti seumpamanya, kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas yang menyebabkan kes
pembuangan bayi berlaku juga dapat ditanam dalam hati sanubari mereka. Dengan cara ini,
dipercayai masalah pembuangan bayi dapat diselesaikan.

Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi merupakan barah masyarakat yang sukar


dibendung. Oleh itu, usaha pencegahan mestilah diambil dengan serta-merta. Pihak kerajaan perlu
mengetengahkan isu ini manakala para ibu bapa mahupun pihak sekolah perlu memainkan
peranan masing-masing sebagai agen sosialisasi kepada anak remaja negara kita. Masa depan
remaja haruslah dipelihara kerana mereka merupakn harapan bangsa dan tiang negara. Natijahnya,
semua pihak haruslah bersendel bahu dan tidak menolak tanggungjawab masing-masing bagi
membendung masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai