Anda di halaman 1dari 5

Isi Pertama

Isi Antara peranan ibu bapa dalam menjamin keselamatan anak-


anak ialah ibu bapa perlulah menasihati anak mereka supaya
bijak dalam memilih rakan.
Mengapa Hal ini demikian kerana dalam alam persekolahan, anak-anak
lebih banyak bergaul dengan rakan-rakan berbanding ibu
bapa.
Bagaimana Sebagai contohnya, ibu bapa menegur dan mendidik anak-
anak untuk bijak memilih rakan seperti berkawan dengan
pelajar yang merupakan ulat buku ataupun mereka yang
mempunyai personaliti yang baik.
Kesan Perkara ini bukan sahaja mendorong anak-anak untuk belajar
bersungguh-sungguh tetapi juga mendorong anak-anak untuk
membuat keputusan yang rasional melalui pemilihan rakan
secara bijak yang dipraktikkannya.
Ungkapan Menarik Bak kata peribahasa melayu, ‘Melentur buluh biarlah dari
rebungnya’. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan
sikap yang positif sejak mereka kecil.
Penegasan Jelaslah di sini bahawa nasihat dan didikan yang diberikan
oleh ibu bapa memberi impak dalam usaha untuk menjamin
keselamatan anak-anak serta membentuk mereka menjadi
insan yang berguna.
Isi Kedua

Isi Selain itu, peranan ibu bapa dalam menjamin keselamatan


anak-anak ialah ibu bapa perlulah mengehadkan penggunaan
internet bagi anak-anak.
Mengapa Hal ini demikian kerana generasi muda zaman sekarang
terlalu terdedah dengan kemajuan dan kecanggihan dalam
bidang teknologi .Pendedahan tersebut menjadi pendorong
kepada berlakunya kes penculikan atau perkara yang tidak
diingini.
Bagaimana Sebagai contohnya, anak-anak yang berumur lingkungan 12
tahun sudah mempunyai pelbagai akaun laman sosial seperti
instagram, twitter, facebook dan sebagainya.
Kesan Mereka berisiko tinggi untuk berinteraksi dengan penculik
melalui akaun laman sosial tersebut serta menyebabkan
mereka mudah untuk dijejaki sekiranya memuat naik lokasi
di mana mereka berada.
Ungkapan Menarik Bak kata peribahasa Melayu, ‘Bagaimana acuan,begitulah
kuihnya’.Ibu bapa haruslah menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak.
Penegasan Jelaslah di sini bahawa ibu bapa perlu mengehadkan
penggunaan internet bagi anak-anak supaya perkara buruk
yang boleh berlaku dapat dielakkan.
Isi Ketiga

Isi Seterusnya, ibu bapa perlulah mengambil tahu tentang


pergerakan anak-anak seandainya mereka ingin keluar dari
rumah.
Mengapa Hal ini demikian kerana pengetahuan tentang destinasi yang
dituju atau pergerakan anak-anak dapat membantu ibu bapa
untuk mengurangkan risiko kes penculikan daripada berlaku.
Bagaimana Sebagai contohnya, anak-anak terutama golongan remaja
pasti akan bertemu rakan-rakan meraka apabila keluar dari
rumah. Kebiasaannya mereka akan bertemu si sebuah pusat
beli-belah dan melakukan aktiviti seperti menonton wayang.
Kesan Tindakan yang sedemikian iaitu tindakan ibu bapa
mengambil tahu pergerakan anak-anak dapat memastikan
destinasi yang mereka tuju adalah selamat dan tidak berisiko
tinggi untuk perkara yang tidak diingini berlaku.
Ungkapan Menarik ‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’. Ibu
bapa perlulah mengambil langkah drastik iaitu dengan
mengamil tahu hala tuju anak-anak supaya keselamatan
mereka terjamin.
Penegasan Jelaslah di sini bahawa ibu bapa harus memantau pergerakan
anak-anak agar risiko untuk berlaku kes penculikan dapat
dikurangkan.

Isi Keempat
Isi Selanjutnya, antara peranan ibu bapa dalam menjamin
keselamtan anak-anak ialah ibu bapa hendaklah menggalakkan
anak-anak mereka untuk mempelajari ilmu mempertahankan
diri.
Mengapa Hal ini diperkatakan sedemikian kerana anak-anak mudah
untuk mengikuti ajakan orang yang tidak dikenali selepas
ditabur ayat- ayat manis. Melalui ilmu mempertahankan diri
yang dipelajari anak-anak, mereka boleh melindungi diri
sendiri dan mengelakkan mereka daripada mudah terpengaruh
dengan ajakan individu yang tidak dikenali.
Bagaimana Misalnya, ibu bapa mendedahkan anak-anak dengan ilmu
mempertahankan diri seperti silat dan taekwondo serta
menggalakkan anak-anak mereka untuk mengikuti latihan yang
dijalankan.
Kesan Anak-anak akan lebih berdisiplin apabila mereka sering
mengikuti latihan kerana setiap ilmu mempertahankan diri
sememangnya terkenal dengan disiplin yang diamalkan. Mental
dan fizikal anak-anak juga akan berfungsi dengan lebih baik.
Ungkapan Bak kata pepatah, ‘Belakang parang kalau diasah lagikan
Menarik tajam’. Ibu bapa harus mempercayai bahawa anak-anak boleh
berubah menjadi lebih baik dan berupaya untuk
mempertahankan diri mereka setelah menguasai ilmu
mempertahankan diri.
Penegasan Sudah terang lagi bersuluh, penggalakkan ibu bapa agar anak-
anak mempelajari ilmu mempertahankan diri dapat membentuk
anak-anak menjadi lebih bail dan mengurangkan risiko kes
penculikan.

Isi Kelima

Isi Akhir sekali meluangkan masa dengan anak-anak juga


merupakan antara peranan ibu bapa dalam menjamin
keselamatam anak-anak
Mengapa Hal ini demikian kerana apabila ibu bapa meluangkan masa
dengan anak-anak aktiviti anak-anak lebih terancang dan
mengeluarkan anak-anak daripada melakukan perkara yang
tidak berfaedah
Bagaimana Sebagai contohnya,ibu bapa membawa anak –anak melawat
tempat tempat menarik seperti muzium dan zoo
Kesan Anak anak dapat mengetahui tentang sejarah sekali gus
menambahkan pengetahuan mereka yang boleh diguna pakai
dalam pelajaran di sekolah
Ungkapan Menarik Seperti cogan kata, masa itu emas. Ibu bapa harus
memanfaatkan masa terluang mereka bersama anak-anak agar
dapat mengelakkan anak-anak berasa terabai sekaligus
menjaga keselamatan mereka.
Penegasan Jelaslah di sini bahawa ibu bapa perlu meluangkan masa
dengan anak-anak supaya keselamatan mereka terjamin.

Anda mungkin juga menyukai