Anda di halaman 1dari 1

ISI 1) Punca masalah obesiti dalam kalangan remaja semakin merebak pada masa ini ialah para

remaja tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang. (HURAIAN MENGAPA) Pada zaman
revolusi perindustrian ini, banyak syarikat makanan segera yang berkalori tinggi dan berlemak tinggi.
Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka senang dan gembira dengan perkembangan perindustrian
makanan segera ini kerana mereka tidak sempat menyediakan makanan untuk anak-anak lantaran
berkejar-kejar ke tempat kerja. (CONTOH BAGAIMANA) Jadi, anak-anak dibekalkan dengan
makanan segera seperti sosej, nuget, burger dan sebagainya. Senario ini dapat dibuktikan apabila
pensyarah dari Unit Makanan dan Kesihatan Universiti Malaya telah membuat bancian mengenai
gaya pemakanan harian bagi remaja. Hasilnya, sebanyak 70 peratus remaja yang ibu bapanya bekerja
terpaksa mengambil makanan segera sebagai makanan harian. (UNGKAPAN MENARIK) Jelaslah
bahawa ibu bapa pada zaman ini lebih mengutamakan hal-hal lain daripada anak sendiri ibarat anak
kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan. (PENEGAS) Tuntasnya, remaja zaman ini
yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang telah menatijahkan obesiti dalam kalangan mereka.

Anda mungkin juga menyukai