Anda di halaman 1dari 6

1

SKRIP BICARA BERIRAMA


TAJUK : MELAKA.. DI SINI SEGALANYA BERMULA

SEGMEN 1
1. (Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Dondang Sayang
(Ahmad Nawab) dalam jangka masa 40 saat).
SR 2. Di sini negeri bertuah ini,harmoni berbudaya bersejarah, bermula satu
peradaban bangsa. Berdaulat namamu Melaka. (nyanyian lagu
Wawasan Pendidikan Melaka)
3. (Suasana bising murid bercakap-cakap selama 10 saat, kemudian
senyap serta merta).
SS 4. Bangun semua.
SR 5. Assalamualaikum cikgu.
SS 6. Waalaikumussalam murid-murid. Apa kabau semua?
SR 7. Kabau baik cikgu.
SS 8. (Angkat tangan) Cikgu, pekat bahasa Melaka cikgu. Kabau! Ulau
melingkau di atas pagau! (nada nakal)
SR 9. Hahaha.. (Ketawa kerana kenakalan rakannya)
SS 10. Eh, sudah-sudah! Dengar ni semua, bukan kata sebarang kata, kata
yang cikgu tuturkan ada maknanya. Tiada niat merosakkan bahasa,
sebaliknya hendak bercerita tentang Melaka. (Nada berpantun)
SR 11. Wah, M E L A K A (mengeja). Melaka! Negeri kita tu cikgu! Kami
bangga menjadi anak Melaka. (nada bangga)
SS 12. Memang kita semua patut berbangga kerana Melaka, di sini segala-
galanya bermula!



2

SEGMEN 2
SR 1. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia. Salam Melaka Maju Negeriku
Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 752 tahun dan
Salam Melaka Maju Fasa Kedua.
SR 2. Hari ini kami nak mengimbas tentang Melaka. Dari pembukaannya,
kegemilangannya, kemerosotannya, kebangkitannya. Kami juga akan
bercerita tentang orang Melaka dan makanannya yang enak belaka.
SS 3. Di sini segalanya bermula. Sejarah 752 tahun diukir.
SR 4. 752 tahun? Maknanya Melaka dibuka pada (berfikir untuk
mencongak). Ha, 1262 Masihi! Lamanya..
SS 5. Dibuka oleh Putera Parameswara yang datang dari Palembang.
SR 6. Ya, betul tu. Kisah bermula di bawah pohon Melaka, berehat
sebentar bersama pengikutnya, terpegun melihat perkara luar biasa,
anjing buruannya dikalahkan oleh pelanduk sahaja.
SL 7. Parameswara berkata ...
SS 8. Luar biasa sungguh tempat ini. Apakah nama pohon ini?
SR 9. Pohon Melaka, Tuanku.
SS 10. Jika begitu, beta akan dirikan kerajaan di sini. Kerajaan Melaka.
SR 11. Maka bermula kegemilangan Melaka, dari pekan kecil berkembang
menjadi empayar.
SR 12. Kawan-kawan, masa tu bahasa Melayu berkembang menjadi lingua
franca.
SS 13. Lingua franca?
SR 14. Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung.
SS 15. Oh, Melaka menjadi pelabuhan entrepotkan?
SR 16. Betul. Betul. Betul. Ramai pedagang datang berniaga. Membawa
pelbagai hasil dan laba.
SS 17. Islam turut berkembang menjadi pusat penyebaran agama.
SS 18. Allah Maha Besar! Putera Parameswara turut memeluk agama Islam.
SR 19. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


3

SEGMEN 3
SR 1. Penjajah iri hati dengan kegemilangan Melaka. Datang menakluk
Melaka tercinta. Melaka dijajah. Melaka diterjah.
SR 2. Bomm.. Bommm.. Bommmm (Bunyi letupan).
SS 3. Arghhh (Jeritan ketakutan sambil menutup telinga)
SS 4. Melaka diserang dari lautnya.
SS 5. Melaka dijajah dari hutannya.
SR 6. Kukuh bertapak penjajah durjana. Bumi pusaka diteroka seadanya.
SS 7. Tidak.. (Jeritan kekecewaan)
SR 8. Wahai saudara, terimalah suratannya.
Apabila pemimpin bersikap lemah,
Apabila pembesar tiada amanah,
Apabila rakyatnya fitnah memfitnah,
Itulah petanda Melaka kan musnah.
SS 9. Punah. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka hancur berkecai.
(nada kecewa)

SEGMEN 4
SR 1. Eh saudara, usah terlalu berduka. Yang baik jadikan teladan, yang
buruk jadikan sempadan.
SR 2. Kini, Melaka bangkit kembali. (Ayuh 7x Melakaku : Melodi lagu
sorakan bola sepak)
SP 3. Kelekak kelekuk kelekak kelekuk
SL 4. Moooooo..
SR 5. Apa tu?
SS 6. Itulah kereta lembu. Kereta pusaka negeri Melaka.
SR 7. Oo.. kereta lembu.
SS 8. Seronoknya dapat naik kereta lembu. Shhuhh shhuhh geraklah wahai
lembu, bawalah saya jalan-jalan di Bandar Hilir.
SR 9. Hahaha.. kereta lembu di Taman Budayalah. Kalau ada di Bandar
Hilir, pasti semakin sesak di sana.
4

SS 10. Di Bandar Hilir ada beca..
SR 11. Cantik hiasannya.. sambil menaiki beca, bolehlah dengar lagu..
SR 12. Abang beca, abang beca di tengah jalan. Cari muatan untuk mencari
makan. Putar putar putar putar kaki mengayuh. Pergi jauh keringat
pun lalu jatuh. (nyanyian lagu Abang Beca)
SS 13. Bangunan apa itu? Siap ada meriam di hadapannya.
SR 14. Oh, itulah bangunan A Famosa. Benteng pertahanan portugis satu
ketika dahulu.
SS 15. Memang banyak bangunan bersejarah di Melaka.
SP 16. Melaka juga telah diiktiraf sebagai Bandar Warisan Dunia oleh
UNESCO.
SR 17. Melaka maju warisan dunia. Marilah kita raikannya. Negeri bandar
teknologi hijau, impian 1 Malaysia. (Nyanyian lagu Melaka Maju
Negeriku Sayang),
SS 18. Wah hebatnya. Memang hebat! Erm.. nak main teka teki nama
tempat di Melaka tak?
SR 19. Nak. Nak. Nak. Cepatlah beri. Kami pasti boleh jawab. (nada yakin)
SS 20. Ni bunyi haiwan tau. Dengar ya. Zzzzz (Bunyi lebah)
SR 21. Ala senangnya. Muzium Lebahlah. Lagi?
SS 22. Baiklah. Dengar betul-betul ya. (membuat bunyi monyet dan bunyi
harimau)
SR 23. Banyaknya bunyi binatang. Kalau begitu pergilah ke Zoo Melaka.
SL 24. Kalau nak tengok buaya yang banyak?
SP 25. Pergilah ke Taman Buaya.
SS 26. Alaa.. Semuanya kamu dah tahu. (nada kecewa)
SR 27. Mestilah. Kami kan anak watan Melaka. (nada bangga)
SS 28. Ha, yang ni agak susah. Dengar ya kawan-kawan.. (melodi tanpa lirik
lagu UTC- Lalala Lalala Lalalalalalalalala)
SR 29. Apa tu? Macam krik krik je.
SS 30. Ha, saya tahu. Lagu UTC kan?
SR 31. Ohh UTC. UTC. UTC. Pusat pelbagai perkhidmatan. Berkhidmat
untuk rakyat. Pusat Transformasi Bandar. (nyanyian lagu UTC)
SS 32. Ha, tahu tak. UTC sudah berada di Melaka.
5

SR 33. Mudahlah urusan perkhidmatan Melaka. Oh Melakaku, semakin maju
dan terus maju.

SEGMEN 5
SS 1. Emmm sedapnya, bau apa ni?
SR 2. Nasi lemak pembuka selera. Ikan segar pula dibakar. Air asam kuah
kicap pencicahnya. Apa lagi marilah kita ke medan ikan bakar.
SL 3. Di Umbai ada.
SP 4. Di Muara Sungai Duyong pun ada.
SS 5. Asam pedas jangan dilupa ya.
SR 6. Ya. Ya tidak lupa. Satu Malaysia sudah tahu asam pedas orang
Melaka yang punya.
SS 7. Nak yang asli, datanglah Melaka. Rasa sendiri air tangan kami.
SR 8. Memang berbaloi.
SS 9. Ehem. Ehem. Ehem.
SR 10. Hei nyonya. Mau pegi mana? Berkebaya pendek berkain batik.
Bunga sulam memanglah molek. Kasut manik punyalah cantik.
SS 11. Haiyaa.. cuaca panas terik lor. Jadi gua mau pegi minum coconut
shake.
SS 12. Coconut shake Klebang ke?
SR 13. Asalkan coconut shake, gua tak kisah ma.. Klebang pun boleh. Batu
Berendam pun boleh. Alai pun boleh, mana-mana pun boleh. Janji
sedap ma. Gua pergi dulu ha.
SR 14. Baik nyonya. Hati-hati jalan ya.
SS 15. Ermm budu ada?
SR 16. Hahaha.. budu orang pantai timur punyalah. Di Melaka terkenal
dengan cencalok.
SL 17. Tapi kitakan satu Malaysia.
SP 18. Budu pun kita makan, cencalok pun kita makan.
SS 19. Asalkan kena dengan selera.
SR 20. Kawan-kawan, banyak lagi yang boleh dicerita tetapi rasanya elok
datanglah saja.
6

SL 21. Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia
SR 22. Melaka di sini segalanya bermula.

SEGMEN 6
SS 1. Skuad! Luruskan barisan.
2. Kumpulan murid meluruskan barisan. (Muzik drum roll dimainkan)
SR 3. Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar)
SR 4. Kami, anak-anak Melaka. Berjanji akan seia sekata bagi
mengekalkan keamanan dan kemakmuran Melaka dan Malaysia.
SR 5. Pantun :
Kapal dagang dari seberang,
Sarat muatan kayu meranti;
Dari jauh tuan, puan datang,
Orang Melaka sedia menanti.

PETUNJUK :
SS : Suara Solo
SL : Suara Murid Lelaki
SP : Suara Murid Perempuan
SR : Suara Ramai

Anda mungkin juga menyukai