Anda di halaman 1dari 3

SKRIP BERCERITA TAHAP 1 BAHASA MELAYU

Ha, telur emas!!!!!! aku kaya!! aku kaya!!! ha ha ha..


Para hadirin sekalian.. begitulah angkuh dan tamaknya seorang petani yang
akan saya ceritakan pada hari ini.
Yang dihormati tuan peneraju majlis, barisan para hakim yang sentiasa berada di
paksi kebenaran, penjaga masa yang begitu peka dengan edaran jam, para guru dan
seterusnya hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.
Tampilnya saya di sini adalah untuk menyampaikan cerita yang bertajuk Si Petani
yang Tamak.
Ada sepasang suami isteri yang miskin. Mereka tinggal di sebuah rumah
buruk di hujung kampung. Mereka tidak mempunyai anak. Namun begitu, mereka
hidup bahagia.
Pasangan suami isteri itu bekerja sebagai petani. Mereka menternak
beberapa ekor angsa.Pasangan suami isteri itu menyayangi angsa-angsa mereka.
Pada setiap pagi, petani mengutip telur angsa di reban. Telur-telur itu dijual
di pasar.Dengan cara ini, petani mendapat sedikit wang untuk menyara kehidupan
mereka suami isteri.
Pada suatu pagi, petani berasa sangat terkejut. Dia mendapati salah seekor
angsanya bertelurkan sebutir telur emas. Petani berasa sangat gembira melihat
telur emas itu.

“Mari, lihat ini!” teriak petani kepada isterinya.


Isteri petani pun berasa terkejut juga melihat kejadian itu.Petani dan isterinya
tidak menyangka angsanya itu akan bertelurkan telur emas.

“Kita akan menjadi kaya kalau menjual telur emas ini!” kata petani.
Isteri petani mencadangkan telur emas itu dijual kepada tukang emas.
Petani pergi menjual telur emas kepada tukang emas. Dia mendapat banyak wang.
Petani pulang menemui isterinya. Isterinya berasa sangat gembira apabila
melihat suaminya membawa pulang wang yang banyak.
“Kalaulah angsa itu bertelurkan telur emas setiap hari, kita akan menjadi
kaya-raya!” kata petani penuh harapan.

Petani dan isterinya berharap angsa itu selalu bertelurkan telur emas
lagi.Harapan petani menjadi kenyataan.

Pada keesokan hari, petani pergi ke reban angsa. Angsa itu bertelurkan
sebutir telur emas lagi. Petani memberitahu hal itu kepada isterinya. Angsa itu
terus bertelurkan telur emas setiap hari. Petani dan isterinya berasa gembira.

Petani dan isterinya menjadi kaya-raya. Mereka hidup senang-lenang.Petani


mula bersikap tamak untuk mendapatkan telur emas.

Pada suatu hari, petani mendapat akal. Dia percaya di dalam perut angsa ada
banyak lagi telur emas. Dia mahu membelah perut angsanya.
“Jika aku belah perut angsaku, tentu aku mendapat lebih banyak telur emas
itu,” fikir petani.
Petani pun pergi ke reban angsa. Apabila sampai ke reban angsa, dia terus
menangkap angsa itu. Petani itu menyembelih angsa lalu membelah perutnya. Dia
berasa sangat terkejut. Tiada sebutir telur emas pun di dalam perut angsa itu.

Petani berasa sangat sedih. Dia kecewa akan tindakannya. Kini, petani tidak
akan mendapat telur emas lagi. Dia berasa insaf akan sikap tamaknya itu. Petani
dan isterinya meneruskan kehidupan seperti biasa.

Dalam semak ada duri


Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang-bayang

Moral yang terdapat dalam cerita ini ialah “ Janganlah kita bersikap tamak
kerana sikap tamak itu akan merugikan diri sendiri. Ingat ya kawan-kawan.
Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai