Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS

ANUGERAH CEMERLANG PRASEKOLAH PEARL


SK LUNG MANIS SANDAKAN 2018
06 OKTOBER 2018
HOTEL LIVINGSTON, SANDAKAN

Teks Pengacaraan

Mengumumkan perarakan masuk para graduan Prasekolah Pearl SK Lung Manis, Sandakan tahun 2018

PERARAKAN MASUK GRADUAN PRASEKOLAH

Mengumumkan perarakan masuk barisan Pentadbir SK Lung Manis, Sandakan.

PERARAKAN MASUK BARISAN PENTADBIR

PERARAKAN MASUK VVIP

LAGU NEGARAKU
LAGU SABAH TANAH AIRKU

Sidang hadirin dipersilakan duduk.

Salam sejahtera dan selamat pagi.

Yang Berbahagia,
Tn. Hj. Sh. Mahada Sh. Attar/ _____________________________________________
Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan/ _____________________________________

Yang Berusaha
En. Nurdin Shah Bin Daris
Pegawai Penyelia Prasekolah Daerah Sandakan

Yang Berusaha,
En. Kamarulariffin Bin Mohamed Zabel
Guru Besar
SK Lung Manis, Sandakan

Yang Dihormati,
Barisan Pentadbir SK Lung Manis, Sandakan,
Guru-guru dan AKP

Para ibu bapa

Yang Dikasihi
Murid-murid prasekolah yang diraikan, Seterusnya, sidang hadirin hadirat warga dewan yang dihormati
sekalian.

Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah seri.

Yang Berbahagia tuan-tuan dan puan-puan,


Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis yang penuh syahdu ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan En. AHSAN
BIN ABDUL SYARIF, untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan…..

BACAAN DOA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. AHSAN BIN ABDUL SYARIF atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.

Yang Berbahagia tuan-tuan dan puan-puan,


Hadirin Hadirat yang dimuliakan,

Syukur kepada Tuhan di atas perkenan limpah kurnia dan izinNya dapat kita berhimpun di majlis
meraikan anak-anak kita yang kita sayangi dalam satu majlis yang dinamakan “Majlis Anugerah
Cemerlang Prasekolah Pearl SK Lung Manis kali ke -11/sesi 2018”.

Selamat datang diucapkan kepada semua para jemputan yang hadir terutama sekali para ibu bapa atas
kesudian meluangkan masa ke majlis ini.

Sesungguhnya, keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan semua hadir ke majlis ini, membuktikan
kecaknaan dan tautan kasih, kerjasama erat antara kita guru-guru, ibu bapa dan anak-anak khususnya,
dalam menjana kecemerlangan masa depan anak-anak.

Meneruskan aturcara pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg Berusaha En.
Kamarulariffin Bin Mohamed Zabel, Guru Besar SK Lung Manis Sandakan untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.....

UCAPAN GURU BESAR SK LUNG MANIS SANDAKAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Kamarulariffin Bin Mohamed Zabel
atas ucapan beliau sebentar tadi.

Seterusnya,majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Hj. Sh. Mahada Sh. Attar,
Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan / (En. Nurdin Shah Bin Daris, Pegawai Penyelia Prasekolah
Daerah Sandakan) /
____________________________________________________________________________________
______________________________________________________ untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Prasekolah Pearl, SK Lung Manis, Sandakan kali ke
- 11 sesi 2018.
Dengan segala hormatnya dipersilakan….

UCAPAN PERASMI

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Hj. Sh. Mahada Sh. Attar,
Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan / (En. Nurdin Shah Bin Daris, Pegawai Penyelia Prasekolah
Daerah Sandakan) /
____________________________________________________________________________________
______________________________________________________atas ucapan dan perasmian Majlis
Anugerah Cemerlang Prasekolah Pearl , SK Lung Manis, Sandakan tahun 2018 sebentar tadi. (Selepas
gimik perasmian)

Sidang hadirin yang dihormati,

Untuk meneruskan majlis, dipersilakan Yang Berusaha Puan Juraidah Binti Haji Mohamad, Penolong
Kanan Kokurikulum, SK Lung Manis, Sandakan, menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Hj.
Sh. Mahada Sh. Attar / En. Nurdin Shah Bin Daris /
_____________________________________________________________________ untuk menerima
cenderahati daripada pihak Prasekolah Pearl SK Lung Manis Sandakan.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan Multimedia Prasekolah Pearl SK


Lung Manis Sandakan sebagai pembuka tirai Majlis Anugerah Cemerlang Prasekolah Pearl SK Lung
Manis Sandakan tahun 2018.

Dipersilakan……

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA PRASEKOLAH PEARL


SK LUNG MANIS SANDAKAN
Hadirin yang dihormati sekalian,

Ucapan sudah perasmian pun sudah,


Hanya menunggu penyampaian sijil dan hadiah.

Sebelum majlis diteruskan, sama-samalah kita saksikan sebuah persembahan dikir barat dari murid-murid
Prasekolah Pearl, SK Lung Manis, Sandakan
Dipersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Prasekolah Pearl, SK Lung Manis, Sandakan atas
persembahan penuh bersemangat itu tadi.

Tamatlah sudah Prasekolah


Tahun Satu menggamit megah
Acara dinantikan satu anugerah
Penyampaian sijil dan juga hadiah
Hadirin hadirat yang dimuliakan, sampailah kita ke acara yang dinantikan..penyampaian sijil dan hadiah
kepada murid-murid prasekolah Pearl, SK Lung Manis, Sandakan sesi 2018.

Untuk itu, majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berusaha Encik Kamarulariffin Bin Mohamed Zabel,
menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia,Tuan Hj. Sh. Mahada Hj. Attar / En. Nurdin Shah Bin
Daris /
____________________________________________________________________________________
______________________________________________________, untuk naik ke pentas bagi
menyempurnakan majlis.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

VVIP BERDIRI DI PENTAS UTAMA

Sekarang diumumkan penerima-penerima Anugerah Cemerlang Prasekolah Pearl SK Lung Manis


Sandakan bagi tahun 2018.

ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK


MOHAMMAD ASHRAF BIN HANRI

NUR SYUHADA MAYSARA AHSAN

SITI NURSYAMIMI SYUHADA BINTI JASLI

NUR SYAQIRA BINTI NORJASMIN

NUR SAKINAH BINTI SUKRI

ANUGERAH DISIPLIN TERBAIK

MCJOYSON JOEL

MUHAMMAD FARIZ RAFAIEL BIN ABDULLAH

NUR SYAHLIEZA UMAYRAH BINTI BURHAN

MUHAMMAD AKID SYAHMI BIN ALHISAM

BATRISYA DAMIA BINTI RAMLI


ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK

JOEVANT STEWART

SITI AISYAH BINTI JUNAIDI

NUUR ALIA BINTI BAKRI

AKMAL DANIAL BIN NORHARIN @ NORHASIM

NUR FATIMAH BINTI FAISAL

ANUGERAH PAKAIAN KEMAS

MUHAMMAD AFIF SALMAN B SABIRIN

MUHAMMAD ANIQ QAYYUM BIN ABDULLAH

NUR ALEESYA BINTI SARIPUDIN

NUR AINNUR DAHLEESHA BINTI RASMAN

IRIS EYEZEN BINTI ABDULLAH

ANUGERAH KERJASAMA TERBAIK

DEANA DAVID

MOHAMAD SYAHJURISWAN BIN SABARUDDIN

PUTRI AYU BINTI PARMAN

ADAM BUHKOIRI BIN ABDULLAH

NUR AFIQAH ZAHIRAH BINTI SUKRI

PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Yang Berbahagia,Tuan Hj. Sh.
Mahada Hj. Attar / En. Nurdin Shah Bin Daris /
_____________________________________________________________________, atas penyampaian
Anugerah Cemerlang kepada murid-murid prasekolah sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya penyampaian Sijil Tamat Prasekolah kepada Murid-murid Prasekolah Pearl SK Lung Manis,
Sandakan sesi 2018.

Dengan ini dipersilakan Yg Berusaha En. Kamarulariffin Bin Mohamed Zabel, Guru Besar SK Lung
Manis Sandakan diiringi oleh Puan Juraidah Binti Haji Mohamad, Penolong Kanan Kokurikulum, SK
Lung Manis, Sandakan bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Mendahului senarai penerima sijil tamat Prasekolah dipersilakan…


(Rujuk lampiran)

ADAM BUHKOIRI BIN ABDULLAH


BATRISYA DAMIA BINTI RAMLI
DEANA DAVID
IRIS EYEZEN BINTI ABDULLAH
MOHAMAD SYAHJURISWAN BIN SABARUDDIN
MOHAMMAD ASHRAF BIN HANRI
MUHAMMAD AFIF SALMAN BIN SABIRIN
MUHAMMAD AKID SYAHMI BIN ALHISAM
MUHAMMAD ANIQ QAYYUM BIN ABDULLAH
NUR AFIQAH ZAHIRAH BINTI SUKRI
NUR AINNUR DAHLEESHA BINTI RASMAN
NUR ALEESYA BINTI SARIPUDIN
NUR SAKINAH BINTI SUKRI
NUR SYAHLIEZA UMAYRAH BINTI BURHAN
NUR SYAQIRA BINTI NORJASMIN
NUR SYUHADA MAYSARA BINTI AHSAN
PUTRI AYU BINTI PARMAN
SITI AISYAH BINTI JUNAIDI
SITI NURSYAMIMI SYUHADA BINTI JASLI

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, En. Kamarulariffin Bin Mohamed
Zabel, Guru Besar SK Lung Manis, Sandakan atas penyampaian Sijil dan hadiah sebentar tadi.
Dengan ini selesailah Majlis Anugerah Cemerlang Prasekolah Pearl, SK Lung Manis Tahun 2018. Pihak
majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia, Tn. Hj. Sh. Mahada Sh. Attar,
_____________________________________________________________________ tetamu kehormat
dan para hadirin sekalian yang telah menyerikan dan menjayakan majlis pada pagi ini.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Inilah yang dikatakan,


Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan,
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan

Akhir kata

Terima kasih sekalung budi,


Daripada kami seikhlas hati.

Dengan ini, majlis memohon kemaafan, atas segala keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan sepanjang
majlis ini berlangsung.

Sekian.

Sesi Bergambar

Sebelum majlis beralih acara, dijemput Yang Berbahagia, Tn. Hj. Sh. Mahada Sh.
Attar,_________________________________________________________________ En. Nurdin Shah
Bin Daris, Guru Besar, Barisan Pentadbir, Guru-guru dan AKP untuk naik ke pentas bagi sesi bergambar
bersama murid prasekolah Pearl SK Lung Manis, Sandakan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dijemput semua ibu untuk naik ke pentas bagi sesi bergambar seterusnya semua bapa diminta bersedia.

Dijemput semua bapa untuk naik ke pentas bagi sesi bergambar.

Terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam sesi bergambar sebentar tadi.

Seterusnya, diminta murid-murid prasekolah untuk kekal berada di atas pentas bagi acara Sambutan Hari
Jadi Murid Prasekolah Pearl SK Lung Manis Sandakan bagi bulan Januari - Disember 2018.

Hadirin dan hadirat sekalian, mari kita sama-sama menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi sebelum acara
pemotongan kek oleh murid-murid prasekolah Pearl SK Lung Manis, Sandakan.

Nyanyian lagu Selamat Hari Jadi….

Majlis merakamkan ucapan Selamat Hari Jadi kepada semua murid Prasekolah Pearl SK Lung Manis,
Sandakan. Semoga semua anak-anak prasekolah ini sentiasa sihat, panjang umur dan murah rezeki.
Amin.

Dengan ini dipersilakan Yg Berusaha, Puan Juraidah Binti Haji Mohamad, Penolong Kanan
Kokurikulum, SK Lung Manis, Sandakan diiringi oleh Puan Cecilia Binti Ambrose Linsua bagi
menyampaikan hadiah harijadi kepada semua murid prasekolah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Mendahului dalam senarai, dipersilakan adik…

ADAM BUHKOIRI BIN ABDULLAH


AKMAL DANIAL BIN NORHARIN @ NORHASIM
BATRISYA DAMIA BINTI RAMLI
DEANA DAVID
IRIS EYEZEN BINTI ABDULLAH
JOEVANT STEWART
MCJOYSON JOEL
MOHAMAD SYAHJURISWAN BIN SABARUDDIN
MOHAMMAD ASHRAF BIN HANRI
MUHAMMAD AFIF SALMAN BIN SABIRIN
MUHAMMAD AKID SYAHMI BIN ALHISAM
MUHAMMAD ANIQ QAYYUM BIN ABDULLAH
MUHAMMAD FARIZ RAFAIEL BIN ABDULLAH
NUR AFIQAH ZAHIRAH BINTI SUKRI
NUR AINNUR DAHLEESHA BINTI RASMAN
NUR ALEESYA BINTI SARIPUDIN
NUR FATIMAH BINTI FAISAL
NUR SAKINAH BINTI SUKRI
NUR SYAHLIEZA UMAYRAH BINTI BURHAN
NUR SYAQIRA BINTI NORJASMIN
NUR SYUHADA MAYSARA BINTI AHSAN
NUUR ALIA BINTI BAKRI
PUTRI AYU BINTI PARMAN
SITI AISYAH BINTI JUNAIDI
SITI NURSYAMIMI SYUHADA BINTI JASLI

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Puan Juraidah Binti Haji Mohamad,
Penolong Kanan Kokurikulum, SK Lung Manis, Sandakan atas penyampaian hadiah hari jadi sebentar
tadi.

Seterusnya, Majlis menjemput adik MOHAMMAD ASHRAF BIN HANRI untuk memimpin bacaan doa
makan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik MOHAMMAD ASHRAF BIN HANRI atas
pimpinan bacaan doa makan sebentar tadi.

Dengan itu, majlis dengan sukacitanya menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menikmati juadah
yang telah disediakan.

Untuk pengetahuan para ibu bapa yang hadir, sesi jamuan ini dijalankan serentak dengan sesi
penggambaran konvokesyen murid prasekolah. Oleh itu, diminta agar ibubapa memastikan anak-anak
masing-masing telah mengikuti sesi penggambaran tersebut sebelum meninggalkan majlis.

Majlis mengucapkan selamat menjamu selera. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai