Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI PROGRAM TRANSISI PENDIDIKAN JASMANI

17 JANUARI 2020
Masa: 0810 – 0940
Tempat: Gelanggang Aktif
BBB: Kon (8), Gelung Rotan (Semua), Pundi Kacang (Semua), Bola (4 biji),
Kayu Hoki (4)

A. Memanaskan badan: Melambung dan menyambut pundi kacang

1. Murid diagihkan kepada kumpulan bertiga atau berempat


2. Setiap kumpulan dikehendaki melambung pundi kacang ke arah ahli kumpulan lain
untuk disambut.
3. Guru boleh menggalakkan murid untuk meninggikan lagi lambungan jika murid
sudah mula menguasai lambungan aras rendah / biasa.

B. Permainan 1: Kerusi Berirama Menggunakan Gelung Rotan

1. Semua gelung rotan diselerakkan di atas lantai Gelanggang Aktif.


2. Muzik dimainkan dan murid dikehendaki bergerak seperti apa yang guru arahkan
(contoh: Kapal terbang, arnab, gorilla, burung, dll)
3. Apabila muzik dimainkan, murid dikehendaki untuk merebut gelung rotan dengan
berdiri di dalam gelung rotan. Murid yang gagal mendapatkan gelung rotan dikira
tewas.
4. Permainan boleh diulangi untuk menarik masa.

C. Permainan 2: Ketam Kembar Siam

1. Setiap pasukan / kelas murid dibekalkan 1 biji bola.


2. Murid dikehendaki membentuk 2 barisan secara berpasang-pasangan.
3. Murid dikehendaki berlumba dengan keadaan saling membelakangi, tangan
disilangkan dan bola diletakkan di belakang badan masing-masing.
4. Murid perlu bekerjasama bergerak berjalan menuju ke kon yang disediakan,
mengelilinginya dan kembali semula ke barisan kelas.
D. Permainan 3: Lumba Lompat

1. Murid berbaris mengikut kelas sekaligus membentuk 4 pasukan.


2. Setiap pasukan disediakan 1 barisan gelung rotan dimulakan dengan kon dan diakhiri
dengan kon.

3. Murid akan berlumba melompat satu demi satu gelung rotan dengan kedua-dua
kaki, berlari mengelilingi kon dan patah semula ke arah barisannya dengan
melompat kembali barisan gelung rotan.

E. Permainan 4: Menggelecek Kayu Hoki

1. Setiap pasukan / kelas dibekalkan dengan sebiji bola dan sebatang kayu hoki.
2. Gelung rotan disusun dalam bentuk barisan untuk dijadikan halangan bagi murid
menggelecek bola menggunakan kayu hoki.
3. Murid dikehendaki mengelilingi kon dan menuju kembali kea rah pasukan / barisan
kelasnya untuk menyerahkan kayu hoki kepada rakan seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai