Anda di halaman 1dari 2

BAHASA KLASIK M/S 186

LATIHAN 1

Maka Hang Tuah pun bangkit sujud pada kaki Aria Putera; maka Aria Putera pun berjalan ke
rumahnya diiringkan oleh Hang Tuah dan Hang Jebat dan Hang Kasturi dan Hang Lekir dan
Hang Lekiu. Setelah sampai ke rumahnya, maka oleh Hang Tuah madu dan buah maja yang
dibawanya itu pun dipersembahkan pada Aria Putera.

JAWAPAN:

Hang Tuah bangun daripada sujud pada kaki Aria Putera. Aria Putera berjalan menuju ke rumahnya
sambil diiringi oleh Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Setelah tiba di
rumah, Hang Tuah memberikan madu dan buah maja yang dibawanya kepada Aria Putera.

LATIHAN 2

Maka hari pun malamlah. Maka dilihat oleh Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang
Lekiu suatu hidangan datang-datang terletak di hadapan Aria Putera itu. Maka kata Sang Aria Putera,
“ Hai cucuku kelima, makanlah barang yang hadirnya, kerana aku orang miskin.” Maka Hang Tuah
pun menyembah seraya dibukanya hidangan itu dilihatnya di dalam hidangan itu lengkap pelbagai
nikmat. Setelah sudah, maka kata Sang Aria Putera, “Apa kehendak cucuku berlima telah kuketahui.
Ada pun cucuku kelima ini akan diperhamba raja dan jadi pegawai besar di Tanah Melayu, tetapi
banyak orang besar-besar sakit hati lagi dengki akan cucuku”. Maka ditunjukkan pada Hang Tuah,
katanya, “Tidak mengapa kerana cucuku orang benar. Ketiganya cucuku akan digelar raja.

JAWAPAN:

Malam pun menjelma. Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu melihat
hidangan yang diletakkan di hadapan Aria Putera. Sang Aria Putera berkata, “Wahai cucuku berlima,
makanlah apa-apa hidangan ini dengan seadanya kerana aku ialah orang yang miskin”. Hang Tuah
menyembah sambil membuka hidangan tersebut dan dia melihat bahawa juadah tersebut
sempurna. Setelah selesai menikmati juadah, Sang Aria Putera berkata, “ Aku sudah mengetahui
hajat kalian berlima ke mari. Suatu hari nanti kalian berlima akan dilantik oleh raja untuk menjadi
pembesar di Tanah Melayu. Namun, ramai pembesar akan tergores dengan pelantikan tersebut
bahkan ada yang iri hati dengan kalian berlima”. Aria Putera menunjuk ke arah Hang Tuah sambil
berkata, “ Jangan risau kerana kalian ialah orang yang jujur. Malahan, ada di antara kalian akan
menjadi raja”.
LATIHAN 4

Maka Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun diajarnyalah oleh Aria
Putera, bagai-bagai ilmu isyarat hulubalang dan firasat dan ilmu perajurit tetapi lebih juga Hang Tuah
diajarnya barang ilmu dan isyarat. Setelah sudah, maka Aria Putera pun berpesan pada Hang Tuah,
“Hai cucuku, jika engkau pergi ke Majapahit kelak, jangan tidak engkau berguru pada saudaraku
bernama Sang Pernata Nala itu, terlalu banyak tahunya daripada aku. Ia menjadi ajar-ajar, tiada ia
merasai dunia. Bermula aku pun belajar padanya sedikit banyak”. Maka sembah Hang Tuah,
“Baiklah, tuanku, sebala tuanku hambamu junjung kerana hambamu lima saudara ini sudah menjadi
hamba di bawah khadam tuanku”. Maka Hang Tuah pun duduklah berhambakan dirinya kelima
bersahabat di bukit itu pada Aria Putera itu.

JAWAPAN:

Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu telah diajar oleh Aria Putera
tentang pelbagai ilmu petunjuk menjadi hulubalang, firasat dan ilmu pahlawan tetapi Hang Tuah
telah diberikan ilmu yang lebih banyak berbanding sahabatnya yang lain. Setelah selesai belajar, Aria
Putera berkata pada Hang Tuah, “Wahai cucuku, sekiranya engkau pergi ke Majapahit pada suatu
hari nanti, engkau bergurulah dengan saudaraku yang bernama Sang Pernata Nata. Beliau telah
memiliki ilmu yang lebih banyak berbanding aku. Sang Pernata Nata telah banyak mengajar aku.
Tanpanya, aku tidak merasai kenikmatan hidup di dunia. Hang Tuah menyembah sambil berkata,
“Baiklah, tuanku. Perintah tuanku akan patik junjung kerana patik berlima sudah menjadi orang
suruhan tuanku”. Hang Tuah bersamasama lima sahabatnya pun menyerahkan diri pada Aria Putera
di bukit tersebut.

Anda mungkin juga menyukai