Anda di halaman 1dari 3

PELAJAR HARAPAN NEGARA BANGSA

A) POLITIK
1.Melahirkan pemimpin yang berkualiti pada masa
akan datang
-Pelajar yang cemerlang akan mempunyai tahap
pemikiran yang berkualiti serta mampu melahirkan
idea-idea yang bernas untuk kesejahteraan
negara,sekali gus melahirkan pemimpin yang berkualiti
pada masa akan datang.

2.Melahirkan pemikiran yang berdaya saing


-Pelajar sentiasa berlumba-lumba untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang,oleh itu,pelajar akan sentiasa
meningkatkan prestasi dari semasa ke
semasa.wujudnya pelajar-pelajar cemerlang ini, akan
menjadi tunggak negara melalui lahirnya pemimpin-
pemimpin yang berwibawa dan berfikiran kreatif dan
kritis.
B) EKONOMI
1.Peningkatan pembangunan infrastruktur dan
teknologi
-Lahirnya golongan bijak pandai,dalam sesuatu
bidang,dengan kewujudan kemudahan infrastruktur
dan teknologi yang akan memudahkan dan
mempercepatkan penghasilan sesuatu
produk,menyebabkan peningkatan kuantiti dan kualiti
produk untuk dipsarkan ke luar negara,sekali gus
meningkatkan ekonomi negara.

2.Meningkatkan kemajuan pendidikan dan ekonomi


negara.
-Lahirnya golongan cerdik pandai,akan menyumbang
kepada kemajuan pendidikan dengan ilmu yang telah
dipelajari.contohnya,apabila mereka melanjutkan
pelajaran di luar negara,ilmu yang diperolehi akan
dapat diaplikasikan di dalam negara untuk memajukan
taraf pendidikan sekali gus,meniingkatkan ekonomi
negara.
c) SOSIAL
1.Mengatasi masalah pengangguran
-Pelajar cemerlang akan melahirkan usahawan
berjaya,yang akan mewujudkan syarikat-syarikat yang
mampu memberi peluang pekerjaan kepada
masyarakat.Keadaan ini akan mengatasi masalah
pengangguran sekali gus mengurangkan masalah
kemiskinan.

2.Membentuk keperibadian pelajar dan melahirkan


masyarakat yang bersahsiah.
-pelajar sentiasa ke arah kebaikan dalam mencapai
kecemerlangan,iaitu dengan cara menjaga
akhlak,tingkahlaku,ke arah pembentukan peribadi yang
mulia.Dengan cara itu,lahirnya masyarakat yang
bersahsiah seiring kemajuan negara.Kemajuan negara
dapat dicapai dan sekali gus melahirkan masyarakat
yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai