Anda di halaman 1dari 4

Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini. Anda sebagai
setiausaha persatuan itu dikehendaki menulis satu laporan lengkap tentang
lawatan tersebut. Tulis laporan itu.
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku.
Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah
Menengah Sri KDU, Kota Damansara telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari
Sabtu, 19 Mei 2012 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang
guru penasihat.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu
keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba
pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar.
Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya
menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar
pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolah dari sekolah.
Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi.
Rombongan kami disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan
Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan
penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang
akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah majalah Pelita Bahasa
keluaran DBP secara percuma.
Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran.
Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku
yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-
buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang
merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga
berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa,
Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi
beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya
apabila timbul beberapa kemusykilan.
Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat
dengan jelas cara-cara buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku
tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih,
teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir
dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid,
disusun, dan sebagainya.
Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa
buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan
harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00
petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari
perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada
kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu
keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama
sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan.
Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di
kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami
tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan
pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan
kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.
Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan
kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar
di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

DilaporkanOleh,                                                                       20 Mei 2012.


MuhdIzzat                                             
 (MUHAMMAD IZZAT NASEER)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Menengah Sri KDU, Kota Damansara.
Dicatat oleh Akmal Syahmi di 5:15:00 PG 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pamaren Buku
SJK(Tamil) Simpang Lima

Pada tanggal 3 Ogos 2019 bersamaan dengan hari Jumaat, Persatuan


Bahasa Malaysia SJK(T) Simpang Lima telah menganjurkan lawatan
sambil belajar ke pameran buku. Pameran ini dianjurkan oleh Uma
Publication/Dewan Bahasa dan Pustaka di Shah Alam. Seramai empat
puluh orang ahli persatuan dan empat guru pengiring telah menyertai
lawatan ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenali buku-buku
bermutu tinggi dan memupuk amalan membaca dalam kalangan murid-
murid. Di samping itu, ia juga dapat mengeratkan silaturahim antara
guru dan murid-murid.
Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan sekolah pada pukul
7:00pagi lagi. Guru yang bertanggungjawab mengambil kehadiran
murid-murid. Seterusnya, beliau memberi taklimat ringkas mengenai
peraturan yang patut dipatuhi sepanjang lawatan itu. Kami pasang
telinga semasa memberi taklimat. Kami bertolak dari perkarangan
sekolah pada pukul 8:00 pagi dengan manaiki sebuah bas yang disewa
khas.
Selepas sejam, kami sampai di perkarangan pameran buku.
Ramai pengunjung telah pun membanjiri pameran buku tersebut. Pada
pukul 10 pagi, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Encik Rahman
bin Ahmad memberikan ucapan lalu merasmikan pameran buku tersebut
dengan memalukan gong sebanyak tiga kali.
Banyak penerbit yang terkenal mempamerkan buku keluaran
masing-masing. Kami mendapat peluang untuk melihat pelbagai jenis
buku seperti buku rujukan, buku cerita, novel, majalah dan sebagainya.
Kebanyakan buku-buku tersebut ditulis dalam Bahasa Melayu dan
Inggeris. Terdapat juga syarikat yang menjual buku dengan harga
runtuh. Kami membeli buku-buku di situ dengan diskaun sehingga 80%.

  Seterusnya, pelbagai pertandingan diadakan di pameran buku itu.


Antaranya ialah pertandingan cabutan bertuah, pertandingan bercerita,
pidato dan sebagainya. Kami menyertai pertandingan cabutan bertuah
dan memenangi buku rujukan UPSR bernilai RM500. Selepas itu, kami
menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pihak penganjur. Kami
juga mangambil kesempatan ini untuk merakam gambar bersamaa guru
yang disayangi untuk dijadikan kenang-kenagan.

Kami pulang ke sekolah pada pukul 4 petang. Walaupun penat,


kami berasa sungguh gembira kerana dapat membeli banyak buku
dengan potongan harga. Kami juga mendapat pengalaman baharu
daripada lawatan sambil belajar ini. Kami berharap lawatan seperti ini
dapat diadakan pada masa yang akan datang.

Laporan disediakan oleh, Tarikh:


Thirushan 4-9-2019
(Thirushan Ganesh Surash)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
SJK (T) Simpang Lima.

Anda mungkin juga menyukai