Anda di halaman 1dari 2

1.

bagai aur dengan tebing = bekerjasama


2. bagai isi dengan kuku/ bagai dakwat dengan kertas/ bagai hempedu lekat di hati =hubungan yang
erat/rapat
3. bagai anjing dengan kucing = selalu bertengkar apabila bertemu
4. seperti cincin dengan permata/ bagai pinang dibelah dua = pasangan yang sepadan/ secocok
5. pucuk dicita ulam mendatang = mendapat sesuatu melebihi sesuatu yang diinginkan
6. orang mengantuk disorongkan bantal = mendapat sesuatu yng diinginkan. tepat pada masanya
7. habis madu sepah dibuang = ditinggalkan selepas tidak diperlukan
8. si buta mendapat tongkat = berlagak sombong setelah beroleh kekayaan
9. bagai bulan dipagari bintang = perempuan cantik yang tiada bandingan
10. Siang bagai hari, terang bagai bulan =/ Sudah terang lagi bersuluh = jelas dan pasti
11. umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung = kehidupan yang terkongkong
12. umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang= semasa muda disayangi tetapi apabila tua dibenci
13. umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga = perangai atau kelakuan yang
diperturunkan daripada ibu atau bapa tidak dapat diubah
14. umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang = sesuatu yang amat disayangi tetapi
merosakkan
15. seperti mencurah air ke daun keladi / seperti hujan jatuh ke pasir = tidak mendengar nasihat
16. seperti anjing menyalak bukit = melakukan perkara yang sia-sia
17. seperti pahat dengan penukul = hanya membuat kerja apabial disuruh / saling memerlukan antara
satu sama lain
18. seperti tikus membaiki labu = cuba membaiki sesuatu yang rosak tetapi menjadi semakin teruk
19. Tulang belakang membawa maksud orang yang menjadi sumber kekuatan.
20. bagai telur di hujung tanduk = berada dalam keadaan cemas / bahaya
21. bagai gergaji dua mata = Seseorang yang mengambil kesempatan atas pertelingkahan antara dua
pihak.
22. bagai kucing kehilangan anak = bingung atau hilang akal
23. di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung =Apabila menetap di sesuatu tempat, kita perlulah
mematuhi dan menurut undang-undang di tempat tersebut
24. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak = pandai menyesuaikan
diri apabila berada di tempat orang.
25. bagai haruan makan anak = bapa yang merogol anak
26. bagai kambing dihalau ke air= org yg enggan melakukan sesuatu pekerjaan
27. bagai melepaskan batuk di tangga = membuat kerja tidak sempurna/tidak siap
28. kepala angin = cepat berubah perangainya (sekejap baik, tiba-tiba berubah menjadi garang)
29. lena ayam / tidur-tidur ayam = tidur yang tidak lena/nyenyak.
30. khabar angin =berita yang belum pasti kesahihannya
31. cacing hendak menjadi naga = Orang yang berpangkat rendah berlagak seperti orang yang
berpangkat tinggi.
32. ada udang di sebalik batu = ada niat yang tersembunyi di sebalik perbuatan atau percakapamn.
33. enggang lalu ranting patah = kesilapan yang berlaku tanpa sengaja meninggalkan kesan buruknya.
34. intah darat/ cekik darah = Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi./ mengenakan
faedah atau bunga yang tinggi
35. belakang parang diasah lagikan tajam = orang yg bodoh akan menjadi pandai jika rajin berusaha
36. indah khabar daripada rupa = realiti tidak seindah yang dikhabarkan
37. harapkan pagar, pagar makan padi = mengharapkan orang yang dipercayai tetapi orang tersebut
yang tidak boleh diharapkan
38. kaki judi= suka berjudi
39. langkah bendul = adik yg berkahwin dahulu sebelum kakak atau abang
40. langkah kiri = bernasib buruk /malang
41. langkah seribu = berlari dengan laju
42. buka langkah = berlari
43. seperti lembu dicucuk hidung = menurut perintah tanpa bantahan
44. seperti murai tercabut ekor/ mulut murai = bercakap banyak
45. sekati sama berat, diuji sama merah = sama tinggi darjatnya.
46. bagai dulang dengan tudung saji / seperti cincin dengan permata/ bagai pinang dibelah dua/ bagai
bulan dengan matahri = secocok/ sepadan
47. katak di bawah tempurung =org yang kurang pengetahuan
48. ayam disambar helang = orang yg mati secara tiba-tiba
49. ayam disambar helang = orang yg mati secara tiba-tiba
50. seperti kera mendapat bunga= tidak menghargai pemberian orang lain.
51. lipas kudung = orang yg membuat kerja dengan depat
52. lapang dada = rasa tenang
53. biar titik jangan tumpaH = baik rugi sedikit daripada rugi semua
54. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis = berwaspada/ berjimat semasa berbelanja
55. bumi yang mana tidak ditimpa hujan =tidak ada orang yang sempurna dan tidak pernah melakukan
kesalahan
56. kalau tidak ada rotan, akar pun berguna = kalau tidak ada sesuatu yang lebih baik, yang kurang
baik uga bole h digunakan.
57. mulut tempayan / tempayan bocor= tidak boleh menyimpan rahsia
58. makan suap / tumbuk rusuk / duit kopi = menerima rasuah
59. lidah bercabang =suka menipu/ berubah-ubah percakapannya
60. bawa mulut = suka menceritakan keburukan org lain

Anda mungkin juga menyukai