Anda di halaman 1dari 35

LATIHAN PERIBAHASA

BERGAMBAR
PT3
Nila + susu

Kerana nila setitik, rosak susu


sebelanga
Hanya kerana salah seseorang, sekumpulan atau
seluruh masyarakat akan turut mendapat nama
buruk
Pekasam + lengan

Alang-alang menyeluk pekasam biar


sampai ke pangkal lengan
Kalau terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh
hasilnya
Pipit + enggang

Pipit sama pipit, enggang sama enggang,


baru boleh terbang sama

berkawan biarlah yang sama taraf dan kedudukan


Bumi + langit

Di mana bumi dipijak, di situ langit di


junjung
Mematuhi peraturan dan sebagainya di tempat
yang didiami
Nasi + bubur

Nasi sudah menjadi bubur

Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah


lagi)
Padi + lalang

Baik membawa resmi padi daripada


membawa resmi lalang

Semakin berilmu atau tinggi pangkat, semakin


merendahkan diri (tidak sombong)
Bara + arang

Genggam bara biar sampai


menjadi arang
Jika melakukan sesuatu pekerjaan yang susah
haruslah dengan sabar sehingga mendapat
nikmatnya nanti
Rusa + kampung

Bagai rusa masuk kampung

Tercenggang-cenggang
Parang + asah

Belakang parang kalau diasah


nescaya tajam
1- orang yang bodoh kalau diajar betul-betul,
pandai juga sudahnya.
2- orang yang sabar(setia) kalau dihasut boleh juga
menjadi jahat.
Hujan + pasir

Hujan jatuh ke pasir

Kebaikan, pertolongan, dan sebagainya yang sia-sia


atau tidak berbalas atau tidak dihargai
Rotan + akar

Tiada rotan akar pun berguna

Kalau tidak ada barang yang terbaik, barang yang


kurang pun boleh digunakan juga
Gula + semut

Ada gula, ada semut

Di tempat yang banyak keuntungan dan rezeki, di


situlah banyak orang berkumpul
Tapak tangan + nyiru

Kecil tapak tangan, nyiru saya


tadahkan
Menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat
atau pertolongan orang
Air + buaya

Air yang tenang jangan disangka


tiada buaya

Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau


penakut
Ubi + besi

Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi


berkarat

Diam orang berilmu berfikir,sementara diam orang


bodoh itu sia-sia
harimau + mati

Harimau mati meninggalkan


belang, manusia mati
meninggalkan nama
Orang yang berjasa akan selalu disebut-sebut
orang walau telah lama mati
Gajah + pelanduk

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk


mati di tengah-tengah
Kalau orang besar-besar berselisih, rakyat yang
mendapat susah
Telur + tanduk

Telur di hujung tanduk

Dalam keadaan yang berbahaya atau serba sulit


Gading + tanduk

Sudah dapat gading bertuah, tanduk


tidak berguna lagi

Orang yang mendapat sesuatu yang lebih baik, yang


lama ditinggalkan
Ruyung + sagu

Kalau tidak dipecahkan ruyung,


manakan dapat sagunya

Tidak akan tercapai cita-cita dengan tidak berusaha


Benih + pulau

Kalau asal benih yang baik, jatuh ke


laut menjadi pulau

Orang yang berketurunan baik, ke mana-mana


sahaja pergi akan tetap menjadi baik
Cendawan + hujan

Bagai cendawan tumbuh selepas


hujan
Terlalu banyak dalam sesuatu masa, biasanya
merujuk kepada benda
Kera + bunga

Bagai kera mendapat bunga

Tidak tahu menilai barang berharga


pahat + penukul

Seperti pahat dengan penukul

Hanya bekerja apabila disuruh


Air + daun keladi

Mencurah air ke daun keladi

Pesanan atau nasihat yang tidak dipedulikan atau


tidak memberi kesan kepada pendengar
Menangguk + keruh

Menangguk dalam air keruh


Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan
kesusahan, kekalutan orang lain demi kepentingan
atau keuntungan diri sendiri.
Guruh + tempayan

Mendengar guruh di langit, air


tempayan dicurahkan
Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat,
barang yang ada dihabiskan atau dibuang
Bukit – daki + lurah - turun

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni


1- Mengharungi kesenangan dan kesusahan
bersama-sama.
2-Muafakat. Seia. Sekat
Lalang + angin

Lalang ditiup angin

pendirian yang tidak tetap.


Batuk + tangga

Melepas batuk di tangga

elakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak


bersungguh-sungguh
Pagar + padi

Harapkan pagar, pagar makan


padi
Harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi
akhirnya orang itu pula yang merosakkannya.
Tikus + labu

Tikus membaiki labu

embaiki barang yang tidak diketahui, lalu menjadi


semakin teruk/rosak
Perigi + timba

Perigi mencari timba

Perempuan yang mencari lelaki


Enau + belukar

(seperti) enau dalam belukar,


melepaskan pucuk masing-
masing
1. Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan.
2. Semua orang hanya mahu menyelamatkan diri
sendiri.
3. Mementingkan diri sendiri

Anda mungkin juga menyukai