Anda di halaman 1dari 4

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH TAJUK: GURU MENGAJAR UNTUK PEPERIKSAAN SEMATA-MATA 1. Apakah masalah tersebut?

Masalah tersebut adalah guru mengajar untuk peperiksaan semata-mata. Guru mengajar di dalam kelas dengan menekankan topik-topik yang dijangka akan memasuki peperiksaan . Ini menyebabkan pelajar hanya memfokuskan topik tersebut untuk mendapat gred yang cemerlang. Hal ini menyebabkan budaya belajar untuk sepanjang hayat tidak dapat diterapkan ke dalam diri pelajar. 2. Mengapa wujud masalah itu? Masalah ini wujud kerana guru diberikan penekanan oleh pihak pengurusan sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Jika seseorang pelajar itu tidak menunjukkan peningkatan dalam pencapaiannya akan menyebabkan guru tersebut dipanggil untuk memberikan sebab keatas kemerosotan tersebut. Hal ini terjadi kerana pihak pengurusan sekolah terlalu mementingkan kedudukan sekolah tersebut untuk menjadi di antara sekolah yang terbaik dengan mendapat gelaran-gelaran sekolah yang tertentu contohnya sekolah kluster, sekolah bestari dan sebagainya. Terdapat banyak kelebihan yang diperolehi jika menjadi salah satu sekolah yang tersebut di antaranya mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan terutamanya daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada itu juga, masalah ini wujud kerana keinginan pelajar untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh kerana pengambilan untuk menyambung pelajaran khususnya di institusi pengajian tinggi adalah berdasarkan gred menyebabkan pelajar bertungkus lumus belajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Oleh yang demikian menyebabkan guru memfokuskan pengajaran untuk peperiksaan.

MASALAH: GURU MENGAJAR UNTUK PEPERIKSAAN SEMATA-MATA

Langkah 1 : Pengambilan pelajar untuk melanjutkan pelajaran tidak hanya berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja mata

Kelebihan

kelemahan

Dapat meningkatkan kemahiran lain yang terdapat dalam diri pelajar. Dapat meningkatkan daya saing di antara pelajar Menjadikan pelajar lebih inovatif dan kreatif dalam pembelajaran

Memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru. Memerlukan kejujuran daripada guru semasa membuat penilaian.

Langkah 2 :

Kelebihan

kelemahan

Dapat meningkatkan kemahiran lain yang terdapat dalam diri pelajar. Dapat meningkatkan daya saing di antara pelajar Menjadikan pelajar lebih inovatif dan kreatif dalam pembelajaran

Memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru. Memerlukan kejujuran daripada guru semasa membuat penilaian.

Anda mungkin juga menyukai