Anda di halaman 1dari 3

PERCUTIAN DI PULAU PANGKOR

Sebelum saya memulakan sesi pembelajaran di Kolej,kami sekeluarga


merancang untuk menjalankan percutian ke Pulau Pangkor di lumut, Perak.
Kami sekeluarga berkunjung kesana selama tempoh 2 hari dan 1 malam.
Kebiasaannya kami sekeluarga akan berkumpul seluruh keluarga untuk pergi
bercuti.

Kami bergerak dari Bangi, ayah memandu melalui lebuh Raya PLUS sampai ke
Jeti Lumut.Bila sampai di Lumut kami mencari Medan letak kereta sebelum
membeli tiket untuk ke Pulau Pangkor.Kami meletak kereta di medan letak
kereta selama 2 hari 1 malam yang dikenakan caj sebanyak rm32. Setelah
selesai kami terus ke Jeti Lumut untuk membeli tiket pergi dan balik harga tiket
rm 15 seorang untuk dewasa. Dari Jeti Lumut Ke Pulau pangkor mengambil
masa selama 30 minit.

Bila sampai di jeti Pulau Pangkor banyak ejen-ejen akan menawarkan khidmat
kereta sewa motosikal dan juga pakej aktiviti.Di Pulau Pangkor kami menyewa 2
buah motosikal yang berharga rm60 .Dekat Pulau Pangkor juga terdapat teksi
yang dimaksudkan van yang berwarna pink .Harga untuk kemana-mana
destinasi memang telah ditetapkan harga. Dari Jeti Pulau Pangkor kami
sekeluarga berkunjung ke Anjungan Beach Resort di Teluk Nipah. Jalan untuk
menuju ke hotel buat rasa seram kerana di Pulau Pangkor terdapat banyak
jalan yang mempunyai curam dan selekoh yang tajam. Selepas berehat kami
berjalan ke pantai yang popular dan cantik pemandangannya iaitu Pantai Teluk
Nipah dan Pantai Coral. hari pertama kami Cuma duduk santai dipantai
membawa motor pusing di sekeliling Pulau Pangkor dan singgah di gerai-gerai
di tepi Pantai. Sambil melihat matahari terbenam di Teluk Nipah. Kami sempat
menikmati keindahan matahari terbenam yang sungguh indah dari bukit yang
menampakkan seluruh Pulau Pangkor. Kami tidak melepaskan peluang
bergambar sebanyak mungkin
Pada hari kedua pula kami sekeluarga menikmati sarapan di hotel. bermacam
menu yang disediakan oleh pihak hotel.Hari ini kami membuat aktiviti
snorkelling di Pulau Giam . Dalam perjalanan kami dibawa melihat turtle rock
dan whale rock. Kami juga membuat aktiviti berkayak.

Pada sebelah malam, kami menaiki van ke sekitar kampung Teluk Ketapang,
. Kami mencuba masakan di sana di sebuah kedai makan berhampiran
sebuah hotel yang paling hebat dan berprestij di Pulau Pangkor kerana
memiliki persisiran pantainya yang tersendiri. Ternyata masakan
kampung di sana sungguh enak dan juadah dapat dirasai dengan
keheningan malam dengan bunyi-bunyian serangga yang sungguh
menenangkan jiwa. Suasana di sana adalah sungguh berbeza dengan
keadaan di Kuala Lumpur, kota yang sentiasa sibuk dan digelar kota
yang tidak pernah tidur. Kami melewati malam terakhir di Pulau Pangkor
di lobi hotel dengan bermain ping pong bersama-sama sebelum pulang
berehat di bilik masing-masing.

Keesokan harinya, kami pulang ke Kuala Lumpur pada waktu


tengah hari. Kami sempat singgah di iaitu tempat
persinggahan popular oleh para pelancong yang datang ke Terengganu
untuk membeli belah barangan buatan masyarakat tempatan. Kami membeli
keropok lekor untuk di bawa pulang ke Kuala Lumpur. Terengganu
sememangnya popular dengan keropok lekor yang enak. Kami tiba di Kuala
Lumpur pada sebelah malam. Perjalanan yang sungguh memenatkan namun
memberikan pengalaman yang sangat indah. Jika diberi peluang saya akan
ke sana lagi dengan lebih lama.

Anda mungkin juga menyukai