Anda di halaman 1dari 12

UJIAN PENGESANAN PRESTASI MURID 2 (UPPM2) TAHUN 2017

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 6


(1 jam 15 minit)

Nama : . Tahun : .

Bahagian A
[ 20 markah ]
Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Keberangkatan _____________ ke istana diiringi oleh Laksamana Hang Tuah dan


Bendahara Tun Perak.

A beta
B patik
C hamba
D baginda

2. Dahan pokok yang hampir reput itu _____________ oleh ayah agar tidak membahayakan
orang ramai.

A ditebas
B ditakik
C ditebang
D dipangkas

3. Banyak pokok _______________ ditemukan oleh anggota pengakap di puncak Gunung


Lambak.

A kerdil
B kurus
C renek
D panjang

4. Mak Cik Intan memasukkan tiga _________________ garam ke dalam tempayan ikan
pekasam yang dibuatnya.

A genggam
B jemput
C cubit
D buku

2
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Encik Ahmad mengambil upah _____________ bunga untuk menambah sumber


pendapatannya.

A mengatur
B menggubah
C mengubah
D menggarap

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Ayah perlu memandu dengan berhati-hati ketika melalui jalan yang __________ itu kerana
permukaan jalan belum diturap sepenuhnya.

A lekak-lekuk
B simpang-siur
C lintang-pukang
D bengkak-bengkil

7. Hakimi mendaftarkan namanya sebagai peserta di meja __________________ pertandingan


memanah.

A segi tiga
B atur cara
C urus setia
D ahli panel
3
8. Salmah ___________ kerana sangat suka dipuji atas setiap kerja yang dibuatnya.

A makan diri
B makan suap
C makan angin
D makan angkat

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. CIkgu Halim bertugas sebagai ___________ pertandingan perbahasan peringkat sekolah.

A jurucakap
B juruacara
C juruhebah
D jurubahasa

10. Kakak belajar menjahit _____________ menunggu tawaran melanjutkan pelajaran ke


universiti.

A tatkala
B meskipun
C kendatipun
D sementara

11. _____________ yang digunakan untuk menyokong ampaian di belakang rumah telah patah.

A kekuda
B tetupai
C kekura
D kekisi

4
12. Chef Razali memasukkan sesudu tepung jagung dalam masakan itu untuk menambah
___________ kuahnya.

A kepedasan
B kepekatan
C kepejalan
D kecairan

13. Jurulatih itu gusar apabila mendapati para pemainnya tidak bersungguh- sungguh ketika
berlatih di padang.

Pilih perkataan sinonim bagi gusar

A bimbang
B kecewa
C marah
D sedih

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14. Nasi buluh merupakan hidangan tradisional masyarakat keturunan Melayu Pattani.

A Masyarakat Melayu Pattani suka hidangan tradisi nasi buluh.


B Nasi buluh keturunan Melayu Pattani menjadi hidangan tradisi.
C Hidangan tradisi masyarakat keturunan Melayu Pattani ialah nasi buluh.
D Nasi buluh tradisional dihidangkan oleh masyarakat keturunan Melayu Patani.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

15. I Ketabahan kulit karipap itu telah menjejaskan mutu rasanya.


II Ketabahan Ali menempuh dugaan hidup di kota mematangkan dirinya.
III Ketabahan ibu menyara keluarga amat dihargai.
IV Kejayaan diperoleh sekiranya kita ketabahan menghadapi cabaran.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

5
Soalan 16
Pilih ayat yang betul.

16. A Ikan di dalam kolam itu dijala olehnya.


B Aduhai, sakitnya jariku tercucuk duri!
C Sila jemput para peserta pertandingan ke dewan.
D Bilik tidur itu telah dicat oleh saya.

Soalan 17 hingga 20
Baca temu ramah di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Nadia : Assalamualaikum Profesor Ruslan. Saya, Nadia binti Ikhwan,


dari Sekolah Kebangsaan Taman Ikan Emas mengucapkan
ribuan terima kasih kerana sudi ditemu ramah.
Profesor Roslan : Waalaikumussalam. Saya juga bangga kerana kamu sudi
menemu ramah saya.
Nadia : Boleh profesor jelaskan, apakah maksud komet?
Profesor Roslan : Oh, komet. Sebenarnya komet ialah jirim yang besar. Komet ini
terdiri daripada debu dan gas beku. Komet akan berkilau ketika
bergerak menghampiri matahari.
Nadia : Dapatkah kita melihat komet?
Profesor Roslan : Ya, kita dapat melihat komet pada waktu malam. Pada waktu
itu, komet bergerak dengan laju dan terang. Komet yang sangat
terang juga dapat dilihat pada waktu siang.
Nadia : Mungkinkah komet akan berlanggar antara satu sama lain?
Profesor Roslan : Tidak, komet tidak akan berlanggar antara satu sama lain. Hal
ini demikian kerana komet bergerak mengikut ruang
perjalanannya.
Nadia : Berapa lamakah jarak waktu komet muncul semula?
Profesor Roslan : Ada antara komet muncul semula setelah beribu-ribu tahun.
Bagaimanapun Komet Helley muncul semula dalam tempoh 76
tahun.
Nadia : Oh, begitu! Banyak juga fakta tentang komet yang tidak saya
ketahui. Baiklah, nampaknya perbualan kita berakhir di sini.
Terima kasih, profesor.
Profesor Roslan : Terima kasih, Nadia. 6
17. Apakah tujuan Nadia berjumpa dengan Profesor Roslan?

A Menemu duga Profesor Roslan.


B Menemu ramah Profesor Roslan.
C Berbincang dengan Profesor Roslan.
D Berbincang tentang jenis komet.

18. Bagaimanakah perasaan Nadia apabila Profesor Roslan bersedia untuk di temu ramah?

A. Terharu
B Dukacita
C Bangga
D Gembira

19. Mengapakah komet tidak akan berlanggar antara satu sama lain?

A Komet dapat dilihat.


B Komet bergerak dengan laju.
C Komet bergerak mengikut ruang perjalanannya.
D Komet muncul setelah beribu-ribu tahun.

20. Perkataan berkilau dalam petikan di atas bermaksud

A bercahaya gemerlap
B bersinar terang
C bersuluh terang
D berseri-seri

BAHAGIAN A TAMAT

7
Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21
(a) Tandakan ( ) bagi kata kerja yang betul berdasarkan ayat di bawah.

( i ) Mak Limah dan pembantunya sedang ________________daging pada lidi untuk dibuat
sate.

meraut ( ) menjolok ( ) mencucuk ( )

( ii ) Piala kebanggaan juara pertandingan bola sepak itu ______________oleh para pemain.

dijulang ( ) dijunjung ( ) dijinjing ( )


[ 2 markah ]

(b ) Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh.

(i) Suhu di dalam bilik hotel itu


__________ sejuk sehingga saya kurang
menggigil.

(ii) Gulai kari kepala ikan yang dimasak


oleh ibu enak __________. terlalu

(iii) Buku cerita ini __________ baharu di


pasaran tetapi telah mendapat sekali
sambutan hangat.

(iv) Baju yang dipakainya ke majlis hari agak


jadi itu __________ sesuai kerana
tidak mengikut tema yang ditetapkan.

[ 2 markah ]

8
c) Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

i) Perpustakaan mini itu memiliki 1500 ( buah, keping, jambak) koleksi bahan bacaan
yang menarik.

ii) Ayah mengerat beberapa ( tongkol, ketul, pucuk ) rebung dari tebing sungai dengan
parang tajam.
[ 2 markah ]

Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

sedikit masing-masing setengah banyak


segala sebahagian sesetengah semua
separuh pertama pelbagai

Bersenam sesuai dilakukan oleh _______________ lapisan masyarakat tidak kira


orang tua, dewasa ataupun kanak-kanak. Sebagai ______________ negara yang sedang
berkembang maju, Kementerian Kesihatan berharap agar rakyat Malaysia melakukan
senaman dan dijadikan amalan hidup sepanjang masa. Namun demikian, masih terdapat
____________ masyarakat yang tidak gemar bersenam. Hal ini, menyebabkan terdapat
golongan yang berhadapan dengan ______________ penyakit. Oleh itu, ____________
individu perlu mempunyai kesedaran tentang pentingnya melakukan senaman dan menjadi
rutin dalam kehidupan ___________________.
[5 markah ]

9
Soalan 23
Baca jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

Jadual di bawah menunjukkan data tentang kesalahan yang kerap dilakukan oleh peserta
pertandingan lalu lintas.

Kesalahan yang Kerap Dilakukan oleh Peserta


Pertandingan Lalu Lintas Sekolah Kebangsaan Taman Seri Suria
Jenis Kesalahan
Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Memberi
Memberikan Berhenti Mematuhi Menggunakan Keutamaan kepada
Isyarat pada Tempat Lampu Lintasan Pejalan Kaki dan
Kategori Tangan yang Isyarat Pelajan Kaki Penunggang Basikal
(%) Sepatutnya (%) (%) (%)
(%)
Pejalan kaki - - 15 10 -
Penunggang 65 30 45 - -
basikal
Pemandu 35 70 - - 30
kereta
Penunggang 75 40 35 - 25
motosikal

a. Siapakah yang paling kurang melakukan kesalahan?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
[ 2 markah ]

b. Kategori yang paling banyak tidak mematuhi lampu isyarat ialah

___________________________________________________________________.
[ 1 markah ]

c. Pada pendapat kamu, mengapakah peserta kerap melakukan kesalahan lalu lintas dalam
pertandingan ini?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[ 3 markah ]
10
Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Negara kita kaya dengan seni budaya warisan seperti permainan tradisionl. Antara permainan
itu termasuklah lungsuran, tarik upih, gasing, galah panjang, aci sorok, cari cucu, congkak dan
tating lawi.
Setiap permainan tradisonal mempunyai keistimewaan tersendiri. Misalnya, permainan
lungsuran. Pemain akan menggunakan pelepah kelapa sebagai tempat duduk. Mereka akan
melungsurkan diri dari atas bukit ke kaki bukit. Permainan ini popular dalam kalangan kanak-
kanak lelaki.
Permainan galah panjang pula amat diminati pada suatu masa dahulu. Permainan ini
dimainkan secara berkumpulan di gelanggang. Setiap pemain mengawal pemain lawan yang
masuk dan keluar dari gelanggang.
Permainan tradisional dimainkan oleh generasi dahulu sebagai hiburan. Selain itu,
permainan tradisional juga dapat mengeratkan silaturahim. Bagaimanapun remaja kini tidak
gemar bermain permainan tradisional. Oleh sebab itu, permainan tradisional ini perlu
diperkenalkan semula kepada generasi hari ini.

(a) Apakah tujuan utama generasi dahulu bermain permainan tradisional ini?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
[ 2 markah ]

(b) Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X) bagi penyataan yang salah.

Pemain galah panjang memerhati setiap pemain


lawan yang keluar masuk dari gelanggang.

Dalam permainan lungsuran ini, pemain akan


menggunakan pelepah kelapa untuk
menggelongsor dari lereng bukit.

[2markah]

11
(c) Adakah permainan tradisional ini perlu diperkenalkan kepada generasi yang akan
datang? Mengapa?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[ 3 markah ]

Soalan 25
Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan
ayat yang lengkap.

PERTANDINGAN
MENGARANG CERITA

SEMPENA HARI GURU 2017

Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Kluang


Penyertaan : Terbuka kepada Murid Tahap Dua
Tema : Terima kasih, Cikgu
Tarikh tutup : 12 Mei 2017 (Khamis)

Hasil karangan hendaklah dihantar kepada:


Encik Azahari bin Athman
(Setiausaha Jawatankuasa Kurikulum Daerah Bahasa Melayu)
Jumlah perkataan hendaklah antara 250 hingga 300 patah perkataan

HADIAH LUMAYAN MENANTI ANDA!

Pertama Kedua Ketiga 10 Sagu hati

Borang penyertaan Pertandingan Mengarang Cerita Sempena Hari Guru 2017 boleh
didapati di Pejabat Pendidikan Daerah Kluang dan Guru Besar sekolah masing-masing.

12
(a) Pejabat Pendidikan Daerah Kluang mempelawa murid tahap dua untuk menyertai
pertandingan
___________________________________________________________________.
[ 1 markah ]

(b) Hasil penulisan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada

___________________________________________________________________.
[ 1 markah ]

(c) Nyatakan satu syarat yang perlu kamu patuhi untuk menyertai pertandingan ini.

___________________________________________________________________.
[ 1 markah ]

(d) Pada pendapat kamu, mengapakah murid-murid perlu menyertai pertandingan ini?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[ 3 markah ]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan oleh : Disemak oleh :

..
(SAFIAH BINTI SAIDON) (MOHD FADHLI BIN MOHD YAKOF)
Guru Bahasa Melayu, Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SK Ayer Molek. SK Ayer Molek

Tanda tangan ibu bapa / penjaga :

13

Anda mungkin juga menyukai