Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU


LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PENDIDIKAN RENDAH


(BAHASA MELAYU)
SEMESTER 6

KERTAS KERJA
PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK BUNGA MATAHARI YANG
SOMBONG

ANJURAN BERSAMA
PPG KUMPULAN BAHASA MELAYU B AMBILAN JUN 2011

KERTAS KERJA

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK BUNGA MATAHARI YANG


SOMBONG

ANJURAN BERSAMA
PPG KUMPULAN BAHASA MELAYU B AMBILAN JUN 2011

1.0 PENDAHULUAN
Teater kanak-kanak merupakan satu aktiviti drama kreatif yang dipentaskan. Teater
mengandungi segala unsur drama seperti skrip, watak, perwatakan dan latar.
Malahan teater kanak-kanak dipentaskan dengan menggabungkan unsur-unsur seni
seperti seni tari, seni lakon dan seni busana. Projek pementasan teater ini adalah
satu kerja kursus yang wajib dilaksanakan oleh guru-guru PPG Semester 6. Guruguru pelatih PPG Semester 6 Kumpulan Bahasa Melayu B telah bersepakat untuk
melaksanakan pementasan teater kanak-kanak yang bertajuk Bunga Matahari
Yang Sombong
2.0 OBJEKTIF
Pementasan teater kanak-kanak ini mempunyai beberapa objektif dalam usaha
melahirkan bakal-bakal guru yang mempunyai ketrampilan seorang guru. Antara
objektif pementasan teater kanak-kanak ini adalah :
1) Melatih kefasihan bertutur, kecekapan berkomunikasi, dan berfikir dalam
kalangan guru-guru .
2) Mempertingkatkan potensi diri dalam aspek-aspek berbahasa
3) Memberi peluang kepada guru-guru untuk menonjolkan bakat dalam
aktiviti teater.
4) Memberi pengalaman kepada guru-guru pelatih dari segi perancangan,
pelaksanaan, pengelolaan, pengurusan dan pementasan teater.
5) Melahirkan guru yang mempunyai kemahiran untuk menjalankan aktviti
pembelajaran yang berbentuk didik hibur.
6) Menghiburkan penonton terutamanya penonton sasaran iaitu kanak-kanak
3.0 RASIONAL

Pementasan teater kanak-kanak ini mempunyai beberapa rasional dalam usaha


memartabatkan seni dan budaya masyarakat di Malaysia. Antara rasional
pelaksanaan teater kanak-kanak ini adalah :
1) Melatih guru-guru dengan kemahiran-kemahiran asas dalam teater.
2) Menerapkan unsur-unsur seni misalnya seni lakon, seni tari, seni muzik
dan seni busana yang perlu diketahui oleh guru-guru untuk melaksanakan
sebuah pementasan teater yang menghiburkan dan member kesan.
3) Sebagai salah satu bahan hiburan untuk penonton terutamanya kanakkanak
4.0 AHLI JAWATANKUASA PEMENTASAN
Pelantikan AJK pelaksana pementasan yang telah dilantik adalah seperti yang
berikut :
Jawatankuasa Induk :
Pengurus Produksi / Peralatan

: Hamidah bt. Md Hashim

Pengarah

: Abdul Rashid bin Razali

Setiausaha

: Hanina Wirah bt. Mohd Hanif

Bendahari / Penajaan

: Faridah bt. Haji Yusof

Penulis skrip / Olahan skrip

: Azlina bt. Suboh

Jawatankuasa Kerja :
Pengurus pentas

: Hairunisa bt Abdul Rahman

Teknikal

: Abdul Muen bin Md Sidek

Siaraya

: Badri bin Taib

Jurusolek

: Noorlida bt. Hussin

Makanan

: Haslinda bt. Shamsuddin

Penata cahaya

: Azman bin Juahir

Pereka Kostum

: Fadillah bt. Shamsuddin

Pereka Set

: Eleazar bt. Abdul Wahab Fenner

Pengarah Muzik

: Abdul Muen bin Md Sidek

Pereka Tari

: Hani Ismarizal bin Nanyan

Jurulatih Dialog

: Fauziah bt. Abd. Hamid

Jurulatih Nyanyian

: Fatimah Aida bt. Hassan

Pameran

: Habibah bt. Mat Taib

5.0 TAJUK DAN SKRIP TEATER


Teater yang bakal dipentaskan oleh guru PPG6 BM B bertajuk Bunga Matahari
Yang Sombong
(Rujuk Lampiran A)
6.0 TARIKH
Pementasan teater ini dijangka akan dilaksanakan pada 19 April 2014, Sabtu.
7.0 TEMPAT PEMENTASAN
Teater ini bakal dipentaskan di Dewan Zaaba, IPG Kampus Bahasa Melayu
8.0 SUMBER KEWANGAN
Kewangan untuk pementasan teater ini diperoleh melalui :
1) Dana guru-guru PPG6 BM B

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


( Rujuk Lampiran C )
10.0 IMPLIKASI

Pelaksanaan dan pementasan teater ini akan member impak yang positif kepada
guru-guru PPG6 BM B dan penonton-penonton. Pementasan teater ini dapat
melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran berbahasa dan berketrampilan.
Pementasan teater ini bukan sahaja menghiburkan malahan dapat menyampaikan
mesej-mesej dan nilai-nilai tertentu kepada para penonton.
11.0 SYOR
Pementasan teater ini akan member banyak manfaat kepada guru-guru dan
penonton. Oleh itu, pihak kami berharap agar pihak tuan mempertimbangkan kertas
kerja bagi pementasan teater Bunga Matahari Yang Sombong .
Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

( HANINA WIRAH BT. MOHD HANIF )

( PUAN KAMALIAH BT. SIRAJ )

Setiausaha Pementasan,

Pensyarah Penasihat,

PPG6 Kumpulan BM B ,

Projek Pementasan ,

IPG Kampus Bahasa Melayu.

IPG Kampus Bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai