Anda di halaman 1dari 2

Laporan Ajk Persiapan Tempat/Kurator

Sebagai ajk persiapan tempat, kami telah berbincang dengan para pensyarah
untuk menetapkan kelas yang sesuai untuk menjalankan pameran. Setelah mendapat
persetujuan daripada para pensyarah, kami telah menetapkan 3 buah kelas di bahagian
aras bawah Blok B iaitu kelas B002, B003 dan B004 sebagai tempat pameran. Kelas
tersebut digunakan selama 2 hari iaitu pada 29.4.2014 sehingga 30.4.2014.
Kami juga telah bekerjasama dengan ajk peralatan untuk menentukan peralatan
yang perlu digunakan dalam proses menyediakan tempat pameran dan mempamerkan
karya. Kami telah menyenaraikan alatan yang diperlukan untuk persiapan tempat
pameran dan ajk peralatan bertugas untuk menyediakannya. Setelah itu, kami
membuat rangka rekabentuk tempat pameran berdasarkan bentuk karya yang akan
dipamerkan. Setelah rangka tersebut siap, kami menyusun tempat pameran mengikut
perancangan. Kami telah menggunakan sebuah kelas untuk mempamerkan karya
kursus PSV3105 dan dua buah kelas untuk mempamerkan karya kursus PSV3106.
Sebelum pameran penilaian berlangsung, kami memastikan rekabentuk
pameran adalah menepati ciri-ciri dan kehendak situasi bentuk karya yang dipilih. Kami
turut memastikan kedudukan hasil karya sesuai dengan ruang yang terdapat di dalam
kelas. Dalam memastikan pameran berjalan secara lancar, kami telah menetapkan
ruang untuk aktiviti berikut :
Ruang pameran seperti gantungan, padestral, meja, kerusi, board
Mengumpul bahan-bahan dan karya serta menyenarai kuantiti karya yang akan
dipamerkan
Ruang untuk tetamu mendengar taklimat serta upacara perasmian serta
penutupan majlis ( 8 tempat duduk VIP, kerusi dan meja penilai)
Ruang untuk tetamu makan
Menyediakan tempat untuk upacara perasmian dan mikrofon
Ruang untuk sesi refleksi
Ketika pameran berlangsung, kami sentiasa memastikan karya yang dipamerkan
berada dalam keadaan selamat dan tersusun. Kami telah membahagikan tugas kepada
setiap kumpulan untuk memantau keadaan tempat pameran.
Setelah pameran penilaian selesai kami kembali berkolaboratif dengan ajk
peralatan untuk mengemas dan menyimpan kembali peralatan yang telah digunakan.
Kami juga memastikan bahawa tempat yang telah digunakan kembali kepada bentuk
asal dan bersih. Selain itu, karya-karya yang dipamerkan juga telah dihantar kembali ke
tempat yang telah ditetapkan oleh pensyarah.

Disediakan oleh :
Amirah Syamimi Bt Mahamad Habib
Muhammad Farqi Bin Abd Ghani
Nursyamimi Binti Mat Deris

Anda mungkin juga menyukai