Anda di halaman 1dari 1

Tinta Bicara Guru Besar

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Dan salam sejahtera,


Dengan rasa rendah diri, saya mengucapkan
terima kasih kerana diberi kesempatan
menyampaikan sepatah dua kata diakhir
kerjaya saya. Pertama, saya amat terharu dan
berterima kasih kepada ahli jawatankuasa
pengelola Majlis Persaraan saya serta semua
warga SK Bedong atas usaha mengadakan
majlis ini. Jasa dna penhormatan akan saya
kenang sepanjang hayat.

Kerjaya sebagai guru sebenarnya satu bidang


yang tinggi martabatnya di mata masyarakat.
Semuanya bertitik tolak daripada keikhlasan
hati dan ilmu, akal dan kemahiran sosial serta
kebijaksanaan mengawal emosi dalam
perjuangan mendidik anak bangsa sehingga
berjaya.
Sepanjang menjadi guru sudah pasti banyak
kenangan pahit dan manis terpaksa kita lalui.
Guru ibarat sebatang lilin yang sanggup
membakar diri sendiri demi menerangi
kegelapan anak-anak didiknya. Namun,
cabaran dan dugaan yang dilalui itu yang
menjadi penawar azimat untuk saya
menerusklan tanggungjawab dan amanah yang
digalas tanpa mengira penat, jerih dan
payahnya ketika itu. Hanya Allah S.W.T yang

mampu membalas segala pengorbanan yang


saya lakukan.
Akhir kata, saya menyeru kepada pendidik,
teruskan perjuangan murni ini. Jagalah aset
penting negara iaitu murid-murid sebaik
mungkin. Merekalah asset negara yang bakal
memacu kecemerlangan negara. Teruskan
perjuangan mendidik anak bangsa dengan
penuh komited, berdidekasi dan amanah.
Jadilah seorang guru yang hebat, berwibawa
dan diangkat martabatnya sehingga ke akhir
hayat.
Sekian, waslaam
Selamat maju jaya.

Anda mungkin juga menyukai