Anda di halaman 1dari 4

PENGANJURAN PROGRAM HARI PENGEMBANGAN PERIKANAN PERINGKAT

NEGERI KELANTAN TAHUN 2020.

Tujuan

Memperkukuh dan memperkasa struktur dan peranan perkhidmatan pengembangan


Jabatan Perikanan Malaysia.

Memperkenalkan perkhidmatan pengembangan perikanan yang telah ditambah baik


kepada umum (jabatan dan kumpulan sasar).

Memindahkan informasi teknologi, inovasi dan pengetahuan teknikal baharu berkaitan


perikanan kepada kakitangan barisan hadapan dan rakan strategic jabatan (kumpulan
sasar).

Latar Belakang

Perkhidmatan pengembangan adalah merupakan satu kaedah yang digunapakai


oleh kebanyakan negara di seluruh dunia dalam usaha meningkatkan daya usaha
kumpulan penerima (nelayan, petani dan penternak) melalui pemindahan ilmu
pengetahuan dan teknologi terkini. Secara amnya, tumpuan pengembangan adalah
untuk meningkatkan taraf dan kesejahteraan hidup melalui peningkatan produktiviti
bidang usaha dan menggalakan kumpulan sasar mengunapakai teknologi yang sesuai
dalam pengurusan bidang usaha yang dijalankan.

Hari Pengembangan Perikanan akan dijadikan medium pemindahan ilmu


pengetahuan dan teknologi terkini berdasarkan kepada hasil kajian dan penemuan
terkini berhubung informasi teknikal perikanan. Seterusnya peranan pemindahan
teknologi ini akan didokong oleh kumpulan barisan hadapan untuk melaksanakan
perkhidmatan pengembangan bagi memastikan tujuan asal perkhidmatan
pengembangan itu sampai ke peringkat penerima manfaat.

Dalam memastikan proses penyaluran maklumat dan kemahiran teknikal dapat


dilaksanakan dengan lancar, cekap dan berkesan, system perkhidmatan
pengembangan yang efektif telah dibangunkan oleh jabatan. Hari Pengembangan
Perikanan iní adalah merupakan salah satu program kecemerlangan pengembangan
perikanan Jabatan Perikanan Malaysia dalam memastikan perkhidmatan
pengembangan terus diperkukuhkan dan dimartabatkan sebagai satu teras
perkhidmatan yang dijalankan oleh jabatan.
Bulan Februari tahun 2020 telah dipilih sebagai Bulan Pengembangan
Perikanan. Bulan Pengembangan Perikanan ini akan dijadikan sebagai salah satu
jambatan yang akan mempertemukan antara hasil penyelidikan, kakitangan barisan
hadapan, kumpulan sasar dan pihak berkepentingan dalam industri perikanan. Hari
Pengambangan Perikanan Peringkat Negeri akan dilaksanakan di setiap negeri pada
bulan Februari sebagai tanda sokongan kepada usaha memperkukuhkan perkhidmatan
pengembangan perikanan. Semoga program ini akan dapat memberi manfaat dan
mencapai matlamat yang ditetapkan.

Tema Bulan Pengembangan Perikanan 2020

"Dekat di Sisi, Menerajui Transformasi"

Peserta:

Peserta program akan terdiri daripada kakitangan pengembangan perikanan,


Institut penyelidikan perikanan, kakitangan barisan hadapan jabatan, pusat - pusat
teknikal perikanan, kumpulan sasar (nelayan, penterank dan pengusana perikanan) dan
pihak berkepentingan dalam industri perikanan dari seluruh negara.

Penglibatan peserta di peringkat kumpulan sasar (Nelayan, Penternak &


Pengusaha Perikanan) dan rakan strategik (Badan karporat, PBT dan agensi kerajaan
lain) adalah amat penting dalam memastikan hubungan yang terjalin akan dapat
digunakan sebagai medium pengurusan sepanjang tahun 2020.

Pelaksanaan Program

Bulan Februari setiap tahun akan dijadikan bulan pengembangan perikanan

Lokasi

:Dewan Majlis Daerah Bertam Baru, Gua Musang

Pengisian

1. Kursus peserta rezeki tani


2. Pelepasan benih ikan ke perairan umum
3. Pemeriksaan kesihatan
4. Fish scooping
5. Taklimat cawangan akuakultur
6. Taklimat unit perikanan darat
7. Warung myKP
8. Jualan dan pameran ikan hiasan
9. Pertandingan mewarna
10. Jualan ikan sungai / akuakultur
11. Promosi & jualan produk IAT
12. Pameran agensi MOA
13. Pertandingan gubahan
14. Pertandingan memasak
15. Jualan buah-buahan FAMA

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
SEKITAR
DEWAN MAJLIS DEWAN PEMERIKSAAN
JUALAN PAMERAN
DAERAH MAJLIS KESIHATAN
DAERAH
Taklimat
8.30
Pengurusan
Pagi
Kredit
Program
9.30 Taklimat Pelepasan Ikan
Pagi Akuakultur ke perairan
umum

Majlis Perasmian
10.30 Program Hari Warung
Pagi Pengembangan myKP
Negeri Kelantan
Jualan Ikan
Pertandingan
Hiasan
Mewarna
Pameran
Fish ikan hiasan
11.30 Taklimat Unit Pertandingan
scooping
Pagi Perikanan Darat Memasak
Pameran
Jualan alat
Pertandingan
produk IAT tangkapan
Gubahan Pemeriksaan
ikan yang
Penyampaian saringan kesihatan
Jualan ikan dilarang
12.30 hadiah Komuniti Perikanan
sungai /
pertandingan
ikan Pameran
2.30 Taklimat
sangkar dari agensi
petang Keusahawanan
MOA
Taklimat Jualan
3.30 Cawangan buah-
petang Pengembangan buahan
Perikanan FAMA
Acara Penutup

Pertandingan
tendangan
penalty antara
4.30 komuniti
petang perikanan (vs)
kakitangan
Pejabat
Perikanan
Negeri &
Daerah

Anda mungkin juga menyukai