Anda di halaman 1dari 61

PENGENALAN SUKATAN PELAJARAN BAHARU STPM 970 SENI VISUAL

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Sukatan Pelajaran Seni Visual (SV) yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Seni Visual sedia ada. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan mulai sesi 2012/2013

Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal.

Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti.

Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Seni Visual ini merupakan proses pengemaskinian tajuk, kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa.

MATLAMAT
Sukatan pelajaran ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan yang dapat membentuk pelajar yang berpemikiran kreatif, inventif, inovatif, kritikal, analitikal, dan saintifik, serta berpengetahuan dalam proses penyelesaian masalah terhadap penghasilan, penampilan, dan apresiasi karya seni

Sukatan pelajaran ini juga dapat mengembangkan aspek pemerolehan pengetahuan, pengembangan kualiti personal, dan penerokaan terhadap nilai dan emosi yang dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan, kerjaya, dan kehidupan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN SENI VISUAL

Meningkatkan kebolehan pelajar dari aspek

PENGETAHUAN

KEMAHIRAN

KUALITI PERSONAL

(Perbezaan dengan Sukatan Sedia ada sesuai dengan pendekatan OBE IPT)

Objektif (Pembelajaran)
Objektif pembelajaran Seni Visual adalah untuk meningkatkan kebolehan pelajar dari aspek pengetahuan, kemahiran, dan kualiti personal. Pengetahuan

(a)

(b )

(c )

menerang dan menghuraikan pengertian dan peranan Seni Visual dalam mengembangkan kreativiti, budaya, sosial, dan ekonomi serta sumbangannya sebagai alat komunikasi yang berkesan membuat deskripsi, analisis, interpretasi, dan pertimbangan secara berpengetahuan terhadap nilai estetik, makna, dan fungsi karya menggunakan kefahaman apresiasi, pendekatan sejarah, dan kritikan seni dalam seni visual
9

Kemahiran (a) mengekspresikan idea secara kreatif dan inovatif (b) mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses penghasilan karya (c) menunjukkan idea baharu dalam penghasilan karya dan perekaan (d) menyelesaikan permasalahan visual berasaskan kefahaman aspek formal seni visual (e) mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual (f) mempersembahkan hasil karya seni visual sesuai dengan konsep dan konteks
10

Kualiti Personal
(a) menunjukkan kekuatan gaya penampilan karya yang tersendiri (b) mengenengahkan idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan (c) menunjukkan kesungguhan meneroka ilmu menerusi rujukan, eksperimentasi, dan eksplorasi (d) memberi hujah secara yakin terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya mengikut kesesuaian konteks (e) menampilkan kebolehan mengorganisasi secara berkesan melalui persembahan dan peragaan karya (f) mengemukakan pemikiran kritikal dan analitikal dalam perbincangan dan perbahasan Seni Visual
11

KANDUNGAN

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN SENI VISUAL (SV)

Terbahagi kepada TIGA komponen

Aspek Teori
(Apresiasi SV)

Aspek Praktikal
(Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan)

Aspek Penyelidikan
(Projek Kajian SV)

calon akan dinilai dari aspek teori dan praktis

Butiran

Sukatan Pelajaran sedia ada (a) Teori Seni Visual (Apresiasi & Teori Penghasilan) (b) Lukisan (c) Projek penghasilan Karya

Sukatan Pelajaran baharu (a) Apresiasi Seni Visual (b) Lukisan Pengkaryaan dan Perekaan (c) Projek Kajian Seni Visual

Rasional perubahan Sukatan pelajaran yang baharu adalah mengikut sistem penggal. Oleh itu, kandungan sukatan disusun semula supaya bersesuaian dengan sistem penggal.

1. Bilangan bahagian

14

Komponen Kandungan dan Kertas Peperiksaan yang ditawarkan mengikut penggal


CS = Calon Sekolah / CSS = Calon Sekolah Swaste / CP = Calon Pensedirian PENGGAL 1
(Komponen Kandungan)

PENGGAL 2
(Komponen Kandungan)

PENGGAL 3
(Komponen Kandungan)

Apresiasi Seni Visual

Lukisan Pengkaryaan dan Perekaan


Pentaksiran Kertas 2 (CS+CP)

Projek Kajian Seni Visual

Pentaksiran Kertas 1 (CS+CP)

Pentaksiran Kertas 3 (CS) Kertas 4 (CP/CSS)

Sukatan pelajaran baharu adalah mengikut sistem penggal. Oleh itu, kandungan sukatan perlu disusun semula supaya bersesuaian dengan sistem penggal

16

Kandungan
PENGGAL 1 PENGGAL 2 PENGGAL 3

Apresiasi Seni Visual


1. Pengenalan Seni Visual (12W) 2. Bentuk Karya Seni Visual (36W) 3. Pendekatan Sejarah danKritikan Seni Visual (72W) 1.

Lukisan Pengkaryaan dan Perekaan


Pengenalan Jenis-jenis Lukisan (12W) Kemahiran Asas Lukisan (36W) Penggubahan Lukisan (72W)

Projek Kajian Seni Visual


1. Cadangan Projek (24W) 2. Penghasilan Karya (72W) 3. Persembahan dan Peragaan (24W)

2. 3.

Pengajaran perlu mengikuti pemberat jumlah waktu mengajar yang telah ditetapkan

Apresiasi Seni Visual Memberi fokus kepada pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap pengertian dan peranan seni visual, aspek formal, dan kritikan seni. Unsur pemikiran kreatif dan intelektual terhadap konsep, bahasa, makna, dan fungsi seni visual diperjelaskan.

18

Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan


Merupakan kerja praktikal yang dapat memberi kemahiran asas dalam penghasilan karya. Pengkajian lukisan adalah tertumpu kepada kajian seting dan gubahan yang boleh digunakan dalam pengkaryaan dan perekaan.

Projek Kajian Seni Visual


Merupakan projek kerja kursus yang berteraskan kepada penyelidikan. Bidang pengkajian terbahagi kepada dua aspek, iaitu pengkaryaan dan perekaan.

19

NOTA: Kefahaman dan aplikasi menerusi pembelajaran komponen (1) Apresiasi Seni Visual dan (2) Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan dapat membantu pelajar menghasilkan projek kajian Seni Visual pada Penggal 3.

Nota: Pendekatan pembelajaran adalah berteraskan kepada konsep pembelajaran inkuiri yang melibatkan aspek penyelidikan, perkembangan, penyelesaian masalah, dan refleksi.

21

LEARNING APPROACH

Inquiry Learning Model (ILM)

SKIM PENTAKSIRAN
Halaman 18

24

Sambungan...

Butiran 2. Wajaran mengikut kertas

Sukatan Pelajaran sedia ada Kertas 1 (40%) Kertas 2 (25%)

Sukatan Pelajaran dicadangkan Kertas 1 (40%) Kertas 2 (35%)

Rasional perubahan Perubahan wajaran ini telah ditetapkan melalui cadangan ahli panel penggubalan Sukatan Pelajaran Seni Visual mengikut kesesuaian kertas dan praktikaliti perlaksanaannya.

Kertas 3 (35%)

Kertas 3 (25%)

25

Sambungan...

Rasional perubahan Wajaran Kertas 1 dikekalkan disebabkan kertas tersebut menekan kepada aspek teori yang berasaskan domain kognitif. Penguasaan pengetahuan dan kefahaman yang kukuh terhadap aspek teori akan membantu meningkatkan aspek kemahiran praktikal dan penyelidikan. Perubahan wajaran Kertas 2 disebabkan perubahan kajian dalam format lukisan. Sukatan pelajaran yang dicadangkan terdiri daripada dua format, iaitu seting dan gubahan manakala sukatan pelajaran sedia ada terdiri daripada format seting sahaja. Hal ini ditetapkan berdasarkan kepada tumpuan kajian dan kepelbagaian kemahiran melukis.
26

Sambungan...

Rasional perubahan Perubahan wajaran Kertas 3 disebabkan kaedah penilaian dan tempoh pelaksanaan. Sukatan pelajaran yang baharu menggunakan pentaksiran berasaskan sekolah manakala sukatan pelajaran sedia ada menggunakan pentaksiran berpusat.

Tempoh pelaksanaan kertas ini dalam sukatan pelajaran yang baharu ialah sepanjang penggal 3 manakala sukatan pelajaran sedia ada ialah lapan bulan (Februari hingga September). Oleh itu wajaran kertas ini perlu disusun semula supaya bersesuaian dengan kaedah penilaian dan tempoh pelaksanaan dalam sistem penggal.
27

Skop Projek Kajian Seni Visual

Pengkaryaan Seni halus Catan Seni cetak Arca Karya boleh berbentuk dua dimensi, tiga dimensi, atau multidimensi ( a)

Perekaan Komunikasi (c) visual Grafik Multimedia Animasi Laman Reka bentuk persekitaran Landskap Hiasan dalaman

Web
( b) Reka bentuk teknologi Industri Seramik Fesyen Tekstil Logam Halus

28

Kerja Projek

29

Pengenalan

Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal ketiga. Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu pula dikehendaki mengambil kertas 970/4. Wajaran markah bagi komponen kerja projek ini adalah sebanyak 25%. Markah pentaksiran kerja projek hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. Pentaksiran pencapaian calon dalam kerja projek ini berdasarkan kepada aspek yang telah ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran (SP). Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan pada penggal ketiga mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
30

Sambungan...

Objektif Objektif kerja projek ini disediakan adalah untuk menilai keupayaan calon dalam; menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan pengkaryaan mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi, eksplorasi, rujukan, dan sumber menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen, media, dan teknik menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses penghasilan karya menghasilkan lakaran yang menjurus kepada idea yang konkrit

31

Sambungan...

menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi dan eksplorasi terhadap media dan teknik menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri mengenengah idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang dipilih mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual mengorganisasi persembahan dan peragaan karya

32

33

1. Am Projek kajian Seni Visual hanya dilaksanakan pada penggal ketiga di sekolah. Projek ini memerlukan pelajar membuat (a) Cadangan pengkaryaan (b) Penghasilan karya (c) Persembahan dan peragaan

2. Tempoh pelaksanaan projek


Kertas arahan projek kajian Seni Visual akan diedarkan pada awal minggu pertama penggal ketiga. Calon dikehendaki memulakan kerja kursus sebaik sahaja menerima arahan yang melibatkan cadangan pengkaryaan, penghasilan, dan penyempurnaan karya untuk persembahan dan peragaan pada minggu ke-14.
34

3. Bukti kemajuan dan pengesahan projek Setiap hasil kerja yang dilaksanakan oleh calon hendaklah disertakan dengan bukti kemajuan yang diperakukan oleh guru berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh MPM.

35

4. Format penilaian (a) Pendekatan Penilaian bagi projek kajian Seni Visual adalah secara

formatif dan sumatif


pendekatan ketiga. pengujian

dengan menggunakan authentic sepanjang penggal

(b) Pembahagian Markah Pembahagian markah adalah seperti berikut: (i) Cadangan pengkaryaan (20%) (ii) Penghasilan karya (60%) (iii) Persembahan dan peragaan (20%) (c) Kaedah penilaian Penilaian Berasaskan Sekolah
36

5. Tugasan dan tatacara Projek Kajian Seni Visual


(a) Cadangan pengkaryaan (20%)

(i) Pernyataan permasalahan kajian (ii) Penentuan tema, subjek, konsep, dan kandungan (iii) Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan atau penampilan (iv) Pernyataan kepentingan projek dan keaslian (v) Sumber dan rujukan
(b) Penghasilan karya (60%)

(i) Lakaran dan kajian visual (ii) Lukisan akhir (iii) Pemilihan media dan teknik, eksperimentasi, eksplorasi, dan manipulasi (iv) Penentuan gaya penghasilan atau penampilan (v) Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual
37

(c) Persembahan dan peragaan (20)

(i) Pameran hasil karya dan kemasan (ii) Apresiasi


Penyataan karya Lisan

38

39

1. Am
Teori projek kajian Seni Visual boleh dibahagikan kepada dua bahagian: (a) Penyelidikan awal bagi membentuk idea (dibuat seminggu lebih awal sebagaimana arahan) (b) Pengkaryaan atau perekaan dalam bilik peperiksaan yang merujuk kepada penyelidikan awal di atas. Penghasilan boleh dirujuk kepada bahan yang dibawa bersama ke dalam bilik peperiksaan. 2. Tempoh peperiksaan Tempoh kertas teori projek kajian Seni Visual adalah tiga jam.

40

3. Format penilaian

(a) Pembahagian markah


Pembahagian markah adalah seperti berikut:

(i) Konsep karya (20%) Konsep karya boleh ditulis dalam satu muka surat kertas yang disediakan oleh MPM. Penjelasan konsep serta ciri-cirinya boleh juga dibuat di atas lakaran bagi menjelaskan justifikasi lakaran tersebut. (ii) Lakaran (50%) (iii) Lakaran komprehensif (30%)

(b) Kaedah pentaksiran


Pentaksiran berpusat
41

42

Kertas 1: 970/1 Seni Visual 1 (Apresiasi Seni Visual) Kertas ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu Bahagian A, B, dan C.

Bahagian A mengandungi beberapa soalan pendek dan/atau struktur yang memerlukan jawapan yang pendek. Bahagian B mengandungi 4 soalan esei dan Bahagian C mengandungi 2 soalan esei.
Soalan-soalan dalam ketiga-tiga bahagian ini meliputi tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi bahagian Apresiasi Seni Visual.

43

Kertas 1: 970/1 Seni Visual 1 (Apresiasi Seni Visual) Calon dikehendaki menjawab

Semua soalan dalam Bahagian A, Dua soalan daripada Bahagian B, dan Satu soalan daripada Bahagian C.
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kefahaman, kebolehan mengaplikasi, menganalisis, mensintesis, menilai, dan membuat cadangan.

44

Kertas 1: 970/1 Seni Visual 1 (Apresiasi Seni Visual) Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar: ( a) ( b) (c) mengenal pasti dan menghurai peranan Seni Visual dari aspek psikologi dan sosiologi mengenal pasti peranan pelukis, pereka, dan penaung terhadap pembangunan budaya, warisan, kemasyarakatan, dan ekonomi membuat penganalisisan terhadap kesatuan subjek, aspek formal, kandungan, dan konteks dalam sesebuah karya atau perekaan menggunakan pendekatan sejarah dan kritikan seni dalam memahami karya seni menggunakan istilah, rujukan, dan bahasa seni yang sesuai dalam membuat perbincangan, penghuraian dan penganalisisan terhadap apresiasi dan kritikan seni

( d) ( e)

45

Kertas 2: 970/2 Seni Visual 2 (Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan)


Kertas ini terdiri daripada dua format, iaitu Seting dan Gubahan. Ujian akan dibuat berdasarkan salah satu daripada format tersebut. Calon dikehendaki membuat satu lukisan sama ada format 1 (Seting) atau format 2 (Gubahan)

1. Kriteria ujian bagi format 1, Seting adalah seperti berikut:


Kertas ini adalah berasaskan kepada seting yang disediakan. Calon akan diuji dalam kemahiran melukis mengikut fokus dan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Ini termasuklah kebolehan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sifat visual objek, kadar banding, ruang, jalinan, suasana, ekspresi, pencahayaan, penggunaan media, dan teknik.
Gubahan komposisi, kesesuaian media, dan teknik serta aplikasi asas seni reka dalam pengkaryaan merupakan elemen penting dalam lukisan. Calon dikehendaki melukis keseluruhan susunan objek yang disediakan.
46

Kertas 2: 970/2 Seni Visual 2 (Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan)

2. Kriteria ujian bagi format 2, Gubahan adalah seperti berikut:


Kertas ini adalah berasaskan kepada kajian objek dan bahan-bahan yang disediakan sebagaimana dalam soalan. Calon akan diuji dalam kemahiran melukis mengikut isu dan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Calon dikehendaki memanipulasikan sifat visual objek menjadi idea dan subjek gubahan baharu menerusi beberapa perkembangan lakaran dan lakaran akhir. Gubahan dibuat sama ada dalam gaya imitasi atau stailisasi yang sesuai. Nota: Media yang digunakan dalam gubahan bagi kedua-dua kertas soalan (format 1 dan 2) adalah media kering.
47

Kertas 2: 970/2 Seni Visual 2 (Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan) Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar: ( a) ( b) menggunakan teknik yang sesuai bagi memperihalkan ciri atau sifat objek dalam satu gubahan lukisan mengekspresikan idea secara kreatif dan inovatif menerusi penggabungjalinan aspek formal, subjek, dan kandungan dalam gubahan menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan sifat objek, kadar banding, ruang, jalinan, suasana, ekspresi, pencahayaan, penggunaan media, dan teknik dalam penghasilan lukisan menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri dalam gubahan

(c)

(d)

48

Kertas 3: 970/3 Seni Visual 3 (Projek Kajian Seni Visual) Kertas ini bertujuan menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya Seni Visual sama ada dalam bentuk pengkaryaan atau perekaan. Penekanan penilaian untuk melihat kebolehan pelajar menghasilkan karya mengikut proses yang sesuai yang melibatkan penyediaan cadangan pengkaryaan, penghasilan, persembahan, dan penghujahannya. Pengujian kertas ini sepenuhnya berlaku di sekolah. Antara bidang kajian adalah seperti yang berikut:

49

Pengkaryaan
Seni halus Catan Seni cetak Arca Karya boleh berbentuk dua dimensi, tiga dimensi, atau multidimensi ( a)

Perekaan
Komunikasi (c) visual Grafik Multimedia Animasi Laman Reka bentuk persekitaran Landskap Hiasan dalaman

Web ( b) Reka bentuk teknologi Industri Seramik Fesyen Tekstil Logam

halus
50

Kertas 3: 970/3 Seni Visual 3 (Projek Kajian Seni Visual)

Bentuk soalan bersifat terbuka dan tidak semestinya menjurus pada satu-satu bidang tertentu sahaja. Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan kualiti personal pelajar sebagaimana yang termuat pada halaman 11.

51

Kertas 4: 970/4 Seni Visual 4 (Teori Projek Kajian Seni Visual) Kertas ini menguji kebolehan calon menyatakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Seni Visual, khususnya yang berkaitan dengan aspek dan persoalan pengkaryaan dan perekaan. Calon dikehendaki mengemukakan jawapan berasaskan satu cadangan bertulis bersama dengan sokongan visual yang baik bagi menterjemahkan idea dan proses penghasilan karya atau perekaan. Calon boleh membuat kajian awal bagi menyediakan bahan rujukan untuk dibawa bersama ke dalam dewan peperiksaan. Calon juga dikehendaki membawa peralatan yang sesuai seperti pensel warna, alat geometri, media kering, dan pen teknikal semasa menduduki peperiksaan kertas ini.

52

Kertas 4: 970/4 Seni Visual 4 (Teori Projek Kajian Seni Visual)

Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar: (a) menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi satu cadangan projek penghasilan menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej menterjemahkan idea dan konsep menerusi tulisan dan lakaran menunjukkan gaya yang tersendiri dalam pengkaryaan dan perekaan.

(b) (c)

(d)

53

54

Penggal Pengajian Penggal Pertama

Kod dan Nama Kertas

Jenis Ujian Ujian Bertulis

Markah (Wajaran) 80 (40%) 35

Masa Pentadbiran 2 jam Pentaksiran berpusat

970/1 Seni Visual 1 (Apresiasi Seni Visual)

Bahagian A: Soalan berstruktur 4 soalan diberikan Jawab semua soalan Bahagian B: Soalan esei 4 soalan diberikan Jawab 2 soalan daripada 4 soalan

30

15 Bahagian C: Soalan esei 2 soalan diberikan Jawab 1 soalan daripada 2 soalan

55

Sambungan... Kod dan Penggal Nama Pengajian Kertas Penggal 970/2 Kedua Seni Markah Masa Pentadbiran (Wajaran) 70 (35%) 3 jam Pentaksiran berpusat

Jenis Ujian Ujian Melukis Calon dikehendaki membuat satu lukisan berdasarkan sama ada format 1 (Seting) atau format 2 (Gubahan)

Visual 2 (Lukisan dalam Pengkary aan dan Perekaan)

56

Sambungan... Kod dan Penggal Nama Pengajian Kertas Penggal 970/3 Ketiga Seni Markah Masa (Wajaran) 100 (25%)

Jenis Ujian

Pentadbiran

Kerja Projek
Penghasilan karya Soalan kerja projek 2 soalan diberikan Jawab 1 soalan daripada 2 soalan

Visual 3 (Projek Kajian Seni Visual)

Sepanjang Pentaksiran penggal berasaskan ketiga sekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan

57

Sambungan... Kod dan Penggal Nama Pengajian Kertas Penggal 970/4 Ketiga Seni
Jenis Ujian Markah Masa (Wajaran) 3 jam Pentadbiran Pentaksiran berpusat bagi calon sekolah swasta, calon persendirian individu, dan calon mengulang peperiksaan STPM sebagai alternatif kerja projek
58

Visual 4 (Teori Projek Kajian Seni Visual)

Ujian Bertulis 100 Soalan esei (25%) 1 soalan diberikan Soalan wajib dijawab

Validity and Reliability in Assessment

VALIDITY? What is measured?

RELIABILITY? How precisely it is measured?


59

KEADILAN & KESAKSAMAAN KEBOLEHPERCAYAAN KESAHAN KEJITUAN

60

Terima Kasih
PROF. DR. MOHD MUSTAFA MOHD GHAZALI
Pengerusi Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Seni Visual Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Majlis Peperiksaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai