Anda di halaman 1dari 24

TUGASAN 1

Pendahuluan

Konsep kepimpinan seringkali bertindan dengan dua istilah penting iaitu pengurusan dan
pentadbiran. Istilah pengurusan digunakan secara meluas di Britain, Eropah dan Afrika
manakala istilah pentadbiran selalu digunakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia (Bush
2003).
Dimmock (1999) menyatakan bahawa kepimpinan di sekolah adalah tugas peringkat
atasan untuk membangunkan staf, murid dan pencapaian sekolah. Manakala pengurusan
melibatkan penyelenggaraan rutin operasi semasa di sekolah dan pentadbiran pula melibatkan
kerja-kerja peringkat bawahan. Cuban (1988) pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah
usaha mempengaruhi orang lain untuk mencapai hasil akhir yang diinginkan. Manakala
pengurusan adalah penyelenggaraan secara cekap dan berkesan terhadap perjalanan semasa
bagi sesuatu organisasi. Bush (1998) pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah berkait
kepada nilai atau tujuan; manakala pengurusan adalah berkaitan dengan perlaksanaan atau
isu-isu teknikal. Manakala Fidler (1997) pula menyatakan bahawa kepimpinan dan pengurusan
mempunyai hubungan yang rapat dan bertindan dalam banyak perkara, terutama dalam
memotivasikan individu dan memberikan hala tuju kepada organisasi.
Pada hari ini, kepimpinan dan pengurusan pendidikan telah berkembang pesat dengan
munculnya teori-teori tersendiri secara spesifik dan terperinci. Teori-teori ini disokong pula oleh
data-data berbentuk empirikal yang didapati daripada kajian-kajian meluas dalam bidang
pendidikan. Teori-teori dan konsep-konsep pengurusan pendidikan amat perlu diketahui oleh
pentadbir atau pengurus pendidikan kerana dapat membekalkan kerangka kerja terhadap
tindakan pengurusan. Tindakan pengurusan ini perlu diambil apabila berhadapan dengan
situasi dan masalah yang dialami semasa mentadbir dan mengurus sekolah. Oleh itu,
seseorang pengurus atau pentadbir perlu mengetahui hal-ehwal pengurusan pendidikan seperti
definisi, konsep dan model-modelnya.

1
Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan

Pengurusan pendidikan mempunyai pelbagai definisi yang digunakan oleh pakar-pakar


pendidikan. Tidak terdapat definisi tunggal yang dipersetujui oleh semua orang bagi
pengurusan pendidikan kerana pembangunannya amat pesat dan terdapat pengaruh disiplin-
disiplin bidang lain seperti sosiologi, sains politik, ekonomi dan pengurusan umum. Bush (2003)
mentakrifkan pengurusan pendidikan sebagai satu bidang kajian dan amalan yang berkait
dengan operasi bagi organisasi pendidikan. Manakala Bolam (1999) pula mentakrifkan
pengurusan pendidikan sebagai suatu fungsi eksekutif untuk melaksanakan dasar yang telah
dipersetujui.. Manakala Fidler (1997) pula menyatakan bahawa kepimpinan dan pengurusan
mempunyai hubungan yang rapat dan bertindan dalam banyak perkara, terutama dalam
memotivasikan individu dan memberikan hala tuju kepada organisasi.

Peranan guru besar atau pengetua adalah berbeza dengan peranan guru-guru penolong
kanan. Ini adalah disebabkan oleh tanggungjawab mereka yang berbeza dengan
tanggungjawab guru-guru penolong kanan. Guru-guru penolong kanan tidak perlu kompeten
seperti guru besar atau pengetua kerana mereka berada di aras hirarki yang berbeza. Dengan
perbezaan-perbezaan ini, guru-guru penolong kanan berhadapan dengan cabaran kepimpinan
yang berbeza (Hartzell 1993a). Guru-guru penolong kanan berperanan melakukan tugas-tugas
perkeranian, penjagaan dan disiplin. Amalan-amalan ini dilakukan dalam keadaan reaktif
kerana kuasa membuat keputusan masih berada di tangan guru besar atau pengetua. Oleh itu,
kepimpinan seharusnya disebarkan di kalangan guru-guru untuk mengelakkan beban tugas,
memastikan tugas dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta dapat mewujudkan peluang
kepimpinan dalam skala yang lebih besar.

Dalam konteks Malaysia, Zakaria (1996) menyatakan bahawa pemimpin sekolah mesti
mempunyai kemahuan kuat untuk memimpin, mempunyai visi, contoh yang baik, berilmu,
proaktif, rajin, tidak mudah mengalah dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi.
Sementara itu, Laporan mesyuarat Gerakan Pengetua Cemerlang pada tahun 1998 (dalam
Abdul Aziz 2003) menyatakan bahawa pemimpin sekolah berkesan menggunakan kemahiran
komunikasi yang cemerlang, mempunyai hubungan manusia yang baik, sensitif kepada adat
dan budaya yang pelbagai, mempunyai visi yang jelas, mampu mewujudkan persekitaran
pendidikan yang dinamik, menerima tugas sebagai tanggungjawab profesional, membuat
keputusan berdasarkan persetujuan bersama dan mahir dalam pengurusan dan teknologi
maklumat; dan kemahiran personal yang lain.

2
Dalam konteks pendidikan khas, misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang
berkualiti kepada murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat
berdikari,berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan
negara. Visi Pendidikan Khas pula bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada
mereka dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara.

Pentadbiran pendidikan khas perlu menyusun atur bidang tugas dengan bijak supaya
tidak berlaku pertindihan tugas yang boleh menjejaskan kualiti guru dan keseluruhan
organisasi. Pembahagian tugas yang adil dan sentiasa memantau pengurusan kerja serta
memberikan khidmat bantu membolehkan seseorang guru itu menjalankan tugas di atas
landasan yang betul. Pentadbiran pendidikan khas perlu mempunyai acuan yang tersendiri
dengan gaya kepimpinan yang berkesan. Pentadbiran pendidikan khas perlu melihat secara
menyeluruh dari aspek pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, pengurusan
kewangan dan pentadbiran. Tugas-tugas tersebut harus difahami dan dilaksanakan dengan
penuh tanggungjawab.

Pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai penetapan perancangan strategik


dengan sumber-sumber yang cukup sesuai dengan keupayaan membangunkan organisasi.
Hubngan baik dengan rakan sekerja yang bersedia menerima kritikan, idea dan mencari jalan
penyelesaian masalah

Kepentingan Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah

Pengurusan sekolah boleh didefinisikan sebagai tindakan guru besar atau pengetua
dalam melaksanakan tugas bersama serta melalui individu dan kumpulan bagi mencapai
objektif organisasi sekolah. Manakala kepimpinan sekolah merupakan semua aktiviti dan
perlakuan oleh guru besar atau pengetua yang mencerminkan kebolehannya mempengaruhi
individu dan kumpulan ke arah mencapai objektif organisasi sekolah (IAB 1993). Bush dan
Jackson (2002) menyatakan bahawa terdapat kajian yang banyak berhubung kepentingan
pengurusan dan kepimpinan terhadap hasil dalam bidang pendidikan. Bagi Edmond (1979) dan
Bush dan Forman (1998),
Sementara Sammons (1995) telah mengenal pasti sebelas faktor keberkesanan
sekolah dan mendapati bahawa faktor kepimpinan diberikan nilaian yang tinggi. Beliau
menyatakan bahawa hampir semua kajian keberkesanan di sekolah rendah dan menengah
menunjukkan kepimpinan adalah merupakan faktor utama. Kenyataan ini juga dipersetujui oleh

3
Reynolds dan Teddlie (2000) yang menyatakan bahawa kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru
besar atau pengetua adalah penting dalam menjana keberkesanan sekolah. Mereka telah
menyenaraikan lima keperluan bagi pemimpin sekolah yang berkesan yang selaras dengan
keberkesanan sekolah iaitu kepimpinan tegas dan bertujuan, pendekatan partisipatif,
pendekatan secara instruksional, pemantau pencapaian staf secara peribadi dan berterusan;
dan pemilihan dan penggantian staf secara proaktif.

Cabaran Dari Pengurusan dan Kepimpinan sekolah

Tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh guru besar dan pengetua semakin
mencabar dari sehari ke sehari kerana perkembangan pesat yang berlaku dalam sistem
pendidikan, di dalam dan di luar negara (Abdullah Sani 2004; Ayob 2005; Cheng 2002; Hussein
1997; Omardin 1999). Menurut Cheng (2002), peranan dan cabaran sebagai pemimpin sekolah
semakin kompleks. Oleh itu, guru besar atau pengetua bukan hanya perlu kepada pengetahuan
profesional sahaja tetapi perlu juga memahami kehendak pelbagai pihak yang berkepentingan
terhadap sekolah.

Hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh Rhodes dan Brundrett (2006) yang mendapati
terdapat kekurangan guru besar dan pengetua di Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika
Syarikat, ada kaitan dengan cabaran dan dugaan besar yang dihadapi oleh pentadbir-pentadbir
sekolah. Bagi mereka, sebab bagi kekurangan pemimpin sekolah ini adalah kompleks dan
penyelesaiannya seringkali selalu dielakkan. Di samping itu pula kecemerlangan murid dan
sekolah seringkali disandarkan kepada pengurusan dan kepimpinan yang dimiliki oleh guru
besar dan pengetua. Tegasnya, peranan yang perlu dilaksanakan oleh guru besar dan
pengetua adalah sangat besar dan mencabar. Sergiovanni (1984) telah mengklasifikasikan
peranan-peranan guru besar dan pengetua kepada lima bidang utama iaitu dalam bentuk
petugas, pendidikan, organisasi, pentadbiran dan pasukan. Peranan-peranan ini bertambah dan
berubah mengikut masa, menjadikannya bertambah kompleks dan rencam.

Sokongan dari pihak pentadbiran memberikan makna yang besar kepada guru-guru
dan murid-murid masalah pembelajaran. Kita mengakui kecemerlangan akademik sangat
penting dalam melonjakkan prestasi sekolah secara keseluruhannya. Namum demikian
kadangkala pihak pentadbiran terlupa bahawa kecemerlangan boleh datang dalam pelbagai
rupa bukan hanya fokus kepada akademik sahaja. Persepsi negative melingkari keseluruhan
Program Pendidikan Khas Integrasi. Pihak sekolah selalu menuding jari kepada guru-guru

4
Pendidikan Khas kerana gagal melahirkan murid-murid yang boleh manaikkan nama sekolah.
Malahan menganggap kehadiran mereka tidak memberi makna dalam kepimpinan mereka.
Guru Besar dan pentadbir lain sedikit sebanyak telah dimaklumkan mengenai program
Integrasi ini. Malahan pihak Jabatan Pelajaran Negeri sentiasa menyebarkan maklumat melalui
seminar dan mesyuarat di peringkat daerah dan negeri. Namun begitu masih ada dalam
kalangan mereka sengaja tidak mahu faham dan memberi tanggapan negatif kepada guru-guru
Pendidikan Khas. Malahan mereka sanggup meminta guru Pendidikan Khas meninggalkan
kelas mereka dan menggantikan guru yang tidak hadir di kelas aliran perdana. Anggapan
bahawa murid-murid Pendidikan Khas tidak penting kerana bilangan mereka sedikit dalam satu
kelas jika dibandingkan dengan aliran perdana.

Cadangan

Di Amerika Syarikat, Council of Chief State School Officers (CCSSO) telah


mengeluarkan standard untuk pemimpin sekolah pada tahun 1996 yang mengandungi perkara
asas berkaitan pengetahuan, kecenderungan bertindak dan pencapaian, yang akan membantu
mewujudkan sekolah yang produktif dan mengukuhkan hasil pendidikan (CCSSO 1996)

Dalam konteks Malaysia, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah menggubal Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang mengandungi pernyataan dan instrumen pemastian
standard untuk pemimpin-pemimpin sekolah (JNS 2004). Standard ini mengandungi empat
dimensi yang dikenali sebagai hala tuju kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan
program pendidikan dan kemenjadian murid. Hala tuju kepemimpinan mempunyai elemen visi,
misi dan kepemimpinan. Dimensi pengurusan organisasi pula mengandungi struktur organisasi,
perancangan, iklim, pengurusan dan pembangunan sumber serta pengurusan maklumat.
Manakala dimensi pengurusan program pendidikan pula mempunyai elemen pengurusan
kurikulum, kokurikulum dan hal-ehwal murid, pengajaran dan pembelajaran, pembangunan
sahsiah dan penilaian pencapaian murid. Dimensi kemenjadian murid pula mengandungi
elemen akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Semua guru Pendidikan Khas tidak perlu putus asa, anggaplah persepsi negatif guru
besar itu sebagai satu cabaran. Pulihkan martabat diri dengan berusaha lebih gigih dan ikhlas.
Lakukan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komited supaya mereka menyedari bahawa
guru-guru Pendidikan Khas lebih cemerlang dalam segala aspek. Berikan kerjasama yang
sebaiknya supaya mereka yang menyisihkan Pendidikan Khas akan malu sendiri.

5
Kesanggupan guru Pendidikan Khas menjalankan pelbagai tugas membuktikan kemampuan
dan kecemerlangan yang tidak dapat dilakukan oleh guru lain.
Pihak sekolah (guru besar, guru dan murid) perlu menerima secara positif murid-murid
tersebut dan membenarkan mereka belajar menurut tempoh dan kemampuan masing-masing.
Mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan serta pendidikan yang terbaik
agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap optimum. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah
dan Negeri tidak boleh lepas tangan dalam hal ini. Sekiranya guru-guru sanggup berhadapan
dengan pelbagai situasi maka mereka perlu selangkah ke hadapan memberi pengetahuan dan
makluman supaya tidak berlaku salah faham lagi. Pihak pentadbir sendiri perlu ada kesedaran
dan bersikap positif terhadap Pendidikan Khas kerana mereka juga mempunyai hak untuk
mendapat pendidikan seperti kanak-kanak lain. Kecacatan bukan satu penghalang untuk
mendapatkan pendidikan kerana mereka semua boleh dididik dengan apa cara sekalipun.
Kewujudan program-program Pendidikan Khas di sekolah biasa, merupakan satu
cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru kelas dan pentadbir di sekolah-sekolah biasa
(Marozas dan May, 1988). Sikap positif semua personal memainkan peranan penting bagi
mewujudkan program percantuman Pendidikan Khas yang efektif. Di sini, guru Pendidikan Khas
memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada
kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program
Pendidikan Khas.
Paling utama sekali ialah peranan Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan satu
sumber kuasa secara dokumentasi dan jelas mengenai peranan sekolah dan pentadbir lain
yang mempunyai program integrasi. Juga di peringkat kementerian juga perlu mengambilkira
pengalaman seseorang pegawai dalam bidang Pendidikan Khas supaya mereka lebih
memahami dan mempunyai jiwa terhadap keperluan Pendidikan Khas.

6
Peranan Guru Pendidikan Khas
Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar, pendidik,
pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab seorang guru sangat
memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Menurut Tokoh Guru
Peringkat Negeri Kedah, Abdul Rahim Mohd Said (Utusan Online, 2008), beliau menyatakan
bahawa setiap guru perlu memberi keutamaan kepada pelajar dan ibu bapa mereka sera tahu
apa keperluan pelajar bagi menjadi seorang guru yang baik. Ia sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Guru iaitu “ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.”

Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana tugas
utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan
pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang bermoral tinggi. Untuk
mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang
sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,
melaksanakan rancangan mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian atas segala
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang
diperoleh daripada penilaian, guru dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila
penambahbaikkan diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang
kreatif dan kritis untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Cikgu Donny
Chin (Utusan Online, 2011), menyatakan bahawa mendidik pelajar kelas pendidikan khas
bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam
pembelajaran kerana setiap pelajar pendidikan khas di dalam sesebuah kelas memerlukan
kaedah pengajaran tersendiri.

Guru pendidikan KHAS seharusnya berani membuat anjakan minda dan sentiasa
membuat pelabagai inovasi dalam pengajaran sebagai tuntutan atas satu usaha yang
bersungguh-sungguh. Kepakaran yang dimiliki menjadi amalan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang membawa kepada kecemerlangan dalam pendidikan khas. Perkongsian
ilmu dapat meningkatkan prestasi kerja dan memperbaiki kelemahan diri. Mohd Taib Hj Dora,
2005 dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesioanal(2010), mengatakan

7
seorang guru itu perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti untuk meningkatkan
profesion perguruan.

Guru pendidikan khas perlu mempunyai pengurusan emosi dan spiritual yang tinggi
supaya dapat mengekalkan kualiti dalam perkhidmatan. Ketrampilan diri hendaklah seiring
dengan kepercayaan pada diri sendiri dan berteraskan iman yang kuat agar tidak kecundang
dengan tewas dengan tanggapan negatif pihak lain. Halatuju guru dalam merealisasikan misi
Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa
berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan
penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu,
menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan.

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan profesionalisme. Guru harus sedar
tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan
negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini setiap
masa. Disamping itu berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan
terkini. Guru pendidikan khas perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus
pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan
keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini.
Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru
yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu
serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian.

Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk


menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu
belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada
yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu
bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-
bagai perbezaan individu. Kedua-dua guru kelas biasa dan guru khas perlu bersedia untuk
menjalankan tugas dan tanggungjawab yang dipersetujui serta berkesanggupan untuk
merancang dan bekerjasama dalam semua aspek aktiviti dan isu. Penting sekali adalah kita
tidak boleh mengenepikan, mengabaikan atau mengecilkan pendidikan kanak-

8
kanak bekeperluan khas ini. Isu –isu pengasingan dan pelabelan membangkitkan semangat
dan kekuatan untuk bangun berdaya saing.

Murid-murid pendidikan sudah boleh berada dalam kelompok murid-murid biasa dan
menjalankan aktiviti kurikulum serta kokurikulum bersama. Program inklusif banyak membantu
menjadikan mereka berdaya saing dan berketrampilan setanding dengan rakan
sebaya. Justeru itu program inklusif perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya supaya murid-
murid pendidikan khas boleh berpeluang membuktikan keupayaan mereka dalam bidang
akademik. Guru pendidikan khas harus berusaha dan menunjukkan kepakaran dalam pelbagai
bidang supaya kebolehan dan kepakaran itu tidak boleh dipertikaikan. Kajian Haniz Ibrahim
(1998) mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah bersikap negatif
terhadap pendidikan inklusif. Penerimaan guru aliran perdana terhadap murid yang belum
didiagnosis lebih positif berbanding murid yang sudah dilabel dengan sesuatu masalah.

9
Cabaran dan Cadangan Mengatasi

Menjadi guru pendidikan khas adalah sesuatu yang amat berbeza dan mencabar
berbanding menjadi guru biasa.(Utusan Online, 2011). Kata-kata tersebut adalah petikan
daripada seorang guru pendidikan khas yang sebelum ini adalah guru biasa. Menurut Cikgu
Alizah Bt Abdul Malek, kehidupan sebagai seorang guru pendidikan khas sangat mencabar
kerana pelbagai karenah murid yang berbeza terpaksa mereka hadapi. Pendapat ini telah
disokong oleh seorang lagi guru pendidikan khas iaitu Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari
Sekolah Menengah Danau Kota bahawa menjadi guru pendidkan khas sangat mencabar.
(Kosmo, 2008)

Cabaran yang paling besar yang perlu dihadapi ialah murid-murid sendiri. murid-murid
ini akan melakukan pelbagai aksi ataupun sikap untuk menunjukkan sikap memberontak,
marah, sedih dan sebagainya. Terdapat juga murid yang membuat perangai disebabkan
inginkan perhatian. Ia telah dialami oleh Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah
Danau Kota yang telah digigit dan dipukul kerana tidak memberikan perhatian kepada seorang
pelajar. Disebabkan kerenah yang pelbagai, guru perlu menggunakan segala kepakaran
mereka samaada memujuk, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Cadangan untuk mengatasi ialah guru juga boleh menggunakan satu pendekatan untuk
membentuk tingkahlaku murid supaya senang untuk dikawal semasa pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh aktiviti bercerita dalam membentuk tingkahlaku murid. Cerita
boleh dijadikan sebagai satu terapi untuk intervensi kaunseling kanak-kanak. Terapi bercerita
ialah seni mempengaruhi orang lain dengan bercerita berkenaan dilema persendirian mereka.
Terapi ini juga merupakan media komunikasi antara ahli terapi dengan klien. (Lee Keok
Cheong et al., 2012). Melalui aktiviti bercerita ini guru boleh menggunakan contoh teladan untuk
memberi pengajaran kepada murid. Akan terdapat murid yang akan mengikut tingkahlaku yang
diceritakan oleh guru. Cerita yang dipilih oleh guru juga hendaklah bersesuaian dengan
perkembangan murid.

Melahirkan guru mesra OKU juga salah satu dari cara untuk membentuk guru
pendidikan khas yang baik dan prihatin serta mesra terhadap murid. Ia haruslah diberikan
latihan semasa guru-guru ini berada dalam latihan perguruan. Ia bukan merujuk kepada guru
pendidikan khas sahaja tetapi juga guru-guru biasa supaya mereka dapat mengesan
ketidaksempurnaan anak didik mereka. Dengan itu, guru-guru bolehlah membawa masalah ini
kepada pakar. Program ini juga disokong oleh pihak TWINTECH International University

10
College of Technology (TWINTECH) apabila mereka menawarkan pelbagai program bagi
membantu kerajaan melahirkan guru prihatin dan mesra orang kelainan upaya (OKU). Universti
tersebut mengambil

Rumusan

Pada pandangan saya, tugas guru pendidikan khas sangat mencabar kepada sesiapa
yang menyandangnya. Tugas itu terlalu berat untuk dipikul untuk guru yang masih belum
menguasai tahap kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Pengalaman ini telah dikongsi dengan
seluruh rakyat Malaysia melalui penerbitan Kosmo, 2008 dan Utusan Online, 2011. Cikgu
Alizah Abdul Malek (Utusan Online,2011) menyimpulkan bahawa guru pendidikan khas
mempunyai 1001 macam cerita. Cerita yang mereka sempat berkongsi adalah berkaitan ragam
murid-murid dan juga harapan ibu bapa.

Selain daripada guru, ibu bapa juga menganggap anak istimewa sebagai cabaran yang
besar. Berikutan kenyataan tersebut, ibu kanak-kanak autisme menyatakan bahawa sebelum
mendapat pendidikan di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, (NASOM) anaknya mudah
naik angin dan marah apabila keinginan dirinya tidak dipenuhi. Percakapannya tidak difahami
apabila hanya mengeluarkan bunyi seperti em...em...sahaja. (Berita Harian, 2012). Jika dilihat
kenyataan ibu kanak-kanak tersebut, beliau hanya menghadapi seorang sahaja kanak-kanak
istimewa tetapi guru pendidikan khas menghadapi murid lebih daripada seorang serta
mempunyai kepelbagaian masalah.

Sebagai kesimpulan, menjadi seorang guru pendidikan khas bukan sekadar menjadi
guru biasa tetapi sebagai guru yang baik kerana tahap kebergantungan murid kepada guru
adalah melebihi murid-murid yang normal. Namun, sebagai seorang guru, keikhlasan dalam
mendidik menjadikan mereka seorang yang berfikiran positif, bersikap menerima dan
sebagainya. Walaupun banyak cabaran yang ditempuhi tetapi didiklah mereka kerana mereka
berpeluang untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kebergantungan kepada
keluarga, masyarakat dan negara.

11
TUGASAN 2 (PANDANGAN TERAHADAP AKT9IVTI TERAPI YANG DIJALANKAN DI
SEKOLAH )

Pengenalan Terapi Snoezeln

Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan
ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu
kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.

Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang
murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam
konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan
khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan
pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.

Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti - aktiviti dalam terapi dapat
membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

Istilah “snoezelen” diambil dari perkataan Belanda atau Dutch iaitu “snuffelen” yang
bermaksud mencari atau meneroka dan “doezelen” yang bermaksud relaks. Snoezeland ialah
suatu terapi stimulasi multisensori (visual, auditori, sentuhan, bau) yang digunakan oleh kanak-
kanak yang mempunyai kecacatan pada mental, autisma, hiperaktif, lembam, dan lewat
perkembangan. Terapi ini dilakukan kepada kanak-kanak untuk memberi stimulasi atau
rangsangan pada kesemua pancaindera mereka dengan menggunakan pelbagai kesan lampu,
warna, suara, muzik dan bau. Aktiviti yang dipilih ialah menonton wayang di panggung wayang
yang terdekat.

12
Kepentingan Terapi Snoezelen

Aktiviti terapi ini juga dikatakan mampu meningkatkan daya pengamatan murid-murid
pendidikan khas. Mereka memerlukan ketajaman pendengaran , penglihatan dan pemikiran
supaya dapat berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung murid-murid pendidikan khas ini
dapat membuat perbandingan dan mencari persamaan dalam sesuatu aspek. Contohnya
boleh memilih objek yang besar atau kecil, mampu mencari perbezaan dan membuat tafsiran.
Pengamatan memerlukan rangsangan pelbagai deria supaya murid-murid pendidikan khas
dapat membentuk konsep dengan betul. Oleh yang demkian aktiviti-aktiviti dalam terapi fizikal
memberi impak yang besar dalam menghasilkan gerak balas terhadap pengamatan dan daya
kosentrasi murid-murid pendidikan khas.

Terapi snoezelen mampu membina keupayaan diri dan keyakinan yang tinggi. Murid-
murid akan merasakan sendiri perubahan-perubahan yang mereka alami. Kesabaran dan
keinginan yang kuat untuk menjalani rawatan mampu mengubah persepsi diri dan rakan
terhadap keupayaan dan kebolehan sendiri. Ini memberikan kesedaran dalam diri bahawa
mereka juga mampu bersaing dengan rakan sebaya yang lain. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan
menjadi pendorong atau motivasi kepada sesuatu yang lebih baik. Keazaman yang tinggi
menjalani proses terapi membantu mereka membentuk kehidupan berdikari yang lebih baik.

Mereka juga dapat bersosiolisasi dan berkomunikasi dengan baik bersama rakan
sebaya. Keyakinan diri dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alatan dan rakan
semasa menjalankan aktiviti terapi. Komunikasi yang baik mampu menggalakan mereka
meluahkan perasaan dan bertukar-tukar pendapat . Mereka mampu bercerita mengenai aktiviti
yang mereka jalani dan berkongsi keseronokan tersebut. Secara tidak langsung mereka dapat
belajar dalam kumpulan dan mengamalkan nilai-nilai baik dalam kehidupan. Contohnya
berkongsi alatan, bersifat sabar dan bekerjasama. Penerapan nilai-nilai baik ini akan menjadi
panduan dalam kehidupan mereka. Rantaian nilai-nilai murni diharapkan dapat membentuk
insan yang seimbang dan kepatuhan kepada peraturan serta mampu menjadi insan yang patuh
kepada perintah Allah. Secara tidak langsung ianya akan meransang kepada pertuturan murid-
murid pendidikan khas.

Aktiviti terapi juga mampu mengubah tingkah laku murid – murid pendidikan khas.
Contohnya sikap pendiam , tidak berminat untuk belajar, suka bersendirian, tidak fokus suka
mengganggu dan sebagainya. Terutama sekali bagi murid Hyperaktif dan ADHD. Kemampuan
memberikan ganjaran dan pujian semasa aktiviti yang dijalankan boleh meransang mereka

13
mengubah tingkah laku. Bandura dan Walters mendapati bahawa kehidupan sehari-hari banyak
tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah
laku ini hendak dipelajari malalui Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah
tentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi menguasai semua tingkah laku yang
ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai himpunan tingkah laku
sebanyak yang kita ada pada hari ini. (Amir Awang, 1989). Oleh yang demikian melalui aktiviti-
aktiviti terapi murid akan terikat dengan jadual dan peraturan yang perlu dipatuhi. Pelaziman ini
akan memberikan kesan kepada mereka sekiranya aktivti- aktiviti yang dilakukan mampu
memberikan ransangan kepada mereka mengamalkan tingkah laku yang baik.

Aktiviti terapi fizikal ini juga turut membantu perkembangan fizikal dan tubuh
badan mereka. Terutama sekali yang melibatkan otot-otot motor kasar. Contohnya dapat
berjalan dan melompat dengan betul bila keseimbangan badan dapat dibentuk dengan baik.
Kelembutan dan kelenturan otot-otot semasa melakukan aktiviti berkuda akan membantu
menguatkan tubuh badan dan bahagian sendi-sendi. Ramai dalam kalangan murid pendidikan
khas ini tidak mempunyai kesempurnaan dalam perkembangan fizikal. Oleh yang demikian
latihan yang berterusan akan mampu membentuk tubuh badan yang sihat dan tegap.

Selain dairpada apa yang dibincangkan diatas, aktiviti terapi juga akan dapat membantu
murid meluahkan dan melahirkan perasaan. Pakar- pakar psikologi berpendapat melalui
aktiviti motor kasar dan motor halus yang dijalankan dalam kumpulan atau individu akan
membantu mereka melepaskan segala kesusahan dan perasaan yang terpendam dalam hati
mereka. Contoh seperti memukul boxing, menyepak bola dan sebagainya. Aktiviti ini dapat
meredakan perasaan mereka terutama sekali bagi murid hyperaktif dan ADHD. Selepas aktiviti
ini dijalankan kebanyakan murid akan lebih bertenang dan dapat memerikan tumpuan kepada
aktiviti seterusnya.

14
Masalah Yang Dihadapi Dalam Pelaksanaan Terapi Snoezelen

Masalah – masalah yang dihadapi dalam melaksanakan aktivti terapi fizikal terdiri
daripada pihak guru, murid dan ibubapa. Majoriti guru-guru pendidikan khas menghadapi
dilema dalam menjalankan aktiviti terapi kerana kurang kepakaran. Persepsi pihak sekolah dan
ibu bapa dengan melihat secara negatif menguasai kebimbingan dan ketakutan yang anak
mereka akan cedera kerana menjalankan aktiviti terapi. Bagi satu pihak lain kegiatan aktiviti ini
dianggap seperti bermain-main dan guru dianggap tidak menjalankan proses pengajaran
dengan betul. Selain daripada itu guru juga tidak mempunyai masa yang cukup untuk
menjalankan sesi terapi. Aktiviti ini memerlukan masa yang panjang mengikut tahap keupayaan
murid. Murid tidak boleh dipaksa menghabiskan aktiviti pada waktu yang ditetapkan atau
dipaksa melakukan aktivti yang tidak boleh mereka lakukan. Kebanyakan ibu bapa tidak
memberikan kerjasama yang secukupnya dan tidak komited dalam usaha-usaha memulihkan
anak mereka. Guru sukar memberikan tumpuan kepada murid dan aktiviti terapi kerana murid
selalu tidak hadir ke sekolah. Keberkesanan aktiviti terapi tidak dapat dilihat dan dinilai dengan
baik kerana murid itu sendiri kadang-kadang tidak memberikan kerjasama kepada guru.
Masalah yang paling kritikal bagi guru ialah tiada tempat yang sesuai dan kekurangan
keperluan alatan. Kebanyakan pihak pentadbir kurang memberikan kerjasama dalam
memenuhi keperluan murid pendidikan khas.

Masalah juga dapat dilihat pada diri murid itu sendiri terutama yang mengalami
gangguan emosi dan tingkah laku. Adakalanya murid terlalu sukar dikawal dan terlalu aktif
apabila melibatkan beberapa peralatan. Latihan yang berterusan mendatangkan rasa jemu dan
bosan dalam diri murid-murid penddikan khas. Mereka tidak nampak atau tahu tujuan mereka
menjalankan aktiviti terapi. Oleh yang demikian sikap tidak memberikan kerjasama dan
perhatian kepada guru merupakan antara kekangan yang sukar guru atasi. Dalam masa yang
sama ada juga murid yang mengalami masalah kesihatan dan dibimbangkan aktivti yang
dijalankan memberi kesan yang tidak baik kepada mereka. Oleh itu guru perlu merujuk kepada
laporan perubatan mereka terlebih dahulu dan mengenalpasti masalah yang akan timbul jika
menjalankan aktiviti terapi. Kerencatan mental yang dialami oleh murid menyebabkan murid
sukar memahami arahan dan maksud guru atau ahli terapi sampaikan. Masalah
perkembangan bahasa yang mereka alami lebih menyukarkan kerana kebanyakan mereka
tidak boleh memberikan tindak balas yang betul.

15
Sikap ibu bapa juga dilihat memberikan sedikit sebanyak kekangan kepada program
terapi ini. Majoritinya tidak mempunyai pengetahuan dan tidak mendapat pendedahan
keperluan terapi bagi anak-anak mereka. Kebanyakkan mereka tidak berminat dan tidak mahu
mengikuti perkembangan anak mereka . Persepsi melingkari kehidupan mereka bahawa anak-
anak berkeperluan khas ini tidak akan berubah sampai bila-bila. Ketidaksanggupan ibu bapa
meluangkan masa bersama semasa sesi terapi juga mempengaruhi sikap anak-anak mereka.
Kebanyakan ibu bapa tidak menjalankan sesi terapi di rumah hanya mengharapkan semata-
mata di hospital sahaja dan bergantung kepada guru sahaja. Ibu bapa tidak membarikan
kerjasama dan tidak berusaha sebaik mungkin untuk mengubah kehidupan anak mereka.
Keengganan mempelajari teknik-teknik terapi dengan betul menyebabkan anak-anak mereka
terus terbiar. Pengetahuan yang rendah dalam kalangan ibu bapa sendiri menyebabkan ahli-
ahli terapi sukar untuk berinteraksi dengan baik. Ini ditambah lagi dengan masalah kewangan
dan pendapat yang rendah menjadi halangan kepada mereka meneruskan aktiviti terapi
mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Antara yang menjadi halangan dalam menjayakan aktiviti terapi ialah keperluan
kawasan yang sesuai dan kondusif. Masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera kerana
kebanyakan disekolah semua kelas digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh
yang demikian guru perlu mencari alternatif lain bagaimana hendak menjalankan sesi terapi
yang sesuai dengan keperluan sedia ada. Tambahan pula kesukaran mendapatkan alatan yang
sesuai terutama sekali yang berkaitan dengan terapi snoezolen. Ada sebahagian alatan yang
diperlu diimport dari luar negara dan ianya juga memerlukan perbelanjaan yang sangat besar.

16
Cadangan penambahaikan

Merujuk kepada permasalahan yang dihadapi ada beberapa cadangan yang dikemukan
agar segala kekurangan yang ada dapat diperbaiki dari masa ke semasa. Antaranya ialah
mengadakan lawatan ke pusat-pusat terapi supaya guru dan ibu bapa mendapat pengetahuan
dan kemahiran mengenai terapi. Melalui sesi ini ibu bapa dan guru dapat berkolaborasi
bersama ahli-ahli terapi. Mereka dapat berbincang dan mengemukakan permasalahan yang
tentunya boleh diselesaikan secara terus. Pengetahuan dan kemahiran inilah akan memberi
impak kepada pihak sekolah apabila ibu bapa menyumbang tenaga dan kewangan atas
sebarang usaha yang boleh memulihkan dan merawat anak mereka. Kerjasama kedua-dua
pihak sangat penting untuk mencari dana dan kewangan bagi menampung segala kos
perbelanjaan terapi di sekolah. Meskipun kesukaran mendapat bilik yang sesuai dan kondusif .
Dengan dana yang ada kesemua pihak mampu merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti
yang lebih mencabar dan kreatif.

Komitmen guru memerlukan sokongan dan pengorbanan dari ibu bapa dalam
kesepakatan dan bekerjasama membina satu komuniti yang boleh memberi kesedaran kepada
masyarakat menyediakan ruang-ruang yang membolehkan aktiviti ini dijalankan
berpersatuan. Sekurang-kurangnya dapat menyakinkan ibu bapa dan percaya bahawa terapi
merupakan satu aktiviti penting dalam hidup mereka. Secara tidak langsung ibu bapa tidak akan
berputus asa. Mereka sentiasa positif menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan yakin
dan melalui aktiviti yang dikelola oleh guru dan pihak sekolah anak mereka akan ada
penambaikan. Guru pula perlu menceburi bidang ini dengan lebih mendalam kerana
pengetahuan dalam terapi sangat penting. Seminar atau kursus boleh dijalankan bagi
meningkatkan lagi profesionalisma guru .

Ibu dan guru perlu memikirkan satu kaedah bagi mengekalkan minat murid untuk datang
ke sekolah dan berminat menjalankan sesi terapi di sekolah atau di pusat-pusat terapi. Aktiviti
yang dirancang perlu lebih menarik dan meransang mereka untuk menjalani aktiviti terapi
secara sukarela.

Semua pihak perlu berkerjasama dengan baik dan menyusun jadual-jadual yang sesuai
dengan keperluan semua orang dan memastikan jadual tersebut dapat dipatuhi dengan
sebaiknya. Terapi sangat memerlukan disiplin yang tinggi kerana akiviti ini bukan sahaja perlu
dijalankan sekali dua sahaja bahkan secara berterusan.

17
KESIMPULAN

Messbauer, Pagliano&Verheul, (2009) berpendapat terapi bertujuan meningkat potensi


seseorang untuk memberikan tumpuan kepada kehendaknya sendiri dan melibatkan diri pada
ransangan motivasi, dengan itu dapat meningkatkan komunikasi dan fungsi. Perkembangan
anak-anak berkeperluan khas sangat bergantung kepada usaha yang dijalankan oleh pihak
guru, ibu bapa, ahli terapi dan diri mereka sendiri. Ransangan dan motivasi bukan sahaja
kepada murid tetapi perlu juga kepada guru dan ibu bapa. Ahli terapi memainkan peranan yang
penting untuk meningkatkan keupayaan perkembangan kognitif, emosi dan tingkah laku kanak-
kanak. Oleh itu kesedaran awam mengenai terapi adalah perlu dan pada skala yang lebih luas
supaya perkembangan dan pemulihan individu dapat ditingkatkan. Dengan menjalani terapi
semua pihak secara tidak langsung patuh kepada peraturan dan dan disiplin-disiplin yang telah
ditentukan bagi tujuan mencapai matlamat.

Sebagai kesimpulannya terapi dalam pendidikan khas merupakan aktiviti yang saling
berkait dalam pembentukan insan yang bersepadu dan seimbang dari aspek jasmani, rohani
,emosi, intelek dan sosial. Proses menjalani kehidupan yang bermakna menjadi pemangkin
kepada mereka sebagai satu titik tolak kearah kecemerlangan insan kelainan upaya. Semua
pihak perlu memberi mereka ruang dan masa yang secukupnya supaya mereka dapat
membuktikan bahawa mereka juga boleh menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan
negara.

18
REFLEKSI

Aspek Perncangan

Kekuatan

o Dapat mewujudkan kesefahaman antara guru praktikum dengan guru di sekolah


tersebut.
o Dapat bertukar – tukar pendapat dengan guru yang telah berpengelaman mengajar.
o Diberi peluang oleh guru di situ untuk menganjurkan satu program terapi walaupun
bergelar guru pelatih.
o Mendapat pengelaman baru dan boleh dibuat sebgai satu persediaan untuk dibawa ke
sekolah kelak

Kelemahan

o Kurang keyakinan pada mulanya kerana kali pertama diberi tugas sebegitu.
o Mengambil banyak masa untuk berfikir apakah aktiviti yang sesuai djilanakan.

Peluang

o Akan berusaha memperbaiki diri pada masa akan datang.


o Dakan mengembil mana – mana peluang yang datang bagi menenbus kesilapan yang
lalu.

Ancaman

o Takut orang hilang kepercayaan nanti.

Aspek Pengelolaan

Kekuatan

o Perjalanan aktiviti lancar.


o Murid dan guru sama seronok menjalanakan aktiviti luar bilik darjah.
o Dapat mengeratkan hubungan silarahim antara murid dan guru.

19
Kelemahan

o Seorang murid tidak selesa dengan aktiviti di pawagam dan membuatkan menjerit tapi
masih boleh dikawal.
o Murid Sekolah kebangsaan Jeniang dan Sk Sg Petani kurang bergaul sesmama sendiri.

Peluang

o Periksa dulu keadaan murid sebelum menjalankan sesuatu aktiviti di luar bilik darjah
o Cuba ajak murid bergaul dengan rakan dari sekolah yang lain.

Ancaman

o Risau murid tersebut tidak mahu ditinggalkan pada aktiviti yang akan datang.
o Membiasakan murid berkenaan dengan murid dari sekolah yang berbeza.

Aspek Kepimpinan

Kekuatan

o Guru berjaya memimpin murid – murid ketika menjlanakan aktiviti.


o Kami sebagai guru pelatih diberi pendedahan awal bagaimana hendak memimpin murid
ketika menjalankan program terapi

Kelemahan

o Ada segelintir murid yang tidak mendapat inout daripada aktiviti yang dijalankan.

Peluang

o Buat persedian yang rapi bagi murid yang terlibat

Ancaman

o Murid tidak dapat memberikan kerjasam kepada guru.

20
Aspek Kawalan

Kekuatan

o Guru dapat mengawal murid dengan baiik sekali.

Kelemahan

o Terdapat kekecohan sedikit sebelum masuk ke dalam pawagam apabila seorang murid
hilang kerana pergi ke tandas dengan guru laiin.

Peluang

o Guru harus lebih peka b=dengan masalah murid.

Ancaman

o Sikap kecuaian para guru untuk diubah

21
TUGASAN 3 ( PEMBENTANGAN )

RUJUK LAMPIRAN 1

22
RUJUKAN

Ilmiah

Abdul Aziz Md. Noor. 2003. An Investigation Into The Headship Training Programme For
Aspiring Primary School Headteachers. PhD Dissertation, University of Bristol.

Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus Disiplin Pelajar. Bentong: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Ayob Jantan. 2005. Pengetua Sekolah Yang Efektif. Siri Penguruan Sekolah. Bentong: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Beare, H., Caldwell, B., & Milikan, R. 1993. Leadership. Dlm. Preedy, M. (pnyt). Managing
The Effective School. London: Paul Chapman.

Hasani Hassan, & Mariam Md. Zain. 2007. Cabaran Lahir Insan Cemerlang. Mingguan
Malaysia, 21 Januari: 7

Hussein Mahmood. 1997. Kepimpinan Dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

23
Internet

Scribd (2012, 12. 12). Peranan Guru dan Kempimpinan Sekolah . Dilayari pada 13. 08. 2015,
daripada : https://www.scribd.com/doc/268275938/3-0-Struktur-Organisasi-Peranan-Guru-Dan-
Kepimpinan-Sekolah-2#scribd

Laman e-Ilmu (2012, 02. 18). Isu sokongan pihak Sekolah kepada PPKI. Dilayari pada 13.
08. 2015, daripada : http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/02/isu-sokongan-pihak-sekolah-
kepada.html

Laman e-Ilmu (2012, 11. 23). Peranan dan Cabaran Guru Pendidikan Khas. Dilayari pada 13.
08. 2015, daripada : http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/11/peranan-dan-cabaran-guru-
pendidikan-khas.html

Laman e-Ilmu (2012, 11. 23). Cabaran dan Halatuju Pendidikan Khas. Dilayari pada 13. 08.
2015, daripada : http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/12/cabaran-dan-hala-tuju-pendidikan-
khas.html

24

Anda mungkin juga menyukai