Anda di halaman 1dari 13

TUGASAN 1

Laporan Analisis Swot Untuk Kes Murid Tidak Memberikan Kerjasama Semasa
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran ( P&P ) Dijalankan Di Dalam Bilik Darjah.
Analisis SWOT adalah instrument perencanaaan strategis yang klasik. Dengan menggunakan
kerangka kerja kekuatan dan kelemahan dan kesempatan ekternal dan ancaman, instrument ini
memberikan cara sederhana untuk memperkirakan cara terbaik untuk melaksanakan sebuah
strategi. Instrumen ini menolong para perencana apa yang bias dicapai, dan hal-hal apa saja yang
perlu diperhatikan oleh mereka.

KAJIAN KES

MURID TIDAK MEMBERIKAN KERJASAMA


SEMASA

PROSES

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN ( P&P ) DIJALANKAN DI


DALAM BILIK DARJAH.
Masalah yang ditunjukkan oleh murid
Berbuat

bising

di

dalam

kelas

ketika guru sedang menyampaikan


isi pelajaran.
Bermain

mengambil
menjalankan

main

dan

serius
aktiviti

tidak
ketika

di

dalam

SWOT
K
E

Guru ada menyelitkan unsur TMK dalam proses P&P


Aktiviti yang dijalankan di dalam kelas berupaya

menarik perhatian murid.


Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) yang guru gunakan

dapat menarik perhatian murid.


Kaedah dan teknik pengajaran yang guru gunakan

bersesuaian dengan tahap murid.


Guru ada menerapkan terapi main dalam P&P saya.
Guru memberi peluang kepada murid untuk

T
A

mengemukakan pendapat.

K
E

Guru gagal mengawal kelas dengan baik ketika

murid menjalankan aktiviti.


Guru tidak tegas dalam mengeluarkan arahan.
Komunikasi guru agak sukar difahami oleh murid.
Guru menjalankan aktiviti yang sama pada setiap

P&P sehingga menyebabkan murid bosan dengan

M
A

aktiviti dengan sama.


Penerangan guru terlampau
memakan

masa

yang

lama

panjang

seningga

hingga

menutup

peluang bagi sesetengah murid untuk menjalankan

A
N

aktiviti.
Guru agak kelam kabut dalam menjalankan P&P
hingga P&P tidak dapat dijalankan dengan lancar.

Guru

terhadap tingkah laku murid yang negatif.


Guru perlu tegas dalam mengeluarkan

memberikan arahan kepada murid.


Guru perlu memperbaiki kualiti komunikasi di dalam

kelas atau menggunakan bahasa melaytu baku.


Guru perlu lebih kreatif dalam merancang aktiviti

E
L
U

harus

memberikan

peneguhan

negatif
atau

yang ingin dijalankan di dalam bilik darjah dan tidak

A
N

mengulang akltiviti yang sama.


Beri penerangan yang ringkas, jelas dan mudah

difahami oleh murid.


Guru perlu tenang dalam menjalankan P&P dan
menguruskan tingkah laku murid dalam bilik darjah.

A
N

Waris tidak memberikan kerjasama kepada guru.


Murid tidak dapat menerima hakikat ketegasan

guru.
Guru kadang

bahasa ibunda.
Guru di sekolah tidak memberikan kerjasama.
Masa P&P berkemungkinan bersisa lebih.
Murid tidak memberikan kerjasam kepada guru.

C
A
M

kadang

tersasul

menggunakan

A
N

TUGASAN 2
Teori Pendekatan Pemusatan Perorangan Dalam Menangani Masalah Tingkah Laku
Murid Dalam Bilik Darjah
Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan ini merupakan asas dalam
konsep yang tergolong di dalam psikologi kemanusiaan (humanistik), dan
kewujudan (existentialism). Ia dipelopori atau dimajukan oleh Carl Rogers
dalam tahun 40an di mana pada mulanya dinamakan kaunseling bukan
arahan (1940an), kaunseling pusatan - klien (1950) dan kemudian ditukarkan
kepada terapi pemusatan perorangan pada 1980an di mana klien dapat
mengaplikasikan apa yang diperolehi di dalam dan di luar makmal serta klien
yang menentukan hala tuju dan menyelesaikan masalahnya dengan
panduan daripada kaunselor (Corey, 2001). Rogers mencabar pendekatan pendekatan teori yang mengandaikan bahawa kaunselor mengetahui semua
hal dan boleh menolong kliennya di dalam semua bidang. Ia juga mencabar
5

teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan,


pujukan, pengajaran, dianogsis dan pentafsiran oleh kaunselor (Amir Awang,
1997).
Individu adalah unik, mempunyai potensi diri untuk berkembang, boleh
dipercayai dan mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah demi
menuju

ke

arah

kesempurnaan.

Tema

tulisan

beliau

mengutamakan

kepentingan setiap individu sebagai arkitek kehidupannya. Rogers tetap


percaya

bahawa

setiap

menguruskan diri secara

individu

mempunyai

sumber

bakat

untuk

berkesan dalam kehidupan serta berupaya

menangani pelbagai masalah yang berlaku. Mengikut teori ini, sumber bakat
individu ini kadang kala dikaburi, dilupai dan atau dinafikan, tetapi ia selalu
wujud bersama dengan potensi untuk perkembangan dan pertumbuahan.
Rogers percaya bahawa jika ada syarat dan peluang yang kondusif, individu
itu akan dapat menuju ke arah diri serta mencapai autonomi.
Selain

itu,

beliau

menjelaskan

pandangannya

terbentuk

hasil

dariapada pengalamannya di dalam psikoterapi. Pandangan terhadap sifat


semulajadi manusia terbahagi kepada empat jenis. Salah satunya ialah
pandangan tingkah laku secara persepsi. Beliau dengan jelas menekankan
bahawa cara kanak kanak bertingkah laku dan menyesuaikan diri dengan
situasi biasanya adalah konsisten dengan cara individu mempersepsi dirinya
dan situasi di persekitarannya. Hal ini dapat dibuktikan melalui kenyataan
beliau iaitu man lives essentially in his own personal and subjective world
and even his more objectives functioning, in science, mathematics and the
like, is the rsults of subjective porpuse and subjective choice.

( Rogers,

1950 )
Bukan itu sahaja, beliau juga melihat individu itu mempunyai harga
dan penghormatan diri. Rogers sangat kuat berpegang kepada kepercayaan
bahawa manusia sepatutnya diberi hak untuk mempunyai pendapat,
pemikiran dan juga dapat mengawal destinasi hidup, kanak kanak
6

mengejar minat sendiri asalkan tidak menganggu hal orang lain. Beliau
melihat

ideal

ang

demokratik

ini

mendasari

semua

idea

tentang

kemanusiaan dan mempunyai nilai moral serta nilai praktiknya. Beliau juga
percaya bahawa keperluan masyarakat yang demokratik dapat dipenuhi
melalui proses sosial dan institusi sosial yang menggalakkan individu
bertindak bebas dan boleh mengarah diri.
Tambahan

itu,

beliau

menyatakan

individu

cenderung

ke

arah

kesempurnaan kendiri. Beliau menyatakan bahawa setiap manusia sentiasa


akan menuju ke arah nirwana kendiri. Hal ini kerana pencapaian ke tahap
tersebut adalah manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti
tertinggi dan telah dapat merealisasikan potensinya. Ciri ciri personaliti
manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri adalah seperti
berikut.
Mencapai

perkembangan

moral

yang

tinggi

iaitu

lebih

mengutamakan kebajikan orang lain.


Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.
Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak
berdasarkan kepada apa yang dipercayainya walaupun tidak
popular.
Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa
seperti fesyen, adat resam dan seumpamanya
Seronok bersama kawan kawan tetapi tidak bergantung
sepenuhnya kepada mereka.
Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan baru.
Bersikap objekttif

Tidak sekadar itu sahaja, Rogers juga berpendapat bahawa manusia itu
baik dan boleh dipercayai. Sejak kecil lagi, manusia bebas memenuhi
keperluan asas mereka supaya dapat berfungsi sepenuhnya sebagai
7

manusia. Menurut Rogers, manusia adalah positif dan bersosial, boleh


dipercayai dan konstruktif. Beliau adalah satu satunya tokoh atau pakar
yang menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek
yang boleh dimanipulasikan sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga
mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua
manusia sebagai entiti yang baik dan mulia.
Sepanjang saya berpraktikum, pelbagai ragam yang telah ditunjukkan
oleh murid murid sehingga terkeluarnya masalah tingkah laku di dalam
bilik darjah. Malah ada seorang murid yang mengatakan sebegini apabila
menerima teguran daripada saya saya memang tak boleh berubah. Dah
macam tu dah. Apa nak buat? Bagi pendapat saya sebagai seorang guru
pelatih tiada manusia yang tidak boleh berubah jika diberikan dorongan dan
sokongan oleh guru. Seperti yang kita sedia maklum, guru biasa turut
memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi seseorang murid.
Meskipun guru biasa tidak mempunyai kelayakan serta kemahiran khusus
untuk mengendalikan program bimbingan dan kaunseling di sekolah, namun
peranan guru biasa dalam menjayakan program program sebegitu tidak
dapat dinafikan. Seorang guru kaunseling tidak mungkin dapat melihat
keperluan semua murid yang berada di sesebuah sekolah. Oleh itu, peranan
tersebut perlu dipikul oleh guru biasa bagi melancarkan program bimbingan
dan kaunseling di sekolah.
Menurut teori pemusatan perorangan, Rogers mempercayai matlamat
terapi digunakan adalah untuk menolong kanak kanak yang menghadapi
masalah tingkah laku supaya murid yang terbabit lebih kongruen diri.
Sebagai seorang guru, saya boleh menekankan aspek yang menggalakkan
diri murid itu memahami dengan alam sebenar. Bagi membolehkan hal itu
terjadi sebagai seorang guru, saya perlu meletakkan diri saya sebagai
seorang guru kaunseling. Mungkin boleh memanggil murid berkenaan
untuk bertanyakan masalah. Saya boleh membantu murid yang terbabit
berasaskan konsep kongruen, penerimaan positif tanpa syarat dan
8

empati perlu diwujudkan. Empati merujuk kepada kebolehan saya untuk


memahami murid yang terbabit dengan mendalam. Hal ini merangkumi
kemahiran mendengar dalam setiap apa yang diceritkan oleh murid kepada
kita. Saya hendaklah mencuba merasai perkara yang dialami oleh murid itu.
Dengan mempersepsikan dunia dalaman murid itu dengan tepat, maka saya
akan dapat memahami apa yang dialami oleh murid itu. Empati yang betul
dan

tepat

merupakan

perkara

utama

dalam

pendekatan

tumpuan

perorangan. Empati menjadi elemen penting untuk berlaku perubahan yang


akan

memudahkan

proses

kognitif

dan

emosi.

Ia

juga

merupakan

pemahaman yang mendalam dan subjektif terhadap murid yang terbabit.


Hal ini bermakna saya haruslah mempunyai sikap empati dalam mendengar
cerita yang dikongsikan oleh murid yang terbabit supaya murid itu lebih
selesa dan tidak teragak agak dalam mengongsikan cerita kepada saya.
Kongruen merujuk kepada saya perlu ikhlas semasa mengadakan
perbincangan atau perbualan dengan murid itu dan bukananya sekadar
berpura pura. Oleh itu, saya perlu bersikap terbuka dan menjalin
perhunbungan yang baik agar dapat meyakinkan murid itu. Dengan adanya
keyakinan yang kukuh, murid tidak lagi berasa takut dan akan bersedia
menceritakan

masalahnya

kepada

saya.

Pendedahan

kendiri

dan

perkongsian dilakukan kerana seseorang itu memikirkan bahawa adalah baik


untuk murid yang tidak tulen untuk meluahkan perkara yang berbentuk
peribadi dan tidak kongruen. Kongruen wujud dalam bentuk satu kontinum
dan bukan secara sekaligus atau tanpa asas. Penerimaan positif tanpa
syarat bermaksud menghormati murid tanpa mengira perbezaan nilai
antara guru dan murid. Saya perlu mengamalkan tanggapan positif tanpa
syarat dan bersedia menerima murid itu dalam apa jua keadaan sama ada
keliru, takut, marah, sayang atau bangga. Demi mengekalkan perasaan
demikian, saya perlu bersikap tidak menilai dan sifat mengambil berat wujud
tanpa sebab sebab yang tertentu. Apabila sikap mesra dan penerimaan
wujud dalam perbualan dengan murid tersebut, murid akan lebih bersedia
9

menerima bimbingan dan lebih berkeyakinan untuk menangani masalah


yang dihadpinya.
Mengikut kajian pakar pakar pendidikan, penerapan konsep
kendiri dan nilai nilai diri merupakan faktor faktor yang penting untuk
mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Seseorang
murid yang mempunyai persepsi kendiri yang positif, menikmati penerimaan
ibu

bapa,

rakan

sebaya

dan

gurunya

serta

memperolehi

perasaan

penghargaan diri yang tinggi akan melibatkan diri secara aktif dan
bersungguh dengan aktiviti di dalam mahupun luar kawasan bilik darjah.
Sekiranya murid yang ingin belajar dengan jayanya, murid itu hendaklah
mempersepsikan dirinya sebagai seorang murid yang berkebolehan dan
mempunyai penghargaan diri kendiri yang tinggi. Dengan lain perkataan,
murid ini haruslah diberi peluang oleh guru untuk membentuk konsep kendiri
yang positif serta memupuk nilai nilai diri yang tinggi supaya dapat
membantu

mereka

mencapai

objektif

pelajaran

yang

diharapkan.

Sehubungan dengan itu, guru memainkan peranan yang amat penting dalam
misi ini.
Menurut Rogers, kecenderungan aktulisasi ( actualizing tendency )
ialah motivasi dalaman yang sering beroperatif ke arah merealisasikan
potensi secara menyeluruh dan melepaskan dirinya daripada kawalan.
Menurut Maslow (Privette, 2001, dalam Schneider,K.J, dkk, 2001), aktualisasi
diri merupakan sebuah prototype akan sihatnya kepribadian seseorang.
Dalam hirarki Keperluan, Maslow menempatkan aktualisasi diri dalam posisi
yang tinggi. Hal ini menunjukan bahawa aktualisasi diri merupakan sebuah
peristiwa yang memiliki nilai tinggi dalam kehidupan seseorang. Menurut
Broadley, aktualisasi diri memiliki arah yang bersifat membangun. Hal in
bermakna manusia memiliki kecenderungan untuk terus memperbaiki diri.
Broadley menjelaskan bahawa arah aktualisasi diri terdiri dari dua aspek,
iaitu aktualisasi diri yang mengarahkan pada usaha untuk mempertahankan
integriti

individu

serta

aktualisasi

diri

yang

mengarah
10

pada realization, fulfillment, dan perfection. Aktualisasi diri yang mengarah


pada usaha untuk mempertahankan integriti pada akhirnya akan berdampak
terhadap pemeliharaan identiti diri dan keutuhan sebagai seorang manusia.
Sedangkan pada aspek yang kedua, aktualisasi diri merupakan suatu proses
yang tidak terpisahkan dari upaya untuk pemenuhan potensi - potensi yang
dimiliki oleh manusia. Oleh karena itu, Broadley menyimpulkan bahawa
aktualisasi diri merupakan proses yang selektif dalam upaya memelihara dan
mempertahankan keutuhan manusia.Oleh itu, sebagai seorang guru, saya
perlu mendorong murid untuk memperolehi motivasi dalaman.
Dalam teori ini, perkara yang penting adalah pentaksiran dan
penilaian kendiri oleh murid itu sendiri. Hal ini bermakna saya akan
mencari maklumat dariapada masalah yang dihadapi oleh murid yang
terbabit. Rogers mencadangkan agar guru berhati hati ketika menjalankan
ujian ke atas murid. Antara ujian yang saya boleh jalankan ialah Ujian Minat
Kerjaya Holland atau lebih dikenali dengan nama RIASEC. Minat setiap murid
adalah berbeza mengikut pengalaman dan pendedahan kepada persekitaran
dan minat itu boleh berkembang dengan sendirinya. Apabila di sekolah
mahupun di bilik darjah, murid akan menemui dan mencipta minat yang
baharu. Minat ketika zaman sebelum persekolahan hanay akan menjadi
panduan untuk menentukan arah tuju masa depannya. Ujian minat direka
bentuk untuk mendapatkan bidang yang diminati oleh murid. Sebagai
seorang guru, saya perlulah memupuk minat murid tersebut dengan
menjanjikan dia melakukan aktiviti yang menjadi minatnya itu pada waktu
lapangnya. Hal ini kerana, daripada minat itu maka terhasillah bakat setiap
murid.
Teori pemusatan perorangan memberi sumbangan yang unik kepada
keberkesanan mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan murid.
Penekanannya menyediakan murid dengan persekitaran yang menyokong
dan focus adalah sepenuhnya kepada ciri ciri menyokong.

11

( 1650 patah perkataan )

RUJUKAN
Ilmiah
Mok Soon Sang, (2011). Bimbingan dan Kaunseling Kanak Kanak.
Puchong, Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Khoo Bee Lee, (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak Kanak.
Puchong, Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
12

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin, (2013). Bimbingan dan Kaunseling


Kanak Kanak. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.
Internet
Academia Edu (2012, 12. 12). Pengertian Analisis SWOT . Dilayari pada 16. 03. 2015,
daripada : http://www.academia.edu/5090849/Pengertian_analisis_SWOT
Slide Share (2011, 02. 18). Analisa Data maklumat dan Analisa SWOT. Dilayari pada 17. 03.
2015, daripada : http://www.slideshare.net/smklunas2011/analisa-data-maklumat-dan-analisaswot
Wan Siti Aishah (2011, 08. 30). Teori Pemusatan Perorangan. Dilayari pada 17. 03. 2015,
daripada

http://aisyahumairah88.blogspot.com/2011/05/teori-pemusatan-perorangan-

personclient.html
Psikologi Umum (2014, 12. 22). Pokok Teori Carl Rogers. Dilayari pada 18. 03. 2015, daripada
: http://www.psikologiku.com/pokok-teori-carl-rogers/
Afiah Akfarinah (2012, 01. 06). Teori Pemusatan Klien Carl Rogers . Dilayari pada 18. 03.
2015,

daripada

http://qalamsaffiyah.blogspot.com/2012/01/teori-pemusatan-klien-carl-

rogers.html

13

Anda mungkin juga menyukai