Anda di halaman 1dari 16

EDUP2102

M2
Stratifikasi Sosial & Institusi Sosial

Hj. Awang Nazrul Bin Ag Masri, MSc.


MINGGU 2 (17/10/2022)
KONSEP STRATIFIKASI SOSIAL
 Berasal daripada perkataan “stratified” atau strata yang bermaksud
susun lapis.
 Stratification berasal daripada perkataan stratum iaitu bentuk
jamak (plural) daripada strata yang bererti lapisan.
 Stratifikasi sosial atau susun lapisan sosial ialah perbezaan atau
pengelompokan anggota masyarakat secara vertikal (bertingkat).
 Pitirim A. Sorokin (1959) mendefinisikan stratifikasi sosial sebagai
pembezaan penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara
bertingkat.
 Drs. Robert M.Z. Lawang – penggolongan orang-orang yang termasuk
dalam suatu sistem sosial tertentu ke dalam lapisan-lapisan hirarki
menurut dimensi kekuasaan, keistimewaan dan prestij.
 Stratifikasi sosial merupakan hasil daripada interaksi sosial. Ia
merupakan satu fenomena sosial yang agak meluas dalam semua
masyarakat. Pada asasnya, stratifikasi melibatkan keistimewaan
yang berbeza-beza serta peluang hidup yang berlainan dan
mempunyai keistimewaan yang berlainan.
FAKTOR KETAKSAMAAN DALAM
MASYARAKAT
 Faktor ketaksamaan dalam masyarakat (ketidaksamaan sosial)
dan ketidaksamaan ini pula diiktiraf oleh masyarakat
menyebabkan wujudnya stratifikasi sosial.
 Ketidaksamaan semula jadi/fizikal seperti ketidaksamaan
anggota masyarakat dari segi umur, jantina, warna kulit,
kekuatan fizikal, kecerdasan otak dan sebagainya.
 Ketidaksamaan yang dicapai oleh anggota masyarakat dari
aspek kekayaan, pendidikan, pekerjaan, penghormatan dan
kuasa politik.
 Wujudnya kelas tinggi dan kelas yang lebih rendah di dalam
masyarakat.
 Tidak ada keseimbangan dalam pembahagian hak, kewajiban
dan tanggungjawab nilai-nilai sosial.
 Tiada keseimbangan dalam kekuatan sosial, kuasa dan
pengaruhnya di antara anggota masyarakat.
 Faktor jantina, perbezaan ras dan etnik, perbezaan pekerjaan.
KESAN STRATIFIKASI SOSIAL
TERHADAP PENDIDIKAN
 Kesan positif:
 Menentukan kedudukan seorang guru atau
pengetua dan murid berdasarkan syarat dan
kelayakan.
 Mewujudkan pengkhususan dalam pekerjaan
berdasarkan bidang tugas dan peranan.
 Memastikan tadbir urus sistem pendidikan dan
proses pdp berjalan lancar.
 Penghargaan dan penghormatan bidang tugas
masing-masing sebagaimana ditetapkan.
 Sistem penilaian berterusan yang lebih telus dan
bertanggungjawab.
KESAN STRATIFIKASI SOSIAL
TERHADAP PENDIDIKAN
 Kesan negatif:
 Eklusiviti - boleh berbentuk gaya hidup, perilaku dan
kebiasaan). Sering membatasi pergaulan di antara kelas
sosial.
 Etnosentrisme – mengagungkan kelompok sendiri, akibat
stratifikasi sosial yang ada dalam masyarakat. Mereka yang
berada di atas, menganggap dirinya lebih baik.
 Konflik sosial – perbezaan yang wujud antara kelas sosial
dapat menyebabkan terjadinya kecemburuan sosial dan
konflik di antara kelas sosial.
 Jenis-Jenis Ukuran Kekayaan di dalam Stratifikasi Sosial:
 Ukuran kekayaan – rumah, kereta, gaya berpakaian
 Ukuran kekuasaan – pengaruh dalam kalangan masyarakat
KESAN STRATIFIKASI SOSIAL
TERHADAP PENDIDIKAN
 Ukuran kehormatan – orang yang disegani
dan dihormati akan mendapat tempat di atas
dalam susun lapis sosial.
 Ukuran Ilmu pengetahuan
 Cara berpakaian dan tempat tinggal
 Pendidikan – Pendidikan menjadi faktor yang
paling penting bagi setiap masyarakat.
Umumnya masyarakat strata atas memilih
memasukkan anak-anak mereka di sekolah-
sekolah atau pun universiti yang berkualiti.
 Cara berbicara/beradab
INSTITUSI SOSIAL (SEKOLAH)
 Struktur yang formal yang terdiri daripada
sistem pentadbiran, teknologi, undang-
undang dan peraturan yang rasmi.
 Boleh juga berlaku struktur tidak formal
apabila berlaku interaksi antara anggota-
anggota dalam organisasi itu. Malahan,
struktur tidak formal ini juga boleh
menyumbang kepada pencapaian matlamat
organisasi sekolah tersebut.
 Sekolah di Malaysia berusaha mencapai
matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPN).
INSTITUSI SOSIAL (KELUARGA)
 Kumpulan orang domestik, biasanya berafiliasi
dengan kelahiran atau perkahwinan, atau dengan
hubungan tanpa perkahwinan.
 Tempat individu membesar, bercampur gaul dengan
ahli yang lain. Ayah, emak, adik, kakak.
 Satu kumpulan manusia yang mempunyai pertalian
darah atau perundangan (legally bound to treat as
family, but isn’t family).
 Keluarga Lanjut – Keluarga besar contohnya datuk,
nenek, pakcik, makcik, sepupu.
 Keluarga Nuklear – Ibu bapa dan anak-anak mereka
seorang atau lebih. Definisi lain mengatakan adik
beradik tiri, ayah/ibu tiri, anak angkat.
INSTITUSI SOSIAL
(MASYARAKAT)
 Kamus Dewan (1998) – masyarakat terdiri
daripada kumpulan manusia yang hidup
bersama dalam sesuatu tempat mengikut
peraturan-peraturan dan cara-cara tertentu.
 Komuniti merujuk kepada masyarakat kecil
yang menduduki dalam suatu kawasan
tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
 Sekolah sebagai komuniti kecil dalam
masyarakat. Sekolah terdiri daripada
sekumpulan manusia, guru besar atau
pengetua, guru, kakitangan dan murid.
PERSAMAAN DAN PERTEMBUNGAN
KELUARGA DAN SEKOLAH (ASPEK NILAI)
 Persamaan:
 Pembentukan identiti seperti kepercayaan
mana yang salah dan mana yang betul
 Pertembungan:
 Sekolah boleh membina konsep kendiri murid
(lanjutan), kematangan penaakulan moral,
tingkah laku kecenderungan prososial
(contohnya seorang murid menderma buat
rakannya kerana kematian ibu), kemahiran
sosial, nilai, moral, pengetahuan mengenai
moral (Berkowitz, 2002)
PERSAMAAN DAN PERTEMBUNGAN
KELUARGA DAN SEKOLAH (ASPEK ASPIRASI)
 Persamaan:
 Ibu bapa/keluarga dan sekolah inginkan
anak-anak berjaya di dalam kehidupan
mereka.
 Ibu bapa/keluarga dan sekolah membantu
anak-anak dalam pembelajaran mereka.
 Pertembungan:
 Terdapat segelintir ibu bapa/keluarga yang
enggan memberi kerjasama terhadap hasrat
sekolah
PERSAMAAN DAN PERTEMBUNGAN
KELUARGA DAN SEKOLAH (ASPEK SIKAP)
 Persamaan:
 Ibu bapa/keluarga dan sekolah
menerapkan/menunjukkan sikap yang baik
terhadap anak-anak/murid.
 Pertembungan:
 Terdapat segelintir ibu bapa/keluarga yang
menunjukkan sikap yang kurang baik semasa
membesarkan anak-anak mereka
HUBUNGAN SEKOLAH, IBU BAPA
DAN MASYARAKAT
 Sebuah sekolah yang efektif serta mempunyai budaya
yang positif akan mementingkan penglibatan ibu bapa
mahupun komuniti dalam usaha mencapai
matlamatnya. Dapatan kajian menunjukkan demikian.
 Sekolah perlu berganding bahu dengan masyarakat di
dalam mendidik muridnya terutama di dalam mencari
jalan penyelesaian bagi isu seperti lari dari rumah,
rempit dan jenayah di kalangan pelajar.
 Keperluan sekolah meluaskan peranannya supaya
tidak terbatas hanya kepada pdp sahaja.
 Keperluan memahami kepentingan perkongsian
dengan sektor lain seperti sektor kesihatan, kebajikan
masyarakat, universiti dan sebagainya.
SOALAN TUTORIAL
 1) Pericikan berkenaan dengan stratifikasi
sosial?
 2) Bincangkan berserta contoh kesan positif
stratifikasi sosial terhadap pendidikan.
 3) Apakah yang anda faham mengenai
Institusi Sekolah? Kursus singkat menjahit
bolehkah dikatakan sebagai suatu institusi
sekolah? Berikan pandangan anda.
 4) Sejauhmanakah, hubungan yang baik
antara sekolah dan ibu bapa menjadi
pemangkin kemenjadian murid?
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai