Anda di halaman 1dari 1

NAMA : AINUL BASIRAH BINTI HASSAN

KELAS : PENDIDIKAN ISLAM 2


KOD KURSUS : EDUP2102
TUGASAN : BERIKAN PENDAPAT BAGAIMANA PENDIDIKAN
MEMPENGARUHI MOBILITI SOSIAL SESEBUAH MASYARAKAT.

Mobiliti sosial ialah satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial
kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Terdapat banyak
faktor yang boleh mempengaruhi mobiliti sosial antaranya ialah pendidikan. Pendidikan
memainkan peranan penting dalam kehidupan individu dan masyarakat. Tanpa pendidikan
seseorang akan menjadi lemah dalam menghadapi cabaran hidup. Tetapi, sebaliknya
berlaku apabila seseorang mempunyai pendidikan, mereka akan berjaya dari segi status
sosial mahupun sosioekonomi. Hal ini kerana, kecemerlangan dalam pendidikan dapat
membantu individu dalam meningkatkan mobiliti sosial dan dalam masa yang sama dapat
membantu meningkatkan taraf hidup keluarga.
Selain itu, melalui pendidikan individu yang berasal daripada keluarga yang susah
akan dapat keluar daripada arus kemiskinan dan meningkatkan kedudukan sosial mereka
dalam struktur sosial masyarakat. Pada hari ini, kelas pekerjaan selalu menjadi pengukur
mobiliti sosial. Tahap pendidikan selalu dikaitkan dengan kelas pekerjaan dan tingkat
pendapatan. Sebagai contoh individu yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, akan
mendapat kelas pekerjaan yang tinggi sekaligus mempengaruhi pendapatan yang
diperolehi, seterusnya dapat meningkatkan mobiliti sosial di dalam masyarakat.
Kesimpulannya, pendidikan amat berkait rapat dalam meningkatkan mobilti sosial
masyarakat. Malah dengan pendidikan dan ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat
membantu seseorang untuk mencari pendapatan lebih dalam perniagaan dan bijak
menguruskan kewangan.Tanpa pendidikan masyarakat tidak akan dapat memajukan diri
dari segi intelek, rohani, emosi dan juga jasmani. Dan matlamat pendidikan hanyalah
untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam setiap pekerjaan yang
dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai