Anda di halaman 1dari 40

1

TUGASAN 1:
ULASAN KRITIS FAHAMAN AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH DAN MUTAZILAH

1.1 AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH
Mereka adalah golongan yang berpegang teguh pada al-Quran dan sunnah Nabi
Muhammad serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka. Generasi paling awal
dan utama di kalangan mereka adalah para sahabat, kemudian diikuti oleh para tabiin dan
orang-orang yang menurut jejak langkah mereka. Generasi pertama di kalangan mereka
dikenali dengan nama Salaf. Mereka berpandukan al-Quran dan sunnah tanpa
menghuraikan kenyataan yang samar (mutasyabihat) dan menyerah maksudnya kepada
Allah. Ini berpandukan kepada kenyataan Allah dalam surah Ali Imran, ayat 7 ,

Maksudnya: Dia lah Yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran.
sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat Muhkamaat (yang tetap, tegas dan
nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi
Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat Mutasyaabihaat (yang samar-samar, tidak
terang maksudnya). Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah
kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang mutasyaabihaat kerana mempunyai
tujuan menimbulkan fitnah dan mencari takwilnya. Padahal tidak ada yang mengetahui
Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap
teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata: Kami beriman
kepada-Nya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil
pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Pada zaman awal, mereka tidak banyak berhujah menggunakan logik kerana mereka
bersikap menerima tanpa perlu banyak berhujah tentang apa sahaja yang dinyatakan dalam
al-Quran, sunnah dan para sarjana Islam, sahabat dan tabiin.

Mereka itu terdiri daripada pelbagai bidang kegiatan. Ada yang bergiat dengan mendalami
ilmu agama dalam berbagai-bagai bidang, seperti akidah yang berkaitan dengan perkara-
perkara beriman kepada Allah, perkara-perkara kenabian dan risalah, dan rukun-rukun iman
yang lain, mendalami ilmu al-Quran dan sunnah, ilmu fikah dan akhlak. Ada pula yang
memberi perhatian khusus dengan merekod sanad iaitu turutan penyampai yang dipercayai
daripada Nabi Muhammad bagi menjamin keselamatannya daripada kepalsuan. Ada yang
mendalami ilmu qiraat. Ada vang sibuk dengan perkara-perkara membersihkan hati dan
jalan untuk menghampirkan diri kepada Allah yang dikenali dengan golongan tasauf. Ada
2

yang menghabiskan umur berjihad di medan perang mempertahankan Islam dan
memerangai musuh-musuhnya. Ada yang sibuk dengan ilmu-ilmu bahasa Arab seperti nahu
(tatabahasa), sorof, balaghah, sastera dan sebagainya yang menjadi alat penting bagi
mempelajari agama dengan bahasanya. Dan ada pula yang sibuk dengan urusan-urusan
lain tetapi mereka adalah pengikut setia kepada Ahli Sunnah wal Jamaah.

Dalam perkara pemerintahan mereka bersepakat menegaskan wajibnya melantik khalifah
sebagai memimpin umat dan melaksanakan hukum Allah yang diamalkan oleh Nabi
Muhammad semasa hayatnya. Mereka juga berpendapat khalifah itu daripada kalangan
Quraish kerana golongan itu paling kuat dan berpengaruh pada masa itu. Khalifah itu mesti
melafazkan baiah iaitu ikrar setia dalam perkara yang tidak bercanggah dengan Allah dan
rasulnya. Lafaz ikrar setia ini dilakukan oleh umat Islam atau wakil mereka yang
dinamakanAhlu Halli wal Aqdi. Mereka berpendapat, mesyuarat dianjurkan dalam perkara
yang tidak ada nas daripada al-Quran dan hadis. Jadi, khalifah, Ahlu Halli wal Aqdi dan
mereka yang mengendalikan urusan negara itu mesti adil daripada pengaruh peribadi
mengendalikan urusan negara. Rujukan yang menjadi ukuran adil itu adalah kitab Allah dan
sunnah Nabi Muhammad.

Mengenai para sahabat, mereka menjunjung tinggi semuanya, mengakui keempat-empat
khalifah ar-Rasyidin adalah orang yang paling layak pada zaman masing-masing. Mereka
memohon supaya Allah mengampuni para sahabat dalam pertelingkahan dan peperangan
yang berlaku di kalangan mereka. Ini kerana jasa mereka besar bagi menegakkan kalimah
Allah walaupun di antara mereka sudah tentu ada yang tersalah dalam pertelingkahan itu.
Inilah yang disifatkan oleh Allah dalam al-Quran surah al- Hasyr, ayat 01 ,

Maksudnya: Dan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berkata, Wahai
Tuhan kami! Ampuni kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman
dan janganlah engkau menjadikan dalam hati kami perasaan hasad dan dendam terhadap
orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat limpah belas
kasih-Mu dan maha penyayang.

Generasi pertama ini tidak menamakan diri mereka dengan nama-nama fahaman
tertentu. Ini kerana umat Islam pada masa itu bersatu daripada segi hidupnya, para sahabat
yang masih hidup menjadi tumpuan bagi bertanya masalah. Amalan ini juga berlaku pada
zaman para tabiin. Mereka bukan sahaja tidak mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat,
sebaliknya menyandarkan apa yang dinyatakan oleh Allah dan Nabi Muhammad tanpa
sebarang tokok tambah dan menghuraikan secara meleret-meleret.
3

Kesemua imam mazhab yang terkenal seperti Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad bin
Hambal, Sufian as-Sauri dan lain-lain berpegang dengan aliran salaf ini.

Sejarah Kemunculan Mazhab Al-Asyairah
Apabila negara Islam berkembang luas, berlaku perbincangan antara saudara-saudara baru
mengenai agama. Antara topik yang terpenting adalah membicarakan masalah akidah. Hasil
daripada beberapa perbincangan, lahir berbagai-bagai fahaman yang berpandukan logik.
Akibatnya, ada yang terpesong dalam memahami teks al-Quran yang sebenar. Walau
apapun berlaku, Allah berjanji memelihara agamanya dengan melahirkan sarjana yang
mempertahankan akidah yang tulen. Antara sarjana-sarjana itu adalah Imam Abu Hasan al-
Asyari.

Abu Hasan al-Asyari dilahirkan di Basrah pada tahun 061 Hijrah. Beliau pernah
berpegang pada fahaman Muktazilah dan berguru kepada ayah tirinya Abu Ali aljubbai.
Selepas berusia 01 tahun, beliau berfikiran matang dan tekun mengkaji secara mendalam.
Pada suatu hari, beliau berdebat dengan ayah tirinya dalam mengenai kehidupan selepas
mati. Selepas berdebat dengan ayah tiri beliau, Abu Hasan al-Asyari bangun berucap di
Masjid Basrah lalu mengisytiharkan dirinya keluar daripada fahaman Muktazilah dan
berpegang pada Ahli Sunnah wal Jamaah.

Abu Hasan al-Asyari membuat pembaharuan dalam aliran Ahli Sunnah dengan
mengemukakan hujah-hujah logik akal serta teks-teks al-Quran dan hadis yang ada. Hujah-
hujah yang dikumpulkan cukup kuat bagi mematahkan hujah Muktazilah yang pesat
berkembang pada masa itu. Beliau berjaya mengumpulkan ramai murid dan pengikut.
Kemudian, lahir golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dikenali sebagai Asyairah iaitu golongan
pengikut fahaman Abu Hasan al Asyari.

Antara teori Abu Hasan al-Asyari adalah mengemukakan 31 sifat yang wajib bagi
Allah secara terperinci iaitu:
1. Ada
2. Bersedia
3. Kekal
4. Berlawanan dengan sesuatu yang baru
5. Berdiri dengan sendirinya
6. Satu
7. Berkuasa
8. Berkehendak
4

9. Mengetahui
10. Hidup
11. Mendengar
12. Melihat
13. Berkata-kata

Beliau juga menghuraikan perkara taklid iaitu mengambil pendapat orang lain tanpa hujah
yang menguatkannya ataupun tidak dalam perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat itu.
Beliau menghuraikan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kepercayaan pada rukun-
rukun iman.

Aliran Asyairah ini berkembang dengan pesatnya di Iraq. Kemudian, ia berkembang di
Mesir pada zaman Salahuddin al-Ayyubi, di Syiria dengan sokongan Nuruddin Zanki, di
Maghribi dengan sokongan Abdullah bin Muhammad, di Turki dengan sokongan Uthmaniah
dan di daerah-daerah yang lain. Ideologi ini juga didokong oleh sarjana-sarjana di kalangan
mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Antara mereka adalah al-Asfaraini, al-Qafal,
aljarjani dan lain-lain sehingga sekarang.

Pembaharuan yang dibawa oleh Abu Hasan al-Asyari adalah dengan mengemukakan
hujah logik dengan disertakan hujah teks al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Hujah-hujah
ini membawa kekuatan kepada Ahli Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi hujah golongan
Muktazilah yang pesat berkembang dan mendapat sokongan daripada pemerintah-
pemerintah kerajaan Abbasiah. Akhirnya, golongan Muktazilah bukan sahaja dibendung
dengan hujah, tetapi kerajaan yang ditubuh kemudiannya memberi sumbangan politik yang
besar bagi mempertahankan dan mengembangkan fahaman Asyairah. Di samping itu, lahir
tokoh sarjana Islam yang menyambung aliran fahaman ini seperti Abu Abdullah bin Mujahid,
Abu Hasan al-Bahili, Abu Bakar bin al-Taib al Bakillani, Abu Bakar bin Furak, Abu Ishak al-
Asfiraini, Abu Muhammad aljuwaini, Abu Mazfir al-Asfaraini, Imam al-Haramain aljuwaini,
Hujah Islam Imam al-Ghazali, dan Imam Fakruddin al-Razi.

Imam Abu Hasan al-Asyari juga meninggalkan beberapa buku yang dikarangnya dan
yang masih ada pada zaman sekarang antaranya Al-Ibanah Min Uslul Dianah. Dalam buku
ini, beliau menyokong dengan tegas kepada Imam Ahmad bin Hanbal yang dipenjara dan
didera oleh kerajaan Abbasiah yang menyokong Muktazilah pada zamannya. Begitu juga
dalam buku Al-Luma Fir Raddi Ala Ahlil Zaighi wal Bidai beliau mendedahkan hujah logik
dan teks. Buku Maqalatul Islamiyiin mendedahkan fahaman-fahaman yang timbul dalam ilmu
Kalam dan menjadi rujukan penting dalam pengajian fahaman-fahaman akidah.
5

Buku Istihsan al-Khaudhi Fil Ilmu Kalam pula adalah risalah kecil bagi menolak hujah mereka
yang mengharamkan ilmu Kalam.

Walaupun ada di kalangan sarjana Islam terutamanya di kalangan mazhab Hanbali yang
menyanggah beberapa hujah dan kaedah yang dibawa oleh Abu Hasan Asyari, ia tidak
menafikan jasanya mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fahaman beliau
berjaya mematikan hujah-hujah Muktazilah yang terpesong jauh iaitu membicarakan al-
Quran sebagai kata-kata Allah yang kekal, isu melihat Allah pada hari Kiamat, membetulkan
perkara yang berhubung dengan Qada dan Qadar dan lain-lain dan menjadi golongan
pertama yang menamakan Ahli Sunnah Wal Jamaah di tengah-tengah kelahiran pelbagai
fahaman pada zamannya.

Imam Abu Hasan Asyari meninggal dunia pada tahun 400 Hijrah dengan meninggalkan
pusaka ilmu yang terdiri daripada buku-buku karangan beliau serta murid-murid yang
meneruskan perjuangannya. Akhirnya, ia meninggalkan aliran pengajian akidah yang dianuti
oleh sebahagian besar umat Islam hari ini dalam melanda cabaran-cabaran baru yang tidak
ada pada zamannya. Seterusnya aliran ini memerlukan pembaharuan lagi dalam
mengemukakan hujah-hujah kontemporari bagi mempertahankan akidah yang sebenar.

Al-Maaturidiyyah
Di sebelah timur negara Islam iaitu di daerah Maturid, wilayah Samarkand, lahir sarjana
Islam yang bernama Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Abu Mansur Maturidi. Beliau
lahir pada tahun 440 Hijrah. Beliau membawa aliran ideologi akidah dalam fahaman Ahli
Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi beberapa penyelewengan pada zamannya. Beliau
adalah sarjana Islam dalam mazhab Hanafi.

Beliau muncul di Asia Tengah pada waktu masyarakat Islam dilanda aliran ideologi yang
menyeleweng daripada akidah yang sebenar. Antaranya mazhab Muktazilah, Mujassimah,
Muhammad bin Karam Sajassatani iaitu pemimpin fahaman Karamiah, Qaramitah yang
dipimpin oleh Hamdan Asad, Jaham bin Safuan iaitu pemimpin fahaman Jahamiah, dan ahli
tasauf Husin bin Mansur al-Hallaj. Imam Abu Mansur Maturidi membawa peranan yang
besar bagi menghadapi penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh mereka.

Walaupun beliau hidup sezaman dengan mazhab Imam Abu Hasan al-Asyari, namun
beliau mempunyai teknik berhujah dan huraian yang berbeza. Para sarjana Islam
menyatakan, Imam Abu Mansur Maturidi lebih cenderung kepada pendapat Imam Abu
6

Hanifah dalam perkara akidah. Ini kerana beliau merujuk risalah-risalah dan buku-buku yang
ditulis oleh Imam Abu Hanifah seperti Fikh Akbar, Fikh Absat, Kitab Ilm dan sebagainya.

Terdapat beberapa perselisihan antara Abu Mansur Maturidi dengan Abu Hassan al-
Asyari. Antaranya dalam isu Makrifatullah (mengenal Allah), Abu Hassan menyatakan wajib
mengetahuinya menurut sumber agama tetapi Abu Mansur berkata wajib juga dengan
berpandu dengan akal. Dalam isu sifat-sifat Allah, Abu Mansur menambah dengan sifat-
sifatmaknawiyah iaitu sifat yang menjadi penguat kepada sifat Maani beserta sifat-sifat
Maani. Fahaman Maturidiah mewajibkan hukum akal beserta syarak sehingga beliau
berselisih dengan sebahagian sarjana Fikah dan Hadis. Terdapat lagi huraian-huraiannya
berhubung Qada dan Qadar dan lain-lain yang berbeza dengan huraian fahaman Asyairah.

Abu Mansur Maturidi meninggalkan pusaka ilmu yang banyak selain membela fahaman
Ahli Sunnah bagi menghadapi pelbagai fahaman yang menyeleweng. Pusaka ilmunya
adalah murid-murid yang ramai dan pengikut-pengikut yang meneruskan ajarannya. Antara
murid-muridnya adalah Abu Ahmad Iyad, Abu Qasim Hakim Samarkandi, Abu Hussin
Wastaqfani, Abdul Karim bin Musa Inbazadari, Abu Asyimah Abi Lais Bakhari dan lain-lain.
Antara pengikut-pengikut yang meneruskan alirannya adalah Sadar Islam Abu Yasir
Muhammad bin Muhammad bin Abdul Karim Bazadui, Maimun bin Muhammad Nasfi yang
dianggap tokoh sarjana terbesar dalam fahaman ini selepas Abu Mansur. Adakala
sebahagian menganggap mereka adalah kumpulan kecil seperti Syaharsatani dalam
fahaman Asyairah, Najmuddin Abu Hafiz Samarqandi Nasqi, Nuruddin Ahmad bin
Muhammad Syobuni, Bukamal bin Yam iaitu sarjana terbilang dalam fahaman Hanafi dan
lain-lain lagi.

Buku-buku yang dikarang oleh Abu Mansur Maturidi adalah buku Jadal dan Ma akhiz
Syarai. Kedua-dua buku ini membincangkan Usul Fikah. Buku-buku dalam ilmu ketuhanan
antaranya, Tauhid, Muqalaat, Radu Ala Qawashat, Bayan Wahm Muktazilah, Ra du
Amamah Libaddu Rawafaz dan banyak lagi. Apa yang mendukacitakan, buku-buku itu hilang
begitu sahaja. Buku yang masih tersimpan adalah buku Tauhid dan Maqalaat Selain itu ada
buku-buku beliau dalam ilmu yang lain.

Abu Mansur Maturidi juga seperti Abu Hassan Asyari yang membawa pembaharuan
dalam pengajian akidah. Beliau memasukkan hujah-hujah logik akal semasa menghadapi
perkembangan fahaman baru yang timbul pada zamannya. Pada zaman para sahabat dan
generasi awal kalangan tabiin termasuk imam-imam mujtahidin yang pertama lebih
bergantung kepada hujah-hujah teks daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad sahaja.
7

Salafiah
Selepas lahir pelbagai teori mengenai akidah, lahir fahaman-fahaman yang bukan sahaja
berhujah dengan logik tetapi juga menggunakan falsafah. Maka lahir pula dalam masyarakat
Islam orang-orang yang mahu supaya kembali pada sumber asal sahaja. Mereka muncul
pada zaman terkini iaitu pada kurun ke tujuh Hijrah. Sebenarnya, mereka adalah daripada
aliran Imam Ahmad bin Hanbal dan teori itu dihidupkan semula. Tokoh yang terkemuka
adalah Imam Ibnu Taimiyah. Beliau dan pengikut-pengikut menentang keras golongan yang
cuba menghurai ayat-ayat yang mutasyabihat. Golongan ini mahu supaya ayat-ayat yang
mutasyabihat tidak dihurai. Mereka hanya menyebut sifat-sifat Allah berpandukan teks-teks
yang jelas dalam al-Quran dan hadis. Antara ayat-ayat yang mutasyabihat
seperti nuzul(turun), istiwa (bersemanyam), al-dhahaq (ketawa) dan lain-lain dengan tidak
menyamakan Allah dengan makhluk. Selain itu, mereka membangkitkan kembali isu amalan
masyarakat dengan huraian-huraian yang panjang mengenai dengan perkara-perkara yang
membawa kepada syirik, seperti kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam
perkara tawassul(mohon perantaraan), ziarah kubur dan sebagainya.

Mereka juga tegas menentang penggunaan ilmu logik menyebabkan golongan salaf yang
baru ini bergeser dengan fahaman Asyairah dan Maturidiah yang menjadikan ilmu logik
sebagai sebahagian daripada perbincangan akidah. Golongan salaf ini menolak huraian
ayat-ayat mutasyabihat yang dilakukan oleh Asyairah dan Maturidiah. Ibnu Taimiyah yang
hidup pada abad yang ketujuh Hijrah menjadi tokoh terkemuka dengan mengemukakan
hujah-hujah melalui buku-buku yang karangannya.

Oleh kerana aliran ini dibawa oleh Imam Ahmad bin Hanbal, mereka hanya meneruskan
aliran yang dibawa oleh Imam Ahmad. Beliau ingin perbincangan dan pengajian akidah
dikembalikan seperti zaman Nabi Muhammad, para sahabat dan tabiin. Walaupun ada
cabaran baru yang tidak ada pada zaman mereka, kadang-kadang hujah logik dan falsafah
perlu digunakan bagi menolak hujah golongan-golongan seperti Muktazilah, Jabariah dan
sebagainya.

Wahabiah
Fahaman Wahabi yang tersebar di Arab Saudi dan beberapa daerah dalam dunia Islam
ditaja oleh pemimpinnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Ia adalah kesinambungan
daripada aliran salaf yang dibawa oleh Imam Ahmad dan Ibnu Taimiyah. Syeikh Muhammad
bin Abdul Wahab mendapat kekuatan apabila beliau bergabung dengan keluarga Ibnu Saud.
Akhirnya, mereka berjaya mengambil alih kuasa di Semenanjung Arab dan membentuk
kerajaan beraja Arab Saudi.
8

Fahaman Wahabi dengan tegasnya mengemukakan dua prinsip yang penting iaitu tauhid
yang bersih dari sebarang syirik, dan menghalang sebarang bentuk bidah (ajaran baru).
Halal dan haram diambil terus daripada sumber al-Quran dan hadis Nabi Muhammad.
Sebarang perkataan sarjana Islam perlu dikaji semula, lalu mereka membuka kembali ruang
mengeluarkan hukum dengan luas. Mereka menentang ziarah kubur wali-wali dan
menganggap amalan ini membawa kepada syirik. Namun, hukum berbeza apabila
menziarahi kubur bagi tujuan mengambil pengajaran dan memperingati hari akhirat
bukannya dengan tujuan berdoa kepada si mati atau bertawassul melalui orang yang sudah
mati. Semasa mereka menguasai Makkah dan Madinah, mereka bertindak merobohkan
bangunan-bangunan yang didirikan atas kubur-kubur para sahabat, para tabiin dan tempat-
tempat bersejarah yang dipuja secara melulu.

Mereka menentang perayaan seperti maulid (sambutan hari lahir) dan sebagainya yang
tidak ada pada zaman Nabi Muhammad dan mengemukakan beberapa pendapat yang lebih
keras daripada Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Taimiyah. Fahaman ini disokong oleh
gerakan Syeikh Muhammad Abduh di Mesir, Syeikh Abdul Hamid bin Badis di Algeria,
Syeikh Ahmad di Punjabi, India dan beberapa tempat lagi dunia Islam.

KESIMPULAN MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Kesemua mereka yang disebut di atas adalah daripada golongan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Walaupun terdapat pertelingkahan dan perselisihan yang keras dan tajam antara satu sama
lain, namun pertelingkahan itu tidak tersasar daripada dasar-dasar akidah. Walau
bagaimanapun, ia boleh membawa kesan-kesan buruk dalam hubungan sesama umat
Islam. Perselisihan pendapat dan pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam
mentafsirkan teks yang sama dan kadang-kadang kerana perbezaan masa dan tempat serta
cabaran yang dihadapi dan keperluan hujah bagi menghadapi cabaran luaran.

Dengan kemudahan sumber-sumber rujukan dan hubungan yang ada pada zaman ini
menghidupkan semula persefahaman sesama aliran. Pada masa yang sama ia tidak
dihabiskan dengan pertelingkahan sesama sendiri tetapi lebih memberi tumpuan bagi
menghadapi masalah pokok yang melanda umat Islam dan menentang musuh yang
sebenarnya.



9

1.2 MUTAZILAH

Pengenalan
Wasil bin Atha merupakan salah seorang daripada pemikir Islam yang terkenal pada
zamannya. Namun, disebabkan berlakunya sedikit perselisihan pendapat dengan gurunya,
beliau telah mengasingkan diri daripada jemaah Islam pada masa itu lantas membentuk
aliran pemikiran akidahnya sendiri yang dikenali sebagai Mutazilah. Muktazilah adalah salah
satu aliran dalam teologi Islam yang terkenal bersifat rasional dan liberal. Ciri utama yang
membezakan aliran ini dari aliran teologi Islam lainnya adalah pandangan-pandangan
akidahnya yang lebih banyak ditunjangi oleh dalil-dalil aqliah (akal) dan lebih bersifat
falsafah, sehingga sering disebut aliran rasionalis Islam. Muktazilah diasaskan oleh Wasil bin
Atha pada tahun 100 H/718 M.
Muktazilah merupakan aliran rasional yang membahas secara falsafah masalah-
masalah akidah. Mereka membentuk suatu pemikiran yang berkonsentrasi membahas
masalah tuhan, alam dan manusia. Secara dasarnya, aliran Muktazilah melewati dua fasa
yang berbeza, yakni fasa Bani Abbasiyah dan fasa Bani Buwaihi. Generasi pertama mereka
hidup di bawah pemerintahan Bani Umayyah, namun untuk waktu yang tidak terlalu lama.
Meskipun demikian, generasi awal inilah yang memantapkan tonggak awal Muktazilah
sehingga boleh bertahan pada masa-masa berikutnya, bahkan sampai saat ini.
Demikian hebat dan luasnya jangkauan konsep akidah Muktazilah. Namun, dalam tulisan
kali ini penulis akan memfokuskan kajian pada biodata Wasil bin Atha, sejarah kemunculan
Muktazilah, tokoh-tokoh serta doktrin akidahnya.

Biodata
Nama beliau ialah Wasil Bin Ata Al-Ghazzal. Beliau juga digelar Abu Huzaifah. Beliau lahir
pada tahun 700 Masihi di Madinah dan berasal daripada bangsa Parsi. Beliau pada mulanya
belajar di bawah Abu Hashim Abd Allah Bin Muhammad Ibnu Al-Hanafiyyah. Pertemuannya
dengan Abu Hasyim inilah yang pada akhirnya memperkenalkan Wasil dengan konsep-
konsep teologi Mabad dan Gailan yang merupakan penggiat faham Qadariyah .
Beliau kemudiannya telah berhijrah ke Basrah di Iraq untuk belajar dengan Hassan Al-Basri.
Dalam suatu majlis ilmu, beliau telah berselisih pendapat dengan gurunya lantas
mengasingkan diri dari majlis gurunya lantaran perbezaan fahaman lalu membentuk
majlisnya sendiri. Beliau terkenal sebagai ahli pidato yang terkemuka dan sangat pandai
dalam berdebat membantah pendapat orang lain. Di Basrah, beliau telah mengembangkan
aliran yang membawa kepada mazhab Muktazilah. Sumbangan utama beliau adalah
menanam asas pokok kepada doktrin Muktazilah. Beliau telah berkahwin dengan salah
10

seorang adik-beradik perempuan Amr Ibnu Ubayd. Beliau meninggal dunia pada tahun 748
Masihi di Tanah Arab.

Sejarah Kemunculan Mutazilah
Dalam mengkaji mengenai Wasil bin Atha, kita tidak dapat lari daripada membincangkan
juga mengenai aliran Mutazilah yang telah diasaskan oleh beliau sendiri. Mutazilah
merupakan sebuah aliran dalam Islam yang muncul pada masa akhir dinasti Umayyah dan
berkembang pesat pada zaman dinasti Abbasiyyah. Mereka berpegang pada kekuatan akal
dalam memahami aqidah Islam. Sebahagian ulama pula mendefinisikannya sebagai satu
kelompok dari Qadiriyah yang berbeza pendapat dengan umat Islam dalam permasalahan
hukum pelaku dosa besar yang dipimpin oleh Wasil bin Atha dan Amr bin Ubaid pada
zaman Al Hasan Al Basri.

Kelompok pemuja akal ini muncul di kota Basrah (Iraq), pada abad ke 2H, antara
tahun 105 110 H, tepatnya pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dan
khalifah Hisyam Bin Abdul Malik. Pelopornya adalah seorang penduduk Basrah bekas murid
Al-Hasan Al-Basri yang bernama Wasil bin Atha Al-Makhzumi Al-Ghozzal. Kemunculan ini
adalah kerana Wasil bin Atha berpendapat bahawa muslim berdosa besar bukan mukmin
dan bukan kafir yang bererti ia fasik. Imam Hasan al-Basri pula berpendapat mukmin
berdosa besar masih berstatus sebagai mukmin.

Menurut salah seorang imam di kalangan tabiin, Asy-Syahrastani berkata: Suatu hari
datanglah seorang lelaki kepada Al-Hasan Al-Basri seraya berkata: Wahai imam dalam
agama, telah muncul di zaman kita ini kelompok yang mengkafirkan pelaku dosa besar (di
bawah dosa syirik). Dan dosa tersebut diyakini sebagai suatu kekafiran yang dapat
mengeluarkan pelakunya dari agama, mereka adalah kaum Khawarij. Sedangkan kelompok
yang lainnya sangat terbuka terhadap pelaku dosa besar (di bawah dosa syirik), dan dosa
tersebut tidak berpengaruh terhadap keimanan. Kerana dalam mazhab mereka, suatu
amalan bukanlah rukun dari keimanan dan kemaksiatan tidak berpengaruh terhadap
keimanan sebagaimana ketaatan tidak berpengaruh terhadap kekafiran, mereka adalah
Murjiah umat ini. Bagaimanakah pendapatmu dalam permasalahan ini agar kami boleh
menjadikannya sebagai prinsip (dalam beragama)? Al-Hasan Al-Basri pun berfikir sejenak
dalam permasalahan tersebut. Sebelum beliau sempat menjawab, tiba-tiba dengan
lancangnya Wasil bin Atha berseloroh: Menurutku pelaku dosa besar bukan seorang
mukmin, namun ia juga tidak kafir, bahkan ia berada pada suatu keadaan di antara dua
keadaan, tidak mukmin dan juga tidak kafir .
11

Lalu dia berdiri dan duduk menyendiri di salah satu tiang masjid sambil tetap
menyatakan pendapatnya tersebut kepada murid-murid Hasan Al-Basri yang lainnya. Maka
Hasan Al-Basri berkata: Wasil telah memisahkan diri dari kita, maka disebutlah dia dan
para pengikutnya dengan sebutan Mutazilah. Pertanyaan itu pun akhirnya dijawab oleh
Hasan Al-Basri dengan jawapan Ahlussunnah Wal Jamaah: Sesungguhnya pelaku dosa
besar adalah seorang mukmin yang tidak sempurna imannya. Kerana keimanannya, dia
masih disebut mukmin dan kerana dosa besarnya ia disebut fasiq dan keimanannya pun
menjadi tidak sempurna.

Perkembangan Aliran Mutazilah
Aliran ini telah berkembang dari kota Basrah yang merupakan tempat tinggal Hasan Al-Basri,
lalu tersebar ke kota Kufah dan Baghdad. Akan tetapi, pada masa ini Mutazilah menghadapi
tekanan yang sangat berat dari para pemimpin Dinasti Umaiyah yang membuat aliran ini sulit
berkembang dan sangat terhambat penyebarannya. Hal itu membuat mereka sangat
membenci Dinasti Umaiyah kerana penentangan mereka terhadap aliran ini dan itikad
mereka dalam permasalahan qadar bahkan mereka pun tidak menyukai dan tidak meredhai
seorangpun pemimpin dari Dinasti Umaiyah kecuali Yazid bin Al-Walid.
Kemudian, bersamaan dengan muncul dan berkembangnya kekuasaan Dinasti Abbasiyyah,
maka berkembanglah aliran ini dengan bermulanya mereka mengirim para daie dan
delegasi-delegasi ke seluruh negeri Islam untuk menyebarkan mazhab dan itikad mereka
kepada kaum muslimin dan diantara yang memegang peranan besar dan penting dalam hal
ini adalah Wasil bin Atha.

Mutazilah terus mendapat perlindungan dan bantuan dari para penguasa Dinasti
Abbasiyyah dari zaman Al Mamun sampai zaman Al Mutawakil dan pada zaman tersebut
Mutazilah dijadikan mazhab dan aqidah rasmi negara, yang membuat mereka mampu
menyebarkan kekuasaan mereka dan mampu menekan setiap orang yang menyelisihi
mereka. Hingga kemudian para pengikut mereka mendalami buku-buku falsafah yang
banyak tersebar di masa khalifah Al-Makmun. Hal ini disebabkan kerana Khalifah al Mamun
sejak kecil dididik dalam tradisi Yunani yang gemar akan falsafah dan ilmu pengetahuan.
Maka sejak saat itulah manhaj mereka benar-benar telah diwarnai oleh manhaj ahli kalam
(yang berorientasi pada akal dan mencampakkan dalil-dalil dari Al Quran dan As Sunnah ).
Oleh kerana itu, tidaklah aneh apabila kaedah pertama mereka berbunyi: Akal lebih
didahulukan daripada syariat (Al Quran, As Sunnah dan Ijma) dan akallah sebagai kata
pemutus dalam segala hal. Bila syariat bertentangan dengan akal menurut pendapat
mereka syariat tersebut harus dibuang atau ditakwil. Ini merupakan kaedah yang batil,
kerana kalaulah akal itu lebih utama dari syariat maka Allah akan memerintahkan kita untuk
12

merujuk kepadanya ketika terjadi perselisihan. Namun kenyataannya Allah memerintahkan
kita untuk merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah, sebagaimana yang terdapat dalam
Surat An-Nisa: 59.

Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu
benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Tokoh-Tokoh Pendokong Mutazilah
Menurut sejarah, Wasil bin Atha memiliki dua orang murid, masing-masing bernama Bisyr
Ibn Said dan Abu Usman Al-Zafarani. Daripada dua orang murid inilah fahaman Muktazilah
kemudian dianut juga oleh Abu Huzail Al- Allaf, salah seorang yang juga termasuk tokoh
terkemuka Muktazilah di kemudian hari serta Bisyr Ibn Mutamar yang pada akhirnya
menjadi pemimpin Muktazilah cabang Baghdad. Semasa Bisyr Ibn Mutamar memutuskan
membawa fahaman Muktazilah ke Baghdad, Abu Huzail pula lebih memilih tinggal dan
mengembangkan Muktazilah di Basrah bersama dengan Wasil. Abu Huzail lahir pada tahun
135 H dan meninggal tahun 235 H, di usianya yang ke-100. Abu Huzail terkenal sebagai
tokoh yang ahli falsafah Yunani. Dengan berbekal kelebihan inilah Abu Huzail menyusun
konsep teologi Muktazilah dan aliran pemikiran logiknya secara teratur. Kemahirannya dalam
ilmu logik inilah yang menjadikannya pendebat mahir dalam melawan golongan Majusi,
Atheis dan musuh-musuh teologi atau akidah Islam lainnya yang wujud sama pada ketika itu.
Ajaran Abu Huzail yang terkenal adalah huraiannya tentang keupayaan akal manusia.
Menurutnya, manusia dengan menggunakan akalnya dapat dan wajib mengetahui Tuhan.
Oleh kerana itu, jika manusia lalai dalam mengenali dan mengabdikan diri pada Tuhan maka
tidak ada alasan baginya untuk tidak mendapatkan balasan. Manusia dengan akalnya juga
wajib mengetahui perbuatan yang baik dan buruk. Dengan pertimbangan akalnya, manusia
wajib mengerjakan perbuatan-perbuatan baik dan menjauhi perbuatan-perbuatan buruk,
meskipun tanpa adanya tuntunan berupa wahyu Tuhan. Abu Huzail juga memiliki seorang
murid yang juga menjadi pemuka Muktazilah iaitu Ibrahim Ibn Sayyar Ibn Hani Al-Nazzam,
yang lahir di Basrah pada tahun 185 H dan meninggal pada tahun 221 H. Beliau juga telah
menguasai falsafah Yunani. Al-Nazzam berbeza pendapat dengan gurunya dalam masalah
keadilan Tuhan. Menurutnya, mustahil bagi Tuhan untuk berbuat zalim. Bahkan tidak hanya
itu, ia menambahkan bahwa Tuhan tidak berkuasa untuk berbuat zalim.
Pemimpin Muktazilah lain yang tidak kurang masyhurnya adalah Abu Ali Muhammad Ibn
Abdul Wahab Al-Jubbai dan anaknya, Abu Hasyim Abdu Salam. Mereka berpendapat
bahawa yang disebut dengan kalam adalah sesuatu yang tersusun dari huruf dan suara.
Oleh kerana itu, mereka menyebut Allah sebagai Mutakallim, yang bererti Pencipta kalam.
13

Selain pendapat tentang kalam Tuhan itu, mereka juga berpendapat bahawa manusia tidak
akan boleh melihat Allah di akhirat kelak.
.
Tokoh-tokoh Muktazilah lainnya adalah Abu Musa Al- Murdar (wafat 226 H) di Baghdad,
Hisyam Ibn Amr Al Fuwati dan Abu Hussain Al-Khayyat (wafat 300 H) serta Sumamah Ibn
Asyras (wafat 213 H).

Kelompok mereka ini kemudiannya berpecah menjadi dua cabang iaitu cabang
Basrah yang diwakili oleh tokoh-tokoh seperti Wasil bin Atho, Amr bin Ubaid, Usman At-
Thowil, Abu Al Hudzail Al Alaaf, Abu Bakr Al Asom, Mamar bin Ubad, An Nadzom dan yang
lain-lainnya serta cabang Baghdad yang diwakili oleh tokoh-tokoh seperti Bisyr bin Mutamir,
Abu Musa Al Mardaar, Ahmad bin Abi Duad, Tsumamah bin Al Asyras, Jafar bin Harb, Jafar
bin Mubasyir, dan yang lain-lainnya.

Demikian secara ringkasnya perbahasan tentang tokoh-tokoh Muktazilah. Tetapi
sebenarnya masih banyak tokoh Muktazilah lain yang tidak tercatat dalam lipatan sejarah
namun yang jelas, tokoh-tokoh diatas sudah mampu mengembangkan aliran Muktazilah.

Doktrin Akidah Mutazilah
Antara asas ajaran Wasil ini ialah akal lebih didahulukan daripada syariat (Al Quran, As
Sunnah dan Ijma) serta akallah sebagai kata pemutus dalam segala hal. Bila syariat
bertentangan dengan akal, maka menurut fahaman mereka syariat tersebut harus dibuang
atau ditakwil semula.Selain itu,terdapat lima dasar pemikiran dalam aliran ini yang telah
diperkenalkan oleh beliau yang dikenali sebagai Usul Al-Khomsah iaitu:-

1. Al-Tauhid
Mereka meyakini bahawa Allah disucikan dari perumpamaan dan permisalan (laisa
kamitslihi syai-un) dan tidak ada yang mampu menentang kekuasaan-Nya serta tidak
berlaku pada-Nya apa yang berlaku pada manusia. Ini adalah faham yang benar,
akan tetapi dari sini mereka melakukan fahaman yang menyeleweng iaitu mustahil
melihat Allah sebagai konsep Allah suci dari sifat manusia dan keyakinan bahawa al-
Quran adalah makhluk konsep bahawa Allah memiliki sifat kalam. Tauhid yang
mereka maksud dengan At-Tauhid adalah mengingkari dan meniadakan sifat-sifat
Allah, dengan dalil bahawa menetapkan sifat-sifat tersebut bererti telah menetapkan
untuk masing-masingnya tuhan, dan ini suatu kesyirikan kepada Allah, menurut
mereka. Oleh kerana itu mereka menamakan diri dengan Ahlut-Tauhid atau Al-
14

Munazihuuna lillah (orang-orang yang mensucikan Allah). Namun perkara ini telah
dibantah oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah berkata:
Dalil ini sangat lemah, bahkan menjadi runtuh dengan adanya dalil sami (naqli) dan
aqli yang menerangkan tentang kebatilannya. Adapun dalil sami mengenainya
begitu banyak , padahal Dia zat Yang Maha Tunggal. Allah berfirman:
Sesungguhnya adzab Rabbmu sangat dahsyat. Sesungguhnya Dialah yang
menciptakan (makhluk) dari permulaan dan menghidupkannya (kembali), Dialah
Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih, Yang mempunyai Arsy lagi Maha
Mulia, Maha Kuasa berbuat apa yang dikehendaki-Nya. (Al-Buruuj: 12-16).
Adapun dalil aqli ialah bahwa sifat-sifat itu bukanlah sesuatu yang terpisah dari yang
disifati, sehingga ketika sifat-sifat tersebut ditetapkan maka tidak menunjukkan
bahwa yang disifati itu lebih dari satu, bahkan ia termasuk dari sekian sifat yang
dimiliki oleh zat yang disifati tersebut. Dan segala sesuatu yang ada ini pasti
mempunyai berbagai macam sifat. Selain itu,menetapkan sifat-sifat Allah tanpa
menyerupakannya dengan sifat makhluk bukanlah bentuk kesyirikan. Syaikhul Islam
Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata dalam Ar-Risalah Al-Hamawiyah: Menetapkan
sifat-sifat Allah tidak termasuk meniadakan kesucian Allah, tidak pula menyelisihi
tauhid, atau menyamakan Allah dengan makhluk-Nya. Bahkan ini termasuk
konsekuensi dari tauhid Al-Asma wal Sifat. Sedangkan yang meniadakannya, justeru
merekalah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesyirikan. Kerana sebelum
meniadakan sifat-sifat Allah tersebut, mereka terlebih dahulu menyamakan sifat-sifat
Allah dengan sifat makhluk-Nya. Lebih dari itu, ketika mereka meniadakan sifat-sifat
Allah yang sempurna itu, sungguh mereka menyamakan Allah dengan sesuatu yang
penuh kekurangan dan tidak ada wujudnya. Kerana tidak mungkin sesuatu itu ada
namun tidak mempunyai sifat sama sekali. Oleh kerana itu Ibnul Qayyim
rahimahullah menjuluki mereka dengan Abidul-Maduum (penyembah sesuatu yang
tidak ada wujudnya). Atas dasar ini mereka lebih tepat disebut dengan Jahmiyyah,
Muaththilah dan penyembah sesuatu yang tidak ada wujudnya.

2. Al-Adl (Keadilan Allah)
Maksud mereka dengan keadilan Allah adalah bahawa Allah tidak menciptakan
perbuatan hamba-hamba-Nya dan tidak menyukai kerosakan tetapi hamba-hamba-
Nyalah yang melakukan setiap yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa-apa
yang dilarang-Nya dengan kekuatan (qudrah) yang Allah jadikan buat mereka. Dan
bahawasanya Allah tidak memerintah kecuali kepada yang diinginkan-Nya dan tidak
melarang kecuali dari yang dibenci-Nya. Dan Allah adalah penolong bagi
terlaksananya kebaikan yang diperintahkan-Nya dan tidak bertanggungjawab atas
15

terjadinya kemungkaran yang dilarang-Nya. Hal ini bermaksud bahawasanya
kebaikan itu datang dari Allah, sedangkan kejahatan itu datang dari makhluk dan di
luar kehendak (masyiah) Allah sebagaimana firman Allah : Dan Allah tidak suka
terhadap kerosakan. (Al-Baqarah: 205) Menurut mereka kesukaan dan keinginan
merupakan kesatuan yang tidak boleh dipisahkan. Sehingga mustahil bila Allah tidak
suka terhadap kejahatan, kemudian menghendaki atau menginginkan untuk terjadi
(mentaqdirkannya). Oleh kerana itu merekan menamakan diri mereka dengan nama
Ahlul Adl atau Al Adliyyah . Namun hal ini juga telah dibantah oleh As-Syaikh
Yahya bin Abil Khair Al Imrani berkata : kita tidak sepakat bahawa kesukaan dan
keinginan itu satu , dasarnya adalah dalam Al Quran Allah berfirman : Maka
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang- orang kafir
Padahal kita semua tahu Allahlah yang menginginkan adanya orang kafir tersebut
dan Dialah yang menciptakan mereka. Terlebih lagi Allah telah menyatakan bahawa
apa yang dikehendaki dan dikerjakan hamba tidak lepas dari kehendak dan ciptaan
Nya. Allah berfirman : Padahal Allahlah yang meciptakan kalian dan yang kalian
perbuat (Ash-Shaafaat : 96) . Dari sini kita tahu bahawa ternyata istilah keadilan itu
mereka jadikan sebagai sebahagian dari takdir Allah untuk mengingkari kehendak
Allah . Atas dasar inilah mereka lebih pantas dikatakan Qadariyyah , Majusyiah , dan
orang orang yang zalim.

3. Al-wad wal waid (janji dan ancaman Allah)
Maksud mereka dengan janji dan ancaman Allah adalah bahawa Allah akan memberi
pahala atas kebaikan yang diperbuat manusia dan memberi balasan atas kejahatan
yang dilakukannya, dan (secara mutlak) tidak akan mengampuni pendosa besar jika
tidak bertaubat. Yang mereka maksud dengan landasan ini adalah bahawa wajib bagi
Allah untuk memenuhi janji-Nya (al-wad) bagi pelaku kebaikan agar dimasukkan ke
dalam Al-Jannah, dan melaksanakan ancaman-Nya (al-waid) bagi pelaku dosa besar
(walaupun di bawah syirik) agar dimasukkan ke dalam An-Naar, kekal abadi di
dalamnya, dan tidak boleh bagi Allah untuk menyelisihinya. Kerana inilah mereka
disebut dengan Waidiyyah. Namun, hal ini sukar untuk diterima kerana seseorang
yang beramal soleh (sekecil apapun) akan mendapatkan pahalanya (seperti yang
dijanjikan Allah) sebagai kurniaan dan nikmat dari-Nya. Dan tidaklah pantas bagi
makhluk untuk mewajibkan yang demikian itu , kerana termasuk pelecehan terhadap
Rububiyyah-Nya dan sebagai bentuk keraguan kepada Allah terhadap Firman Nya:

Sesungguhnya Allah tidak menyelisihi janji Nya ( Ali-Imran : 9 )
16

Bahkan Allah mewajibkan bagi diri Nya sendiri sebagai keutamaan untuk para
hamba Nya . Adapun orang-orang yang mendapatkan ancaman dari Allah kerana
dosa besarnya (di bawah syirik) dan meninggal dunia dalam keadaan seperti itu,
maka sesuai dengan kehendak Allah. Dia Maha berhak untuk melaksanakan
ancaman-Nya dan Maha berhak pula untuk tidak melaksanakannya, kerana Dia telah
mensifati diri-Nya dengan Maha Pemaaf, Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha
Pengasih Lagi Maha Penyayang. terlebih lagi Dia telah menyatakan :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (bila pelakunya meninggal
dunia belum bertaubat darinya) dan mengampuni dosa yang di bawah (syirik) itu,
bagi siapa yang dikehendaki-Nya. (An-Nisa: 48).

Adapun pernyataan mereka bahawa pelaku dosa besar (di bawah syirik) kekal abadi
di An-Naar, maka sangat bertentangan dengan firman Allah dalam Surat An-Nisa
ayat 48 di atas, dan juga bertentangan dengan sabda Rasulullah yang ertinya: Telah
datang Jibril kepadaku dengan suatu khabar gembira, bahawasanya siapa saja dari
umatku yang meninggal dunia dalam keadaan tidak syirik kepada Allah niscaya akan
masuk ke dalam Al-Jannah. Aku (Abu Dzar) berkata: Walaupun berzina dan
mencuri? Beliau menjawab: Walaupun berzina dan mencuri meskipun mungkin
mereka harus masuk neraka terlebih dahulu.

4. Al-Manzilah bainal Manzilatain
Maksud mereka adalah bahawa pendosa besar berada di antara dua kedudukan, ia
tidak berada dalam kedudukan mumin tidak juga kafir. Suatu keadaan di antara dua
keadaan. Yang mereka maksud adalah, bahawasanya keimanan itu satu dan tidak
bertingkat-tingkat, sehingga ketika seseorang melakukan dosa besar (walaupun di
bawah syirik) maka telah keluar dari keimanan, namun tidak kafir (di dunia).
Sehingga ia berada pada suatu keadaan di antara dua keadaan (antara keimanan
dan kekafiran). Bantahannya adalah bahawasanya keimanan itu bertingkat-tingkat,
bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan, sebagaimana
firman Allah :

Dan jika dibacakan ayat-ayat-Nya Kepada mereka , maka bertambahlah keimanan
mereka ( Al Anfal : 2 )

Atas dasar ini, pelaku dosa besar (di bawah syirik) tidaklah boleh dikeluarkan dari
keimanan secara mutlak. Bahkan ia masih sebagai mukmin namun kurang iman,
17

kerana Allah masih menyebut dua golongan yang saling bertempur (padahal ini
termasuk dosa besar) dengan sebutan orang-orang yang beriman, sebagaimana
dalam firman-Nya:

Dan jika ada dua golongan dari orang-orang yang beriman saling bertempur, maka
damaikanlah antara keduanya (Al-Hujurat: 9)

5. Al-Amru bil Maruf wan Nahyu anil Munkar
Mereka menetapkan bahawa hal ini (al-amru bilmaruf wan nahyu anil munkar)
adalah kewajiban seluruh muminin sebagai bentuk penyebaran dakwah Islam,
penyampaian hidayah bagi mereka yang tersesat dan bimbingan bagi mereka yang
menyimpang. Semuanya dilakukan sesuai kemampuan, bagi yang mampu dengan
penjelasan maka dengan penjelasan, yang mampu dengan pedang maka dengan
pedang. Di antara kandungan landasan ini adalah wajibnya memberontak terhadap
pemerintah (muslim) yang zalim. Bantahannya: Memberontak terhadap pemerintah
muslim yang zalim merupakan prinsip sesat yang bertentangan dengan Al Quran
dan As Sunnah. Sebagaimana Allah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri
(pimpinan) di antara kalian. (An-Nisa: 59)

Rasulullah juga telah bersabda: Akan datang setelahku para pemimpin yang tidak
mengikuti petunjukku dan tidak menjalankan sunnahku, dan sungguh akan ada di
antara mereka yang berhati syaitan namun bertubuh manusia. (Hudzaifah berkata):
Wahai Rasulullah, apa yang kuperbuat jika aku mendapati mereka? Beliau
menjawab: Hendaknya engkau mendengar (perintahnya) dan mentaatinya,
walaupun punggungmu dicambuk dan hartamu diambil.

Kesimpulan
Wasil bin Atha merupakan seorang ulama dan tokoh pemikir Islam yang terkemuka pada
zamannya. Walaupun beliau merupakan pelopor dalam pemikiran sesat Mutazilah, namun
jasa dan sumbangannya terhadap agama Islam tetap dihargai.
Mengenai aliran Mutazilah pula,dari lima landasan pokok mereka yang batil dan
bertentangan dengan Al Quran dan As-Sunnah itu, sudah cukup sebagai bukti tentang
kesesatan mereka. Lalu bagaimana bila ditambah dengan prinsip-prinsip sesat lainnya yang
mereka punyai seperti mendahulukan akal daripada syariat, mengingkari azab kubur,
syafaat Rasulullah untuk para pelaku dosa, ruyatullah (melihat Allah) pada hari kiamat,
18

timbangan amal di hari kiamat, As-Sirat (jambatan yang diletakkan di antara dua tepi
Jahannam), telaga Rasulullah di padang Mahsyar, telah diciptakannya Al-Jannah dan An-
Naar (pada saat ini), hadis ahad (selain mutawatir), meniadakan sifat-sifat Allah, dengan
alasan bahawa menetapkannya merupakan kesyirikan sudah jelas untuk membuktikan
kesyirikan dan kesesatan aliran ini yang tidak boleh diterima sama sekali sebagai aliran
pemikiran akidah Islam.

Oleh itu, dapatlah kita simpulkan disini bahawa aliran Mutazilah merupakan suatu
aliran yang sesat dan bercanggah dengan prinsip ahli sunnah wal jamaah. Setiap ajaran
yang sesat itu pasti tidak mampu untuk bertahan lama. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa
aliran pemikiran Mutazilah kini bolehlah dianggap sebagai sudah pupus kerana ketiadaan
pengikut serta ajarannya yang menyeleweng.
















19

TUGASAN 2
2.1 Laporan Wawancara
Wawancara Bersama: Hj. Mohd Noor b. Mohamad (Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)
Soalan 1:
Sejak bilakah sejarah susur galur kemasukan fahaman Syiah di negara ini bermula? Apakah
kaedah dan pendekatan yang digunakan? Sejauh manakah benarnya terdapat beberapa
kajian awal pakar sejarah yang menyatakan bahawa pertama kali Islam tersebar dan
kerajaan Islam pertama di rantau Nusantara adalah Islam Syiah?
Jawapan:
Fahaman Syiah mula masuk ke Negara kita selepas berlaku Revolusi Iran pada tahun 1979.
Selain itu, terdapat dua jenis Syiah yang telah wujud sejak sebelum kemerdekaan negara
seperti Syiah Ismailiyah Agha Khan dan Syiah Dawudi Buhrah, namun pergerakan dua
kumpulan ini hanya terbatas kepada keturunan keluarga mereka semata-mata yang
majoritinya daripada keturunan India. Oleh itu, golongan Syiah yang menjadi focus utama
kerajaan pada hari ini adalah Syiah yang mengancam akidah umat Islam akibat penyebaran
yang dilakukan oleh pengikutnya iaitu Syiah Imamiyah Ithna Asyariyah atau Syiah Imam Dua
Belas.
Berkenaan teori Syiah sebagai aliran terawal yang datang ke Nusantara, secara
realitinya ia tidak terbukti. Ini kerana aliran yang menjadi pegangan arus perdana umat Islam
sejak turun temurun di Nusantara ini adalah aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Tidak diketahui
dalam sejarah kewujudan perkampungan Syiah di Malaysia, siapa tokoh agama mereka dan
kitab-kitab agama yang digunakan. Ini berbeza dengan aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang
telah diketahui umum tokoh-tokoh ulama dan kitab-kitab yang menjadi rujukan serta institusi-
insitusinya seperti pondok dan madrasah.
Soalan 2:
Benarkah Revolusi Islam di Iran pada 1979 menjadi pencetus dan inspirasi kepada
merebaknya Syiah di Malaysia?
Jawapan:
20

Benar. Ini kerana penyebaran Syiah sebagai sebuah ajaran yang menyerupai mazhab yang
lengkap dengan akidah dan syariah hanya berlaku selepas revolusi tersebut. Ia berpunca
apabila timbul perasaan fanatik dan taksub dalam kalangan sesetengah umat Islam di
Negara ini terhadap al-Khomeini sebagai tokoh fahaman Syiah di Iran. Bermula daripada
situ, terdapat mereka yang terpengaruh dengan fahaman Syiah sehingga sanggup
menghantar anak-anak mereka ke negara Iran. Pada hari ini kita khuatir, anak-anak yang
terdiri daripada lepasan pengajian di Iran ini menjadi kader-kader dalam menyebarluaskan
fahaman Syiah di Malaysia.
Soalan 3:
Selain tindakan memantau dan mengawasi pergerakan ahli Syiah, apa tindakan konkrit
JHEAT dari segi penguatkuasaan untuk menyekat dan membendung syiah?
Jawapan:
Sebagai sebuah agensi pusat yang bertanggungjawab dalam memelihara kesucian agama
Islam, JHEAT bukan sahaja terlibat dalam menyelaraskan tindakan penguatkuasaan ke atas
Syiah berdasarkan Akta/Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri, malah JHEAT juga
bekerjasama erat dengan agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang lain seperti
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan (ROS) bagi menangani isu Syiah. Sebagai contoh, menerusi KDN penyebaran
buku-buku Syiah telah disekat dan diwartakan haram. Manakala menerusi ROS, tindakan
undang-undang boleh diambil ke atas pergerakan Syiah berdasarkan pertubuhan mereka
yang telah diharamkan.
Soalan 4:
Apakah sebenarnya kehendak penganut Syiah sama ada untuk memiliki kuasa politik atau
untuk menjadikan Syiah berkuasa sebagai fahaman no.1 negara ini?
Jawapan:
Setakat ini, isu-isu yang berbangkit tentang soal keselamatan Negara akan ditangani oleh
agensi keselamatan seperti PDRM dan Majlis Keselamatan Negara. Jakim percaya jika
wujud sebarang bentuk yang mempunyai unsur-unsur tersebut, sudah pasti tindakan tegas
akan diambil oleh pihak kerajaan tanpa sebarang kompromi lagi.

21

Soalan 5:
Apakah bentuk kesan besar Syiah dalam pentadbiran negara pada masa hadapan kelak?
Jawapan:
Kesan paling bahaya adalah perpecahan masyarakat kepada kelompok Sunni dan Syiah
sebagaimana yang telah berlaku dalam beberapa buah negara Islam seperti Syria, Bahrain,
Pakistan, Aghanistan dan lain-lain. Pertentangan Sunni dan Syiah yang berpunca daripada
perbezaan akidah ini akhirnya dikhuatiri akan membawa kepada pertumpahan darah seperti
yang berlaku di negara-negara tersebut.
















22

2.2 HUJAH MENOLAK PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH
PENYELEWENGAN DARI SUDUT AQIDAH
1. KHALIFAH DIWASIATKAN SECARA NAS
Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara
nas. Ini dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh ulama Syiah iaitu Syeikh
Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 78:
Terjemahannya:Akidah Kami Tentang Imam Itu Telah Sabit Secara Nas.

Kami (Syiah) beriktikad bahawa imam-imam seperti nabi tidak berlaku melainkan
dengan nas daripada Allah S. W. T atau lisan Rasul atau lisan imam yang dilantik
secara nas apabila ia hendak menentukan imam selepasnya. Hukum Imamah sama
seperti nabi, tidak ada perbezaan. Orang ramai tidak boleh membuat hukum lain
terhadap orang yang telah ditentukan oleh Allah, sebagaimana mereka tidak
mempunyai hak penentuan, pencalonan dan pemilihan kerana orang yang telah
dilantik, telah mempunyai persediaan yang cukup untuk menanggung bebanan Imam
dan memimpin masyarakat yang sudah pasti tidak boleh diketahui, kecuali dengan
ketentuan Allah dan tidak boleh ditentukan, melainkan dengan ketentuan Allah. Kami
mempercayai bahawa Nabi s.a.w. pernah menentukan khalifahnya dan imam di muka
bumi ini selepasnya. Lalu baginda menentukan sepupunya Ali bin Abu Talib sebagai
Amirul Mukmin pemegang amanah terhadap wahyu dan imam kepada semua makhluk
di beberapa tempat. Baginda telah melantiknya dan mengambil baiah kepadanya
untuk memerintah orang-orang Islam pada hari Ghadir, Ialu baginda bersabda: "
Ketahuilah bahawa sesiapa yang aku telah menjadikannya ketua maka Alilah yang
menjadi ketuanya. Wahai Tuhan, lantiklah orang yang menjadikan Ali sebagai
pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya dan tolonglah orang yang
menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya. Berilah kebenaran kepada Ali di
mana ia berada".

Syiah mempercayai wasiat Rasulullah s.a.w. ialah Saidina Ali. Kemudian Saidina Ali
mewasiatkannya pula kepada anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepada
Hussain sehinggalah kepada Imam Dua Belas AI-Mahdi AI-Muntazar. la merupakan sunnah
Allah kepada semua Nabi-nabi bermula daripada Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi yang
terakhir. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad
bin Husain Ali Kasyif al-Ghita', hal. 136:

23

Terjemahannya:Maka kita hendaklah kembali kepada menyempurnakan hadith yang
dipegang oleh Syiah Imamiah. Maka kami berkata, sesungguhnya Syiah Imamiah
mempercayai bahawa Allah S. W. T tidak mengosongkan dunia daripada hamba yang
dapat berhujah daripada kalangan nabi atau orang yang memegang wasiat yang nyata
masyhur atau yang hilang tersembunyi. Nabi s.a.w. telah menentukan dan
mewasiatkan kepada anak Saidina Ali iaitu Hasan dan Saidina Hasan mewasiatkannya
pula kepada saudaranya Husain dan demikianlah kepada Imam Dua Belas iaitu Mahdi
al-Muntazar. Ini merupakan sunnah Allah kepada semua nabi-nabi daripada Adam
sehinggalah nabi yang terakhir.

ULASAN
Tidak terdapat nas dari al-Quran atau Hadith-hadith sahih yang j elas maksudnya bahawa
Saidina Ali itu ditentukan sebagai khalifah selepas wafat Rasulullah s.a.w.
Oleh kerana itu, para sahabat telah bersetuju melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah
yang pertama sebaik sahaja wafat Rasulullah s.a.w. dan Saidina Ali pun sendiri telah
bermubaya'ah dengan Saidina Abu Bakar.

2. IMAM ADALAH MAKSUM
Syiah meyakini bahawa Imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil
dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka
sama seperti Nabi-nabi. Pada iktikad mereka, Imam-imam tidak melakukan kesalahan dan
tidak lupa. Imam adalah pemelihara syariat dan melaksanakan hukum-hukum. Perkara ini
dijelaskan oleh Syeikh Mufid, salah seorang tokoh besar Syiah di dalam kitab Awail al-
Maqalat yang dipetik oleh Muhamad J awad Mughniah di dalam kitab al-Syiah Fi al-
Mizan hal. 38.

Terjemahannya: Ismah ialah suatu kekuatan yang menghalang tuannya daripada
melakukan maksiat dan kesalahan, di mana ia tidak boleh meninggalkan yang wajib
dan tidak boleh melakukan yang haram sekalipun ia mampu untuk berbuat demikian,
jika tidak bersifat demikian nescaya ia tidak berhak mendapatpujian dan balasan.
Dengan lain perkataan, yang dimaksudkan dengan maksum itu ialah mencapai had
ketaqwaan yang tidak boleh dicapai oleh syahwat dan nafsu dan telah mencapai ilmu
syariat dan hukum-hukumn a dan sampai ke martabat yang tidak mela'Kukan
kesalahan sama sekali. Syiah Imamiah mensyaratkan dengan makna tersebut kepada
imam-imam secara seinpurna sebagaimana disyaratkan kepada wali. Syeikh Mufid
berkata di dalam kitab Awail al-Maqalat babperbincangan mengenai Imam-imam itu
maksum. Imam-imam yang memiliki sifat-sifat maksum itu adalah sama dengan
24

makam nabi dalam melaksanakan hukum-hukum dan menegakkan hudud dan
memelihara syariat dan mendidik masyarakat. Mereka itu maksum sepertimana nabi
yang bersifat maksum yang tidak harus melakukan dosa besar dan kecil dan tidak
harus bagi mereka bersifat lupa terhadap sesuatu berhubung dengan agama bahkan
mereka tidak lupa sesuatu tentang hukum. Sifat ini wujud kepada keseluruhan mazhab
Syiah Imamiah, kecuali sedikit sahaja yang bersifat ganjil daripada mereka.

Hal ini juga dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-
Muzaffar, hal. 72:
Terjemahannya:Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum

Kami mempercayai bahawa imam-imam itu sepetti nabi-nabi, ia wajib maksum dan
terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi,
semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana
merekajuga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Kerana imam-imam
itu merupakan pemelihara syariat dan orang-orang yang menegakkan hukum syariat.
Keadaan mereka seperti nabi. Bukti yang mendorong kami berpegang bahawa Imam
itu maksum ialah dalil yang mengatakan nabi-nabi itu maksum. Tidak ada perbezaan
(di antara nabi dan imam).

ULASAN
Jelas terdapat dalam al-Quran dan Hadith-hadith sohih menyatakan bahawa yang maksum
hanyalah para rasul dan anbia' sahaja. Oleh itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah,
memerlukan kepada dalil-dalil yang qat'ie. Ini dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran seperti
berikut yang bermaksud:

"Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran dan
Hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. "
(An-Najm ayat 3 - 4)

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu
bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hati akhirat,
serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang)"
(AI-Ahzaab ayat 21)

25

"la memasamkan muka dan berpaling, kerana ia di datangi orang buta. Dan apa jalannya
engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad). Barangkali ia mahu
membersihkan hatinya (dengan pelajaran Ugama yang didapatinya daripadamu). Ataupun ia
mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfa'at kepadanya."
(Surah Abasa ayat 1-4)

3. ILMU ALLAH BERUBAH-UBAH MENGIKUT SESUATU PERISTIWA YANG
BERLAKU KEPADA MANUSIA (AL-BADA')
Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-
Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang
sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini j elas menganggap Allah itu j
ahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Ini amat jelas seperti yang disebutkan oleh al-
Tabatabai dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu' 1 hal 146.

Terjemahannya: "AI-Bada" ialah zahir perbuatan yang tersembunyi disebabkan
ternyata tersembunyi ilmu kerana adanya maslahah. Kemudian diluaskan
penggunaannya, maka kami maksudkan dengan al-Bada' itu ialah lahirnya setiap
perbuatan yang sebelumnya itu adalah tersembunyi (daripada Allah S.W.T)".
Mengikut akidah Syiah, ilmu Tuhan itu akan berubah dan bersesuaian dengan fenomena
baru. Tuhan akan berubah kehendak-Nya terhadap sesuatu perkara sesuai dengan keadaan
yang berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi, oleh al-Kulaini, Juzu' 1, hal.
146:
Terjemahannya; Bab al-Bada'
Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhamad bin Isa, daripada al-Hajjal
daripada Abu Ishak Tha'labah daripada Zararah bin Ayun daripada salah seorang
daripada keduanya a.s. katanya, "Tidak ada ibadat yang paling utama seperti al-Bada'.
Di dalam riwayat daripada Ibn Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada
Abdullah a.s., "Tidak ada perkara yang paling agung di sisi Allah seperti al-Bada'.

Ali bin Ibrahim daripada bapanya daripada Ibnu Abu Umar daripada Hisham bin Salim
dan Hafs bin al-Bukhturi dan selain dadpada keduanya daripada Abu Abdullah a.s.
katanya mengenai ayat ini maksudnya; "Allah menghapuskan apa yang ia kehendaki
dan menetapkan apa yang Ia kehendaki".
Sebagai contoh kepada pengertian al-Bada', An-Naubakhti menyebut bahawa Ja'far bin
Muhammad Al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam secara nas semasa
hidupnya lagi. Tetapi ternyata kemudiannya Ismail meninggal dunia, sedangkan bapanya
Ja'far bin Muhammad al-Baqir masih hidup, katanya:
26


Terjemahannya: "An-Naubakti menyebut bahawa J afar bin Muhammad al-Baqir telah
menentukan anaknya Ismail sebagai imam semasa beliau masih hidup. Tiba-tiba
Ismail mati Iebih dahulu daripadanya, maka J afar berkata, "Tidak ternyata kepada
Allah mengenai sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi kepada-Nya
mengenaiperistiwa anakku Ismail".
(Kenyataan ini dipetik daripada kitab Fatawa Min Aqaid al-Syiah oleh Muhamad Umar Ba
Abdillah hal. 15)

ULASAN
Pendapat yang mengatakan ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku
kepada manusia adalah bertentangan dengan al-Quran al-Karim yang menyebut bahawa
Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh sepertimana yang dijelaskan oleh ayat-
ayat berikut yang bermaksud:

"Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata
seseorang. Serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati."
(Surah al-Mukmin ayat 19)

Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatupun yang ada di bumi dan juga
yang ada di langit".
(Surah A-li Imran ayat 3)

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa
yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan
di laut dan tidak gugur sehelai daunpun melainkan In mengetahuinya dan tidak gugur sebutir
bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering melainkan
(semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."
(Surah al-An'am ayat 59)

"Demi TuhanKu yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya
akan datang kepada kamu. Tidak tersembunyi datipengetahuan-Nya barang seberat debu
yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil day! itu atau yang lebih besar
melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata. "
(Surah Saba'ayat 3)

"Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat"
27

(Surah al-Ikhlas ayat 2)


4. KEMUNCULAN SEMULA IMAM MAHDI DAN KUMPULAN ORANG YANG TELAH
MATI UNTUK MEMBERI KEADILAN (AR-RAJ'AH)
Mengikut akidah Syiah bahawa golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah
S.W.T. akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama
Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman. Mereka
terinasuk para sahabat Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aisyah,
Hafsah, Muawiyah dan lain-lain. Fakta ini dijelaskan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh al-
Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 83.

Terjemahannya;
Akidah Kami Tentang Raj'ah
"Sesungguhnya pendapat Syiah Imamiah tentang Rajlah itu ialah kerana mengambil
daripada Ahli Bait a.s., di manaallah S. W. E akan mengembalikan sesuatu kaum yang
telah mati ke dunia ini di dalam bentukyang asa4 Ialu sebahagian daripada golongan
memuliakan satu puak dan menghina satu puak yang lain dan ia menunjukkan mana
golongan yang benar dan mana golongan yang salah dan menunjukkan golongan
yang melakukan kezaliman. Peristiwa ini berlaku ketika bangunnya Mahdi keluarga
Nabi Muhammad s.aw. dan tidak kembali ke dunia ini kecuali orang yang tinggi darjat
imannya ataupun orang yang paling jahat. Kemudian mereka akan mati semula.
Begitulah juga dengan orang-orang yang selepasnya sehinggalah dibangkitktin
semula dan mereka akan menerima pahala atau siksaan. Sebagaimana Allah S.W.T
menceritakan dalam al-Quran al-Karim, di mana orang-orang yang akan dikembalikan
di dunia ini bercita-cita untuk kembali ke dunia, sedangkan mereka itu tidak boleh
kembali lagi ke dunia ini. Mereka akan mendapat kemurkaan Allah bahawa mereka
akan kembali ke dunia ini kali ketiga dengan harapan mereka dapat berbuat kebaikan."

Firman Allah yang bermaksud..
" Mereka berkata, wahai tuhan kami engkau telah mematikan kami dua kali dan
menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami, maka adakah jalan keluar
(daripada neraka?)"
(Surah al-Mukmin ayat 11)
ULASAN
Konsep raj'ah Syiah ialah mereka mempercayai Allah akan menghidupkan semula Ahli Bait
dan Imam-imam mereka untuk menghukum para sahabat Rasulullah s.a.w. yang dianggap
28

telah melakukan kezaliman. Kemudian mereka mempercayai orang-orang yang telah
dihukum ini akan mati semula dan akan menerima pembalasan daripada Allah S.W.T. Ini
berdasarkan firman Allah surah al-Mu'min ayat 11 yang bermaksud:

"Mereka menjawab; Wahai Tuhan kami Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua
kali dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan
dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?"

Sebenarnya ayat ini menjelaskan dialog di antara orang-orang kafir dengan Allah S.W.T. di
akhirat di mana mereka ingin mencari jalan keluar daripada seksaan api neraka dengan
memohon kepada Allah supaya diberi peluang hidup semula ke dunia, mereka mengaku dan
insaf terhadap dosa-dosa yang telah mereka lakukan dahulu. Pengertian ini diperkukuhkan
melalui firman Allah yang bermaksud:

"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum
lahir) kemudian Ia menghidupkan kamu, setelah itu Ia memati;L-an kamu, kemudian Ia
menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak), akhirnya kamu dikembalikan kepada-
Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
(Surah al-Baqarah ayat 28)

Kebangkitan dan hukuman di padang Mahsyar adalah hukuman Allah yang akan dikenakan
kepada semua orang, bukan hukuman para Imam, ini telah dijelaskan oleh surah-surah
berikut:

"Dan (ingatlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung ganang dan engkau akan melihat
(seluruh) muka bumi terdedah nyata, dan Kami himpunkan mereka (dipadang Mahsyar)
sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka."
(Surah al-Kahfi ayat 47)

Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang
yang terkemudian tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat
yang termaklum ."
( Surah al- Waqiah ayat 49)
Di sini dapat dibuat kesimpulan bahawa dalam ayat tersebut tidak ada konsep raj'ah iaitu
menuntut bela dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman ke atas Ahli Bait.
Fahaman ini jelas menunjukkan golongan Syiah salah memahami ayat al-Quran tersebut
29

dan salah memahami terhadap ayat-ayat al-Quran boleh membawa kepada penyelewengan
akidah.

5. Berpura-pura (al-Taqiyyah)
Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menyembunyikan sesuatu yang boleh
membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar
dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam
masalah arak dan menyapu dua khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-
Kafi, juzu' 2 oleh Abu Ja'far Muhammad bin Ya'kub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, hal.
217:

Terjemahannya: Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada. Abu
Umar al-A'jami katanya Abu Abdullah a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar,
Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan
tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada
pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf".

ULASAN
Menurut al-Tusi di dalain kitab al-Tibyan, al-Taqiyyah ialah menyatakan dengan lisan yang
menyalahi hati kerana takut kemudaratan diri walaupun yang disembunyikan itu, perkara
yang benar. Mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sifat ini perlu dijauhi kerana ia mempunyai
ciri-ciri sifat nifaq berdasarkan firrnan Allah yang bermaksud:

" Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat
dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan),
yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun,
kecuali kamu hendak menjaga diri kepada sesuatu bahaya yang ditakuti datipihak mereka
(yang kafir itu).....
(Surah A-li Imran ayat 28)

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab
dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram
dengan iman, akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menetima kufur, maka atas mereka
tertimpa kemurkaan dadallah dan merekapula beroleh azab yang besar.
(Surah al-Nahl ayat 106)

30

Tidak ada Taqiyyah seperti ini dalam ajaran Islam, yang ada di dalam Islam ialah masalah
rukhsah, umpamanya jika seseorang itu dipaksa dan diugut dengan kekerasan supaya
melafazkan kata-kata kafir, maka waktu itu diharuskan orang itu melafazkannya, tetapi
hatinya tetap dengan iman yang sebenar, tidak ada ragu sedikit pun sebagaimana yang
berlaku kepada Ammar bin Yasir, sehingga Allah menurunkan ayat 106 Surah al-Nahl
memperakui kebenaran beliau, firman-Nya yang bermaksud:

"Kecuali orang-orang yang dipaksa (melakukan kafir) sedangkan hatinya tenang tenteram
dengan iman."

PENYELEWENGAN DARI SUDUT SYARIAT
1) MENOLAK IJMAK ULAMA
Golongan Syiah tidak menerimapakai ijmak ulama, buktinya mereka menolak perlantikan
khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman, malah mereka berpegang kepada pendapat-
pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka ada kesalahan, sedangkan pendapat
Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-lthna
Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-lmam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi,
hal 5 1.

Terjemahannya: Adapun ijmak ia juga adalah batil, kerana ia merupakan hujah yang
tidak ada asalnya. Bahkan ini disebabkan kata-kata imam maksum terkandung di
dalamnya. Perkara ini adalah berdasarkan kata-kata imam maksum dan bukannya ke
atas ijmak itu sendiri.

Kemaksuman imam dan perlantikan mereka adalah sabit samada dengan perkhabaran
imam itu senditi atau perkhabaran imam maksum yang lain. Sesungguhnya perkara
yang ini telah jelas dan begitulah ijmak generasi Islam yang pertama dan kedua iaitu
sebelum berlakunya perselisihan di kalangan umat, juga tidak diambil kira, kerana
mereka telah berijmak di atas perlantikan Abu Bakar sebagai Khalifah, haram kahwin
mut'ah, menyelewengkan al-Quran, menegah nabi daripada menerima pesaka,
merampas tebusan daripada perawan dan selepas berlaku perselisihan di kalangan
umat dan perpecahan di kalangan mereka, bagaimana ijmak boleh berlaku lebih-lebih
lagi dalam masalah khilafiah yang perlu kepada hujah yang pasti.

ULASAN
31

Golongan Syiah tidak menerima pakai ljmak Ulama, buktinya mereka tidak menerima
kesohihan perlantikan Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman, sedangkan para sahabat
termasuk Saidina Ali sendiri mempersetujuinya.

Begitu juga telah ljmak Ulama tidak berlaku penyelewengan terhadap al-Quran. Mereka
menolak ljmak kerana Imam-imam mereka maksum. Dalam akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah, ljmak Ulama dan Qias adalah termasuk di dalam sumber perundangan Islam
selepas al-Quran dan hadith nabi s.a.w. Kedua-dua sumber tersebut boleh dijadikan sebagai
dalil untuk berhujah bagi mensabitkan sesuatu hukum syarak. Ini berdasarkan firman Allah
yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah)
Rasulnya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah
lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya"
(Surah AI-Nisa'ayat 59)

Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah S. W. T tidak menyetujui Umatku atau umat Nabi Muhammad
bersepakat di atas kesesatan"
(Riwayat al-Tirmidhi)

Menolak sesuatu yang telah diijmakkan oleh sahabat, sedangkan Saidina Ali sendiri telah
mengakuinya, ini bererti menolak kewibawaan dan kesiqahan Saidina Ali sendiri sebagai
imam mereka yang didakwa sebagai maksum.
Abdullah bin Mas'ud berkata:
.... Sesuatu yang baik yang disepakati oleh orang-orang Islam, maka ianya di sisi Allah
adalah baik dan begitulah sebaliknya.

2) MENOLAK QIAS
Golongan Syiah juga menolak Qias, kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama.
Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Al-
Husain Ali Kasyif al-Ghita', hal. 149:

32

Terjemahannya: Diantaranya bahawasanya Syiah Imamiah tidak beramal dengan Qias
dan sesungguhnya ia telah menjadi mutawatir di sisi imam-imam mereka.
Sesungguhnya syariat apabila diqiaskan akan merosakkan agama dan boleh
mendedahkan kerosakan amal dengan menggunakan qias itu dan ia memerlukan
kepada keterangan yang lebih lanjut yang tidak muat ruangan di sini.

ULASAN
Golongan Syiah tidak beramal dengan Qias kerana Imam-imam mereka berpendapat
bahawa syariat apabila diqiaskan akan merosakkan agama. Perkara ini amat bertentangan
dengan al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w. dan ijmak ulama'.

Permasalahan dalam kehidupan dunia ini adalah sangat luas dan akan berkembang dari
satu masa kesatu masa. Oleh yang demikian sekiranya tidak boleh menggunakan Qias akan
menyebabkan agama menjadi jumud dan sempit. Justeru itu qias amat perlu sebagai salah
satu kaedah di dalam mengeluarkan hukum syarak. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.
yang bermaksud:

"Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan dan kecemasan,
mereka terus menghebahkannya, padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada
Rasulullah dan kepada Uli'I-Amti (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka. Tentulah
hal itu dapat diketahui oleh orang- orangyang layak mengambil keputusan mengenainya di
antara mereka......
(Surah al-Nisaa' ayat 83)

Ini bertepatan dengan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,
"Daripada Anas ra. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Tiga perkara yang sesiapa memilikinya
nescaya ia akan memperolehi kemanisan iaitu bahawa Allah dan rasulNya lebih dikasihi
kepadanya daripada yang lain, dan bahawa ia mengasihi seseorang kerana Allah semata-
mata serta ia benci kalau sekiranya ia kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci
dicampakkan di dalam api neraka."
(Riwayat al-Bukhari)
Hadith mengenai kisah Muaz bin Jabal sangat jelas tentang perakuan nabi s.a.w. berhubung
penggunaan Qias, sabdanya yang bermaksud,

"Bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah mengutus Muaz ke Yaman, Ialu Baginda bertanya:
Bagaimana engkau hendak menghukum? Ia menjawab, aku menghukum berdasarkan kitab
Allah (al-Quran). Baginda bersabda, sekiranya tidak terdapat di dalam kitab Allah. Ia
33

menjawab; menghukum berdasarkan Sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya lagi;
sekiranya tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah, la menjawab; aku berijtihad dengan
fikiranku. Baginda pun bersabda; Alhamdulillah (segala pujian bagi Allah) yang telah
memberikan tauftk kepada utusan Rasulullah s.a.w."
(Riwayatal-Tirmidhi)


3) MENGAMALKAN NIKAH MUT'AH
Golongan Syiah masih meneruskan amalan nikah Mut'ah yang pemah diharuskan
diperingkat awal Islam di dalam keadaan dan masa tertentu. Mereka masih mengamalkan
nikah ini sehingga sekarang. Dengan ini menunjukkan bahawa mereka menolak
permansuhan syariat tersebut. Mereka berpendapat bahawa nikah Mut'ah adalah diharuskan
di dalam syariat Islam. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh
Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far Muhamad b. Hassan b. Ali al-Tusi, hal. 489:

Terjemahannya: Nikah mutah adalah diharuskan dalam syariat Islam sebagaimana
kami menyebutnya daripada akad seseorang lelaki ke atas seorang perempuan
mengikut tempoh yang tertentu dengan mas kahwin yang tertentu.

Ciri-ciri nikah Mut'ah ialah akad, tempoh dan mahar. Dalam nikah Mut'ah ditetapkan
tempoh tertentu yang diredhai oleh kedua-duanya, samada sebulan atau setahun atau
sehari. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-
Fatawa oleh Abu J a'far bin Muhammad bin AI-Hassan bin Ali AI-Tusi. hal. 491:

Terjemahannya: Adapun tempoh nikah mutah ialah mengikut keredaan pasangan
kedua-duanya sama ada sebulan atau setahun atau sehari.
Nikah mut'ah boleh dilakukan dalam tempoh satu jam atau dua jam, sehari, dua hari atau
semalaman. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja'far
Muhammad bin al-Hasan al-Tusi. hal. 266:

Terjemahannya: Muhammad bin Yacob daripada Muhammad bin Yahya daripada
Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Faddhal daripada Abu Bukair daripada Zararah
katanya Aku (Zararah) bertanya kepadanya (Abu J ayar) adakah harus seorang lelaki
bermutah dengan seorang perempuan sejam atau dua jam. J awabnya; "Satu atau dua
jam tidak terhenti kepada sempadan kedua-duanya, tetapi boleh dilakukan sekali atau
dua kali, sehari atau dua hari dan semalaman dan seumpamanya."

34

Nikah Mut'ah boleh dilakukan dengan perempuan Yahudi, Nasrani, Majusi, anak dara tanpa
izin bapanya dan juga perempuan pelacur. Apabila dilakukan akad hendaklah disebut mahar
dan tempoh yang diredhai oleh kedua-duanya. Sekurang-kurang mahar ialah semangkuk
gula atau segenggam makanan dan sebagainya. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-
Nihayah Fi Mujarad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Hasan bin
Ali AI-Tusi. hal. 490 - 491 dan kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-
Hasan al-Tusi. hal. 254:

Terjemahannya: "Tidak mengapa bermut'ah dengan perempuan Yahudi, Nasrani dan
makruh bermutah dengan perempuan Majusi, tetapi ianya tidak dilarang".
"Muhammad bin Ahmad bin Yahya daripada Abbas bin Ma'arof daripada Sadan bin
Muslim daripada seorang lelaki daripada Abu Abdullah katanya, "Tidak mengapa
mengahwini anak dara apabila ia redha walaupun tanpa izin kedua ibu bapanya".
"Tidak mengapa bermutah dengan perempuan pelacur kecuali lelaki itu
menghalangnya daripada pelacuran setelah akad dilakukan."
"Apabila hendak berakad hendaklah disebut mas kahwin dan tempoh yang diredai
oleh pasangan dan sekurang kurang mas kahwin ialah semangkuk gula atau setapak
tangan makanan atau seumpama yang demikian itu."

Dalam nikah mut'ah tidak ditentukan bilangan wanita yang dimut'ahkan, boleh dilakukan
sampai seribu orang wanita. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tahzib al-Ahkam oleh
Abu Ja' far Muhammad bin al-Hasan al-Tusi. juzu' 1, hal. 259:

Terjemahannya:Daripada Ubaid bin Zararah daripada bapanya daripada Abu Abdullah a.s.
katanya, disebutkan kepadanya tentang mutah adakah dihadkan kepada empat orang
sahaja? Jawabnya "Kahwinlah perempuan-perempuan itu walau sampai seribu orang kerana
mereka itu merupakan perempuan-perempuan yang disewakan".



ULASAN
Nikah mut'ah ini sebenarnya telah dimansuhkan oleh ayat-ayat Al-Quran yang bermaksud
seperti berikut:

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu' dalam
sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-
35

sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta
itu)"
(Surah al-Mu'minun ayat 1-4)

Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu), hendak menceraikan isteri-isteri (kamu),
maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan 'iddahnya, dan hitunglah
masa iddah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah
kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai iddahnya),
dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (iika) mereka melakukan
perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu
melanggarnya) dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka
sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada ditinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana)
engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara
(yang lain).
(Surah al-Talaq ayat 1)

" Dan bagi kamu seperdua dati harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka
tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka kamu beroleh
seperempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka
wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula
seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau
kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah seperlapan dari
harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah
dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak
meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau
saudara perempuan (seibu), maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah seperenam.
Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka
bersekutu pada sepertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan), sesudah
ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh simati, dan sesudah dibayar hutangnya, wasiat-
wasiatyang tersebut hendaklah tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-
tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Penyabar."
(Surah al-Nisaa'ayat 12)

"Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan
isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan
sepuluh hail. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi
36

kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang
diluluskan oleh Syara '). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan
apa jua yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah ayat 234)

Orang-orang Islam di zaman itu telah ijmak bahawa nikah Mut'ah telah dimansuhkan dan
haram melakukannya. Nikah tersebut dimansuhkan oleh ayat-ayat al-Quran dan Hadith
Rasulullah s.a.w.

Nikah Mut'ah bukan suatu pernikahan dalam Islam, malah ia merupakan amalan Jahiliyah.
Dengan itu perempuan yang dinikahkan mut'ah bukanlah isteri atau hamba, tidak boleh
mewarisi, tidak sabit nasab dan tidak wajib nafkah. Nikah mut'ah amat jelas bertentangan
dengan al-Quran, hadith Rasulullah s.a.w dan ljmak Ulama. Di mana para sahabat tidak
mengingkari kata-kata Saidina Umar yang akan merejam dengan batu orang yang
melakukan nikah mut'ah. Beliau berkata, " Nikah Mut'ah merosakkan konsep nikah, talak,
iddah dan pesaka.












37

2.3 Cadangan Penyelesaian Isu Syiah
Di antara cara penyelesaian yang boleh diketengahkan adalah seperti berikut:
i. Kembali kepada Al Quran dan As Sunnah

ii. Mengadakan peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk membendung dan
menghalang ajaran-ajaran yang sesat ini sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri.

iii. Melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama yang benar-benar peka di dalam
persoalan penyelewengan aqidah khasnya dan penyelewengan daripada ajaran
Islam serta melatih mereka dengan cara-cara mengatasi masalah-masalah ini.

iv. Memperkenalkan Islam yang syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia
di samping mempraktikkannya.

v. Memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan tahan lasak di dalam menghadapi
segala bentuk ancaman yang mungkin menggugat aqidah mereka.

vi. Menghapuskan segala bentuk maksiat dan kemungkaran atau sekurang-kurangnya
cuba dan berusaha mengurangkannya secepat mungkin, bukan dengan
memperbanyakkan pula tempat-tempat maksiat dan membiarkan kemungkaran terus
bermaharajalela.

vii. Mempergunakan media massa seluas-luasnya dalam usaha pengajaran Islam yang
benar-benar bersih dan tulin kepada masyarakat.

viii. Sentiasa berusaha mengenalpasti penyelewengan aqidah yang berlaku di dalam
masyarakat kemudian bertindak dengan secepat mungkin sebelum ia berakar umbi.

ix. Sentiasa meminta pertolongan dan menaruh pengharapan kepada Allah s.w.t
sebagai penolong dan pembela dalam usaha membasmi penyelewengan aqidah dan
ajaran-ajaran sesat.


38

PENULISAN REFLEKSI
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam,selawat dan salam keatas junjungan hati nabi
Muhammad SAW,penghulu segala anbia dan mursalin,sebaik-baik ciptaan Allah yang
digelar al-amin,serta ke atas ahli bait baginda,seterusnya para sahabat baginda ridwanullah
alaihim. Pertama sekali,saya ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah
SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka dapatlah saya menyiapkan kerja kursus
ini setelah bertungkus lumus membuatnya tanpa menghadapi masalah yang besar.
Pada permulaan menerima tugasan ini saya berasa amat teruja kerana ia merupakan
satu tugasan yang baru saya pelajari bagi saya, jadi pengalaman menyiapkan tugasan ini
sangat mencabar dan meminta kesabaran yang sangat tinggi untuk menyiapkan tugasan ini.
Ternyata setelah saya menyiapkan tugasan ini, saya menyedari bahawa matapelajaran
Pengajian Aqidah ini amat penting dalam mengetahui ilmu berkaitan fahaman-fahaman Ahlul
Sunnah wal Jamaah, Mutazilah, isu-isu penyelewengan aqidah dan sebagainya yang mana
perlu diketahui oleh setiap guru Pendidikan Islam.
Oleh yang demikian,saya telah berusaha mengumpulkan bahan untuk dijadikan
rujukan. Untuk pertama kalinya kami telah meminjam buku di Pusat Sumber Ibnu Sina IPG
Kampus Dato Razali Ismail .Sungguh mudah segala urusan peminjaman kerana pinjaman
tidak memerlukan kad seperti di zaman persekolahan saya. Teknologi membuatkan manusia
pantas melakukan sesuatu pekerjaan.

Setelah segala rujukan terkumpul, penelitian dijalankan dan proses memilih rujukan
terbaik, saya mendapat beberapa ilmu yang berguna dalam ulum quran dan ulum hadis ini.
Betapa ceteknya ilmu saya, melalui kerja kursus ini saya banyak mengetahui tentang ciri-ciri
fahaman Ahlul Sunnah wal Jamaah dan fahaman Mutazilah. Saya juga dapat mengetahui
secara mendalam tentang bagaimana ajaran Syiah dari sudut penyelewengan aqidah dan
syariat yang mana negara kita pun terpalit dengan isu Syiah ini.
Setelah selesai mencari maklumat, saya mengadakan sedikit perbincangan dengan
rakan-rakan bagi mengenal pasti sama ada maklumat yang kami kumpul itu bertepatan
dengan kehendak tugasan kali ini dan bertanyakan jika saya mempunyai kemusykilan yang
sukar untuk dijawab.
Sewaktu menyiapkan tugasan ini juga, saya bersama rakan-rakan yang lain telah mencari
rujukan di perpustakaan dan ada sesetengahnya mengambil keputusan bijak dengan
membeli sendiri buku rujukan. Kami saling bertukartukar bahan dan pandangan sewaktu
proses menyiapkan tugasan sehingga menyebabkan tugasan ini dapat dilaksanakan
39

dengan mudah kerana rujukan yang mencukupi dan pandangan yang bernas daripada
rakan-rakan. Apa yang dapat dilihat disini ialah berlakunya satu konsep kerjasama yang
sihat dan perkongsian ilmu di kalangan para pelajar.
Selain itu,hubungan silaturahim saya diantara rakan-rakan saya dan antara pensyarah
semakin rapat dan berlakunya semangat tolong-menolong antara sesama kami yang mana
menjadi kekuatan bagi saya semasa menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini juga dapat
menjadikan saya berusaha untuk mendapatkan sesuatu maklumat tanpa mengharapkan
bantuan daripada orang-orang lain.
Semasa menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi kesukaran untuk mencari maklumat
yang tepat dan lengkap untuk dimasukkan kedalam kerja kursus saya. Hal ini kerana
kadangkala maklumat yang saya perolehi itu salah faktanya menjadikan saya terpaksa
merujuk sumber-sumber yang lain. Hal ini menjadikan masa yang diperuntukkan untuk
menyiapkan tugasan dibazirkan begitu sahaja. Saya juga menghadapi kesukaran untuk
bertemu dengan pensyarah disebabkan kekangan masa yang terpaksa saya dan pensyarah
hadapi.
Tugasan yang diberikan ini juga banyak memberi pengajaran saya agar menghargai
masa yang ada. Ini kerana pada masa yang sama saya perlu menyiapkan tugasan-tugasan
lain di samping tanggung jawab saya terhadap kerjaya saya. Hal ini pula ditambah dengan
pelbagai aktiviti ko-kurikulum di sekolah menjadikan masa yang saya ada agak padat untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Dengan ini saya perlu membahagikan masa dengan sebaik-
baiknya agar tanggungjawab saya sebagai pelajar dan pendidik dapat dilaksanakan dengan
sebaiknya. Ini merupakan salah satu kelemahan yang dapat saya kesan dalam menyiapkan
kerja kursus ini.
Secara kesimpulannya, walaupun menghadapi sedikit cabaran dalam menyiapkan
tugasan ini, saya tetap dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik. Cabaran yang saya
hadapi menjelmakan kekuatan kepada kami dalam menghadapi kelemahan-kelemahan yang
ada semasa menyiapkan tugasan ini. Semoga ilmu yang saya perolehi dalam menyiapkan
tugasan ini dapat saya aplikasikan dan membantu sahabat-sahabat yang lain. Wallahualam.




40

RUJUKAN

BUKU









INTERNET
i. http://duniamuslim.my/muktazilah-bahagian-1/
ii. http://zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/532-syiah--penjelasan-oleh-jakim.html
iii. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/apakah-pengertian-ahli-al-sunnah-wal-
jamaah-0
iv. http://www.islam.gov.my/en/sejarah-dan-konsep-ahlis-sunnah-wal-jamaah
v. http://abu-syafiq.blogspot.com/2012/06/siapa-ahli-sunnah-wal-jamaah.html

Anda mungkin juga menyukai