Anda di halaman 1dari 3

Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV

Strategi merupakan suatu susunan pendekatan dan kaedah untuk mencapai sesuatu
matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Strategi
yang yang terdapat dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual ialah:

1. Kemahiran Berfikir

kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencarikan makna dan
pemahaman sesuatu serta menyelesaikan masalah. Kemahiran ini melibatkan pemikiran kritis
dan kreatif semasa aktiviti P&P. Kemahiran yang digunakan seperti mengkonsepsikan idea,
menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian.
Kemahiran ini di aplikasi dalam PSV dengan menggunakan pemikiran secara kritis untuk
menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat penilaian. Selain itu, pelajar boleh
menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif membantu mencerna dan menghasilkan idea
asli yang yang bersifat generatif.

2. Kemahiran Belajar cara belajar

Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap
teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid
meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering
berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

3. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Strategi ini merupakan teknologi pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan ICT.
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka
dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti e-mel, menggunakan aplikasi
perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.
ICT di aplikasikan dalam PSV dalam bentuk berikut: Mod Penemuan iaitu memahami sesuatu
konsep seperti perisian simulasi Mod resos iaitu aktiviti melalui internet, muat turun untuk
mencari bahan. Mod perhubungan ialah menghantar dan menerima e-mel Mod sokongan
seperti memproses perkataan, pereka bentuk grafik
4. Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih
prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan
masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta
mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Contohnya,
murid diberi tugasan menghasilkan rumah idaman saya. Jadi murid akan berfikir jauh ke
hadapan memikirkan rumah yang diinginkan apabila dewasa kelak.

5. Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik,


visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Dalam P&P Pendidikan Seni Visual,
kecerdasan visual ruang lebih difokuskan dimana murid perlu berkebolehan mengesan dan
menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah kebolehan
mempersembahkan visual secara ruang secara grafik.

6. Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh


membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok
untuk belajar sepanjang hayat.

7. Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Melalui pembelajaran ini murid
dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara bermakna. Contohnya,
murid mengaplikasikan pengalaman melihat cara hidup di kampung nelayan untuk melukis
suasana di kampung nelayan.

8. Pembelajaran Masteri

Pendekatan masteri merupakan pendekatan yang berfokus kepada penguasaan pelajar di


mana murid-murid perlu memahami satu unit pengajaran dahulu sebelum berpindah kepada
unit yang lain. Pembelajaran ini di aplikasikan dengan melalui pemulihan kepada murid yang
lemah manakala murid yang sudah memahami pelajaran diberi pengayaan. Setelah semua
murid dapat menguasai kemahiran yang diingini barulah berpindah kepada kemahiran lain.
Contohnya, sebelum mengajar melukis guru menekankan terlebih dahulu teknik lakaran
bentuk asas.

Anda mungkin juga menyukai