Anda di halaman 1dari 26

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

TAJUK 1 : JENIS JENIS LUKISAN

1. Figuratif dan Non-figuratif


Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia. Lukisan figuratif
tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu
memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah rumit
kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang tepat bagi
menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.
Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa
yang lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk
menghasilkan lukisan yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif menekankan
aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia.
Lukisan kajian merujuk kepada kegiatan melukis sesuatu benda untuk tujuan
kajian. Pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan
kajian.Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contohnya, melukis tumbuhtumbuhan atau memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang
terperinci.

Lukisan anatomi oleh Leonardo Da Vinci

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Contoh lukisan figuratif

Agostino Carracci (1557-1602), Cephalus carried by Aurora in her Chariot

Karya non figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi unsur
figura atau bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya, sebagai contoh, gaya
abstrak

yang

hanya

berfokus

pada

permainan

atau

penonjolan

warna

belaka. Lukisan bentuk non figuratif (abstrak), ialah objek yang dilukis tidak terikat
dengan bentuk-bentuk yang ada di alam.

Series 1 oleh Emily Deacon

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

2. Arkitektural dan Teknikal


Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali
sebagai arkitek. Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi
ukuran dan bentuk.Ini bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumen
reka bentuk arkitek.
Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan.
Ianya digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya:
-

membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal,

menghubungkan idea dan konsep rekaan,

memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan rekaan,

untuk membolehkan kontraktor bangunan memahami rekabentuk bangunan

yang hendak dibina,


-

sebagai dokumentasi kerja yang telah siap,

sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud.


Lukisan-lukisan seni bina dilakar berdasarkan kepada beberapa persetujuan,

antaranya ialah diagram, umumnya sebagai skala, ditunjukkan dari pandangan atas
yang memperlihatkan perkaitan setiap bilik, ruang dan ciri-ciri fizikal yang lain dalam
sesuatu struktur. Secara konvensional, lakaran-lakaran ini dibuat menggunakan
dakwat atas kertas, ini menyukarkan kerja membuat salinan yang dilakukan dengan
melakar semula dengan tangan. Abad kedua puluh memperlihatkan satu anjakan
iaitu melukis pelan menggunakan kertas surih, memudahkan membuat salinan
dengan lebih cekap.
Pembangunan komputer memberi satu kesan yang besar dalam kaedah
merekabentuk dan mewujudkan lukisan-lukisan teknikal. Melukis secara manual
merupakan kaedah lama dan ketinggalan. Hari ini kebanyakan lakaran dihasilkan
menggunakan perisian CAD.

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

The Concertgebouw (concert hall) Amsterdam, oleh Adolf Leonard van Gendt, 1888.

Lukisan Teknikal merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan


saintifik. Dikenali juga sebagai merangka atau melukis yang memerlukan kemahiran
dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat.
Sesuatu lakaran rangka yang secara visual memberi informasi tentang bagaimana ia
berfungsi atau cara ia dibina.
Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal, seseorang perlu menggunakan
piawaian teknikal iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim, perspektif, unit-unit
ukuran, sistem-sistem tatatanda, gaya visual, atau susunan. Ini memudahkan pelukis
teknikal dapat memperlihatkan perkaitan setiap unit dengan lebih ringkas dan
mudah. Kelaziman sedemikian membentuk satu bahasa visual yang membolehkan
lukisan mudah untuk difahami.
Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang jelas terutama dalam
menyediakan dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang dirangka. Peranan ini
membezakan lukisan teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak. Apabila
mentafsir lukisan-lukisan artistik, tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai
namun bagi lukisan teknikal ianya mempunyai satu makna yang hendak
disampaikan.

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Weapons oleh Dr Dan Saranga

Technical drawing of the new ZAP-X electric crossover SUV engineered by Lotus.
(ZAP)

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

3. Ilustrasi

Ilustrasi bermaksud seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam


bentuk gambar. Lukisan untuk menjelaskan sesuatu seperti memberi keterangan,
mesej, dan sebagainya.Ilustrasi boleh dihasilkan dalam bentuk lukisan pensel,
lukisan pen, kolaj, atau menggunakan warna (cat air/cat akrilik).
Pada zaman dahulu ilustrasi digunakan untuk merakam lagenda dan peristiwa
bersejarah. Pada kurun ke 16, sekolah-sekolah seni di Jerman menunjukkan
komitmen yang tinggi dalam penghasilan ilustrasi. Albert Durer, Hans Burgkmair,
Altorfer dan Hans Holbein adalah tokoh ilustrasi ukiran. Pada kurun ke 17, dengan
diketuai oleh Rembrandt, ilustrasi terus berkembang meliputi pelbagai aspek dan
subjek.

Albracht Durer, Young Hare

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Rembrandt, A Lion Lying Down

Hans Burgkmair, Madonna With Grapes

Fungsi Ilustrasi
Menurut Baldinger (1986:120), ilustrasi adalah seni membuat gambar yang berfungsi
untuk memperjelas dan menerangkan naskah. Sedangkan menurut Jan D. White
(1982:110) ilustrasi adalah sebuah tanda yang tampak di atas kertas, yang mampu
mengkomunikasikan

permasalahan

tanpa

menggunakan

kata.

Ia

dapat

menggambarkan suasana, seseorang, dan bahkan objek tertentu agar dapat


menarik penggambaran suasana yang dapat membawa pembacanya ke alam cerita.
Kemahiran ini tentunya memerlukan ketajaman minda dari seorang ilustrator.

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Selain itu, seorang ilustrator harus menguasai anatomi tubuh manusia,


binatang, dan bentuk-bentuk benda lainnya secara benar, dan dapat mengatur
komposisi yang baik, memiliki gaya atau ciri yang khas agar ilustrasinya menarik,
dan menguasai teknik menggambar. Oleh yang demikian, seorang ilustrator harus
pandai menggambar, menguasai berbagai macam bentuk benda, anatomi manusia
dan binatang, dan mahir dalam menggunakan alat-alat gambarnya, serta menguasai
berbagai cara menggambar.

1. Menggambarkan dekoratif/unsur hiasan.


2. Memberi maklumat tentang sesuatu subjek atau objek secara terperinci.
3. Menyampaikan komentar atau penerangan, bahan atau subjek dengan lebih jelas.
4. Memberikan bayangan setiap karakter di dalam cerita.
5. Memberikan bayangan bentuk alat-alat yang digunakan di dalam tulisan ilmiah.
6. Memberikan bayangan langkah kerja.
7. Mengkomunikasikan cerita.
8. Menghubungkan tulisan dengan kreativiti dan individualitas manusia.
9. Memberikan humor-humor tertentu untuk mengurangi rasa bosan.
10. Dapat menerangkan konsep.
11. Merangsang mint pembaca terhadap keseluruhan pesan.
12. Memberikan eksplanasi atas pernyataan.
13. Menonjolkan keistimewaan daripada produk
14. Menciptakan suasana khas

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

memberi gambaran watak-watak dalam penceritaan

Ciri-ciri Ilustrasi
1. Keaslian dan rekaan yang kreatif.
2. Kemantapan dan kehalusan gaya melukis.
3. Kesesuaian antara ilustrasi dengan teks.
4. Kreativiti
5. Reka letak menonjol dan menarik perhatian.
6. Imej dapat disampaikan kepada pelanggan dan menepati kehendak mesej.
7. Boleh mempengaruhi dan menambat hati dan perasaan pelanggan.
8. Menggunakan alat dan bahan dengan betul.
9. Disesuaikan dengan tema dan tajuk.
10. Pengolahan prinsip rekaan yang berkesan.
11. Rupa bentuk ilustrasi ringkas dan mudah diingati, warnanya berkesan.
12. Ciptaan mempunyai pengertian dan mesej yang jelas.

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Jenis-jenis Ilustrasi
1. Ilustrasi Perubatan
Digunakan dalam bidang sains perubatan dengan meluas untuk meningkatkan
kefahaman dan kerjasama dalam bidang perubatan dan bidang lain yang berkaitan
dengan kesihatan.

ilustrasi perubatan, gambaran realistik jantung

menggambarkan organ-organ dalam badan dengan terperinci

2. Ilustrasi Alam
Menggambarkann lukisan dan catan yang merujuk dalam alam semulajadi seperti
tumbuhan dan haiwan

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

ilustrasi alam memaparkan gambaran alam fantasi

ilustrasi alam semulajadi

3. Ilustrasi Fesyen
Sangat popular sejak tahun 1920 lagi

ilustrasi fesyen

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

ilustrasi fesyen juga mempamerkan gaya rekaan

ilustrasi fesyen memaparkan rekaan pakaian

4. Ilustrasi Penerbitan
Ilustrasi pada kulit buku, risalah, suratkhabar, kulit novel, kartun, dan ilustrasi cerpen
menggambarkan tentang penceritaan bahan tersebut

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

ilustrasi penerbitan, kulit buku

ilustrasi penerbitan, komik

5. Ilustrasi Teknikal
Bertujuan untuk mengkaji dan menghasilkan reka bentuk hasil ciptaan industri
Lakaran teknikal, lukisan mekanikal dan reka bentuk berbantukan komputer
merupakan bahagian penting untuk mendapatkan ilustrasi teknikal yang tepat
Ilustrasi ini bertujuan untuk mempromosi barang.

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

ilustrasi teknikal, memaparkan perincian dalam sesebuah kenderaan

ilustrasi teknikal memberi gambaran terperinci pada bahagian enjin

6. Ilustrasi Perindustrian
Merujuk lakaran idea untuk barangan industry. Ilustrasi ini tidak terhad kepada
industri berat, malahan mencakupi industri ringan seperti rekaan perabot, plastik dan
lain-lain

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

kereta memaparkan ilustrasi industri

beberapa rekaan kenderaan motosikal

ilustrasi industri barangan pengisar

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

7. Ilustrasi Haiwan
Untuk

menunjukkan

lakaran

jelas

bahagian

segmen

badan

Kerap digunakan untuk memaparkan haiwan purba yang telah pupus seperti
dinosaur
sering dilukis berdasarkan gambaran sejarah dan dipaparkan pada setem

ilustrasi burung hantu sekadar hiasan

ilustrasi memaparkan penerangan tentang bahagian-bahagian pada ikan

8. Ilustrasi Maklumat
Digunakan untuk menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah organisasi korporat
Berfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan dalam bentuk tajah, jadual,
carta, peta dan pelan.

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

ilustrasi maklumat, contoh paparan graf bagi menyampaikan maklumat

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Ilustrasi Maklumat - Carta, rajah, graf


Biasanya ilustrasi maklumat digunakan untuk menerang prestasi sesebuah
organisasi korporat. Gambaran untung rugi akan lebih jelas dan mudah dilihat untuk
membuat perbandingan melalui persembahan rajah-rajah yang berkesan.
Ilustrasi jenis lain seperti peta jalan, topografi, rajah, dan gambar yang menerangkan
sesuatu situasi serta keadan atau faktor-faktor yang memberi maklumat juga boleh
digolongkan dalam kumpulan ini.
Digunakan untuk menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah organisasi korporat
Berfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan dalam bentuk tajah, jadual,
carta, peta dan pelan

Dipetik dari Malaysia Property News

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

ILUSTRASI FESYEN

Salah satu daripada keperluan asas manusia ialah pakaian selain daripada makanan
dan tempat tinggal. Tujuan manusia berpakaian adalah untuk menutup tubuh badan
yang berfungsi sebagai pelindung dari cuaca, penyakit, haiwan dan lain-lain.
Rekabentuk dan stail pakaian berubah dari satu abad ke satu abad yang lain
mengikut adat dan budaya sesetengah masyarakat. Pakaian juga digunakan bagi
menunjukkan personaliti seseorang kerana setiap orang mempunyai citarasa yang
berbeza.
Pengetahuan tentang evolusi berpakaian adalah penting untuk kita mengetahui asalusul pakaian yang dipakai sekarang. Terdapat tiga aspek mengapa manusia perlu
berpakaian, iaitu aspek fisiologi, aspek psikologi dan aspek sosiologi.
Ilustrasi fesyen popular sejak 1920an untuk menggambarkan pakaian semasa.
illustrasi jenis ini ketika itu tiak mementingkan figuratif dan lebih bertumpu kepada
kehalusan dan ketelitian rekaan fesyen. Ilustrasi fesyen moden lebih bergaya.
Ketelitian diberi kepada posisi tubuh figura untuk memberi kesan visual yang unggul
pada rekaan pakaian.
Ilustrasi fesyen juga mengaplikasikan pelbagai alat, bahan, media, dan teknik selain
daripada pensel, pen, dakwat yang digunakan pada peringkat awal. terdapat juga
ilustrasi bagi fesyen rambut, kasut, dan sebagainya.
Ilustrasi fesyen adalah seni yang unik. Pembuatanya memerlukan keseimbangan
antara gambar dan rincian pakaian yang utuh. Inilah sebabnya mengapa ilustrasi
fesyen termasuk keterampilan yang cukup sulit untuk dikuasai.
Salah satu bidang kerjaya yang memenlukan kreativiti seseorang individu itu ialah
bidang seni reka fesyen. Dunia bidang fesyen sentiasa berubah mengikut
perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh lihat pelbagai jenis fesyen direka
bentuk dan dicipta.
Bidang ini sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi ajaran monopoli kaum
wanita, sebaliknya boleh diceburi oleh kaum lelaki juga. Ramai juga pereka fesyen

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

lelaki yang terkenal dan berjaya, dalam dunia rekaan fesyen masa kini sama ada di
Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.
Kemahiran dalam mencipta fesyen yang disesuaikan dengan pemilihan jenis kain
serta padanan warna yang betul sudah tentu akan nampak menarik jika dipakai oleh
pemakainya.
Misalnya, kebaya labuh yang menggunakan fabrik sutera dengan motif beranika,
dipadankan dengan selendang bersesuaian warna, sudah tentu penampilan
pemakainya begitu anggun sekali. Dalam hal ini, seorang pereka perlu mempunyai
kemahiran dan keupayaan memilih warna dalam membuat rekaan fesyen agar
sesuai untuk dipakai mengikut masa dan persekitaran. Jika tersalah pilih akan
menampakkan kejanggalan kepada si pemakai.
Pereka fesyen perlu mengetahui tentang keseluruhan jenis pakaian, jenis kain dan
fesyen sama ada untuk lelaki, wanita atau kanak-kanak yang mempunyai pelbagai
citarasa dan minat. Pereka faesyen yang baik sudah tentu dapat memenuhi
mengikuti kriteria seperti di atas.

Sebenarnya, tugas seorang pereka fesyen ialah untuk menghasilkan idea dan
lakaran menarik sesuatu fesyen yang diciptanya. Selain itu, untuk mencetuskan idea
dan kreativiti yang menarik, sudah tentu tugas mereka memerlukan masa yang
panjang dalam menghasilkan sesuatu fesyen itu.

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Lukisan Perspektif

PERSPEKTIF - adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi (3D) yang mudah
difahami. Lukisan perspektif merupakan suatu kaedah untuk melihat objek dalam
bentuk 3 dimensi bagi memudahkan untuk memahami dan memvisualisasikan
rekabentuk sesuatu bangunan.

Fungsi Lukisan Perspektif :

Menunjukkan aktiviti dalam ruang


Gambaran sebenar sesebuah objek
Menunjukkan suasana ruang

Istilah-Istilah dalam Lukisan Perspektif :

Horizon Line/Garisan Horizon - Garisan medatar yang merentasi lukisan dan terletak
pada paras penglihatan manusia dan di mana terletaknya titik lenyap. Perletakan
garisan horizon dibawah garis tanah akan menghasilkan perspektif pandangan mata
cacing, perletakan di atas garis tanah untuk memperoleh pandangan mata
burung,letakkan dekat dengan garisan horizon untuk pandangan normal

Ground Line/Garisan Tanah - Landasan objek yang ingin digambarkan

Vanishing Point/Titik Lenyap - Titik pada garis horizon dimana garis-garis sejajar
yang horizon bertemu. Letakkan titik-titik ini berjauhan untuk gambar perspektif
jauh,letakkan titik tersebut berdekatan untuk memperoleh pandangan dekat

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Picture Plane/Satah Gambar - Gambaran yang dilihat yang akan diletakkan di atas
kertas

1.

Menerangkan

perspektif 1 titik

perspektif 2 titik

jenis-jenis

lukisan

perspektif

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

a) Titik Lenyap / b) Garisan Unjuran / c) Garisan Horizon / d) Titik Stesen

2.

Mengenalpasti

aras

pandangan

aras
huraian
kesesuaian

mata

pandangan
:

pandangan

dalam

lukisan

mata
dari

bawah/kawasan

perspektif
burung
rendah

: untuk menampakkan sisi kiri,sisi kanan dan bawah objek

PSV3123

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

aras
huraian

pandangan

mata

manusia

: pandangan biasa dari mata manusia/gambaran perspektif biasa

kesesuaian : untuk menampakkan keseluruhan bahagian kiri dan kanan objek

aras

pandangan
huraian

pandangan

mata
dari

atas/kawasan

kesesuaian : untuk menampakkan sisi kiri,sisi kanan dan atas objek

cacing
tinggi

PSV3123

3.

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Menghasilkan
a. perspektif ruang dalaman

aras pandangan mata manusia

b. perspektif luaran

aras pandangan mata burung

lukisan

perspektif

PSV3123

aras pandangan mata manusia

aras pandangan mata cacing

LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Anda mungkin juga menyukai