Anda di halaman 1dari 4

1a. Bincangkan dua pendekatan dalam apresiasi seni.

(10 markah)

(a) Pendekatan Secara Logik
Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman
intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah
pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.
Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:
a) Secara penerangan iaitu membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik
pelukis, media, proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh.
b) Secara pemerhatian/lawatan - melawat galeri, pameran, menonton filem,
slaid, membuat koleksi gambar
c) Secara perbandingan membuat analisa, penilaian, perbandinan antara satu
dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran.
d) Secara Penghasilan - membuat/ meniru mengikut gaya artis/stail,
menimbulkan kefahaman masalah nilai-nilai khas, kepuasan, menghubungkan
diri dengan pelukis/pandai tukang, gaya konsep dan zaman terdahulu.

(b) Pendekatan Secara Psikologi
Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan
peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman terhadap penghasilan dan
penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu
pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan
dapat menerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih
terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.
Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:
a) Secara perbincangan dan perbandingan.
b) Secara proses inkuiri penemuan (discovery).
c) Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni.
d) Secara menyediakan setting/set induksi.
e) Secara membesarkan gambar.
f) Secara mengolah bahan-bahan sebenar.
g) Secara aktiviti permainan seni.
h) Secara lawatan/pameran.
i) Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran
1b. Feldman dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni
berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap.
Huraikan empat tahap tersebut. (10 markah)

(a) Diskripsi
Mengamati hasil seni dan menjelaskan sifat-sifat tampak yang terdapat dalam
karya tersebut. Apakah objek-objek, warna, garisan, figura yang pelbagai gaya
dan lain-lain yang boleh disenaraikan dalam karya tersebut.
(b) Analisis
Membuat analisis perhubungan sifat-sifat tampak atau unsur formalistik seperti
unsur-unsur seni (garisan,warna,rupa,bentuk,jalinan dan ruang), prinsip rekaan
(harmoni,kontra,pergerakan,keseimbangan,penegasan,kepelbagaian dan
kesatuan) dan struktur rekaan yang terdapat dalam karya.
(c) Interpretasi
Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek,
simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan, mencari metafora-
metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan
makna tersebut. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana dan
menghuraikan stail sesuatu karya.
(d) Penilaian
Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian,
gubahan, teknik dan fungsi.Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya
significance dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah
serta keseniannya.

2. Apresiasi karya seni










Henri Matisse, The Dessert: Harmony in Red, 1908, Hermitage Museum, St.
Petersburg, Russia

a) Diskripsi - Apa yang anda lihat dalam karya di atas?
Bilik merah, kertas dinding, kerusi kayu, meja dan tudungnya, seorang wanita,
buah dan wain, bunga di dalam vas, tingkap, landskap, pokok,semak samun,
bunga, bangunan.
Warna- merah, biru, hijau, kuning, putih, hitam

b) Analisis - Bagaimana karya ini disusun?
Pecahkan catan ini kepada komposisinya, atau kepada unsur seni dan prinsip
rekaan
Unsur Seni yang terdapat ialah :
Warna=merah,biru, kuning, hijua, hitam, putih
Garisan=lurus,-garis luar di meja,garis luar pada kerusi/ melengkuang- corak
bunga
Rupa=geometri / organik
Bentuk= rata flattened
Ruang=sesak,satah yang rata-flattened plane
Jalinan=bercorak


Prinsip rekaan yang terdapat dalam karya :
Kesatuan = warna, rupa & garisan
Keseimbangan = wanita-kerusi, bilik -tingkap
Kontra = merah-hijau, hitam-putih, bercorak-solid, lengkung-lutus
Penegasan = wanita berbaju hitam berkain putih
Pergerakan = corak dan pokok
Harmoni = ulangan corak, bulatan buah-buhan dan bunga
Kepelbagaian = pelbagai rupa, warna dan sebagainya

c) Interpretasi - Beri pendapat anda melalui gambaran yang anda perolehi
dalam gambar ini. Apakah idea, mood,emosi dan cerita yang terdapat
dalam gambar ini?
Warna merah biasanya menyebabkan kita merasa kepanasan/warmth kerana
dikaitkan dengan matahari dan api tetapi ia juga mempunyai kesan psikologi
merangsang dan menggembirakan (excites). Labih tenaga dipancarkan oleh
warna merah dari warna sejuk. Warna Panas merah,oren,kuning- secara
tradisionalnya melahirkan kepanasan dan tenaga yang kuat.

Artis memahami kuasa warna membawa kesan ke atas perasaan penonton.
Melalui sejarah , para artis telah menggunakan warna untuk menyampai dan
menaikkan emosi penonton sebagai konten/isi karya mereka. Dalam awal abad
ke 20, artis mula memberi fokus kepada warna sebagai wadah untuk
menterjemah perasaan mereka dan menggunakan warna sebagai bahan emosi
yang kuat.
Kumpulan pelukis ini dikenali senagai Fauves (atau binatang buas(beasts)
dalam bahasa Peranchis). Antara pelukis ini ialah Henri Matisse (1869-1954),
Maurice de Vlaminck (1876-1958), and Andre Derain (1880-1954.)

Bagaimana perasaan anda jika kebanyakannya hijau? Atau biru yang
menggantikan merah? Catan ini melalui 3 peringkat. Pertama hijau, kemudian
biru,selepas dipamerkan di Salon d'Automne pada 1908. Akhirnya diwarnakan
scarlet bila dihantar kepada Shchukin (kolektor) untuk menghias ruang
makannya.

Adakah anda tahu bahawa warna merah di restoran membuatkan pelanggan
semakin lapar, dan menggalakkan mereka memesan makanan lebih daripada
biasa. Dinding dan hiasan dalam warna merah menggalakkan manusia makan
lebih cepat kerana warna merah menaikkan nafsu makan.

d) Penilaian penilaian adalah subjektif. Ianya mengi kut pengalaman
pemerhati. Adakah karya Matisse ini berjaya? Beri alasan anda.

Anda mungkin juga menyukai