Anda di halaman 1dari 19

SEJARAH SENI BARAT

Sejarah seni adalah


satu rakaman ataupun catatan peristiwa yang telah berlaku pada masyarakat
terdahulu.Ianya melibatkan
kehidupan,budaya,aktiviti,tempat,situasi dan
masa.Dalam proses mempelajari sejarah seni ini ianya tidak akan lari daripada
melibatkan faktor-faktor uatam seperti masa,budaya,tempat dan situasi.Selain daripada
faktor-faktor tersebut,sudah semestinya melibatkan tokoh dan karya yang telah mereka
hasilkan.Michelenglo misalnya terkenal dengan hasil karyanya seperti Madonna and
Child,Adam Creation dan banyak lagi hasil seninya yang masih lagi menjadi rujukan
sejarah dan juga pelukis serta pereka pada masa kini.
Dalam proses mempelajari sejarah seni pengetahuan tentang perkembangan
seni pada awal penemuan hinggalah sekarang amat penting sekali.Daripada situlah kita
dapat mengetahui bagaimana aktiviti-aktiviti dan perkembangan sesuatu masyarakat
itu.Contohnya pada zaman Impressionist, karya-karya yang dihasilkan oleh Renoir,John
Constable,Monet boleh dikatakan menggambarkan aktiviti-aktiviti social dan rakaman
keindahan alam semula jadi yang begitu natural sekali digambarkan.Begitu juga dengan
catan gua batu yang terawal ditemui di Lascaux Cave di kawasan selatan
Perancis.Catan gua dipercayai dihasilkan di antara 15,000-10 000 tahun sebelum Masihi
iaitu di penghujung zaman Paleolitik.catan ini adalah gambaran sekumpulan lembu yang
sedang bergaduh,yang berukuran kira-kira 18 kaki tinggi yang dihasilkan dengan
menggunakan batu di atas permukaan gua tersebut.
Andy Warthol misalnya dalam hasil-hasil karyanya begitu optimis sekali
menggambarkan tentang pop dan kontemporari imej.Beliau juga boleh dikatakan
sebagai pelukis yang amat Berjaya dalam zaman Pop Art ini.Imej-imej seperti Elvis
Presley dan Marilyn Monroe dijadikan sebagai subjek yang utama bagi
menghasilkan karya-karyanya.Beliau jiga telah mengeksploitasikan imej-imej tersebut
secara maksimum.Dari lewat hasil karya beliau boleh dijadikan kesimpulan bahawa
unsur-unsur persekitaran dan imej-imej yang popular di zaman itu juga sangat kuat
dalam mempengaruhi perkembangan dan penghasilannya.
Sebenarnya seni ini bermula sejak zaman Pra Sejarah lagi.Menurut Sarah P dan
Duane,P (1995) di dalam buku mereka memberikan tafsiran bahawa Seni Pra Sejarah
itu adalah merupakan rakaman peristiwa tentang manusia dan aktiviti mereka di masa
lampau.Rakaman peristiwa dan aktiviti yang berlaku itu terjadi serentak dan tempatnya
sahaja yang berbeza.Zaman Pra Sejarah ini terbahagi kepada 3 zaman yang utama iaitu
Zaman Peleolitik(35 000- 8000 sebelum Masihi),Zaman Mesolitik (25 000-8000 sebelum
Masihi) dan Zaman Neolitik (1500-6000 sebelum Masihi).Pada zaman Paleolitik,mereka
sudah mula menghasilkan hiasan diri dengan menggunakan tebukan pada tulang serta
di pasang tali untuk digantungkan di leher dan di telinga.Di samping itu juga mereka juga

mula melakar dan melukis di dinding-dinding gua batu sebagai ritual kepercayaan dan
amalan yang mendorong kepada aktiviti pemburuan.Sebagai contoh catan gua yang
dipercayai terawal ditemui adalah di Gua Lascaux berhampiran dengan bandar
Montignac di bahagian Selatan Perancis.Selain daripada Gua Lascaux catan gua yang
terawal ditemui juga di Gua Altamira di Utara Sepanyol.
Subjek-subjek utama yang menjadi hiasan catan gua pada zaman ini ialah
bison,mammoth,ibex dan kuda.Terdapat juga imej figura manusia digunakan tetapi
sebagai imej sampingan yang dilukis bersaiz kecil sahaja berbanding dengan subjeksubjek utama.Selain daripada catan pada zaman ini juga terdapat arca-arca yang telah
mereka hasilkan dengan menggunakan batu-batu dan juga tulang-tulang
binatang.Contoh arca yang terawal ditemui ialah Venus of Villendorf
Pada zaman Mesolitik,mereka juga menghasilkan catan di dalam gua yang
mereka diami.Subjek-subjek yang digunakan juga hamper sama dengan zaman
Paleolitik iaitu seperti imej-imej bison dan ibex.Pada zaman Neolitik juga menghasilkan
hasil seni yang berbentuk catan namun terdapat sedikit perbezaan berbanding zamanzaman sebelumnya.Catan-catan yang dihasilkan menggunakan warna.Mereka telah
mula menghasilkan warna sendiri dengan menggunakan bahan-bahan galian.Arca juga
dihasilkan menggunakan tanah liat dan batu kapur dan arca-arca yang dihasilkan ialah
figura yang berbentuk wanita.Ia dikatakan lambing kepada Dewi Kesuburan yang
menjadi kepercayaan mereka.Pada zaman Neolitik juga,masyarakatnya juga mula
membuat binaan yang bersaiz besar.Kebanyakan seni binanya berbentuk kepada tugu
peringatan.
Contohnya Stonehenge yang terletak di Salisbury Plain,Wiltshire di England.
Seni pada zaman Yunani terbahagi kepada 3 zaman iaitu Zaman Arkaik(650480 Sebelum Masihi),Zaman Klasikal (480-323 Sebelum Masihi) dan Zaman Hellenistik
(323-31 sebelum Masihi).Pada zaman Arkaik,kebanyakan pelukis pada zaman ini
menzahirkan karya-karya mereka pada permukaan pasu yang dibuat daripada seramik
dan juga pada panel-panel pada dinding.Pada zaman ini juga pelukis menghasilkan
karya berdasarkan kepada pemerhatian secara terus pada subjek daripada pemerhatian
yang menyeluruh.Selain itu juga, pada zaman ini juga telah muncul satu teknik baru
dalam menghasilkan catan pada pasu yang dikenali sebagai Red Figure.Pelukis
bertanggungjawab dalam memperkenalkan teknik Andokides.Gaya teknik ini adalah di
mana beliau mewarnakan latar belakangnya kehitaman manakala objek atau figuranya
diwarnakan dengan kemerah-merahan.Penghasilan arca pada zaman ini juga tidak
kurang hebatnya.Arca yang dihasilakan dibuat daripada ukiran batu dan tembaga yang
dibentuk melalui acuan (bronze casting).Kebanyakan arca yang dihasilkan pada zaman
ini bertemakan figura manusia dan bersaiz sebenar.(life-size).Arca-arca yang dihasilkan
juga berbentuk manusia tanpa pakaian (nude

figure sculpture).Kebanyakan arca-arca figura ini adalh gambaran pemuda Greek yang
berbentuk gagah perkasa yang dipanggil Kouros.
Pada zama Klasikal merupakan zaman kesempurnaan dalam penghasilan seni
arca.Seni catan kurang menyerlah pada zaman ini.Di mana zaman ini arca yang
dihasilkan adalah lebih sempurna dari segi anatomi dan ketepatan bentuk
manusia.Kebanyakan arca-arca yang dihasilkan adalah lebih ideal dan natural
berbanding dengan zaman Arkaik dimana pengarca kurang memberi penekanan kepada
yang teliti pada bentuk dan anatomi figura.Sebagai contoh Warrior adalah salah satu
contoh arca berbentuk figura manusia yang dihasilkan begitu ideal dan sempurna
sekali.Arca ini dihasilkan dengan menggunakan tembaga.Kebanyakan pengarca pada
zaman klasikal ini menggunakan tembaga dan batu marmar unutk menghasilkan karyakarya mereka.Seperi juga zaman Arkaik,arca-arca yang dihasilkan bertemakan figura
manusia yang berbogel.Pada zaman ini,terdapat pengarca yang sangat terkenal iaitu
Myron,Polyclitus dan Phidias.
Pada zaman Hellenistik,bermulanya isu nilai-nilai estetika yang diperkatakan
oleh golongan cerdik pandai.The Laocoon Group adalah arca yang terkenal pada
zaman ini.Pengarca dan pelukis pada zaman ini menghasilkan karya berdasarkan
aktiviti harian,sejarah,mitos,juga potret yang menjadi lambing kemegahan dan
kebanggaan golonga bangsawan.Secara keseluruhannya boleh dikatakan pada zaman
Hellenistik adalah zaman kesempurnaan dan ideal dalam herarki zaman Yunani,Ia juga
menunjukkan tentang hasil seni dan seni binanya adalah dinamik dan lebih menyerlah
berbanding dengan zaman Arkaik dan zaman Klasikal sebelum ini.
Di antara bangunan yang mempunyai reka bentuk yang menarik ialah
Partheon yang terletak di Acropolis,Athens.Athens adalah merupakan pusat
perkembangan seni,sastera,seni bina,ilmu falsafah dan juga pusat pentadbiran
kerajaan.Reka bentuknya adalah berdasarkan pada struktur reka bentuk kuil tradisi di
mana asas binaannya berdasarkan pada kolum-kolum yang menegak sebagai tiang
sokongan utama iaitu Kolum Doric,Kolum Ionic, dan Kolum Corinthian.
Seni Roman (Rumawi) adalah merupakan seni yang lahirnya di bawah
pemerintahan Rumawi.Zaman ini adalah merupakan zaman bagi ekpresi seni yang
mempunyai nilai-nilai estetika yang sangat tinggi.Ianya adalh merupakan gabungan di
antara dua zaman iaitu Zaman Republik dan Zaman Empayar.Di zaman ini juga ratarata pengkarya menghasilkan karya berdasarkan pada kemuliaan,keutuhan dan
keteguhan empayar Rom itu sendiri.Ianya amat berbeza sekali daripada Zaman Yunani
yang lebih mementingkan kepada kehidupan dan perkembangan setempat.Pelukispelukis pada zaman Roman ini juga menggabungkan berbagai-bagai unsur dan elemen
tambahan bagi menampakkan kesan-kesan kemewahan yang berlebihan.
Catan dinding seperti Roman Wall Detail of West in a Villa at Boscoreale yang
menggunakan bahan fresco ini dihasilkan dengan gaya dan persembahan Roman yang

begitu tipikal sekali.Dalam catan dinding ini unsur unsur penggunaan perspektif
lansung tidak diberikan penekanan bagi menunjukkan ruang di antara Latar Depan,Latar
Tengah dan Latar Belakang.Pelukisnya hanya menggunakan saiz objek sahaja bagi
menunjukkan ketiga-tiga latar ini.Dalam catan dinding ini apa yang dilukis cuba
diketengahkan adalah jalinan diantara rupa,paten,warna dan kepelbagaian saiz objek
daripada menunjukkan ruang ilusi 3 dimensi(3D).Empat gaya utama yang diberikan
penekanan
dalam
penghasilan
catan
dinding
pada
zaman
ini
ialah
Incructation,Architectural,Omate,Intricate.
Selain daripada seni catan seni arca juga merupakan salah satu cabang karya
seni sangat popular di zaman Roman ini.Berdasarkan sikap Rome yang begitu kuat
serta cenderung kepada materalistik dan mahukan secara praktikal ianya sedikit
sebanyak mempengaruhi penghasilan arca pada zaman ini.Kebanyakan arca-arca yang
dihasilkan adalah bermotifkan potret individu,yang mana ia dihasilkan begitu teliti dan
sempurna sekali peniruannya.Kualiti pada zaman Roman ini begitu mementingkan mutu
penghasilannya,ini jelas sekali boleh dilihat pada arca yang berjudul Female Potrait
yang menggunakan batu marmar dan bersaiz sebenar. Seni bina adalah pencapaian
terbaik pada zaman roman ini.Rata-rata reka bentuk binaan bangunannya adalah
banyak dipengaruhi dan didominasikan oleh gaya seni bina zaman Yunani.Kebanyakan
bangunan-bangunan yang dibina adalah berkonsepkan rugu peringatan sebagai tanda
kekuatan,kebesaran dan kemasyuran empayar Rome.
Pada zaman ini arkitek-arkiteknya tidak menggunakan batu marmar seperti zaman
Yunani.Ia sangat mahal dan susah diperoleh.Konkrit digunakan secara meluas kerana
ianya mudah diperolehi.Pada peringkat awal mereka cuba mencipta bahan-bahan
konkrit daripada campuran pazzonala iaitu sejenis batu yang diperolehi daripada
kawasan gunung berapi dan mencampurkannya dengan batu kapur.
Mereka menggunakan bahan campuran ini untui membina tembok,kubah dan juga
lengkungan pada bumbung bangunan yang dibina.Diantara jenis-jenis seni pada zaman
Roman ini adalah seperti kuil-kuil ibadat,apartment,Bath,Amphiteater,Jambatan,Basilica
dan Truimphal Arch.Bahan-bahan yang digunakan untuk membina amphiteater ini terdiri
daripada batu dan tufa.Di bahagian luar bangunan ini terdapat banyak kolum-kolum
lurus dibina bagi menyokong struktur binaannya.Kolum-kolum ini bercirikan pada zaman
Yunani.Ampiteater ini juga boleh menampung penonton
sehingga 50000 orang.Di bahagian dalamnya terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu
Arena,Porodium,dan Cavea.
Renaissanse membawa maksud kebangkitan dan kelahiran semula seni dari
zaman Yunani dan zaman Rumawi.Seni dari zaman Renaissanse ini juga merupakan
reaksi dan juga tindak balas terhadap Zaman Pertengahan.Kebanyakan karya yang
dihasilkan pada zaman ini melibatkan tema-tema keagamaan yang terdapat dalam
Bibble(keagamaan), mitologi, seja rah ,potret dan juga tubuh badan manusia.Seni
zaman Renaissane terbahagi kepada tiga zaman utama iaitu Zaman Awal Renaissance,

Zaman Kegemilangan Renaissance, dan Zaman Akhir Renaissance.Pada zaman awal


Renaissance,Giotto di Bonde adalah perintis serta pembawa laluan kebankitan ini.Beliau
juga merupakan seorang pelukis yang menghasilkan karya berdasarkan kepada
perasaan dan juga sifat semula jadi dan tingakah laku manusia.Di dalam karya-karyanya
beliau banyak menggunakan unsur cahaya,ruang,mood suasana semula jadi yang
realistic.
Dalam karyanya yang berjudul Lantation yang dilukiskan pada dinding di Padua
Arena Chapel,Itali pada sekitar tahun 1305.Dia menggunakan fresco.Mural yang
dihasilkan ini bertemakan keagamaan.Pelukis lain yang terkenal pada era ini ialah
Allessandro di Mariano di Vanni Filipepi ataupun dikenali sebagai Sandro
Botticelli.Beliau juga dikenali sebagai Master of Mythology .Di antara karyanya yang
terkenal ialah The Birth of Venus yang dihasilkan menggunakan bahan tempera dan
bahantaranya adalah kanvas linen.
Pada zaman Kegemilangan Renaissance inilah merupakan zaman kemuncak seni di
Itali.Pada zaman ini,corak persembahan hasil karya adalah sama dengan zaman
kebangkitannya.Namun,pada zaman ini,pengkaryanya begitu memberatkan nilai-nilai
estetika yang keterlaluan dan mementingkan kesempurnaan.
Di antara pelukis yang termasyur dan terkenal pada zaman kegemilangan
Renaissance ini ialah Leonardo Da Vinci (1452-1519).Beliau meruakan seorang
seniman yang sangat cekap dan pintar.Oleh itu beliau juga dikenali sebagai ahli
sains,pengarca,pereka,penganalisis dan arkitek.Tidak hairan beliau juga dikenali
sebagai uomo universal kerana kepintarannya dan selain itu dikenali sebagai Master
of All Sciences.Beliau juga adalah merupakan simbol keunggulan zaman Renaissance
di Itali.Di antara karyanya yang terkenal ialah Mona Lisa.
Pada zaman Akhir Renaissance kebanyakannya catan,arca,dan seni bina
menjadi fokusutama dalam zaman ini berdasarkan kepada keagamaan,mitologi dan
potret.Di segi penggunaan bahan dan bahantaranya juga masih sama iaitu cat
minyak,kanvas linen,fresco dan marble bagi penghasilan karya.Pelukis dan pengarca
yang terkenal pada zaman ini ialah Michengelo Buonarroti.Di antara karya-karyanya
yang terkenal ialah The Creation of Adam yang dihasilkan dengan menggunakan
fresco.Catan ini berbentuk mural yang dilukiskan oleh beliau pada siling gereja .Selain
itu beliau juga menghasilakan arca menggunakan teknik pahatan(carving).Di antara
arcanya adalah bertajuk David yang menggambarkan tentang seorang lelaki gagah
perkasa berdiri tanpa berpakaian.
Seni bina pada zaman Renaissance merupakan salah satu bidang seni yang
sma pentingnya.Kebanyakan seni binanya dipengaruhi oleh gaya zaman Gothik.Dalam
reka bentui terikat kepada peraturan matematik di mana ketepatan dan juga
keseimbangan amat diberi perhatian.Contohnya arkitek Filippo Brunellesschi adalah
yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem ini.Contohnya juga seperti Villa
Rotonda yang direka oleh Andre Palladio yang dibina pada tahun 1567 sehingga tahun

1570 di Vicenza di Itali adalah merupakan satu reka bentuk yang sangat unik yang
menggabungkan gaya Roman dan Greek dan direka mengikut gaya reka bentuk
kontemporari pada zaman tersebut. Pada keseluruhannya dapat disimpulkan seni bina
zaman Renaissance ini adalah merupakan kemuncak pada keunikan dalam sejarah seni
barat.Ia masih kekal sehingga hari ini sebagai peninggalan sejarah seni yang terlalu
tinggi nilai dan mutu pembinaannya.
Seni pada zaman awal abad ke19 ini adalah amat penting sekali dalam
perkembangan sejarah seni barat.Zaman ini adalah merupakan zaman transisi
pertukaran gaya,konsep dan teknik penghasilan karya seni selepas zaman
renaissance.Zaman ini juga berlaku revolusii industri yang telah pun mengubah
masyarakat,teknologi dan juga budaya kehidupan yang begitu ketara serta drastik
sekali.Terdapat tiga revolusi penting yang telah mengubah masyarakat di Barat pada
masa ini.Revolusi-revolusi tersebut ialah revolusi Industri di Britain,Revolusi Industri di
Amerika dan Revolusi Industri di Perancis.Zaman ini juga dikenali sebagai zaman
Penyedaran,(The Enligttenment Era @ The Age of Reason Era).Ekoran daripada
revolusi ini berbagai teknologi baru telah ditemui dan dipraktikkan.Pelbagai perubahan
telah berlaku dalam hal-hal keagamaan,politik,ekonomi dan masyarakat setempat.
Begitu juga dalam bidang seni,revolusi ini juga menyebabkan para penggiat seni
mula memecahkan peraturan-peraturan dan urutan tradisi klasik seni lukis dalam proses
penghasilan karya.Mereka juga telah mula memecah tradisi lama di mana pelukis
ataupun pengarca jarang sekali bercampur gaul dengan masyarakat marhain.Pada
zaman ini juga pelukis ataupun pengarca adalah sebahagian daripada masyarakat dan
menjadi jurucakap serta perantaraan dengan golongan atasan.Pada zaman ini mereka
mendapat sumber kewangan melalui kormesial,galeri,orang perseorangan,golongan
korporat yang membeli dan mengumpul hasil karya-karya mereka juga daripada
muzium-muzium yang mempromosikan seta menjual hasil-hasil karya mereka.
Seni Barat abad ke 19 ini terbahagi kepada tiga era utama yang terdiri daripada seni
sebelum Zaman Perang Dunia Pertama,seni selepas Zaman Perang Dunia Pertama,dan
seni Akhir Abad ke 19.Seni sebelum Perang Dunia Pertama terdiri daripada era NeoKlasik,era
Romantisme,era
Realisme,era
Impressionisme
dan
era
PostImpressionisme.Manakala Seni Selepas Perang Dunia Pertama terdiri daripada era
Fauves dan era Ekpressionisme serta era yang terakhir pula terdiri adalah Seni Akhir
Abad ke 19 terdiri daripada era Kubisme dan era Fturisme.
Era Neo-Klasik ini bermula serentak dengan zaman Revolusi Perancis yang
bermula pada tahun 1789.Era ini merupakan permulaan kepada revolusi perubahan
dalam gaya penghasilan karya seni barat.Era ini juga bermula di peringkat permulaan
revolusi di Perancis.Revolusi ini bermula dengan agresif sekali sehinggalah ianya
diarahkan berhenti oleh mahkamah dengan serta merta tanpa diberikan sebab-sebab
munasabab.

Salah seorang daripada pelukis terkenal dan juga ketua revolusinya adalah
Jacques Louis David.Beliau berpendapat bahawa antara seni dan revolusi adalah dua
perkara yang utama dalam memperjuangkan demokrasi di Perancis.Dengan nada yang
penuh semangat perjuangan beliau menolak sistem pemerintahan cara aristocratic
gaya Rocco pada masa itu.Dalam karyanya yang berjudul Oath of The Horath beliau
menggunakan gaya penjimatan yang dipanggil Neo-Klasikal.Sarah P dan Duane
dalam buku mereka Artform mentakrifkan Neo Klasik sebagai merujuk kepada gabungan
di antara dua gaya dari Zaman Klasikal Greek dan Zaman Rome.Kebanyakan subjek
yang digambarkan adalah merujuk kepada zaman pemerintahan dan kegemilangan
empayar Rom.Dalam catan ini juga David mengambarkan tentang keberanian dan
kesanggupan untuk bekorban demi memperjuangkan keadilan.Beliau mengambarkan
bagaimana tiga bersaudara sedang menerima tiga bilah pedang daripada bapa mereka
sebagai senjata untuk berperang bagi mempertahankan Empayar Rom.Dalam catan ini
juga David mengambarkan tiga bersaudara itu sebagai symbol bagi mewakili
masyarakat Perancis yang bersatu-padu berjuang untuk mempertahankan penindasan
dan demokrasi.
Komposisi secara Geometrik Berstruktur pada imej figura yang memegang
pedang menjelaskan lagi bahawa catan ini begitu kuat sekali dipengaruhi oleh catan
zaman klasik Greek-Rom.Pada catan ini David menggunakan satu arah cahaya yang
kontras bagi menunjukkan kontras diantara latar hadapan,latar tengah dan juga latar
belakang.Pakaian yang digunakan oleh figura pada catan ini digambarkan seolah-olah
figura ini berada pada zaman Rom.Susunan imej yang menegak dan melintang pada
catan ini juga seolah-olah ianya bagaikan satu pentas opera.
Bertolak dari kesedaran dan kuasa manusia,maka lahirlah era Romantisme. Era
ini adalah merupakan era yang dikenali sebagai era ekspresi emosi.Era ini bermula
dari tahun 1825 hingga tahun 1850.Osborne (1970) di dalam bukunya mentalrifkan
bahawa Romanticism itu adalah bermula dari perkataan Romances yang mana ia
adalah istilah yang popular dari cerita epik percintaan di kalangan penduduk
setempat.Romantisme ini juga merujuk kepada sikap pada seseorang pengkarya itu,di
mana perasaan dan emosi adalah lebih penting berbanding dengan alas an kenapa
sesuatu karya dihasilkan.
Kebanyakan hasil karya yang dihasilkan pada era ini lebih bertemakan pada
kebebasan bersuara hak individu.Subjek-subjek utama yang menjadi pilihan untuk
pengkarya adalah keindahan alam semula jadi,kehidupan masyarakat luar
bandar,masyarakat bawahan,figura-figura yang erotik dan juga sumber-sumber
peninggalan sejarah.Sebagai contoh,Francisco Goya adalah seorang daripada pelukis
yang terkenal pada era ini.Dalam catannya yang bertajuk The Third of May 1808 yang
dihasilkan pada 1814 dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas dan berukuran
89 x 134.

Catan ini adalah gambaran semula secara visual tentang peristiwa kekejaman
dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Napeleon di Puerto del
Sol,Sepanyol.Peristiwa pembunuhan dan kekejaman ini berlaku 2 hari bulan 3 bulan Mei
tahun 1808 di mana Napeleon telah mengarahkan askar-askarnya menembak setiap
rakyat tempatan yang berada di atas jalan raya.Goya menghasilkan catan ini dengan
menggunakan teknik cerah dan gelap bagi menimbulkan mood yang dramatic.Beliau
mengambarkan bagaimana askar-askar yang ganas dan kejam.Manakala imej igura
yang memakai baju putih di tengah-tengah rakyat Sepanyol yang ditembak itu pula ialah
pemimpin dan juga ketu kepada kumpulan pemberontak.Catan ini adalah antara catan
yang banyak meninggalkan kesan kepada rakyat Sepanyol terhadap kekejaman dan
penindasan yang dilakukan oleh tentera Napeoleon terhadap mereka.
Selaindaripada Goya,seorang lagi pelukis yang terkenal pada era ini adalah
John Constable.Beliau menghasilkan catan yang bertemakan alam semula jadi.Di
antara catan yang terkenal ialah The Hay Wain.Catan ini dihasilkan dengan
menggunakan cat minyak di atas kanvas.Karya tersebut mengambarkan tentang
landskap dan keindahan alam semulajadi England pada sekitar tahun 1800an.
Orvirk (1994) dalam catannya menulis Realisme ini bermaksud hasil seni yang
dihasilkan berdasarkan ideology,erotik dan juga nostalgia.Ia juga dihasilkan berdasarkan
kepada pengalaman dan pemerhatian sebenar.Era ini adalah merupakan lanjutan era
Romantisme,Cuma yang menbezakan diantara kedua zaman ini adalah pelukis sudah
berani mempamerkan hasil-hasil kerja mereka telah dihasilkan untuk berkongsi
pengalaman dan idea dengan masyarakat setempat.Gustave Courbet adalah
merupakan seorang pelukis yang terkenal pada era ini.Beliau berbangsa
Perancis.Dalam karyanya yang berjudul The Stone Breaker.Catan ini dihasilkan
dengan menggunakan cat minyak di atas permukaan kanvas.Dalam catan ini Courbet
dengan terang dan jelas sekali menolak prinsip-prinsip serta formula yang di praktik oleh
pelukis dari era Neo-Klasikal.Beliau tidak lagi berkarya serta terikat dengan subjek
sejarah dan juga keagamaan tetapi sebaliknya dalam catan ini beliau mengambarkan
bagaiman golongan bawahan bekerja keras membanting tulang empat kerat untuk
mencari rezeki seharian.
Saiz yang digambarkan dalam ctan ini adalah bersaiz sebenar bagi mendapatkan
impak yang maksimum dan juga penggunaan warna yang gelap dan suram yang mana
bertujuan untuk adalah bagi menimbulkan mood sebenar suasana tapak kuari.Beliau
juga merupakan pelukis yang pertama menyiapkan catan secara merujuk suasana
sebenar dari permulaan catan ini dihasilkan sehinggalah catan ini siap
sepenuhnya,Courbet juga percaya dengamerujuk terus kepasa suasana sebenar kita
akan mendapat merakamkan suasana yang natural dan bersahaja berbanding dengan
pelukis yang melukis di dalam studio yang bergantung sepenuhnya pada lakaran kasar
yang telah dibut sebelum itu.

Era ini adalah merupakan satu era yang paling besar perubahannya pada
pelukis yang menghasilkan catan khususnya.Impressionisme bermakan hasil catan
yang dihasilkan adalah berdasarkan pada apa yang sebenar dilihat depan mata
bukannya apa yang ditafsirkan oleh minda yang penuh dengan imaginasi.Pada zaman
ini pelukismenghasilkan catan berdasarkan pada pengamatan dan pemerhatian secara
terus pada suasana ataupun pada objek yang sebenarnya tanpa melakukan sebarang
penambahan serta pengubahsuaian.Subjek utama ang dilukis yang digambarkan dalam
catan adalah landskap dan alam semulajadi.Bagi mereka cahaya merupakan unsur
penting sekali bagi menimbulkan mood dan suasana pada suatu keindahan,Pegangan
teguh para impressionisme ialah iaitu cahaya adalah penentu kepada sesuatu keadaan
dan suasana,iaitu tanpa cahaya juga tidak akan wujud hari yang terang dan gelap.
Di antara pelukis yang terkenal pada era ini ialah Cloude Monet.Beliau
dilahirkan pada tahun 840,di bandar pelabuhan,Le Havre di bahagian Utara Perancis.Di
antara catannya yang terkenal adalah Impression Sunrise.Dalam catan Monet
tersebut beliau menggunakan warna yang sangat minimum dan sapuan berus yang
agak spontan dan kasar bagi menunjukkan latar depan,latar tengah dan latar belakang
di samping merakamkan suasana ketika matahari sedang terbit.Selain daripada
Monet,Pierre-Auguste juga merupakan salah seorang pelukis yang penting dalam era
ini.Contohnya catan beliau yang bertajuk The Luncheon Of The Boating Party yang
dihasilkan pada tahun 1881 dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas yang
bertemakan tentang aktiviti berparti di kalangan masyarakat Perancis di dalam sebuah
bot di dalam Sungai Seine.
Zaman Post-impressionist adalah merupakan zaman lanjutan daripada zaman
Impre ssionisme.Seorang pelukis dan juga pengkritik berbangsa Inggeris yang bernama
Roger Fry,telah pun menggelarkan kumpulan pelukis zaman ini seba gai PostImpressionisme.Istilah Post ini diambil sempena dengan nama satu kumpulan
pengkarya yang bergiat secara aktif pada akhir abad ke 18.Daripada catatan yang
dibuat oleh Roger Fry,Post-Impressionisme ini bermaksud pelukis tidak membuat
peniruan tetapi sebaliknya mereka mencipta bentuk.Mereka tidak meniru sesuatu objek
yang hidup tetapi mereka mencari persamaan dengan objek yang hidup.Di dalam
proses catan mereka,imej-imej yang digambarkan adalah secara logic dan nyata.Catancatan mereka berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan dan sebagaimana
objek-objek dari kehidupan yang sebenar mempengaruhi aktiviti-aktiviti seharian kita.
Subjek-subjek utama yang menjadi tumpuan para pelukis era ini ialah
landskap,figura manusia,alam semulajadi dan aktiviti-aktiviti seharian masyarakat
setempat.Walaupun mereka berkarya secara berkumpulan namun begitu gaya dan
corak catan mereka adalah berbeza antara satu sama lain.Setiap pelukis yang
menghasilkan catan yang mempunyai Gaya Peribadi dan pendekatan tersendiri.Pada
era ini juga ketika proses penghasilan karya,mereka lebih mementingkan penekanan
dan perhatian terhadap penilaian bentuk,(form).Penggunaan warna yang
kontras,penggunaan garisan kontur yang jelas dan rupa dan sapuan berus yang tepat

adalah antara ciri-ciri utama catan ini.Pada era ini juga lahirlah ramai pelukis-pelukis
yang tersohor di seluruh dunia dan kemasyuran ini keka sehinggalah ke generasi hari
ini.Di antara pelukis tersebut adalah seperti Vincent Van Gogh,Paul Gauguin,Georges
Seurat,Paul Cezanne,Henri de Toulouse-Lautrec,Edward Munch dan Henri Rousseau.
Contoh karya Geoges Seurat dalam catannya ialah A Sunday on La Grande
Jatte yang menggunakan teknik Pointilism dan antara hasil karya Van Gogh terkenal
ialah The Starry Night
Seni era Fauves ini bermula pada awal abad ke 19.Ianya bermula di
Perancis.Karya-karya daripada era ini banyak dipengaruhi oleh karya daripada zaman
Post-Impressionisme.Ianya merupakan aliran seni yang sangat mementingkan aspekaspek keindahan tanpa menitikberatkan pada makna ataupun mesej yang ingin
disampaikan.Menurut Acvirk (1994),istilah Fauves telah diberikan oleh seorang
pengkritik seni berbangsa Perancis yang bernama Louis Vauxcelless pada satu
pameran lukisan di kota Paris.Perkataan Fauves ini berasal daripada erkataan Perancis
iaitu De Fauves yang bermaksud binatang liar.Liar yang dimaksudkan disini ialah
merujuk kepada penggunaan sapuan berus serta warna dan garisan yang agresif pada
catan yang dihasilkan.
Subjek utama pada catan era ini adalh landskap,figura,pemandangan dalaman
dan juga alam benda.Antara cirri-ciri utama yang terdapat pada karya zaman ini ialah
penggunaan warna yang tanpa batasan,warna-warna yang digunakan adalh warna asal
yang tidak campur dengan mana-man warna sampingan yang lain,penggunaan sepuan
berus yang agresif dan karya yang dihasilkan lebih memetingkan kecantikan dan tidak
mempunyai mesej.Henri Matisse merupakan seorang pelukis yang terkenal pada era
in.Beliau juga merupakan pelopor yang utama dalam memperkenalkan era Fauves
ini.Dalam karyanya yang berjudul Joy Of Life yang dihasilkan pada tahun 1905-1906
dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas.
Dalam catan ini Matisse menggunakan warna-warna utma dan campuran warna
kedua bagi menimbulkan suasana yang erotik dan ghairah pada subjek utama yang
digambarkan.Beliau juga tidak mengambil berat tentang unsur ruang tetapi lebih
menumpukan pada penggunaan warna serta sapuan berus yang agresif.Di samping itu
juga beliau tidak memberi penekanan yang sempurna pada subjek figura yang
digunakan.Beliau menggunakan susunan warna-warna panas dan sejuk bagi
menghasilkan komposisi yang baik.Selain daripada Metisse seorang lagi pelukisayng
terkenal pada era ini adalah Andre dreain.Catan-catan yang dihasilkan oleh beliau
adalah bertemakan landskap dan pemandangan di pinggiran Sungai Reine di kota
Paris.Karya beliau banyak dipengaruhi oleh Vincent Van Gogh.Penggunaan sapuan
berus yang agresif dan juga penggunaan warna yang tidak terhad adalh cirri-ciri utama
hasil karya beliau.London Bridge adalah salah satu hasil karya beliau yang terkenal
yang menggunakan cat minyak di atas kanvas.

Menurut Orvirk (1994) Ekpressionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan
ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan
dalam bentuk visual untuk dikongsi bersama-sama dengan masyarakat.Pada era ini
pelukis menghasilkan karya dengan meluahkan perasaan yang terdapat dalam diri
mereka.Mereka juga berkarya mewakili perasaan masyarakat tentang ketidakpuasan
hati,rasuah,penindasan, kemiski nan dan juga keganasan.Era Ekpressionisme bermula
dan berkembang secara aktif di Jerman.Pelukis dari aliran ini terbahagi kepada du
kumpulan yang pertama kumpulan yang digelar The Bridge (die Brucke).Pelukis
Ekpressionis daripada kumpulan ini menghasilkan karya dengan mengenetepikan dan
menidakkan peraturan akademik.Mereka percaya dengan berkarya secara demikian
mereka telah Berjaya menghasilkan satu gaya dan aliran yang baru.Di antara pelukis
yang terkenal dari kumpulan ini ialah Street,Berlin.Catan ini menggunakan susunan
figura secara menegak dan menggunakan warna-warna gelap bagi mengambarkan
suasana suram dan sedih serta penggunaan sapuan
berus yang kasar menunjukkan masyarakat pinggir bandar mewah dan berkuasa
Kumpulan yang kedua digelar The Blue Rider(der blaue reiter).falsafah dan
pegangan daripada kumpulan ini adalah menyedarkan masyarakat tentang nilai-nilai
yang murni dan mesej yang baik pada hasil seni.Beliau percaya bahawa seni itu
merupakan satu replica perasaan dalaman seseorang.
Contoh catannya yang bertajuk Blue Mountain yang dipengaruhi oleh catan dari
era Fauves.Warna-warna utama yang tidak campur dengan sebarang warna lain serta
penggunaan sapuan berus yang agresif.Penggunaan warna terang dan gubahan
komposisi yang terancang menyebabkan catan begitu menarik sekali.Contoh catan yang
lain ialah catan yang berjudul With The Black Arch No:154.Catan ini adalah merupakan
gambaran beliau tentang perasaan dan juga penonton pada pentas kehidupan.Catan ini
juga gabungan daripada bentuk dan kombinasi warna panas dan warna sejuk bagi
mewujudkan satu komposisi yang menarik.Catan ini juga yang terawal yang mula
mengaplikasikan gaya abstrak.Di samping nolai estetik yang tinggi,catan ini juga
merupakan satu penggayaanbaru dalam penghasilan catan.Beliau juga merupakan
seorang pelukis yang sangat berpengaruh pada era ini.Malahan beliau juga dikenali
sebagai orang pertama menggunakan pendekatan nonrepretational dan juga pure
abstaraction
Era Kubisme ini adalah merupakan era yang banyakmempengaruhi dan menjadi
rujukan pelukis pada awal abad ke 20.dalam menghasilkan karya.Era ini bermula pada
tahun 1902.Danial Kahnweiler seorang pelukis Jerman merupakan peneraju utama era
ini.Menurut Sheppard (1987),Kubisme bermaksud pemecahan imej ataupun bentuk asal
kepada bentuk kiub yang dipermudahkan kepada abstrak.Era ini bermula selepas era
Fauvism.era Kubism ini juga dikenali sebagai iu kepada semua jenis seni abstrak.Ianya
adalah penggantian kesan visual imressionis dengan penukaran objek kea rah bentuk
dan warna yang berkonsepkan intelektual.Konsep Kubism ini adalah untuk

membebaskan bentuk daripada rupa semulajadi mengubahnya kepada satah-satah dari


pelbagai sudut pandangan.
Terdapat tiga ciri yang utama dalam konsep Kubism ini iaitu cahaya
terang,konsep permukaan atau latar belakang objek dari sudut pelbagai panda ngan
dan pengamatan dan mengambarkan bahagian yang terlindung.Era Kubism ini terdiri
juga daripada empat peringkat yang utama iaitu pertama,Proto-Ciubsm (19081908).Pada peringkat ini adalah peringkat awal bermulanya era Kubisme di mana catan
yang dihasilkan oleh Picasso da Georges Braque banyak dipengaruhi oleh karya dan
gaya Cezzanne dan Mattise.Bentuk dan imej yang digunakan dalam penghasilan catan
telah dipermudahkan.Pada peringkat yang kedua ialah Analitik (analytic) Cubisme
(1908-1911).Pada peringkat ini bentuk asal imej telah dipecahkan kepada satah-satah
berbentuk geometric.Sudut pandangan 360 darjah pada objek telah di gambarkan di
samping penggunaan warna monochromatic.Pada peringkat Kolaj (1902-1912),iaitu
peringkat ke tiga ini pelukis menjadikan alam benda sebagai tema.Pelukis
menggunakan teknik tempatan yang dinamakan kolaj.Keratan akhbar dan majalah
dipotong dan dijadikan bahan untuk menghasilkan karya.Dan peringkat terakhir ialah
Sintetik Cubisme(1912-1930) yang mana pada peringkat ini pelukis mengambarkan
kembali bentuk asal imej yang digambarkan dengan menggunakan warna-warna yang
cerah dan terang.
Tema yang digunakan dalam era Kubisme ini ialah berkisar pada reality
kehidupan dan fakta yang sebenar.Pelukis pada zaman ini tidak menghasilkan karya
yang bersifat revolusi,politik,propaganda ataupun mengkritik seseorang. Mereka juga
menggambarkan imej yang digunakan dalam sudut pandangan 360 darjah.Seorang
pelukis yang terkenal juga dikenali sebagai bapa Kubism dan juga Bapa
Kepelbagaian(Master of Cubisme and Master of Diversiity) adalah Pablo
Picasso.Beliau dilahirkan di Malaga,Sepanyol pada tahun 1881.
Beliau juga terlibat dalam beberapa era seperti Blue Period,Rose Pink
Period,Realism dan Surelism.Di antara catan beliau yang terkenal ialah Les
Demoiselles D Avignon yang menggunakan cat minyak.Catan-catan beliau banyak
dipengaruhi oleh pelukis-pelukis dari zaman Impressionist dan zaman PostImpressionist.Dalam catan ini imej-imej figura manusia telah diubah oleh Picasso dari
bentuk asal kepada bentuk geometrik.Beliay cuba memecah tradisi klasikal,gambaran
figura secara realistic kepada bentuk geometric.Di samping itu juga beliau menghasilkan
mural.Contoh mural yang terkenal ialah Guernica.Arca daripada bahan-bahan
buangan juga dihasilkan.Selain Picasso,Georges Braque juga pelukis terkenal pada
zaman ini yang mana merupakan anak didik Picasso.
Era Futurism adalah merupakan kesinambungan dari era Kubism.Subjek dan
tema yang digunakan oleh pelukis pada era ini adalah pergerakan manusia dan
mesin.Mereka juga menggambarkan kembali tentang keindahan dan kecanggihan
teknologi.Diantara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah Giocomo Balla yang

berasal dari Itali.Dalam catannya yang berjudul Dynamism of Dog on a Leash,beliau


menggambarkan pergerakan yang begitu ketara dan terserlah sekali pada subjek yang
digunakan.
Catan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minya di atas permukaan kanvas
yang dihasilkan pada tahun 1912.Dalam catan ini Balla menghasilkan catan yang
menunjukkan pergerakan pada imej dan objek yang digunakan.Pada era kini pelukis
tidak lansung mempedulikan tentang penggunaan warna dalam proses penghasilan
catan.Bagi mereka,perkara yang paling penting adalah gambaran pergerakan
berbanding dengan elemen-elemen seni visual yang lain.Pelukis lain yang terkenal pada
era ini ialah Marcel Duchamp,Umberto Boccioni dan Etienne-Jules Marey.
Seni abad ke 20 ini adalah merupakan kesinambungan penambahan dan
perkembangan aliran era seni daripada abad ke 19 di negara-negara Barat dan juga
negara-negara Eropah.Di abad ini jugalah pelukis,penulis,jurugambar bergabung bagi
menyuarakan
bantahan
dan
menyalurkan
ketidakpuasan
hati
kepada
pemerintahan.Mereka menjadi orang perantaraan di antara masyarakat bawahan dan
golongan pemerintah.Seni pada abad ke 20 ini terdiri daripada era Dadaism,era
Surrealism,era Seni Pop dan era Minimilisme.Kebanyakan catan yang dihasilkan pada
zaman ini adalah bertemakan kearah protes,kritikan serta luahan ketidakpuasan pada
pihak pemerintah dan perjuangan kepada kebebasan serta demokrasi.
Era Dadaisme ini adalah merupakan permulaan kepada catan yang dihasilkan
untuk tujuan memprotes secara terbuka terhada kekejaman yang berlaku semasa
perang dunia pertama.Da,Da bermaksud Ya,Ya(yes,yes).Pelukis pada era ini meluahkan
apa yang mereka rasa bukannya gaya individu seperti era sebelumnya.Menurut
Janco,M Dadasime ini bukannya satu tempat di mana para pengkarya belajar untuk
menghasilkan catan,tetapi ianya adalah satu era yang memberikan amaran yang tegas
di sampingmenidakkan unsur-unsur nilai yang menidakkan kebiasaan serta
spekulasi.Ianya adalah satu bentuk luahan protes yang digambarkan melalui semua
bentuk seni.Pada era Dadaisme ini juga pelukisnya menolak semua unsur-unsur di
sekeliling.Mereka cuma menerima nilai-nilai estetik sahaja.Di antara subjek yang
digunakan bagi menghasilkan karya pada era ini adalah figura manusia dan alam
benda.Di antara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah Marchel Duchamp.Karya
yang berjudul L.H.O.O.Q.,dihasilkan berdasarkan pada catan Monalisa yang dihasilkan
oleh Leonardo Da Vinci.
Catan ini merupakan pandangan dan luahan rasa beliau terhadap hasil
seni.Beliau menghasilkan karya tersebut seolah mempersendakan potret Monalisa
dengan menambahkan misaim dan janggut pada potret tersebut seolah-olah ia satu
penghinaan terhadap karya agung Leonardo.Duchamp berpendapatbahawa itulah cara
baginya untuk menghargai sebuah potret yang teragung.Teknik photomontage yang
dicetuskan pada era Kubism telah diterokai dan dikembangkangkan dengan kreatif
sekali oleh Hannah Hoch dalam catan-catannya kemudian.Beliau adalah merupakan

seorang pelukis yang terkenal dengan karya yang bertemakan pada sindiran terhadap
isu-isu masyarakat sekeliling.Teknik ini adalah merupakan gabungan di antara gambar
foto dengan penambahan objek lain pada gambar tersebut.
Era ini merupakan pecahan serta lanjutan daripada era Dadaism.Pada tahun
1920 sekumpulan penulis dan pelukis telah berkumpul serta mengadakan satu seminar
tentang minda dan pemikiran di bawah sedar.Bertolak dari situlah wujudnya era
Surrelisme ini.Mereka mengadakan satu perdebatan tentang minda di bawah sedar dan
imaginasi.Mereka telah mengambil kira pendapat Singmund Freud,seorang ahli
psikologi dan falsafah yang menulis berkenaan minda bawah sedar ini.Bertolak daripada
situlah pada tahun 1942 mereka telah bersetuju untuk melancarkan era Surrelisme ini di
Paris.Manifesto era ini adalah setiap catan yang dihasilkan adalah berdasarkan pada
idea dan pemikiran di bawah sedar di alam mimpi dan juga di alam fantasi.
Di antara pelukis yang terkenal pada era ini ialah Salvador Dali dan Joan
Miro.Kedua pelukis ini berasal dari Sepanyol.Kedua-dua orang pelukis ini mempunyai
pendekatan dan gaya individu yang berbeza.Di antara catan yang terkenal pada era ini
ialah berjudul The Persistence of Memory yang dihasilkan oleh Salvador Dali.Ianya
dihasilkan pada tahun 1931 dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas.Catan ini
adalah gambaran Dali tentang ruang dalaman dan ruang ilusi beliau tentang pentingnya
masa dan nostalgia masa lampaunya.Imej jam lembut dan hampir cair mewakili masa
dan juga pengalaman lampaunya.Beliau juga menggambarkan alam semula jadi di
bahagian belakang nagi menunjukkan ruang dalaman yang jelas dalam catan ini.Di
samping itu juga menggunakan gabungan warna panas di bahagian latar belakang dan
warna sejuk di bahagian latar depan bagi menunjukkan perbezaan ruang hadapan dan
ruang belakang.
Dali juga menggunakan pendekatan secra realisme pada setiap objek yang
digambarkan dalam catan ini.Pendekatan beliau ini dikenali sebagai representasi
Surrelisme,berbeza pula dengan catan yang dihasilkan oleh Joan Miro.Beliau
menggunakan pendekatan yang dikenali sebagai abstraj Surrelisme.Di antara
catannnya yang terkenal ialah Women Haunted by the Passage of the Dragon-Fly,Bird
of Bad Omen(juga dikenali sebagai Nusery Decoration yang dihasilkan pada tahun
1938.
Era seni pop ini adalah merupakan satu era yang menggunakan imej dan subjek
yang popular dan terkini.Perkataan Pop itu adalah merupakan singkatan bagi perkataan
popular.Era ini sangat terkenal dari dahulu sehinggalah sekarang ianya masih lagi
menjadi rujukan pelukis generasi sekarang.Catan yang dihasilkan pada era ini
kebanyakannya lebih menjurus kepada bentuk periklanan dan komersial.Pada era ini
pelukis menggunakan cetakan sutera da air-brush sebagai media untuk menghasilkan
karya.Era ini sangat popular di London dan Amerika Syarikat di sekitar tahun
1950an.Richard Hamilton seorang pelukis yang popular pada era ini mengatakan
bahawa seni Pop itu selaunya akan dikaitkan dengan perkara-perkara berikut iaitu

popular,Transient,Expendable,Low-cost,MassProduced,Yong,Witty,Sexy,Gimmicky,Glamorous dan Big Bussiness.


Dalam catannya yang berjudul Just What Is It That Make Todays Home So
Different,So Appealing? Yang dihasilkan dengan menggunakan teknik collage.Catan ini
menggunakan imej-imej yang diambil dari budaya popular dalam masyarakat
seharian.Penggunaan imej figura manusia lelaki serta wanita yang berkeadaan seksi
dengan gaya fesyen semasa,tanda-tanda iklan dan potret presiden Amerika yang
tergantung di situ.Keseluruhan imej yang digunakan adalah merupakan gambaran
terhadap masyarakat dan corak kehidupan social masyarakat Amerika ketika
itu.Penggunaan ski warna-warna yang cerah juga merupakan ciri-ciri lain yang terdapat
pada catan era seni pop ini.Di samping itu seni pop ini juga merangkumi hasil karya
berbentuk komik,jenama barangan yang terkenal,papan tanda iklan,surat
khabar,wayang dan juga televisyen lagi pelukis yang terkenal pada zaman kemuncak
kegemilangan era ini ialh Andy Warthol.
Hasil karya yang dihasilkan oleh beliau masih lagi popular sehingga kini.Imej
popular yang digunakan pada catannya termasuklah gambar selebriti terkenal Elvis
Presley dan Merilyn Monroe.Penggunaan jenama makanan seperti Campbell Soup dan
juga pakaian Levis menjadi pilihan beliau dalam menghasilkan karya.Karyanya yang
berjudul Marilyn dihasilkan beliau pada tahun 1967 dengan menggunakan teknik
cetakan Serigraph di atas kertas.
Dalam catan ini Warhol menggunakan imej Marilyn Monroe sebagai imej
utama.Pada masa itu Marilyn adalah merupakan seorang pelakon dan penari yang
sangat popular dan Berjaya.Beliau menggunakan skim warna feminine seperti warna
merah cerah dan hijau muda bagi mencerminkan sifat-sifat kewanitaan yang lembut dan
cantik.Pelukis pop yang lain pada masa ini ialah Jasper Johns dan Roy Lichenstein.
Era seni minilisme ini adalah merupakan era di mana penggiat seni
menghasilkan karya mereka dengan mengurangkan dan mengecilkan saiz imej utama
yang mereka gambarkan.Kebanyakan catan yang dihasilkan tidak memetingkan imej
yang digunakan sebaliknya mereka lebih memetingkan unsur psikologi dan symbol.Era
ini pada awal tahun 1960an.Penggunaan skim warna juga sangat terhad pada era ini.Di
antara pelukis yang popular pada zaman ini ialah Frank Stella,Donald Judd dan Kasmir
Malevich.Malevich adalah di antara pelukis yang Berjaya mencipta nama standing
dengan Van Gogh dan juga Jackson Pollock.Di antara karyanya yang terkenal ialah
Suprementist Composition: White on white yang menggunakan cat minyak atas
kanvas.Dalam catan ini beliau menggunakan pendekatan yang dipanggil minimal value
di mana dia menggunakan tone putih sahaja sebagai nilai pada catannya.Uniknya
tentang catan ini ialah beliau menggunakan dua bentuk saja iaitu bentuk segi empat
segi sebagai latar belakang pada catan itu manakala bentuk empat segi kecil sedikit
saiznya daripada latar belakang diletak di bahagian hadapan.

Bagi menampakkan kontras dua bentuk ini Malavich menggunakan tone putih
yang sedikit gelap pada bentuk diatasnya.Pertukaran nilai tone pada bentuki yang
digunakan itu adalah merupakan konsep utama yang ingin ditonjolkan oleh beliau.

VINCENT WILLIEM,VAN GOGH

Van Gogh, Vincent Willem (1853-1890), Dutch merupakan salah seorang pelukis
yang terkenal. Van Gogh dilahirkan di Zundert, Netherlands , pada 30 Mac, 1853, iaitu
juga merupakan anak lelaki kepada ahli politik,Theodorus van Gogh. Kebanyakan masa
hidup beliau berorientasikan kerjaya di gereja berbanding d dalam kesenian seperti
melukis; dan beliau telah menjadi pelukis sepenuh masa pada tahun 1880-1881,
semasa berumur 27. Kebanyakan daripada ahli keluarga Van Gohg ,adalah ketua
kepada kesenian dan, selepas tamat pengajian di sekolah pada tahun 1869, beliau
menyertai firma Goupil & Co. di Hague , di mana pakciknya bekerja. Pada awal 1870,
beliau berpindah ke London dan Paris yang mana salah sebuah cawangan di sana.
Walau bagaimanapun,pada tahun 1876, beliau telah disingkirkan, ini adalah kerana ada
pegangan agama di sana mengatakan bahawa beliau tidak sesuai dengan kehidupan
beliau sekarang.
Selepas ituVan Gogh ke England untuk mencari pekerjaan seperti guru.Bermula
di Ramsgate,selepas itu di Kent dan akhir sekali di Islewort berdekatan London. Beliau
mengajar di sekolah pada hari Ahad dan sekali sekala beliau juga memberikan khutbah
tetapi beliau masih tidak mendapat pekerjaan tetap jadi beliau mengambil keputusan
untuk berpindah ke Netherlands untuk melanjutkan pelajaran sebagai permulaan ke
universiti, dimana mempelajari theology iaitu berkenaan pendapat atau pandangan
tentang agama. Walaubagaimanapun ini juga membuatkan beliau tidak puas hati dan
berharap untuk mempraktikkan demi kepercayaan agamanya,oleh itu beliau telah
menjadi seorang mubaligh kristian di Borinage,iaitu salah satu industri perlombongan
yang teruk di Belgium.Dari situ juga Van Gogh gagal kerana Persatuan Mubaligh telah
berwaspada tentang fanatisme beliau oleh itu beliau gagal untuk meneruskan kerjaya
Lebih kurang tahun 1881 dimana pada masa itu beliau hidup dalam kemiskinan
di Borinage,Van Gogh berminat untuk beralih kepada kesenian berbanding gereja dan
selepas beliau menziarahi pelukis iaitu Jules Breton dan selepas itu Van Gogh diambil
sebagai model.Pada tahun 1881,beliau kembali kepada kehidupan dahilu bersama ibu
bapa beliau,sekarang menetap di Brabant dan menumpukan kerjayanya sebagai pelukis
professional.Beliau memperoleh kemahiran tersebut dengan belajar sendiri,berdasarkan
pengumpulan gambar daripada Millet.Pada awalnya,dia bekerja dengan perlahan-lahan
sehingga lama kelamaan beliau menunjukkan sedikit keaslian dan juga kemahiran dan
teknik dan selepas itu beliau telah menjadi terkenal.Dari situ, Van Gogh telah mendapat
sokongan kewangan daripada abangnya Theo,yang juga bekerja untuk Goupila beliau
dapat meneruskan kehidupan seharian dan idea dalam pekerjaannya
Konflik antara ayah beliau iaitu Led Van Gogh menyebabkan beliau
meninggalkan The Hague lewat tahun 1881.The Huge adalah pusat lukisan Dutch pada
masa itu dan disinalah Van Gogh menerima mendapat pengetahuan tentang lukisan
daripada saudaranya,Anton Mauve.Van Gogh menumpukan tentang pengenalan lukisan
figura,terutama sekali daripada seorang perempuan iaitu Sien Hoomik dan
anaknya.Salah satu daripada lukisan kegemaran beliau
semasa itu ialah

Sorrow(1882,Rijiksmuseum van gogh Amsterdam) yang mana Sien dijadikan sebagai


model.
Selepas hibungannya dengan Sien Hoomik putus,van gogh brharapan bahawa
mendapat inspirasi baru berseorangan di Drenthe,Netherlands di mana beliau berpindah
pada tahun 1883.Kekecewaan telah dihadapinya semasa memperkenalkan beberapa
lukisan beliau walaubagaimanapun beliau menumpukan dalam penulisan untuk
Theo.Pada Desember 1883,beliau pulang kepada ibu bapanya yang pada masa itu di
Nuenen berdekatan Eindhoven di mana beliau tinggal sehingga November 1885.Di sini
beliau memulakan menghasilkan hasil karyanya yang dia rasakan bernilai untuk
pameran atau untuk dijual.
Karya yang paling terkenal pada masa itu ialah The Potato Eaters
(1885,Rijksmuseum van Gogh,Amsterdam) menunjukkan di satu kawasan pedalaman di
mana para petani sedang makan makanan yang murah harganya dan memperlihatkan
simpati .Dalam warna kegelapan dan gaya yang sebenar lukisan Van Gogh
berjaya.Selain itu karya lain yang juga penting ialah Open Bible Extinguished Candle
and Novel.
Selepas masa yang singkat menetap di Antwerp pada tahun 1885 dan
1886,beliau telah membuat keputusan untuk meninggalkan Netherlannds dan tinggal di
Paris.Di sana,beliau tinggal bersama Theo dimana merupakan seorang yang menjual
lukisan impressionist seperti Claude Monet dan Camille Pissarro.Pada jalan ini beliau
telah menjadi popular dengan pelbagai gaya pergerakan dan beliau mula unuk
meninggalkan warna hitam dan banyakkan warna yang terang.Beliau sangat begitu
terpengaruh oleh gaya Pointilist iaitu daripada Georges Seurat di mana teori ini
merupakan menggunakan beribu-ribu titik yang berbeza warna.Pengaruh ini dapat
dilihat dalam potret Julien-Franagois Tanguy (1887-1888,Museum Rodin,Paris) yang
mana menggunakan jalinan pendek yang menggunakan warna yang terang.Satu lagi
sumber inspirasi van gogh ialah karya jepun yang mana garisan yang jelas dan kuat dan
warna sewarna.Beliau juga meminati gaya yang abstrak seperti Paul Gauguin.
Untuk merealisasikan impiannya,Van Gogh berhijrah ke Arles di Provence pada
tahun 1888 dimana beberapa karyanya yang terkenal yang menggunakan warna
warna yang terang dan gaya ekpressionis.Ini termasuk lukisan bunga matahari dimana
semuanya dirancangkan untuk menghiasi Yellow House dimana rumah beliau sewa
pada masa itu.Beliau juga mahu membentuk masyarakat melalui lukisannya dan lewat
pada tahun 1888 beliau memujuk
Gauguin untuk meninggalkan Brittany dan
menyertainya di Arles.Walaubagaimanapun perangai mereka tidak sesuai antara satu
sama lain menyebabkan kerjasama antara mereka berakhir dalam perselisihan faham
antara Van Gogh .Gauguin meninggalkan Arles tetapi mereka masih berhubung.
Kesihatan mental Van Gogh merosot dari tahun 1888 dan pada Mei 889
beliau ditempatkan di rumah perlindungan di Saint-Racmy berdekatan Arles.Di antara

masa kesakitan beliau,beliau sempat lagi memperkenalkan lukisan yang berunsur


ekspressionis.Ini ternasuklah karya terkenal, Irises telah dijual di Sothebya New York di
1987 yang telah mencapai rekod 49 milion dan Starry Night (1889, Museum of Modern
Art,New York.Karyanya terpengaruh ekkpressionis dan Edvard Munch.Pada akhir 2 dan
setengah hidupnya van Gogh tinggal di Auvers-sur-Oise berdekatan Paris dimana dia
dijaga oleh Dr Paul Gachet seorang homeopati yang berminat karya van Gogh yang
popular.Beliau menggambarkan lukisan kerana melalui hidupnya menunjukkan lukisan
di kampung dan kawasan lading gandum.Crows in a Whefield(1890).Selepas serangan
tekanan van Gogh meninggalkan pada 27 Julai 1890.Abangnya Theo juga meninggal
disebabkan sakit mental selepas Van Gogh 6 bulan selepas itu.

Anda mungkin juga menyukai