Anda di halaman 1dari 33

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

TAJUK 1 PENGENALAN SEJARAH SENI BARAT

1.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami Pengenalan
Sejarah Seni Barat. Dalam unit ini, pelajar akan dipandu untuk mengenal mengenai
lukisan gua dan artifak Pra Sejarah dan membanding beza perkembangan karya seni
mengikut perkembangan zaman aliran-aliran seni abad ke 17 hingga ke 20
(Renaissance, Baroque, Klasikisme, Romantisme, Impressionisme, Post Impresionisme,
Kubisme, Ekspresionisme, Dadaisme, Futurisme, Surrealisme, Minimalisme, Pop Art).

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Mengenalpasti sejarah dan imej seni visual pra sejarah barat.


ii. Membanding beza perkembangan karya seni mengikut perkembangan zaman
iii. Menghubungkait dan menganalisis aliran pemikiran Seni Barat abad ke 17 hingga ke
20.

1.3 Pra Sejarah

Merujuk Wikipedia, seni pra sejarah adalah seni lukis berkait dengan gambar.
Peninggalan-peninggalan prasejarah memperlihatkan bahawa sejak ribuan tahun yang
lalu, nenek moyang manusia telah mula membuat gambar pada dinding-dinding gua
untuk menggambarkan bahagian-bahagian penting dari kehidupan. Sebuah lukisan
atau gambar dihasilkan dengan menggunakan bahan atau medium yang sederhana
seperti arang, kapur, dan lain-lain. Salah satu teknik terkenal gambar prasejarah yang
dilakukan orang-orang gua adalah dengan menempelkan tangan di dinding gua, lalu
menyemburnya dengan kunyahan dedaunan atau batu mineral berwarna. Hasilnya
adalah capan tangan berwana-warni di dinding-dinding gua yang masih boleh dilihat
hingga saat ini. Lukisan pra sejarah kebanyakan dibuat di atas kawasan mendatar
seperti dinding dan lantai. Ia juga dikenali sebagai lukisan dua dimensi.

1
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Objek yang sering muncul dalam karya-karya pra sejarah adalah manusia, binatang,
dan objek alam seperti pohon, bukit, gunung, sungai, dan laut. Bentuk dari objek yang
digambar tidak sama dengan yang asal yang disebut imej dan ia dipengaruhi oleh
pemahaman si pelukis terhadap objeknya. Misalnya, gambar seekor haiwan dibuat
dengan kedudukan tanduk yang luar biasa besar dibandingkan dengan ukuran tanduk
yang asli. Pengolahan imej ini dipengaruhi oleh pemahaman si pelukis yang
menganggap tanduk adalah bahagian paling menonjol dari seekor haiwan. Oleh itu,
pengolahan mengenai sesetengah objek menjadi berbeza-beza bergantung kepada
pemahaman budaya masyarakat di daerah tertentu.

Pada suatu ketika, ada orang-orang tertentu dalam satu kelompok masyarakat
prasejarah yang lebih banyak menghabiskan masa untuk menggambar daripada
mencari makanan. Mereka mula semakin mahir membuat gambar dan mendapati
bahawa bentuk dan susunan rupa tertentu, apabila disusun dan diolah, akan nampak
lebih menarik untuk dilihat daripada biasa. Mereka mula merasakan kehadiran nilai-nilai
keindahan dalam kegiatan mereka dan terus melakukan aktiviti tersebut sehingga
mereka menjadi semakin mahir. Mereka adalah seniman-seniman yang pertama di
muka bumi dan pada saat itulah kegiatan menggambar dan melukis mulai condong
menjadi kegiatan seni.

1.3.1 Lukisan Gua

Lukisan atau simbol-simbol yang terdapat di dinding-dinding gua adalah asal-usul


bahasa tulisan. Lukisan gua yang pertama ditemui adalah di Perancis dan kemudian
ditemui di pelbagai pelusuk dunia. Lukisan Lascaux adalah lukisan dinding yang terletak
di gua Lascaux di Dordogne di Perancis. Lukisan dinding ini menggambarkan banyak
spesies haiwan dan gambar manusia yang dilukis dengan warna tanah berwarna coklat,
hitam, kuning dan merah.

Warna-warna ini dihasilkan dari oker, hematit, dan mangan yang digambarkan pada
permukaan dinding batu kapur yang berwarna putih. Seniman Lascaux menciptakan
gambar-gambar ini dengan cara menggambar garis dasar dan mewarnainya dengan
warna-warna tersebut.

2
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Lukisan Lascaux merupakan salah satu karya seni Paleolitik yang paling terkenal.
Seniman prasejarah dapat menciptakan ilusi gerakan dan merakamkan intisari dari
suatu spesies dengan agak melebih-lebihkan figur karakternya.

Beberapa lukisan tersebut adalah lukisan seladang yang berada pada lokasi gua yang
dinamakan Ruangan Seladang yang Berlari. Lukisan ini dilukis sekitar 15.000 SM-
13.000 SM. Lukisan di atas batu kapur ini kelihatan bercampur dengan lukisan pelbagai
jenis haiwan kerana seniman gua Paleolitik tidak pernah menghapus gambar terdahulu
sebelum melukis lukisan yang baru. Seladang-seladang pada dinding ini digambarkan
seolah-olah sedang mendaki bukit.

Menurut teori, lukisan ini dibuat sebagai simbol penangkapan haiwan dan kemudian
digambarkan rupanya di dinding gua. Salah satu lukisan yang memiliki interpretasi yang
berbeda adalah lukisan Kuda Cina yang memiliki gambar menggelembung yang
kemungkinan kuda betina yang sedang bunting. Ia dikenali sebagai Kuda Cina kerana
menyerupai kuda seramik dari Dinasti Han. Berdekatan dengan gambar kuda itu pula,
terdapat dua ilustrasi yang kelihatan sendeng dan hampir sama dengan leher kuda dan
yang satu lagi di bahagian bawah perut kuda. Ilustrasi ini menggambarkan tanaman
atau anak panah. Namun tidak diketahui mengapa tanda-tanda itu diletakkan
berdekatan kuda sehingga menyulitkan untuk mengapresiasikan karya zaman Paleolitik
tersebut.

Lukisan sapi Lascaux

3
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Kuda Lascaux

1.3.2 Artifak

1.4 Aliran-aliran Seni Barat Abad ke-17 hingga 20

Perkembangan seni barat bermula dari kegiatan-kegiatan di gereja, badan-badan


keagamaan dan badan-badan kegiatan seni berasaskan agama. Situasi sedemikian
berlaku hingga ke akhir abad ke -16. Oleh itu sukar untuk ditemui artis untuk
diketenahkan. mereka lebih merupakan seniman gereja dan berjuang untuk kepentingan
agama. perkembangan seni dalam Zaman Pertengahan seperti Christian Art,
Romanesque Art, Medievel Art, sehinggalah pada awal seni zaman Renaissance.
pengaruh dan ciri-ciri keagamaan jelas didapati.

Perubahan-perubahan gaya persembahan seni barat terutama dalam karya catan dapat
dikesan bermula dalam zaman Renaissance peringkat tinggi dan zaman gaya Baroque.
Dalam abad ke-18 dan sebahagian abad ke 19, gaya seni lebig menekankan nilai estetik
yang memartabatkan akal manusia. gayaan seni jenis ini lebih bersifat akademik yang
dikenali sebagai Gaya Klasik. sementara itu, beberapa orang artis yang terlaatih secara
gayaan klasik seperti Delacroix dan Corot di Perancis, Constable dan Turner di England
telah lari dari ikatan akademik dan gaya klasik. mereka telah membuat berbagai
percubaan dalam catan yang berasaskan kepada estetik dan teori yang berlainan dari
4
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

teori klasik / akademik. dalam banyak hal, mereka merupakan angkatan pelukis yang
bertindakbalaas terhadap prinsip akademik. hasil dari percubaan catan mereka,
wujudlah satu aliran iaitu Romantism yang bertanggapan bahawa seni adalah satu cara
pernyataan emosi peribadi. Gaya kalsik dan Romantisme inilah lazimnya menjadi titik
tolak apabila membicarakan seni moden barat dalam abad ke 19.

1.4.1 Renaissance

(a) Bermaksud kelahiran semula (re-birth) atau zaman cahaya / keemasan/ kegemilangan
(b) Berkembang di Eropah dalam abad ke 14 khususnya dalam bidang kesenian.
Seterusnya berkembang ke semua bidang (spt sains, filosofi dan sebagainya) dalam
abad ke 16

Renaissance membawa erti;


(a) Meningkatkan minat di kalangan orang barat terhadap catan, seni arca dan seni bina
(b) Raja-raja dan kaum bangsawan menghiasi istana dan mahligai mereka dengan karya
seni yang cantik dan bermutu
(c) Gereja-gereja juga dihiasi dengan seni catan dan arca serta dibina dengan kemahiran
seni bina yang mengkagumkan
(d) Pelukis-pelukis menjadi sanjungan masyarakat - dan berada pada darjat tertinggi.

Ciri-ciri renaissance
(a) Manusia sebagai pemusatan/ tumpuan
(b) Idea peniruan - penumpuan kepada saint dan anthony
(c) Falsafah baru
(d) Menggunakan perspektif, ruang dan lain-lain unsur seni

Renaissance terbahagi kepada 3 bahagaian;


(a) Renaissance awal di Italy (The Renaissance in Florence)
(b) Renaissance Pertengahan di Italy (The Renaissance in Vanice)
(c) Renaissance di Utara (Northern Renaissance)

5
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Mona Lisa - Leonardo da Vinci


(1503) Minyak atas kanvas
The Louvre Paris

Latihan:

Seni catan di Barat telah mengalami perubahan perubahan aliran pada setiap zaman.

Banding beza 5 ciri gaya catan Aliran Impressionism, Post Impressionism dan Renaissance .

1.4.2 Baroque

Walaupun seni Baroque merupakan satu gayaan seni tetapi ia juga dimaksudkan
sebagai Period Budaya Eropah bagi abad ke 17 hingga ke 18. Baroque bermula di Italy
beberapa ketika sebelum tahun 1600. Ia juga dikenali sebagai zaman Renaissance
Tinggi (The High Renaissance). Karya pada zaman Renaissance Tinggi menumpukan
kepada gaya illusionistic iaitu karya yang menuju ke arah realistik yang unggul dan
meninggalkan kesan mendalam kepada pemerhati.

Selepas era Renaissance Tinggi, pelukis Italy sampai pula ke suatu era Mannerism iaitu
berubah dari Ilusionistic kepada karya yang menumpukan komposisi, aksi, warna dan
cahaya.

6
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Baroque dalam bahasa Portugis membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi
indah.

1.4.5 Klasikisme

1.4.6 Romantisme

1.4.7 Impressionisme

Satu aliran seni yang menumpukan kepada konsep cahaya dan kesannya
terhadap objek yang dilihat. Pelukis-pelukis aliran ini cuba menggambarkan kesan
pembalikan cahaya itu seperti yang dilihat tanpa mencampurkan warna terlebih dahulu
di dalam pallete. Warna-warna bertindan-tindih antara satu sama lain di atas kanvas.

Artis Impresionism:
Edward Manet (1823-1883)
Cloude Monet (1840-1926)
Renoir (1841 - 1919)
Pissaro (1830)- 1903)
Sisley (1839-1894)
Georges Seurat (1859-1891)
Edgar Degas (1834-1917)

7
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Georges Seurat Sunday Afternoon on the Island of La


Grande Jatte, 1884-86. Oil on canvas

1.4.8 Post Impresionisme

Istilah dipopularkan oleh Roger Fry bagi menyatakan tentangan terhadap artis
aliran Impressionism yang hanya melukis apa yang dilihat terutamanya mengenai
cahaya bukan apa yang menggerakkan alam pemikiran

Ciri-ciri Post Impressionism


(a) Mencipta bentuk bentuk bukan meniru bentuk
(b) Seni adalah kejelasan logik tentang struktur
(c) Karya Seni bukan sains tulen tetapi adalah seni
(d) Tidak harus berlaku seperti era Impressionism yang berlandaskan
hukum pembalikan cahaya tetapi harus dapat memberikan ruang
penyataan diri

The Starry Night


Vincent Van Gogh
1889

8
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

1.4.9 Kubisme

Kubisme dianggap satu aliran tulin abad ke 20. Ia tidak lagi terikat dengan kongkongan
tradisi catan. Model atau realiti luaran tidak diperlukan kerana catan itu sendiri
merupakan realiti. satu pembaharuan dalam pembinaan bentuk dan ruang dalam catan
iaitu perkembangan dari idea yang mana menganggap bahawa struktur geometri adalah
asas kepada bentuk yang terdapat di alam semulajadi. Kubisme menganggap seni
sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Ia juga cuba
menyelesaikan permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi dengan keinginan untuk
mengekalkan sifat-sifat 3 dimensi. Dalam zaman ini, banyak mengaplikasikan
penggunaan bentuk dan satah geometri.

Zaman ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Analitik (1909-1912) menumpukan
kajian struktur dan persembahan simolltenous menggantikan penampilan permukaan
(surface appearance) yang berlaku sebelum wujudnya Kubisme dan Syntetic.

Empat peringkat Kubisme adalah:


Proto Kubisme (1902-1908)
Analitik Kubisme (1908- 1911)
Kolaj (1910 1912)
Synthetic Kubisme (1912 1930)

Artis yang terkenal pada zaman ini ialah:


Pablo Picasso
Georges Braque
Duchamp Villon

Cezanne dianggap sebagai penggerak kepada aliran seni baru. Ia melihat seni tidak
harus terikat dengan alam benda atau persekitaran. Seni harus boleh menjangkau lebih
jauh dari jangkauan pengamatan. Ia harus bersifat baru dan bersedia ke arah
kemungkinan-kemungkinan. Usaha Cezanne untuk memecahkan tradisi realisme
kurang berjaya. Walau bagaimanapun, Pablo Picasso dan Braque telah dapat

9
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

memecahkan tradisi realisme yang bertitik tolak dari apa yang dapat dilihat kepada
penyelesaian permasalahan 3 dimensi ke atas ruang 2 dimensi.

Banyak perubahan besar telah berlaku dalam lukisan Kubisme. Pelukis Kubisme tidak
melihat dan melukis dari satu sudut pendangan sahaja kerana kenyataan yang dibuat
oleh pandangan mata, kadangkala atau tidak semestinya sama dengan kenyataan
sebenar. Pandangan dan kenyataan terhadap bumi menjadi berbeza apabila kita berada
pada aras pandangan yang berbeza. Kenyataan tentang rupa bumi yang sebenar,
menjadi suatu kenyataan pandangan yang berbeza apabila berada dari udara. Kubisme
cuba menyelesaikan realiti sebenara kepada permasalahan ini.

1.4.10 Ekspresionisme

Ekspresionisme telah bermula dan berkembang sekitar awal 1900 hingga ke tahun
1950an. Bergerak di Jerman terutama di Dresden dan Munich. Kumpulan Die Brucke
The Bridge (1905) wujud di Dresden. Manakala, Kumpulan Der Blaue Reiter, The Blue
Rider (1911), wujud di Munich.

Ciri-ciri Ekspresionisme
Menolak ciri-ciri tradisi klasik
Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis
Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam
Penggunaan warna terang bagi menyampaikan makna. Misalnya warna biru
lambang kedamaian, kuning lambang keresahan dan sebagainya
Terdapat di kalangan karya mereka sebagai non-objective art.
Penegasan tradisi bukan klasik dan bukan Eropah
Manifestasi diri secara langsung yang berkait rapat antara situasi dan emosi.

Ciri-ciri tersebut dapat dilihat melalui beberapa buah karya ekspressionisme. Antaranya
ialahThe Cry karya Edvard Munch tidak menampakkan sebarang perincian terhadap
figura dan latar tetapi palitan waran yang kasar dan dramatik menyatakan kenyataan
perasaan ketika itu. Manakala, dalam karya Maria Aegytica oleh Emile Nolde

10
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

menggarapkan wajah yang kasar dengan warna yang tidak naturalistik bagi
menggambarkan gerak syarat bentuk orang.

Ciri-ciri Futurisme
Dinamism banyak menjelaskan pergerakan yang dinamik
Mengemukakan aliran seni yang berasaskan teknologi di mana pengaruh
teknologi terhadap kehidupan memerlukan seni aliran baru

Artis terkenal Ekspressionisme ialah:


Edvard Munch (1863-1944)
Wassily Kandinsky (1866-1944)
Emile Nolde (1867-1956)
Franz Marc (1880-1916)
Kokoschka

1.4.11 Dadaisme

Dadaisme lahir di Switzerland. Terdiri daripada pengamal aliran futurism yang terlibat
dalam Perang Dunia Pertama dan mereka adalah pelarian. Mereka berpegang kepada
Konsep kemusnahan juga merupakan penciptaan. Kumpulan Dadaism juga
merupakan kumpulan perantaraan antara Futurisme dengan kelahiran aliran pergerakan
abstrak dan surrealism.

Dada dalam bahasa Perancis bermaksud kuda permainan kesayangan kanak-kanak.


Dada dalam bahasa Rumania bermaksud ya. Kumpulan Dada bukanlah mengamalkan
sesuatu teknik tertentu. Bersesuaian dengan keadaan mereka sebagai pelarian perang,
kumpulan ini lebih menumpukan kepada pernyataan diri sahaja. Mereka ingin bebas dari
segala kongkongan. Seni bagi mereka adalah medium untuk melepaskan perasaan.

Ciri-ciri Dadaisme:
Bebas tanpa kongkongan
Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni.

Artis terkenal Dadaism

11
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Marcel Duchamp
Francis Picabia
Pablo Picasso
Kurt Schwitters
Henry Moore
Max Ernst
Hans Arp
Giorgio de Chirico

1.4.12 Futurisme

Futurisme bergerak di Itali. Kegiatannya ditubuhkan secara rasmi dengan mengeluarkan


manifasto seniman. Istilah Futurisme diperkenalkan oleh Filippo Tommaso Marinetti
seorang penyair pada tahun 1909. Ia menerbitkan sebuah manifesto yang menyatakan
tentang kematian seni lama dan lahirnya seni baru. Mereka menolak seluruh tradisi seni
dan arca Eropah. Tiada lagi makna ikonografi dan sejarah. Perlambangan-
perlambangan tidak membawa kemajuan. Apa yang penting ialah ciri-ciri dinamik dan
ekspresif berdiri atas landasan sains dan teknologi. Karya tidak seharusnya
merakamkan sesuatu tetapi pada saat tertentu merakamkan setiap perlakuan di alam.
Sebagai contoh, apabila seekor kuda berlari, kakinya tidak lagi berkaki empat tetapi
berpuluh gerakan dan gerakan tersebutlah yang perlu dirakam. Pergerakan mengubah
bentuk objek dan tiada objek yang statik. Hubungan antar objek dan pergerakan
menimbulkan kesan yang dinamik.

Artis Terkenal Futurisme


Umberto Boccioni (1882-1910)
Russolo
Carra

1.4.13 Surrealisme

Surrealisme adalah istilah diperkenalkan oleh penulis bernama Guillaume Apollinaire


pada tahun 1917. Pada tahun 1919, istilah itu digunakan oleh Andre Breton bagi
menggambarkan percubaannya terhadap penulisan yang lahir dalam mindanya tanpa

12
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

berfikir dan olahan awal. Pada tahun 1920, Breton bersama-sama beberapa pelukis dan
penulis Dadaism berkumpul di Paris dan akhirnya pada tahun 1924 Manifesto Surrealist
yang pertama diterbitkan.

Ciri-ciri Surrealism
Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar artis tetapi kepada ekspresi bawah
sedar minda artis
perasaan bawah sedar lebih mendalam dan berkesan menjadi pegangan
kumpulan ini. Kelahiran Surrealism adalah penghayatan artis pada alam sedar
yang mendorong kepada fikiran bawah sedar yang lebih kreatif.

Artis Terkenal Surrealism


Salvador Dali
Rene Magritte
De Cherico

1.4.14 Minimalisme

1.4.15 Pop Art

Berasas kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang bermula di bandar


Metropolitan seperti New York dan London. Menggunakan tema, teknik, imej dan mitos
bersifat semasa dan populariti. Ianya lebih mirip kepada karya-karya pengiklanan dan
pengguna. Pelukis-pelukis seni pop juga dikenali sebagai New Realist. New Realist
adalah suatu kebangkitan tentang kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian
zaman sains dan teknologi.

Impressionisme, Futurisme, Dadaisme dan Surrealism bayak mempengaruhi kewujudan


Seni Pop. Manet merupakan seorang pelukis Impressionisme pernah menyarankan
motif-motif sezaman patut digunakan bagi menggantikan lukisan-lukisan dinding yang
berunsurkan sejarah.

Ciri-ciri Seni Pop


Menonjolkan penggunaan warna yang terang pada permukaan ruang yang
berbidang besar.

13
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Seni Pop di Amerika


Sejak beberapa tahun di awal 1920an, ramai pelukis-pelukis Amerika telah cenderung
menggunakan teknologi morden dan imej popular bagi menghasilkan karya mereka.
Keadaan ini terbukti melalui karya-karya yang dihasilkan oleh beberapa pelukis yang
terkemuka dalam angkatan ini. Di antara mereka adalah:
Robert Rouschenerg menggunakan bahan-bahan buangan yang diolah dan
disepadukan dengan teknik yang sesuai bagi menghasilkan karya.
Larry Rivers menggunakan tema-tema semasa, masyarakat dan tokoh-tokoh
terkemuka
Francis Becon telah menggunakan teknik fotografi dalam karyanya yang
dipadankan dari filem yang terkemuka Battleship Potemkin.
Jasper Johns menggunakan teknik tuangan gangsa (Bronze Casting) terhadap
objek-objek semasa seperti tin minuman, mentol lampu dan sebagainya.

Seni Pop di England

Agak berlainan dari cara manipulasi bahan antara apa yang berlaku di England
berbanding Amerika. Antara pelukis seni pop di England ialah;
Peter Blake lebih suka menampilkan imej ahli tinju terkemuka, pemain sarkas,
lelaki separuh umur dan objek-objek penuh misteri bagi menyingkap rahsianya
tersendiri.
Roy Lichtenstein pula menggunakan keratan komik, akhbar dan majalah bagi
merencanakan ideanya.
Andy Warhol menggunakan teknik cetakan yang dicetak bersiri dan
berulangkali.
Claes Oldenburg mencipta karya bersifat 3 dimensi yang ditempatkan pada
persekitarannya sebenar. Karyanya Fast Food yang ditempatkan bersama
hidangan menimbulkan suatu rangsangan dan stimulasi terhadap selera dan
pemikiran.
George Segal juga seperti Oldenberg menghasilkan karya 3 Dimensi yang
ditempatkan pada persekitaran sesuai. Namun Segal lebih gemar menggunakan
imej figura berukuran sebenar yang ditempatkan pada tempat yang strategik
seperti di dalam pondok telefon, di tempat pemandu bas dan sebagainya bagi

14
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

menimbulkan suasana sebenar yang mengkagumkan. Gabungan alam


semulajadi dengan objek ciptaan manusia mewujudkan suatu ketegangan dan
merangsang pemikiran penonton.

Artis Terkenal Seni Pop

Andy Warholl
Richard Hamilton
Roy Lichtenstein
Wasselman
Oldenberg

15
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

PENGENALAN SENI ORIENTAL (SENI ISLAM, SENI CHINA DAN


TAJUK 2
SENI INDIA)

2.1 Sinopsis

Tajuk ini meliputi kesenian pelbagai budaya yang merangkumi dari Islam, China
dan India. Setiap budaya mempunyai pelbagai kesenian yang mempunyai konsep dan
nilai yang tersendiri. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV,
anda seharusnya boleh menghuraikan konsep setiap kesenian, mengenali pelukis dan
karya yang dihasilkan.

2.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;

1. Menganalisis dan menghargai kesenian pelbagai budaya dalam


aspek-aspek bidang, konsep dan nilai serta karya-karya terkenal.
2. Memahami dan menyedari bahawa setiap hasilan kesenian pelbagai budaya
terdapat pelbagai teknik, gaya dan konsep yang ingin diperkenalkan.

2.3 Kerangka tajuk Pengenalan Seni Oriental (Seni Islam, Seni China dan Seni
Barat)

ISLAM

PELBAGAI INDIA
CHINA BUDAYA

16
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

1. Pengenalan Seni Islam

Seni Islam membenarkan umatnya berimaginasi dan berkreativiti dalam


pemikiran mereka, perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat.
Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk
mempertingkatkan agama. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada
Allah. Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan
Allah.Tiada pemisahan antara seni dan agama.

Elemen dalam kesenian Islam yang diulang-ulang berbentuk geometri.Tiada


elemen-elemen figura kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan
untuk mempertingkatkanagama.Seni harus menjurus kepada pengabdian diri
kepada Tuhan.Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang
keesaan Allah.Tiada pemisahan antara seni dan agama.

Perkaitan antara Islam, seni dan estetika adalah erat dan rapat sekali.Sifat
dinamik ajaran Islam membolehkan penganut-penganutnya menghayati
keindahan dalam pelbagai bidang; tidak tertumpu hanya dalam bidang seni
sahaja.Dalam mendiskusikan tajuk ini perlu didefinisikan apakah Islam, seni dan
estetika secara berasingan sebelum boleh dilihat perkaitan yang berfaedah dan
yang tidak berfaedah.

Ini penting dari kita menolak secara melulu menurut dogma semata-mata,
bertaklid buta atau menerima tanpa diskusi mendalam. Secara amnya, Islam
adalah agama yang diwahyukan Allah s.w.t semenjak Nabi Adam a.s sehingga
ke nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. Islam dalam sebuah hadis
Rasulullah s.a.w bermaksud beriman kepada Allah s.w.t., mengimani para Nabi
dan Rasul, para Malaikat, hari akhirat, qadha dan qadar dan kitab-kitab yang
diwahyukan Allah s.w.t. Manusia diberi amanah melalui Islam bahawa mereka
dan para jin dijadikan semata-mata untuk menyembah Allah s.w.t.

17
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Islam juga adalah penyerahan secara mutlak melalui hati, pengucapan lisan dan
tingkah laku melalui refleksi amalan dan ibadat.Seni pula punya pelbagai definisi
dan tafsiran.Namun secara umumnya seni boleh didefinisi sebagai satu
manifestasi dan pancaran rasa keindahan, pemikiran, kesenangan dan perasaan
yang lahir daripada seniman atau pengkarya.Kebanyakkan takrif seni lebih
menekan dan menjurus mengenai keinginan manusia untuk menghasilkan
sesuatu aktiviti.Estetik membawa maksud kepekaan.Estetik ialah kajian tentang
keindahan (science of beauty) iaitu penghujahan tentang persepsi atau
pengamatan tentang bidang seni.Justeru dapat dilihat perkaitan erat antara Islam
sebagai petunjuk dan wahyu dengan seni yang memaparkan rasa keindahan
dan estetik yang menghuraikan rasa keindahan tersebut.

Ini amat bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w bahawa "Allah itu indah dan
sukakan keindahan." Namun apa yang penting ialah apakah tugas seseorang
pengkarya Islam? Bagaimanakah seseorang pengkarya Islam dapat mengaitkan
rasa kesenian dan estetik keindahan dengan cara hidup Islam? Persoalan ini
teramat penting kerana sebagai individu Islam, selain dari menunaikan kewajipan
dan suruhan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w, umat Islam turut bertanggungjawab
memaparkan rasa keindahan tersebut agar kehidupan di dunia ini dapat
dilestarikan sehingga ke akhirat.Rasa keindahan itu juga seharusnya selari
dengan tuntutan dan perintah syariat dengan menunaikan segala kewajipan dan
meninggalkan segala laranganNya.

Umat Islam juga diperintahkan agar menunjukkan segala perbuatan dan amar
makruf yang baik dan terpuji selari dengan ajaran Al-Quran.Ini dapat melahirkan
penseni Islam yang bertanggungjawab terhadap karya-karya mereka dan tidak
terbawa-bawa oleh arus teori-teori Barat tanpa menyaring dan
mengkajinya.Bagaimana yang dikatakan bertanggungjawab terhadap karya-
karya mereka?Apakah penseni Islam yang memaparkan kebobrokan dan
kejelikan sikap dan nilai hidup dapat dipertanggungjawabkan? Apakah nilai yang
akan dibawa oleh penghayat yang menghayati karya-karya sebegitu? Apakah

18
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

karya-karya mereka akan menambah nilai positif, murni dan baik dalam
kehidupan bermasyarakat atau semakin menambahparah lagi keadaan sosial
dan akhlak masyarakat?

Inilah persoalan yang seharusnya difikir terlebih dahulu oleh penseni Islam
sebelum mereka melahirkan sesebuah karya agar selari dengan tuntutan Islam.
Pengkarya Islam seharusnya menjadi pemangkin terhadap segala persoalan
hidup bermasyarakat dan bersosial agar selari dengan tuntutan murni Islam dan
bukan membelakanginya apatah lagi mencemuh. Justeru dapat mengaplikasikan
tanggungjawab sebenar Muslim iaitu menyuruh yang makruf dan melarang yang
mungkar dalam konteks kepatuhan penuh kepada Allah s.w.t. mengikut sunnah
Rasulullah s.a.w. Wallahu'alam.

Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750 hingga abad ke-
16, apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip berhias dan
pertukangan kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan sumbangan
Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu
seni yang penting dan amat dihormati, dan lukisan potret kenit berkembang maju
di Parsi. Seni khat,salah satu aspek tulisan Arab yang penting, berkembang
dalam manuskrip dan perhiasan seni bina.

Peranan Kesenian Islam


Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan
melalui seni sama ada seni lukisan, muzik, seni bina, seni pentas. Kesenian Islam perlu
mempunyai mesej yang jelas.Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan
yang baik dan hampir kepada Allah.Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial
dalam konteks syariah Islamiah.

19
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Arabesque
Lukisan Islam mengandungi unsur-unsur berulang, misalnya penggunaan reka bentuk geometri
berbunga-bunga atau bersayur-sayuran dalam gaya ulangan yang dikenali sebagai arabes.
Arabes dalam lukisan Islam sering dipergunakan untuk melambangkan sifat Allah yang unggul,
tidak terbahagi, dan tidak terbatas. Kesilapan pengulangan dalam lukisan Islam mungkin
disengajakan sebagai penampilan rendah hati oleh pelukisnya yang mempercayai bahawa
hanya Allah dapat menghasilkan kesempurnaan.

Motif Arabesque
(a) Penekanan terhadap pergerakan dan pengulangan serta kesinambungan objek-
objek
(b) Menolak bentuk-bentuk konkrit yang melambangkan ketuhanan
(c) Objek manusia tidak menjadikan subjek kerana insan Kamil tidak menampilkan
dirinya kepada tuhan secara tampak

20
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Contoh: Corak Arabesque

4.Seni China

Ciri-ciri Seni Catan China


Seni catan mengambil tempat yang agak istimewa dalam Tamadun China. Ini
kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana. Golongan pemerintah dan kelas
elit semasa Dinasti Tang dan Sung merupakan pendokong utama dalam bidang ini.
Contohnya Maharaja Hui Tsung dari Dinasti Sung merupakan seorang seorang yang
mencintai kesenian dan lukisan.Beliau menaungi bidang catan dan meberi jaminan
latihan kepada artis-artis catan. Namun demikan kemuncak bidang ini terganggu sedikit
apabila Dinasti Yuan memrintah China
Corak catan China berbeza dengan catan Barat.Pada zaman awal interaksi
antara orang Cina dengan Barat menyaksikan bagaimana orang barat membuat kajian
terhadap lukisan Cina dan sering mengkritik lukisan Cina.Seorang Padri Jesuit yang
pernah sampai ke China pada abab ke 17 iaitu Matteo Ricci menyatakan seniman Cina
tidak mempunyai pengetahuan dalam seni catan.Pendapat beliau dikongsi bersama
oleh kebanyakkan orang Barat yang pernah sampai ke China pada abab ke 17 hingga
ke 19.hanya segelintir orang Barat yang mengakui dan menghargai lukisan Cina.
Perbezaan antara seni catan Cina dan Barat adalah pendekatan yang digunakan
oleh kedua-dua pihak.Barat gagal memahami motif dan kaedah yang digunakan oleh
pelukis Cina.Karya-karya Cina berkait rapat dengan falsafah, nilai-nilai dan citarasa
masyarakat Cina.Dalam hal ini, pengaruh fahaman Taoisme amat kuat mempengaruhi
karya-karya Cina.Bagi masyarakat Cina lukisan dipandang tinggi.Lukisan bagi mereka
tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan mereka.Lukisan umpama memberi
ketenangan bagi mereka. Kadang-kala orang Cina boleh leka melihat lukisan-lukisan
yang bergantung dinding rumah mereka. Ini kerana bagi mereka lukisan mempunyai
erti. Berbeza dengan lukisan bangsa lain, Lukisan orang Cina tidak mementingkan rupa
tetapi maknanya. Oleh itu, kebanyakkan catan yang dilukis berbentuk ringkas.Oleh

21
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

kerana itu, kebanyakkan catan yang ditonjolkan oleh pelukis tidak menggunakan
banyak warna.Manakala alat yang digunakan oleh meraka agak mudah seperti dakwat
hitam dan berus yang dibuat darpada bulu kambing. Catan akan dilukis pada kain
sutera atau kertas serap yang diperbuat daripada pulpa buluh. Namun demikian, seni
catan Cina juga boleh didapati di dinding-dinding istana.Keadaan ini banyak berlaku
pada zaman klasik.

Tiga Gaya Catan China


(a) Gaya Teliti
Dalam gaya ini, objek yang ingin dipaparkan bersifat detail, kecil dan halus.
Sebagai contoh dalam catan burung dan ikan, sisik dan bulu burung
ditunjukkan.Justeru itu, pengendalian berus dilakukan secara perlahan-lahan dan
berhati-hati.Selain dari dakwat, penggunaan warna yang terang juga turut digunakan.
Biasanya arts akan menggunakan permukaan yang tidak menyerap air seperti sutera
alam.
(b) Gaya Spontan
Ia dikenali sebagai gaya golongan cendekiawan dan dipengaruhi oleh kaligrafi
Cina dan pantun. Semasa Dinasti Sung, gaya ini dominant sehingga penggunaan yang
sepenuhnya.
(c) Gaya Langsung
Melalui gaya ini, artis akan membuat penaksiran semula terhadap alam. Sapuan
berus dilakukan secara cepat dan tangkas.Karya kelihatan abstrak.

22
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Catan bertemakan ikan dan bunga


Tajuk: Pa-ta Shan-jen
Dilukis pada tahun 1624-1705
Sumber : http://www.chinapage.com/painting/pata05.html

Contoh : Lukisan Cat Air (Teknik basah atas basah)

23
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Seni catan lanskap China


Di dalam catan landskap Cina kebanyakannya menerangkan kepercayaan
mereka bahawa manusia merupakan sebahagian daripada alam. Cara pelukis Cina
melukis catan mereka adalah dengan mengembara ke seluruh pelosok alam ini adalah
kerana mereka mahu menghayati dan merakamkan alam dengan penuh kejujuran.
Penerapan disiplin yang tinggi semasa berkarya seperti penumpuan, kerajinan,
kehormatan serta kemahiran dalam berkarya mesti disemai oleh setiap pelukis Cina.

Prinsip-prinsip dalam menghasilkan Catan Cina

Terdapat beberapa prinsip yang harus diterapkan dalam menghasilkan catan


Cina. Hsieh Ho telah menyenaraikan enam prinsip dalam menghasilkan sebuah catan.
Antara prinsip-prinsip berikut adalah seperti Chi yun sheng tung- Getaran rohani atau
perasaan pelukis, Ku Fa Yung Pi Kaedah, tatacara, mutu dan nilai sapuan berus, Ying
Mu Hsien Hsing- Pemahaman terhadap objek yang dilukis, Sui Lei Fu Tsai-
Penggunaan warna yang bersesuaian, Ching Yin Wei Chin- Pembahagian komposisi
dan peranan cahaya dan Ching Mu i Hsieh- Belajar melalui peniruan. Prinsip-prinsip
inilah yang telah mengasaskan pengalaman ndan penikmatan catan Cina Sejas
berabad-abad lamanya seningga kini.

Perlambangan dan Falsafah dalam Catan Cina

Terdapat banyak perlambangan dan falsafah yang wujud dalam catan Cina seperti:

Shan gunung, chi- atmosfera dan hsing bentuk. Merupakan tiga unsur yang
lazimnya ada pada sesebuah catan Cina.

24
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Gunung lambang kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh


mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera.

Awan awan cerah melambangkan keharmonian, awan gelap menimbulkan suasana


kemuraman.

Pokok Pokok besar seperti ru dan pine membawa maksud pasak bumi dan
kedudukan mengikut hirarki. Pokok buluh melambangkan kekayaan, lanjut usia,
kejujuran, kebenaran serta mampu menghalau hantu. Pokok orkid melambangkan
musim luruh manakala pokok plum blossom melambangkan kecantikan dan lanjut usia.

Ikan Tui melambangkan pertambahan rezeki. Jika bewarna keemasan


melambangkan status kaya, manakala hitam kehidupannya biasa sahaja. Ikan kelisa
melambangkan kekayaan dan keuntungan.

Sungai- melambangkan kegembiraan dan keharmonian.

Falsafah disebalik menghasilkan Catan

Dalam menghasilkan Catan Cina, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya


seperti melukis tanpa sombong yang bermaksud, memperelokkan lagi hasil yang telah
sempurna bagi mempertingkatkan mutu catan. Pelukis tidak harus cepat berpuas hati
dan bangga dengan kerjanya. Falsafah seterusnya adalah tidak menghadapi kerja
dengan lalai falsafah ini bermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan
peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna.

(a) Dikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang


(b) Catan Cina lazimnya dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat
(c) Perkembangan seni catan terkenal di Zaman Wangsa Tang yang banyak
berunsur ugama Budha, Taoism dan Confucianism
(d) Zaman Sung, pelukis Cina menggunakn ciri-ciri pemandangan dan kemanusiaan

25
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Ciri-ciri lukisan china

(b) Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat
(c) Kebayakan ctan menggambarkan keindahan panorama alam dan semulajadi
(d) Catan mempunayi falsafah

Falsafah Catan lanskap China


(a) Melukis tanpa sombong secara memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna
bagi mempertingkatkan mutu catan.
(b) Tidak menghadapi kerja dengan lalai
(c) Bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi
mendapatkan kerja yang sempurna.
(d) Menggambarkan alam semulajadi secara merakamkan keindahan suasana
(e) Merujuk perkataan Shang Shui yang membawa maksud
gunung dan air.
(f) Konsep Yin dan Yangyang menjadi teras dalam stail catan yang menunjukkan
keseimbangan dalam kekuatan dan kelemahan

SENI INDIA

Tamadun India telah mencapai kecemerlangan yang sangat tinggi dalam aspek
kebudayaan kebendaannya termasuklah dalam bidang kesenian.Secara umum bidang
kesenian ini merujuk kepada hasil-hasil karya yang indah.Ini bermakna kesenian itu
merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat dalam satu-satu tamadun malah
setiap tamadun manusia di dunia ini mempunyai dan memperkembangkan bidang
kesenianya yang tersendiri.
Kesenian dalam tamadun India telah dilihat sejak Tamadun Lembah Indus
lagi.Dalam period ini kesenian terutamnya yang berkaitan dengan seni bina, skulputur

26
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

telah memperlihatkan pencapaian yang matang. Ini semua dapat dikesan daripada
penemuan-penemuan di Mohenjadaro dan Harrapa seperti The Great bath, The
Dancing Girl, The Mother Goddess dan sebagainya. Kesemua ini membayangkan
bahawa aspek kesenian dan keindahan menjadi antara perkara yang sangat
dipentingkan dalam masyarakat.Dalam period berikutnya dengan kejatuhan tamadun ini
serta kehadiran orang-orang Aryan.Aspek kesenian telah memasuki satu period baru
yang berbeza dengan sebelumnya.
Aspek kesenian mula dihubungkaitkan dan mempunyai tujuan-tujuan
keagamaan.Keadaan ini dibayangkan memalui mazmur-mazmur yang terdapat dalam
kitab-kitab Veda yang dianggpa sebagai mempunyai nilai estetika yang tinggi.Period ini
juga menyaksikan satu bentuk asimilasi antara kesenian Aryan dengan kesenian
tempatan.Dalam Tamadun India, terlihat perbezaan antara kesenian keagamaan dan
kesusasteraan keagamaan.

Konsep Seni Bina India


Sebagai agama yang mendominasikan masyarakat dalam Tamadun India sejak
awal, agama ini sangat mempengaruhi kehidupan masyarakat atau penganutnya. Seni
bina Hindu yang wujud dalam bentuk kuil tersebar di seluruh India dan ia hanya
berkembang selepas Zaman Gupta kerana kuil dikatakan tidak diepentingkan dalam
zaman awal.
Selepas Zaman Gupta seni bina kuil telah tersebar keseluruh India. Konsep asas
perancangan pembinaan kuil ditentukan oleh kalangan Brahmin yang berkuasa
menentukan peraturan dan perancangan sesebuah kuil. Ia juga bertanggungjawab
dalam membuat pemilihan tapak, menguji keadaan tapak dan sebagainya sama ada
dari sudut mitilogi mahupun astronomical. Dalam pembinaan kuil-kuil Hindu, terdapat
dua bentuk yang dianggap sempurna iaitu bulatan dan empat segi.
Walaubagaimanapun, agama Hindu dikatakan lebih menekankan simbol empat segi
sementara agama Buddha dikatakan lebih condong kepada bentuk bulat sebagaimana
yang dilambangkan pada stupa-stupanya. Bentuk empat segi nini dikatakan lebih stabil
benbanding bentuk bulatan. Setiap kuil menggunakan ukiran Hindu yang dikenali
sebagai Vastupurshamamandala atau carta ajaib.

27
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Terdapat tiga jenis seni bina Hindu iaitu jenis negara iaitu di bahagian India
Utara, jenis Dravida di bahagian selatan dan Vesara di India Tengah. Agama Hindu
sangat mementingkan aspek penyembahan. Ia dilakukan di tempat yang
khusus.bangunan penyembahan ini mempunyai altar pedupaan yang beratap dan
disokong oleh tiang kayu. Sami hindu mendapati dewan perhimpunan yang terdapat di
desa-desa amat sesuai dijadikan sebagai simbol seni bina Hindu. Contohnya seperti
Lad Khan di dewan Aihole yang berukiran 50 kaki dan berbumbung curam. Tiang batu
digunakan menggantikan tiang kayu seprti mana terdapat pada dewan tradisional.
Contoh-contoh lain seperti kuil Durga di Aihile mirip Dewan Chaitya Buddhis dan kuil
Bhitargaon. Dalam seni bina Hindu ini terdapat beberapa struktur yang penting.
Struktur yang pertama ialah Shikhara.Sikhara merupakan salah satu struktur
suci agama Hindu yang dilihamkan daripada bentuk kereta kuda orang Aryan yang
telah diubahsuaikan.Struktur Vimana pula juga dikenali sebagai menara piramid
merupakan kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat dan kubah, menjadi
hallmark kepada seni bina kuil selatan India dan simbol Shaivite iaitu aspek trinity
Hindu. Satu lagi struktur dalam seni bina Hindu yang penting ialah Ratna yang
merupakan batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang atau burung Ratna ini
dijadikan sebagai model seni bina oleh para arkitek dan pengukir untuk mencari satu
elemen seni bina yang melambangkan agama Hindu. Contoh Ratna yang mashyur
ialah Tujuh Ratna Mahabalipuram Struktur Gopuram pula berasal daripada
pwerkataan Sanskrit yang bermaksud pintu pagar lembu yang didirikan bagi
menandakan pintu masuk utama ke ekompleks kuil.Pintu masuk ini mempunyai
gabungan elemen-elemen geometri iaitu empat segi, piramid dan sebagainya.
Di bahagian utara India, penganut-penganut agama Hindu turut
mengembangkan kesenian Hindu yang khas dan tersendiri yang berbeza dari segi
bentuk dan stailnya dengan kesenian Hindu di bahagian selatan dan dikenali sebagai
Nagara. Seni bina ini mempunyai menara dan batu berbentuk roda atau amalak.

28
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Kuil Hindu di Bahsur, India


Sumber :http://www.kamat.com/kalranga/architecture/common/6404.htm

Falsafah dalam Seni Ukir dan seni arca Hindu


Seni ukir adalah salah satu kesenian agama Hindu yang telah berkembang sejak
zaman lembah Indus. Pada zaman ini, ia telah mendapat tempat yang tinggi di
kalanagan masyarakat dan setrusnya berkembang pada zaman-zaman berikutnya.
Seni ukir ini adalah meliputi penghasilan patung, tiang berukir dan sebagainya.Seni unir
ini boleh didapati dalam kehidupan seharian hari ini di seluruh India.
Ikon-ikon atau perlambangan agama dalam kesenian seni ukir dan seni arca
agama Hindu dijelmakan pada bentuk-bentuk figura dan bentuk-bentuk yang telah
ditentukan.Lebih daripada 2000 tahun yang dahulu, bentuk-bentuk figure suci ini digelar
sebagai murti. Ikon-ikon Hindu dan imej-imej suci ini dijelmakan menerusi sifat-sifat
29
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

antropomorfik menyifatkan bentuk-bentuk perwatakan manusia kepada dewa,binatang


dan sebaginya. Dewa-dewa ini mengadaptasi lebih kepada bentuk-bentuk manusia dan
juga di dalam bentuk-bentuk abstrak. Figura-figura dewa ini telah dilihat sejak zaman
dahulu dengan pembentukan figura-figura terra-cotta di Lembah Indus hinggalah ke
imej miden dugra di hari ini dan pelbagai bentuk arca yang lain.
Perkataan murti telah digunakan di dalam Upanishads dan Bhagavad Gita
sebagai lambang kesucian yang amat tinggi. Ikon-ikon atau perlambangan agama
Hindu secara visualnya adalah rumit untuk difahami dan ia bertentangan dengan sifat-
sifat realiti. Sebagai contohnya ia dilihat pada imej kepala arca Nataraja (the head of
Nataraja), arca empat tangan tuhan Vishu (the four arms of Vishu), kepala gajah tuhan
Ganesha (Ganeshas elephant head), enam kepala tuhan Skanda (Skandas six heads)
dan pelbagai perlambangan dan ikon-ikon yang lain yang berbentuk sangat hebat tetapi
tidak mudah difahami. Ia adalah bertentangan dan keluar daripada bentuk-bentuk
reality dan juga menggambarkan status kehebatan dan imej-imej bentuk yang suci.
Pembentukkan imej-imej suci tuhan dan dewa ini dinyatakan secara jelas di
dalam teks Shilpa Shartras. Di dalam teks ini dinyatakan ukuran bagi setiap bahagian
badan dewa, gaya dan posisi dewa yang betul, bilangan tangan dan kepalanya, vahana
(animal vehicle) yang sesuai, pergerakan tangan (mudras), lambang dan senjata yang
dimiliki, tempat duduk yang sesuai (asana) dan banyak lagi peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan.
Seni arca Hindu digolongkan kepada dua iaitu seni arca tunggal dan seni arca
timbulan.Ciri-ciri seni arca tunggal berbentuk dewa-dewi yang telah dimanusiakan
(human & superhuman) secara ideal dan secara reality dengan saiz yang
pelbagai.Kebanyykan arca yang diperbuat dariapada batu adalah lebih besar dariapada
manusia manakala arca yang diperbuat dariapada tembaga dan gangsa bersaiz lebih
kecl dariapada manusia.Arca-arca tunggal tersebut diukir dengan kostum yang dipenuhi
dengan hiasan dan aksesori.Ekspresi yang terpampar pada wajah arca adalah tenang
atau statik dengan keadaan mata yang terpenjam dan gerakkan tangan dan kaki yang
tertentu. Posisi tubuh arca pula berdiri dengan gaya tribangga atau S shape dan
terdapat juga arca dalam keadaan duduk bersila. Arca relief atau arca timbulan pula
merupakan bentuk penampilan arca high relief yang menggambarkan sesuatu

30
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

peristiwa dalam epik agama Hindu.Ia juga menampilkan kelompok figura dengan aksi-
asksi tetentu dan posisi figura teratur secara bertingkat denganmengikut status yang
berbeza atau dikenali sebagai hirarki. Setiap posisi figura yang diatur akanmembentuk
sebuah komposisi yang berbeza. Dalam seni arca relief Hindu relief panel berfungsi
sebagai tempat pemujaan dan penyembahan serta sebagai penghias dinding luaran
dan dalaman candi.

Simbol dalam Seni Arca Agama Hindu


Kebanyakkan penganut agama Hindu dan Buddha mempercayai bahawa
kewujudan dewa adalah sebagai perantara antara manusia dengan tuhan dan
penyelamat dunia.Juateru, berdasarkan kepercayaan ini kedua-dua kesenian Hindu
dan Buddha menonjolkan simbol raja dan dewa sebagai imej patung arca
penyembahan mereka.
Bagi masyarakt Hindu, dewa yang paling agung ialah dewa Vishu, Shiva dan
Brahman.Berdasarkan penganut Hindu, raja dikatakan bersatu kembali dengan dewa,
malah ada sebilangannya yang menganggap raja sebagai tuhan.Contoh arca yang
mengataptasi simbol dewa dan raja ialah arca yang dijumpai di gua Elephanta di India
pada kurun ke 16, berukuran 17 kaki tinggi.Imej shiva dipaparkan sebagai mahadeva
yang mempunyai tiga wajah yang menunjukkan perbezaan cirri dewa. Mahadeva juga
dikenali sebagai Tuhan agung atau Pemerintah Agung. Shiva yang dianggap
sebagai dewa memperlihatkan wajah yang tenang dan tingkah laku yang seimbang.
Figura atau bentuk manusia merupakan salah satu persamaan yang terdapat di
dalam pembinaan seni arca atau patung bagi agama Hindu dan Buddha. Simbol figura
begitu banyak digunakan kerana ia berkait rapat dengan kehidupan manusia sama ada
melibatkan penceritaan kehidupan sekarang atau kehidupan selepas mati. Di dalam
kesenian Hindu, arca simbol manusia sering kali menjadi tumpuan utama dan
kebanyakkan terdapat di dalam kuil, sama adaa dalam bnetuk arca binaan dan ataupun
arca timbulan. Selain dari nilai estetik, arca simbol manusia juga ada maksud tersirat.

Penggunaa Media dalam Arca Agama Hindu

31
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

Secara keseluruhannya, seni arca Hindu diperbuat dariapada bahan-bahan yang


mudah ditemui di persitaran kehidupan masyarakat setempat.Ini terbukti dari penemuan
artifak-artifak yang mempunyai nilai estetik tersendiri.Terdapat media dan seni
pembuatan arca-arca dipengaruhi oleh factor social, politik, agama dan geografi
sesautu tempat. Aliran perubahan zaman atau masa juga turut mempengaruhi
penggunaan sesautu media kerana bahan-banah tersebut lebih mudah untuk didapati
dengan kadar yang maksimun dan kuatiti yang banyak.
Batu dan batu pasir dikenalpasti sebagai media utama yang digunakan dalam
penghasilan seni arca pada peringkat awal, sama ada bagi agama Hindu mahupun
Buddha. Penggunaan media batu ini mempunyai perkaitan dengan keadaan setempat
pada waktu itu. Arca timbulan berupa tuhan dan dewa-dewi dalam pelbagai bentuk,
gaya dan saiz yang terdapat di dinding-dinding gua merupakan antara arca yang
menggunakan media batu pada peringkat awal bagi kedua-dua agama ini. Arca-arca
bersaiz lebih besar daripada manusia.
Jika penghasilan arca Hindu menggunakan media batu adalah bersaiz lebih besar
daripada manusia, ini tidak bereti perkembangan zaman gangsa telah menghasilkan
arca bersaiz sama. Arca Hindu yang diperbuat daripada media gangasa adalah lebih
jauh lebih kecil saiznya berbanding manusia.Namun, kehalusan seni ciptaannya tetap
tinggi dan halus, sebagiamana arca yang menggunakan media batu atau batu pasir.
Perkembanagn tamadun bukan sahaja mempengaruhi kehidupan masyarakat di dalam
kehidupan seharian, malah ia turut memberi kesan yang mendalam di dalam kesenian
sesuatu tamadun.

32
PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (ART HISTORY AND APPRECIATION

33

Anda mungkin juga menyukai