Anda di halaman 1dari 37

PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

PENGENALAN SEJARAH SENI BARAT


INTERAKSI 1
DAN SENI ORIENTAL

1.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami


Pengenalan Sejarah Seni Barat. Dalam unit ini, pelajar akan dipandu untuk
mengenal mengenai lukisan gua dan artifak Pra Sejarah dan membanding
beza perkembangan karya seni mengikut perkembangan zaman aliran-aliran
seni abad ke 17 hingga ke 20 (Renaissance, Baroque, Klasikisme,
Romantisme,Impressionisme,Post Impresionisme, Kubisme, Ekspresionisme,
Dadaisme, Futurisme, Surrealisme, Minimalisme, Pop Art). Dalam topik ini
juga akan membincangkan seni Oriental (Seni Islam, Seni Cina dan Seni
India). Perbincangan mengenai binaan-binaan agung yang menjadi ikon
penting atau sebagai bahan bukti dalam kesenian seni oriental (seni Islam,
Seni Cina dan Seni India).

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Mengenalpasti sejarah dan imej seni visual pra sejarah barat.


ii. Membanding beza perkembangan karya seni mengikut zaman.
iii. Menghubungkait dan menganalisis aliran pemikiran Seni Barat abad ke 17
hingga ke 20.
iv. Menghuraikan ciri-ciri kesenian seni oriental.
v. Menghuraikan nilai-nilai estetik pada binaan-binaan agung seni oriental.

1
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

1.3 Kerangka Tajuk-Tajuk

Pengenalan Sejarah Seni


Barat dan Seni Oriental

Aliran Seni Kepentingan, Binaan-


Pra Sumbangan
Abad ke-17 Falsafah dan Binaan
Sejarah Tokoh
hingga ke-20 Pengaruh Agung

1.4 KANDUNGAN

1.4.1 Pra Sejarah

Merujuk Wikipedia, seni pra sejarah adalah seni lukis berkait dengan gambar.
Peninggalan-peninggalan prasejarah memperlihatkan bahawa sejak ribuan tahun
yang lalu, nenek moyang manusia telah mula membuat gambar pada dinding-
dinding gua untuk menggambarkan bahagian-bahagian penting dari kehidupan.
Sebuah lukisan atau gambar dihasilkan dengan menggunakan bahan atau medium
yang sederhana seperti arang, kapur, dan lain-lain.

Salah satu teknik terkenal gambar prasejarah yang dilakukan orang-orang gua
adalah dengan menempelkan tangan di dinding gua, lalu menyemburnya dengan
kunyahan dedaunan atau batu mineral berwarna. Hasilnya adalah capan tangan
berwana-warni di dinding-dinding gua yang masih boleh dilihat hingga saat ini.
Lukisan pra sejarah kebanyakan dibuat di atas kawasan mendatar seperti dinding
dan lantai. Ia juga dikenali sebagai lukisan dua dimensi.

Objek yang sering muncul dalam karya-karya pra sejarah adalah manusia, binatang,
dan objek alam seperti pohon, bukit, gunung, sungai, dan laut. Bentuk dari objek
yang digambar tidak sama dengan yang asal yang disebut imej dan ia dipengaruhi
oleh pemahaman si pelukis terhadap objeknya. Misalnya, gambar seekor haiwan
dibuat dengan kedudukan tanduk yang luar biasa besar dibandingkan dengan
ukuran tanduk yang asli. Pengolahan imej ini dipengaruhi oleh pemahaman si
pelukis yang menganggap tanduk adalah bahagian paling menonjol dari seekor

2
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

haiwan. Oleh itu, pengolahan mengenai sesetengah objek menjadi berbeza-beza


bergantung kepada pemahaman budaya masyarakat di daerah tertentu.

Pada suatu ketika, ada orang-orang tertentu dalam satu kelompok masyarakat
prasejarah yang lebih banyak menghabiskan masa untuk menggambar daripada
mencari makanan. Mereka mula semakin mahir membuat gambar dan mendapati
bahawa bentuk dan susunan rupa tertentu, apabila disusun dan diolah, akan
nampak lebih menarik untuk dilihat daripada biasa. Mereka mula merasakan
kehadiran nilai-nilai keindahan dalam kegiatan mereka dan terus melakukan aktiviti
tersebut sehingga mereka menjadi semakin mahir. Mereka adalah seniman-seniman
yang pertama di muka bumi dan pada saat itulah kegiatan menggambar dan melukis
mulai condong menjadi kegiatan seni.

Lukisan atau simbol-simbol yang terdapat di dinding-dinding gua adalah asal-usul


bahasa tulisan. Lukisan gua yang pertama ditemui adalah di Perancis dan kemudian
ditemui di pelbagai pelusuk dunia. Lukisan Lascaux adalah lukisan dinding yang
terletak di gua Lascaux di Dordogne di Perancis. Lukisan dinding ini
menggambarkan banyak spesies haiwan dan gambar manusia yang dilukis dengan
warna tanah berwarna coklat, hitam, kuning dan merah.

Warna-warna ini dihasilkan dari oker, hematit, dan mangan yang digambarkan pada
permukaan dinding batu kapur yang berwarna putih. Seniman Lascaux menciptakan
gambar-gambar ini dengan cara menggambar garis dasar dan mewarnainya dengan
warna-warna tersebut.

Lukisan Lascaux merupakan salah satu karya seni Paleolitik yang paling terkenal.
Seniman prasejarah dapat menciptakan ilusi gerakan dan merakamkan intisari dari
suatu spesies dengan agak melebih-lebihkan figur karakternya.

Beberapa lukisan tersebut adalah lukisan seladang yang berada pada lokasi gua
yang dinamakan Ruangan Seladang yang Berlari. Lukisan ini dilukis sekitar 15.000
SM-13.000 SM. Lukisan di atas batu kapur ini kelihatan bercampur dengan lukisan
pelbagai jenis haiwan kerana seniman gua Paleolitik tidak pernah menghapus
gambar terdahulu sebelum melukis lukisan yang baru. Seladang-seladang pada
dinding ini digambarkan seolah-olah sedang mendaki bukit.
3
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Menurut teori, lukisan ini dibuat sebagai simbol penangkapan haiwan dan kemudian
digambarkan rupanya di dinding gua. Salah satu lukisan yang memiliki interpretasi
yang berbeda adalah lukisan Kuda Cina yang memiliki gambar menggelembung
yang kemungkinan kuda betina yang sedang bunting. Ia dikenali sebagai Kuda Cina
kerana menyerupai kuda seramik dari Dinasti Han. Berdekatan dengan gambar kuda
itu pula, terdapat dua ilustrasi yang kelihatan sendeng dan hampir sama dengan
leher kuda dan yang satu lagi di bahagian bawah perut kuda. Ilustrasi ini
menggambarkan tanaman atau anak panah. Namun tidak diketahui mengapa tanda-
tanda itu diletakkan berdekatan kuda sehingga menyulitkan untuk mengapresiasikan
karya zaman Paleolitik tersebut.

Lukisan sapi Lascaux

Lukisan Kuda Lascaux

4
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

1.4.2 Aliran-aliran Seni Barat Abad ke-17 hingga 20

Perkembangan seni barat bermula dari kegiatan-kegiatan di gereja, badan-badan


keagamaan dan badan-badan kegiatan seni berasaskan agama. Situasi sedemikian
berlaku hingga ke akhir abad ke -16. Oleh itu sukar untuk ditemui artis untuk
diketenahkan. mereka lebih merupakan seniman gereja dan berjuang untuk
kepentingan agama. perkembangan seni dalam Zaman Pertengahan seperti
Christian Art, Romanesque Art, Medievel Art, sehinggalah pada awal seni zaman
Renaissance. pengaruh dan ciri-ciri keagamaan jelas didapati.

Perubahan-perubahan gaya persembahan seni barat terutama dalam karya catan


dapat dikesan bermula dalam zaman Renaissance peringkat tinggi dan zaman gaya
Baroque. Dalam abad ke-18 dan sebahagian abad ke 19, gaya seni lebig
menekankan nilai estetik yang memartabatkan akal manusia. gayaan seni jenis ini
lebih bersifat akademik yang dikenali sebagai Gaya Klasik. sementara itu, beberapa
orang artis yang terlaatih secara gayaan klasik seperti Delacroix dan Corot di
Perancis, Constable dan Turner di England telah lari dari ikatan akademik dan gaya
klasik. mereka telah membuat berbagai percubaan dalam catan yang berasaskan
kepada estetik dan teori yang berlainan dari teori klasik / akademik. dalam banyak
hal, mereka merupakan angkatan pelukis yang bertindakbalaas terhadap prinsip
akademik. hasil dari percubaan catan mereka, wujudlah satu aliran iaitu Romantism
yang bertanggapan bahawa seni adalah satu cara pernyataan emosi peribadi. Gaya
kalsik dan Romantisme inilah lazimnya menjadi titik tolak apabila membicarakan seni
moden barat dalam abad ke 19.

Renaissance

 Bermaksud ‘kelahiran semula’ (re-birth) atau zaman cahaya /


keemasan/ kegemilangan
 Berkembang di Eropah dalam abad ke 14 khususnya dalam bidang
kesenian. Seterusnya berkembang ke semua bidang (spt sains, filosofi
dan sebagainya) dalam abad ke 16

5
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Renaissance membawa erti;


 Meningkatkan minat di kalangan orang barat terhadap catan, seni arca
dan seni bina
 Raja-raja dan kaum bangsawan menghiasi istana dan mahligai mereka
dengan karya seni yang cantik dan bermutu
 Gereja-gereja juga dihiasi dengan seni catan dan arca serta dibina
dengan kemahiran seni bina yang mengkagumkan
 Pelukis-pelukis menjadi sanjungan masyarakat - dan berada pada
darjat tertinggi.

Ciri-ciri renaissance:
 Manusia sebagai pemusatan/ tumpuan
 Idea peniruan - penumpuan kepada saint dan anthony
 Falsafah baru
 Menggunakan perspektif, ruang dan lain-lain unsur seni

Renaissance terbahagi kepada 3 bahagaian;


 Renaissance awal di Italy (The Renaissance in Florence)
 Renaissance Pertengahan di Italy (The Renaissance in Vanice)
 Renaissance di Utara (Northern Renaissance)

“ Mona Lisa “ (1503)


Leonardo da Vinci
Minyak atas kanvas

6
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Baroque

Walaupun seni Baroque merupakan satu gayaan seni tetapi ia juga dimaksudkan
sebagai Period Budaya Eropah bagi abad ke 17 hingga ke 18. Baroque bermula di
Italy beberapa ketika sebelum tahun 1600. Ia juga dikenali sebagai zaman
Renaissance Tinggi (The High Renaissance). Karya pada zaman Renaissance
Tinggi menumpukan kepada gaya “illusionistic” iaitu karya yang menuju ke arah
realistik yang unggul dan meninggalkan kesan mendalam kepada pemerhati.

Selepas era Renaissance Tinggi, pelukis Italy sampai pula ke suatu era Mannerism
iaitu berubah dari Ilusionistic kepada karya yang menumpukan komposisi, aksi,
warna dan cahaya. Baroque dalam bahasa Portugis membawa maksud mutiara
yang tidak sempurna tetapi indah.

Impressionisme

Satu aliran seni yang menumpukan kepada konsep cahaya dan kesannya
terhadap objek yang dilihat. Pelukis-pelukis aliran ini cuba menggambarkan kesan
pembalikan cahaya itu seperti yang dilihat tanpa mencampurkan warna terlebih
dahulu di dalam pallete. Warna-warna bertindan-tindih antara satu sama lain di atas
kanvas.

Artis Impresionism:
 Edward Manet (1823-1883)
 Cloude Monet (1840-1926)
 Renoir (1841 - 1919)
 Pissaro (1830)- 1903)
 Sisley (1839-1894)
 Georges Seurat (1859-1891)
 Edgar Degas (1834-1917)

7
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

“Sunday Afternoon on the Island of La”


Georges Seurat 1884-86

Post Impresionisme

Istilah dipopularkan oleh Roger Fry – bagi menyatakan tentangan terhadap artis
aliran Impressionism yang hanya melukis apa yang dilihat terutamanya mengenai
cahaya bukan apa yang menggerakkan alam pemikiran

Ciri-ciri Post Impressionism


 Mencipta bentuk bentuk bukan meniru bentuk
 Seni adalah kejelasan logik tentang struktur
 Karya Seni bukan sains tulen tetapi adalah seni
 Tidak harus berlaku seperti era Impressionism yang berlandaskan
hukum pembalikan cahaya tetapi harus dapat memberikan ruang
penyataan diri.

“The Starry Night”


Vincent Van Gogh - 1889

8
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Kubisme

Kubisme dianggap satu aliran tulin abad ke 20. Ia tidak lagi terikat dengan
kongkongan tradisi catan. Model atau realiti luaran tidak diperlukan kerana catan itu
sendiri merupakan realiti. satu pembaharuan dalam pembinaan bentuk dan ruang
dalam catan iaitu perkembangan dari idea yang mana menganggap bahawa struktur
geometri adalah asas kepada bentuk yang terdapat di alam semulajadi. Kubisme
menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.
Ia juga cuba menyelesaikan permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi dengan
keinginan untuk mengekalkan sifat-sifat 3 dimensi. Dalam zaman ini, banyak
mengaplikasikan penggunaan bentuk dan satah geometri.

Zaman ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Analitik (1909-1912) menumpukan
kajian struktur dan persembahan simolltenous menggantikan penampilan
permukaan (surface appearance) yang berlaku sebelum wujudnya Kubisme dan
Syntetic.

Empat peringkat Kubisme adalah:


 Proto – Kubisme (1902-1908)
 Analitik Kubisme (1908- 1911)
 Kolaj (1910 – 1912)
 Synthetic Kubisme (1912 – 1930)

Artis yang terkenal pada zaman ini ialah:


 Pablo Picasso
 Georges Braque
 Duchamp Villon

Cezanne dianggap sebagai penggerak kepada aliran seni baru. Ia melihat seni tidak
harus terikat dengan alam benda atau persekitaran. Seni harus boleh menjangkau
lebih jauh dari jangkauan pengamatan. Ia harus bersifat baru dan bersedia ke arah
kemungkinan-kemungkinan. Usaha Cezanne untuk memecahkan tradisi realisme
kurang berjaya. Walau bagaimanapun, Pablo Picasso dan Braque telah dapat

9
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

memecahkan tradisi realisme yang bertitik tolak dari apa yang dapat dilihat kepada
penyelesaian permasalahan 3 dimensi ke atas ruang 2 dimensi.

Banyak perubahan besar telah berlaku dalam lukisan Kubisme. Pelukis Kubisme
tidak melihat dan melukis dari satu sudut pendangan sahaja kerana kenyataan yang
dibuat oleh pandangan mata, kadangkala atau tidak semestinya sama dengan
kenyataan sebenar. Pandangan dan kenyataan terhadap bumi menjadi berbeza
apabila kita berada pada aras pandangan yang berbeza. Kenyataan tentang rupa
bumi yang sebenar, menjadi suatu kenyataan pandangan yang berbeza apabila
berada dari udara. Kubisme cuba menyelesaikan realiti sebenara kepada
permasalahan ini.

Ekspresionisme

Ekspresionisme telah bermula dan berkembang sekitar awal 1900 hingga ke tahun
1950an. Bergerak di Jerman terutama di Dresden dan Munich. Kumpulan Die
Brucke The Bridge (1905) wujud di Dresden. Manakala, Kumpulan Der Blaue Reiter,
The Blue Rider (1911), wujud di Munich.

Ciri-ciri Ekspresionisme

 Menolak ciri-ciri tradisi klasik


 Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis
 Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam
 Penggunaan warna terang bagi menyampaikan makna. Misalnya
warna biru lambang kedamaian, kuning lambang keresahan dan
sebagainya
 Terdapat di kalangan karya mereka sebagai ‘non-objective’ art.
 Penegasan tradisi bukan klasik dan bukan Eropah
 Manifestasi diri secara langsung yang berkait rapat antara situasi dan
emosi.

10
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Ciri-ciri tersebut dapat dilihat melalui beberapa buah karya ekspressionisme.


Antaranya ialahThe Cry karya Edvard Munch tidak menampakkan sebarang
perincian terhadap figura dan latar tetapi palitan waran yang kasar dan dramatik
menyatakan kenyataan perasaan ketika itu. Manakala, dalam karya Maria Aegytica
oleh Emile Nolde menggarapkan wajah yang kasar dengan warna yang tidak
naturalistik bagi menggambarkan gerak syarat bentuk orang.

Ciri-ciri Futurisme

 Dinamism – banyak menjelaskan pergerakan yang dinamik


 Mengemukakan aliran seni yang berasaskan teknologi di mana
pengaruh teknologi terhadap kehidupan memerlukan seni aliran baru

Artis terkenal Ekspressionisme ialah:


 Edvard Munch (1863-1944)
 Wassily Kandinsky (1866-1944)
 Emile Nolde (1867-1956)
 Franz Marc (1880-1916)
 Kokoschka

Dadaisme

Dadaisme lahir di Switzerland. Terdiri daripada pengamal aliran futurism yang


terlibat dalam Perang Dunia Pertama dan mereka adalah pelarian. Mereka
berpegang kepada Konsep “kemusnahan juga merupakan penciptaan”. Kumpulan
Dadaism juga merupakan kumpulan perantaraan antara Futurisme dengan kelahiran
aliran pergerakan abstrak dan surrealism.

Dada dalam bahasa Perancis bermaksud kuda permainan kesayangan kanak-


kanak. Dada dalam bahasa Rumania bermaksud ‘ya’. Kumpulan Dada bukanlah
mengamalkan sesuatu teknik tertentu. Bersesuaian dengan keadaan mereka
sebagai pelarian perang, kumpulan ini lebih menumpukan kepada pernyataan diri

11
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

sahaja. Mereka ingin bebas dari segala kongkongan. Seni bagi mereka adalah
medium untuk melepaskan perasaan.

Ciri-ciri Dadaisme:
 Bebas tanpa kongkongan
 Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni.

Artis terkenal Dadaism


 Marcel Duchamp
 Francis Picabia
 Pablo Picasso
 Kurt Schwitters
 Henry Moore
 Max Ernst
 Hans Arp
 Giorgio de Chirico

Futurisme

Futurisme bergerak di Itali. Kegiatannya ditubuhkan secara rasmi dengan


mengeluarkan manifasto seniman. Istilah Futurisme diperkenalkan oleh Filippo
Tommaso Marinetti seorang penyair pada tahun 1909. Ia menerbitkan sebuah
manifesto yang menyatakan tentang kematian seni lama dan lahirnya seni baru.
Mereka menolak seluruh tradisi seni dan arca Eropah. Tiada lagi makna ikonografi
dan sejarah. Perlambangan-perlambangan tidak membawa kemajuan. Apa yang
penting ialah ciri-ciri dinamik dan ekspresif berdiri atas landasan sains dan teknologi.
Karya tidak seharusnya merakamkan sesuatu tetapi pada saat tertentu merakamkan
setiap perlakuan di alam. Sebagai contoh, apabila seekor kuda berlari, kakinya tidak
lagi berkaki empat tetapi berpuluh gerakan dan gerakan tersebutlah yang perlu
dirakam. Pergerakan mengubah bentuk objek dan tiada objek yang statik. Hubungan
antar objek dan pergerakan menimbulkan kesan yang dinamik.

12
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Artis Terkenal Futurisme


 Umberto Boccioni (1882-1910)
 Russolo
 Carra

Surrealisme

Surrealisme adalah istilah diperkenalkan oleh penulis bernama Guillaume Apollinaire


pada tahun 1917. Pada tahun 1919, istilah itu digunakan oleh Andre Breton bagi
menggambarkan percubaannya terhadap penulisan yang lahir dalam mindanya
tanpa berfikir dan olahan awal. Pada tahun 1920, Breton bersama-sama beberapa
pelukis dan penulis Dadaism berkumpul di Paris dan akhirnya pada tahun 1924
Manifesto Surrealist yang pertama diterbitkan.

Ciri-ciri Surrealism
 Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar artis tetapi kepada ekspresi
bawah sedar minda artis
 “perasaan bawah sedar lebih mendalam dan berkesan” menjadi
pegangan kumpulan ini. Kelahiran Surrealism adalah penghayatan
artis pada alam sedar yang mendorong kepada fikiran bawah sedar
yang lebih kreatif.

Artis Terkenal Surrealism


 Salvador Dali
 Rene Magritte
 De Cherico

Pop Art

Berasas kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang bermula di bandar


Metropolitan seperti New York dan London. Menggunakan tema, teknik, imej dan
mitos bersifat semasa dan populariti. Ianya lebih mirip kepada karya-karya

13
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

pengiklanan dan pengguna. Pelukis-pelukis seni pop juga dikenali sebagai “New
Realist”. New Realist adalah suatu kebangkitan tentang kehidupan moden yang
mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

Impressionisme, Futurisme, Dadaisme dan Surrealism bayak mempengaruhi


kewujudan Seni Pop. Manet merupakan seorang pelukis Impressionisme pernah
menyarankan motif-motif sezaman patut digunakan bagi menggantikan lukisan-
lukisan dinding yang berunsurkan sejarah.

Ciri Seni Pop menonjolkan penggunaan warna yang terang pada permukaan ruang
yang berbidang besar.

Seni Pop di Amerika

Sejak beberapa tahun di awal 1920an, ramai pelukis-pelukis Amerika telah


cenderung menggunakan teknologi morden dan imej popular bagi menghasilkan
karya mereka. Keadaan ini terbukti melalui karya-karya yang dihasilkan oleh
beberapa pelukis yang terkemuka dalam angkatan ini. Di antara mereka adalah:
 Robert Rouschenerg – menggunakan bahan-bahan buangan yang
diolah dan disepadukan dengan teknik yang sesuai bagi menghasilkan
karya.
 Larry Rivers – menggunakan tema-tema semasa, masyarakat dan
tokoh-tokoh terkemuka
 Francis Becon – telah menggunakan teknik fotografi dalam karyanya
yang dipadankan dari filem yang terkemuka Battleship Potemkin.
 Jasper Johns – menggunakan teknik tuangan gangsa (Bronze Casting)
terhadap objek-objek semasa seperti tin minuman, mentol lampu dan
sebagainya.

14
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Seni Pop di England

Agak berlainan dari cara manipulasi bahan antara apa yang berlaku di England
berbanding Amerika. Antara pelukis seni pop di England ialah;
 Peter Blake – lebih suka menampilkan imej ahli tinju terkemuka,
pemain sarkas, lelaki separuh umur dan objek-objek penuh misteri bagi
menyingkap rahsianya tersendiri.
 Roy Lichtenstein – pula menggunakan keratan komik, akhbar dan
majalah bagi merencanakan ideanya.
 Andy Warhol – menggunakan teknik cetakan yang dicetak bersiri dan
berulangkali.
 Claes Oldenburg – mencipta karya bersifat 3 dimensi yang
ditempatkan pada persekitarannya sebenar. Karyanya “Fast Food”
yang ditempatkan bersama hidangan menimbulkan suatu rangsangan
dan stimulasi terhadap selera dan pemikiran.
 George Segal – juga seperti Oldenberg menghasilkan karya 3 Dimensi
yang ditempatkan pada persekitaran sesuai. Namun Segal lebih gemar
menggunakan imej figura berukuran sebenar yang ditempatkan pada
tempat yang strategik seperti di dalam pondok telefon, di tempat
pemandu bas dan sebagainya bagi menimbulkan suasana sebenar
yang mengkagumkan. Gabungan alam semulajadi dengan objek
ciptaan manusia mewujudkan suatu ketegangan dan merangsang
pemikiran penonton.

Artis Terkenal Seni Pop


 Andy Warholl
 Richard Hamilton
 Roy Lichtenstein
 Wasselman
 Oldenberg

15
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

1.4.3 Pengenalan, Kepentingan, falsafah dan Pengaruh Seni Oriental


(Seni Islam, Seni China Dan Seni India)

Seni Islam

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan


antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai
akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni
Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni
Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang
disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman
Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
melampaui batas."

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa
mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam
adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua
tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu,
perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan
manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni.

Islam membenarkan umatnya berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran


mereka, perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat. Seni Islam
terdiri daripada elemen yang diulang-ulang berbentuk geometri. Tiada elemen-
elemen figura. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk
mempertingkatkan agama. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada
Tuhan.

Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah.


Tiada pemisahan antara seni dan agama. Seseorang seniman perlu memahami
ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan, muzik,
seni bina dan seni pentas. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yang jelas.
Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yang baik dan insan yang
hampir kepada Allah. Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial dalam
konteks syariah islamiah.
16
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750 hingga abad ke-16,
apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan
kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan sumbangan Islam yang
terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting
dan amat dihormati, dan lukisan potret kenit berkembang maju di Parsi. Seni
khat,salah satu aspek tulisan Arab yang penting, berkembang dalam manuskrip dan
perhiasan seni bina.

Peranan Kesenian Islam

Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan


melalui seni sama ada seni lukisan, muzik, seni bina, seni pentas. Kesenian Islam
perlu mempunyai mesej yang jelas.Kesenian boleh mendidik manusia supaya
menjadi insan yang baik dan hampir kepada Allah.Para seniman mempunyai
tanggungjawap sosial dalam konteks syariah Islamiah.

Arabesque

Lukisan Islam mengandungi unsur-unsur berulang, misalnya penggunaan reka


bentuk geometri berbunga-bunga atau bersayur-sayuran dalam gaya ulangan yang
dikenali sebagai arabes. Arabes dalam lukisan Islam sering dipergunakan untuk
melambangkan sifat Allah yang unggul, tidak terbahagi, dan tidak terbatas.
Kesilapan pengulangan dalam lukisan Islam mungkin disengajakan sebagai
penampilan rendah hati oleh pelukisnya yang mempercayai bahawa hanya Allah
dapat menghasilkan kesempurnaan.

Motif Arabesque
 Penekanan terhadap pergerakan dan pengulangan serta
kesinambungan objek-objek
 Menolak bentuk-bentuk konkrit yang melambangkan ketuhanan
 Objek manusia tidak menjadikan subjek kerana insan Kamil tidak
menampilkan dirinya kepada tuhan secara tampak

17
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Contoh: Corak Arabesque

Seni Khat

Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal,
penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun.
Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan
kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan
tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek
yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan
kata-kata bijak pandai (hukama').

Tulisan ini mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Seni khat mempunyai
kaitan rapat dengan jiwa islam, memandangkan penulisannya menggunakan huruf-
huruf al-quran. Antara Seni Khat yang terkenal ialah Nasakh : diperindah oleh Ibn
Muqla Khat Riq'ah : tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat dan sesuai dengan
gerakan tangan. Khat Diwani : Catatan atau antologi karangan. inspirasi dari model
khat lain. Hanya digunakan untuk hiasan sahaja. Khat Diwani Jali : Lebih bervariasi
berbanding khat diwani. Khat Thuluth : digunakan untuk hiasan seperti dalam
mushaf Usmani, nama kitab atau buku .
Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang
kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga
menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya

18
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan
yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi
keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan
agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.

Jenis-jenis Seni Khat

Tamudun Islam kaya dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei
khat. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang
dari lapan-lapan model ini. Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi,
Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani.

Khat Kufi berasal dari Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai
hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan
dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul.

Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf
thmani (al-Quran), nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.

Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan
buku-buku berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca,
jelas serta tidak mengelirukan

Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit
ke kanan. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan
tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga
biasanya ditulis dengan khat ini.

Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk
tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk
mengambil nota kuliah.

Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan


secara meluas semasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di

19
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat
penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.

Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya ,
rumit penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan,
burung dan sebagainya.

Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan
panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.

Seni Bina
Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang
mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan,
reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan
satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau
menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka
keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat
melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni bina
yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang
dan hampir runtuh.

Lukisan dan Arca ( Ukiran)

Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang
dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan
ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabot rumah, piring, kulit buku, jubin,
tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat pada
objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi
pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak
dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku
dan topi besi perang. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan
tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias
dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang tenunan sutera dan sebagainya.
20
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawang, lampu dan bentuk-bentuk
geometri pada kubah dan lain-lain.

Seni lukis pula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya
tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan
bunga dan gambar berbentuk arabesque dengan pilihan warna emas, buku-buku
sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-
Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis
Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-
benda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

Rajah 1.1: Corak-Corak Arabes

21
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Rajah1.2: Khat Thuluth Rajah 1.3: Khat Diwani

Rajah 1.5: Seni Bina

Seni China

Menurut ahli sejarah, Kesenian Cina yang terawal sekali ditemui pada akhir Zaman
Batu ialah Seni Tembikar.
Bidang Kesenian Cina Seni Tembikar Kebanyakkan tembikar neolitik yang terbaik di
dunia datanganya dari negeri Cina. Tembikar Maharaja Yso dan Shun berwarna
kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Bentuk-bentuk tembikarnya yang
popular ialah bentuk pasu bermulut tebal dan berbadan kecil.

22
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Ciri-ciri Seni Catan China

Seni catan mengambil tempat yang agak istimewa dalam Tamadun China. Ini
kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana. Golongan pemerintah dan
kelas elit semasa Dinasti Tang dan Sung merupakan pendokong utama dalam
bidang ini. Contohnya Maharaja Hui Tsung dari Dinasti Sung merupakan seorang
seorang yang mencintai kesenian dan lukisan.Beliau menaungi bidang catan dan
meberi jaminan latihan kepada artis-artis catan. Namun demikan kemuncak bidang
ini terganggu sedikit apabila Dinasti Yuan memerintah China

Lukisan Cat Air China


(Teknik basah atas basah)

Seni catan lanskap China

Di dalam catan landskap Cina kebanyakannya menerangkan kepercayaan mereka


bahawa manusia merupakan sebahagian daripada alam. Cara pelukis Cina melukis
catan mereka adalah dengan mengembara ke seluruh pelosok alam ini adalah
kerana mereka mahu menghayati dan merakamkan alam dengan penuh kejujuran.
Penerapan disiplin yang tinggi semasa berkarya seperti penumpuan, kerajinan,
kehormatan serta kemahiran dalam berkarya mesti disemai oleh setiap pelukis Cina.
23
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Prinsip-prinsip dalam menghasilkan Catan Cina

Terdapat beberapa prinsip yang harus diterapkan dalam menghasilkan catan Cina.
Hsieh Ho telah menyenaraikan enam prinsip dalam menghasilkan sebuah catan.
Antara prinsip-prinsip berikut adalah seperti Chi yun sheng tung- Getaran rohani
atau perasaan pelukis, Ku Fa Yung Pi – Kaedah, tatacara, mutu dan nilai sapuan
berus, Ying Mu Hsien Hsing- Pemahaman terhadap objek yang dilukis, Sui Lei Fu
Tsai- Penggunaan warna yang bersesuaian, Ching Yin Wei Chin- Pembahagian
komposisi dan peranan cahaya dan Ching Mu i Hsieh- Belajar melalui peniruan.
Prinsip-prinsip inilah yang telah mengasaskan pengalaman ndan penikmatan catan
Cina Sejas berabad-abad lamanya seningga kini.

Falsafah disebalik menghasilkan Catan

Dalam menghasilkan Catan Cina, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya


seperti ’melukis tanpa sombong’ yang bermaksud, memperelokkan lagi hasil yang
telah sempurna bagi mempertingkatkan mutu catan. Pelukis tidak harus cepat
berpuas hati dan bangga dengan kerjanya. Falsafah seterusnya adalah ’tidak
menghadapi kerja dengan lalai’ falsafah ini bermaksud sesorang haruslah bersedia
dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi
mendapatkan kerja yang sempurna.

 Dikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang


 Catan Cina lazimnya dibuat di atas kain sutera atau kertas telap
dakwat
 Perkembangan seni catan terkenal di Zaman Wangsa Tang yang
banyak berunsur ugama Budha, Taoism dan Confucianism
 Zaman Sung, pelukis Cina menggunakn ciri-ciri pemandangan dan
kemanusiaan

24
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Ciri-ciri lukisan china

 Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan


barat
 Kebayakan ctan menggambarkan keindahan panorama alam dan
semulajadi
 Catan mempunyai falsafah

Seni Tembikar

Kebanyakan tembikar neolithic yang terbaik di dunia datangnya dari negeri Cina.
Tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan
perhiasan hitam, bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal
berbadan kecil. Tembikar Cina zaman akhir Neolithic pula berwarna hitam dan
berkilat. Tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada
permukaan tembikarnya. Tembikar zaman Wangsa Ha, menggunakan glaze kelabu
kekuningan yang diperbuat dari timah hitam.

Seni Tembaga

Kesenian tembaga bermula pada zaman Wangsa Shang. Kebanyakan kesenian


tembaga ketika itu adalah peralatan rumah dan sebahyang yang ditiru dari
bentuk-bentuk tembikar. Pada akhir Wangsa Chou, ada terdapat bukti teknik
tuangan bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana
berasaskan bentuk binatang, bejana tersebut digunakan untuk 2 tujuan iaitu
kegunaan harian dan istiadat keagamaan

Catan

Dikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang. Catan Cina lazimnya
dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat. Perkembangan seni catan
terkenal di Zaman Wangsa Tang yang banyak berunsur ugama Budha, Taoism dan

25
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Confucianism. Zaman Sung, pelukis Cina menggunakn ciri-ciri pemandangan san


kemanusiaan

Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat.
Kebayakan catan menggambarkan keindahan panorama alam dan semulajadi.
Catan mempunayi falsafah

Arca dan Ukiran

Dikesan sejak zaman Wangsa Shang dengan terjumpanya dua arca


berbentuk harimau dan burung hantu, diperbuat daripada marmar. Terdapat banyak
imej-imej Budha ditemui di candi-candi di Gua Yun Kang, Shensi. Di gua-gua Tung
Huang, Kansu terdapat imej-imej Budha diukir pada dinding gua tersebut. Arca-arca
diperbuat daripada tanah liat yang diwarnakan, batu dan tembaga.

Seni kaligrafi

Seni tulis cina yang terawal ditemui pada zaman Wangsa Shang (2000 S.M) yang
ditulis di atas permukaan buluh, tulang dan kulit kura-kura. Kehadiran Confucius
dan Lao-Tzu pada zaman Wangsa Chao, membantu menggalakkan pertumbuhan
falsafah, kesenian dan tulisan orang China. Dalam tahun 1928-221 SM, terdapat
banyak tulisan pada permukaan bejana tembaga dan batu. Tulisannya mempunyai
ukuran yang sama. Terdapat 3 tulisan dicipta dalam zaman wangsa Han, iaitu
tulisan bentuk biasa (pattern script), tulisan bentuk kasar (Rough Script) dan tulisan
sambung (Curcive Script)

26
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Senibina

Senibina di China dikatakan dapat dilihat dengan pesat pada zaman Ming, apabila
Peking dijadikan Pusat Pentadbiran menggantikan Nanking

Ciri-ciri Senibina adalah berdinding kayu beratap genting curam. Bangunan kuil dan
pagoda mempunyai pintu gerbang, beratap genting melengkungn ke atas.

Catan lanskap

Catan lanskap mendapat tempat yang istimewa sekali dalam perkembangan seni
catan China. Catan lanskap China (Shan Shui) membawa maksud gunung dan air.
Sejarah catan China berkembang dengan pesat dalam zaman Dinasti Sung.

Ciri-ciri Catan lanskap adalah tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu
kepasda ekspresi yang membawa pengnertian terrhadap keseluruhan catan.
Seorang artis harus dapat berinteraksi secara harmoni dengan alam dan dapat
menterjemahkan falsafahnya melalui catan. Konsep Yin dan Yang menjadi
teras kepada catan lanskap China iaitu keseimbangan dengan yang melalui
perlambangan kabus, air, awan, burung dan lembah.

Hukum Catan China

(Berasaskan Prinsip Shi-Vitalize Spirit). Monokrom: penggunaan cat air dengan ton
warna yang terhad bagi mendapatkan impak mendalam. Komposisi: mementingkan
rangkaian ruang berasaskan garisan tegak dan mendatar. Ton dan suasana: “Chi
Yun Sheng Tungn” ton yang memberi suasana yang ghairah dan dinamik. Struktur
dan sapuan berus: Sapuan awal berus memberi pengertian - dibuat secara spontan
dan simbol kepada alam semula jadi. Lakaran: penting sebagai pembentukan awal
sesuatu gambaran. Kesesuaian lukisan dengan objek: Walaupun lukisan tidak sama
dengan objek sebenar tetapi perlu ada persamaan dalaman.

27
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Seni Bina

Seni Arca

Seni Tembikar

28
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Seni Catan

Rajah : Menunujukkan lukisan zaman klasik China yang banyak memberikan


gambaran kawasan pergunungan iaitu pengaruh Yin dan Yang dalam kehidupan
mereka.

29
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

SENI INDIA

Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya, tahun 132 s.m. Berasaskan kepada
keagamaan dan pemujaan. Ianya mencapai kegemilangan pada zaman Gupta,
contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Ia berkembang
maju pada zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Zaman Muslim, kombinasi gaya
Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid.

Seni Bina dan Seni Ukir berkembang maju pada zaman Maurya, contoh Tiang
Asoka. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej
Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi
(Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Nilai-Nilai
Dharma – dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan apa
yang harus dilakukan. Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh
seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan. Dharma dikaitkan
degan tugas, tanggungjawab dan aturan memberi makna kepada kehidupan
manusia iaitu memberi individu identiti dan makna kepada peranannya dlm hidup.
Kepercayaan kepada Tuhan – kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui
batas pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas pemikiran agama orang
Hindu. Karma – prinsip asas bagi aliran pemikiran falsafah dan agama yang berasal
dari India.

Tamadun India telah mencapai kecemerlangan yang sangat tinggi dalam aspek
kebudayaan kebendaannya termasuklah dalam bidang kesenian.Secara umum
bidang kesenian ini merujuk kepada hasil-hasil karya yang indah.Ini bermakna
kesenian itu merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat dalam satu-satu
tamadun malah setiap tamadun manusia di dunia ini mempunyai dan
memperkembangkan bidang kesenianya yang tersendiri.

Kesenian dalam tamadun India telah dilihat sejak Tamadun Lembah Indus
lagi.Dalam period ini kesenian terutamnya yang berkaitan dengan seni bina,
skulputur telah memperlihatkan pencapaian yang matang. Ini semua dapat dikesan
daripada penemuan-penemuan di Mohenjadaro dan Harrapa seperti “The Great
bath, The Dancing Girl, The Mother Goddess” dan sebagainya. Kesemua ini
30
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

membayangkan bahawa aspek kesenian dan keindahan menjadi antara perkara


yang sangat dipentingkan dalam masyarakat.Dalam period berikutnya dengan
kejatuhan tamadun ini serta kehadiran orang-orang Aryan.Aspek kesenian telah
memasuki satu period baru yang berbeza dengan sebelumnya.

Aspek kesenian mula dihubungkaitkan dan mempunyai tujuan-tujuan


keagamaan.Keadaan ini dibayangkan memalui mazmur-mazmur yang terdapat
dalam kitab-kitab Veda yang dianggpa sebagai mempunyai nilai estetika yang
tinggi.Period ini juga menyaksikan satu bentuk asimilasi antara kesenian Aryan
dengan kesenian tempatan.Dalam Tamadun India, terlihat perbezaan antara
kesenian keagamaan dan kesusasteraan keagamaan.

Konsep Seni Bina India

Sebagai agama yang mendominasikan masyarakat dalam Tamadun India sejak


awal, agama ini sangat mempengaruhi kehidupan masyarakat atau penganutnya.
Seni bina Hindu yang wujud dalam bentuk kuil tersebar di seluruh India dan ia hanya
berkembang selepas Zaman Gupta kerana kuil dikatakan tidak diepentingkan dalam
zaman awal.

Selepas Zaman Gupta seni bina kuil telah tersebar keseluruh India. Konsep asas
perancangan pembinaan kuil ditentukan oleh kalangan Brahmin yang berkuasa
menentukan peraturan dan perancangan sesebuah kuil. Ia juga bertanggungjawab
dalam membuat pemilihan tapak, menguji keadaan tapak dan sebagainya sama ada
dari sudut mitilogi mahupun astronomical. Dalam pembinaan kuil-kuil Hindu, terdapat
dua bentuk yang dianggap sempurna iaitu bulatan dan empat segi.
Walaubagaimanapun, agama Hindu dikatakan lebih menekankan simbol empat segi
sementara agama Buddha dikatakan lebih condong kepada bentuk bulat
sebagaimana yang dilambangkan pada stupa-stupanya. Bentuk empat segi nini
dikatakan lebih stabil benbanding bentuk bulatan. Setiap kuil menggunakan ukiran
Hindu yang dikenali sebagai Vastupurshamamandala atau carta ajaib.

31
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Terdapat tiga jenis seni bina Hindu iaitu jenis negara iaitu di bahagian India Utara,
jenis Dravida di bahagian selatan dan Vesara di India Tengah. Agama Hindu sangat
mementingkan aspek penyembahan. Ia dilakukan di tempat yang khusus.bangunan
penyembahan ini mempunyai altar pedupaan yang beratap dan disokong oleh tiang
kayu. Sami hindu mendapati dewan perhimpunan yang terdapat di desa-desa amat
sesuai dijadikan sebagai simbol seni bina Hindu. Contohnya seperti Lad Khan di
dewan Aihole yang berukiran 50 kaki dan berbumbung curam. Tiang batu digunakan
menggantikan tiang kayu seprti mana terdapat pada dewan tradisional. Contoh-
contoh lain seperti kuil Durga di Aihile mirip Dewan Chaitya Buddhis dan kuil
Bhitargaon. Dalam seni bina Hindu ini terdapat beberapa struktur yang penting.

Struktur yang pertama ialah “Shikhara”.“Sikhara” merupakan salah satu


struktur suci agama Hindu yang dilihamkan daripada bentuk kereta kuda orang
Aryan yang telah diubahsuaikan.Struktur Vimana pula juga dikenali sebagai menara
piramid merupakan kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat dan kubah,
menjadi hallmark kepada seni bina kuil selatan India dan simbol Shaivite iaitu aspek
“trinity” Hindu. Satu lagi struktur dalam seni bina Hindu yang penting ialah “Ratna”
yang merupakan batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang atau burung“
Ratna” ini dijadikan sebagai model seni bina oleh para arkitek dan pengukir untuk
mencari satu elemen seni bina yang melambangkan agama Hindu. Contoh Ratna
yang mashyur ialah “Tujuh Ratna Mahabalipuram” Struktur Gopuram pula berasal
daripada pwerkataan Sanskrit yang bermaksud ‘pintu pagar lembu’ yang didirikan
bagi menandakan pintu masuk utama ke ekompleks kuil.Pintu masuk ini mempunyai
gabungan elemen-elemen geometri iaitu empat segi, piramid dan sebagainya.

Di bahagian utara India, penganut-penganut agama Hindu turut mengembangkan


kesenian Hindu yang khas dan tersendiri yang berbeza dari segi bentuk dan stailnya
dengan kesenian Hindu di bahagian selatan dan dikenali sebagai Nagara. Seni bina
ini mempunyai menara dan batu berbentuk roda atau amalak.

32
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Kuil Hindu di Bahsur, India


Sumber :http://www.kamat.com/kalranga/architecture/common/6404.htm

Penggunaa Media dalam Arca Agama Hindu

Secara keseluruhannya, seni arca Hindu diperbuat dariapada bahan-bahan yang


mudah ditemui di persitaran kehidupan masyarakat setempat.Ini terbukti dari
penemuan artifak-artifak yang mempunyai nilai estetik tersendiri.Terdapat media dan
seni pembuatan arca-arca dipengaruhi oleh factor social, politik, agama dan geografi
sesautu tempat. Aliran perubahan zaman atau masa juga turut mempengaruhi
penggunaan sesautu media kerana bahan-banah tersebut lebih mudah untuk
didapati dengan kadar yang maksimun dan kuatiti yang banyak.

Batu dan batu pasir dikenalpasti sebagai media utama yang digunakan dalam
penghasilan seni arca pada peringkat awal, sama ada bagi agama Hindu mahupun
Buddha. Penggunaan media batu ini mempunyai perkaitan dengan keadaan
setempat pada waktu itu. Arca timbulan berupa tuhan dan dewa-dewi dalam
pelbagai bentuk, gaya dan saiz yang terdapat di dinding-dinding gua merupakan
antara arca yang menggunakan media batu pada peringkat awal bagi kedua-dua
agama ini. Arca-arca bersaiz lebih besar daripada manusia.

33
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Jika penghasilan arca Hindu menggunakan media batu adalah bersaiz lebih besar
daripada manusia, ini tidak bereti perkembangan zaman gangsa telah menghasilkan
arca bersaiz sama. Arca Hindu yang diperbuat daripada media gangasa adalah lebih
jauh lebih kecil saiznya berbanding manusia.Namun, kehalusan seni ciptaannya
tetap tinggi dan halus, sebagiamana arca yang menggunakan media batu atau batu
pasir. Perkembanagn tamadun bukan sahaja mempengaruhi kehidupan masyarakat
di dalam kehidupan seharian, malah ia turut memberi kesan yang mendalam di
dalam kesenian sesuatu tamadun.

Seni Bina dan Seni Ukir

Bidang Kesenian India, Seni Arca Merupakan kesenian tertua di India dan berkait
rapat dengan patung-patung keagamaan. Dibuat daripada batu marmar, kerana ia
lebih tahan dari tanah liat. Zaman kegemilangan seni arca India ialah pada zaman
Guptas.

Berkembang maju pada zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Mencapai


kegemilangan pada zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan
Bodhisattva di India Utara. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu
berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid.

Seni arca bermula dengan patung, maka banyak patung-patung berbentuk manusia
yang disimpan di kuil-kuil untuk tujuan keagamaan. Ada juga menggunakan bahan-
bahan dari besi dan gangsa. Patung Lord Siva antara arca seni dalam pergerakan
istimewa. Telah mendorong ramai tukang-tukang arca India menghasilkan pelbagai
bentuk arca.

Seni Lukis

Dalam bidang Seni Lukis pula kesannya boleh dilihat di dinding istana dan ruang
dalam rumah golongan kaya. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan.
Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. Contoh Gua

34
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Ellora, Badami dan Bagh. Zaman Muslim- merupakan zaman pemulihan seni lukis
iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi.

Dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. Kuil-kuil dihiasi lukisan
bersifat keagamaan. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan
Mahabhrata. Contoh Gua Ellora, Badami dan Bagh. Zaman Muslim- pemulihan seni
lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi.

Stupa dan Brobodur

Seni Arca

35
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Lukisan Miniatur Radhe Krishna Lukisan Miniatur Rajasthani

1.4.4 Sumbangan Tokoh-Tokoh

1.4.5 Binaan-Binaan Agung Seni Oriental.

Kuil Konark Masjid Taj Mahal Candi


Orissa, India Umayyad, Borobodor
Damascus
-batu konkrit -batu konkrit -Mozek. -Batu
-marmar -marmar -Marmar. -Tanah Liat
Medium -Batu. -Konkrit
-Susunan -Bahan asas
mozek binaan
-binaan -binaan -binaan -binaan
Teknik -ukiran figura -catan lanskap -Arabes -Motif Bunga
-catan arabes -Geometri -Motif Geometri
-dinding -pintu gerbang -Kubah -dinding berukir
berukir -Ruang yang
Rekabentuk
luas

-keagamaan -keagamaan -Istana -Rumah Ibadat


-pendidikan -Lambang
agama keagungan
Fungsi
cinta.
-Pengabdian
Diri.
-Unsur Agama -Seni Timur -Seni Timur -Unsur Agama
Pengaruh Hindu Tengah Tengah Hindu
-Seni Islam -Arca Patung

36
PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Latihan 1.1

Seni catan di Barat telah mengalami perubahan perubahan aliran pada setiap
zaman.

Banding beza 5 ciri gaya catan Aliran Impressionism, Post Impressionism dan
Renaissance .

Latihan 1.2

Senaraikan jenis-jenis khat dan dan kegunaannya masing-masing

Latihan 1.3

Bincangkan kepentingan estetika dalam penghasilan karya seni

Latihan 1.4

Bandingkan ciri-ciri yang terdapat pada binaan-binaan agung dalam seni


oriental

37

Anda mungkin juga menyukai