Anda di halaman 1dari 12

MURAL

Menurut Saiful (2018), mural berasal daripada kata latin yang membawa maksud Murus
yang bermaksud dinding. Mural merupakan suatu lukisan besar yang memenuhi ruang bangunan
atau ruang-ruang dinding. Seni mural ini merupakan salah satu bentuk seni rupa tetapi
mempunyai maksud atau nasihat yang terkandung di dalamnya untuk diperlihatkan kepada
khalayak umum.
Seni mural ini dapat dihubungkan dengan kata atau ungkapan sebagai seni kontemporari. Seni
lukisan kontemporari ini telah mentakrifkan lukisan mural adalah lukisan yang telah dibuatdiatas
dinding sebagai penghias yang boleh dikendalikan melalui dua cara iaitu secaralangsung pada
permukaan dinding seperti fresco atau di papan serta tapak untuk dipasang pada dinding.
Menurut Stamatescu (2011) seni mural adalah bersifat demokratik atau bebas. Ia adalah
seni yang boleh diakses oleh semua orang yang berkaitan peristiwa, pengalaman semasa atau
yang lepas dan mengekspresikan secara mendalam dan mengangap tujuannyauntuk
memberikan inspirasi dan visi untuk masa akan datang. Ini menunjukkan bahawa seni-seni
mural yang semakin berkembang ini merupakan sesuatu yang bernilai untuk tatapan dan juga
pengajaran kepada orang awam.

Sejarah mural

Mural pada dinding makam Raja Mesir Mural pada dinding Gua Lascaux
Purba
Sejarah mural bermula dengan zaman yang dipanggil mural purba. Mural purba ini dijumpai pada
dinding Gua Lascaux di Perancis. Karya mural itu merupakan antara mural yang paling tua telah ditemui
pada sekitar 30 000 tahun sebelum masihi. Mural yang dihasilkan oleh orang-orang zaman prasejarah ini
menggunakan media cat air yang terbuat dari sari buah limun.

Di Perancis, karya mural ini telah ditemukan pada 150 tempat manakala di Sepanyol terdapat 128
tempat. Di Italia juga telah dijumpai ada 21 tempat yang menghasilkan mural. Mural mulai berkembang
menjadi mural modern di tahun 1920-an di Meksiko dengan pelopornya antara lain Diego Rivera, Jose
Clemente Orozco, dan David Alfaro. Pada tahun 1970-1990, kemunculan mural semakin diketahui ramai
oleh Jean-Michel Basquiat. Beliau juga menghasilkan graffiti di tepi kota dan stesyen di New York,
dengan meletakkan tulisan S.A.M.O. iaitu menunjukkan identiti beliau.

fungsi mural
Fungsi mural terbahagi kepada lima cabang iaitu politik, ekonomi, Pendidikan, sosio
budaya dan estetika. Dalam bidang politik, mural dihasilkan untuk menegakkan atau
menyuarakan suara rakyat dan mural juga digunakan sebagai medium untuk berkempen.
Seterusnya, mural dalam politik digunakan untuk menyuarakan ideologi tertentu. Hal ini
disokong oleh Hughes (2011), yang menyatakan bahawa idealogi-idealogi deterjemahkan
melalui lukisan pada dinding ataupun mural.

Selain itu, fungsi mural dalam sosio budaya pula mural dihasilkan ialah untuk
memaparkan keunikan dan keindahan sesuatu budaya dalam masyarakat atau tempat dan
sekaligus melambangkan identiti mereka.

Fungsi yang ketiga ialah dalam bidang estetika. Estetika bermaksud nilai keindahan.
Mural dalam bidang ini digunakan untuk menghiasi ruangan dinding sesuatu tempat seperti
rumah, pejabat atau pusat membeli belah. Tambahan lagi, pengkarya bebas memilih tema
asalkan bersesuaian dan tidak mempunyai unsur negatif.

Seterusnya, terdapat banyak fungsi mural dalam bidang Pendidikan. Mural dalam
bidang Pendidikan lebih tertumpu kepada sekolah. Kebanyakan sekolah menghasilkan
mural adalah bertujuan untuk menceriakan lagi persekitaran sekolah tersebut dan sebagai
satu medium untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada murid mahupun warga
sekolah.

Akhir sekali, fungsi dalam bidang ekonomi. Fungsi mural dalam ekonomi ialah
sebagai medium untuk mempromosikan sesuatu produk atau jenama supaya dikenali oleh
masyarakat dan mereka boleh mendapat keuntungan daripada promosi tersebut. Tambahan
lagi, kafe atau tempat pelancongan menggunakan mural sebagai salah satu cara untuk
mereka menarik perhatian masyarakat ialah dengan menghasilkan mural yang cantik.
Dengan itu, orang ramai akan tertarik untuk pergi ke tempat tersebut.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai manfaat daripada penghasilan mural kepada


masyarakat dunia. Mural bukan sahaja tertumpu kepada bidang seni rupa semata-mata
tetapi mural pada masa kini telah menjadi satu medium yang sangat berguna dalam
pelbagai aspek.
Contoh karya mural
“P o p a r t”
Pemilihan tema bagi projek mural di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh ialah “Pop
Art”. Tema ini dipilih di atas persetujuan semua pihak dan mendapat sokongan daripada
pensyarah Penyelaras bagi kursus PSVK3163 Pengurusan Dalam Seni. Tema Pop Art ini
dipilih kerana ia bersesuaian dengan persekitaran tempat dan tujuan dalam menghasilkan
mural tersebut.

“Pop Art” merupakan salah satu aliran dalam Seni Visual yang dipopularkan oleh
karyawan barat berkaitan seni yang menggambarkan imej, objek atau suasana yang berlaku
dalam masyarakat seharian. Perkataan ‘Pop’ adalah singkatan daripada perkataan popular
manakala ‘Art’ ialah seni. Pop Art juga merupakan gerakan seni moden. Gerakan ini lebih
kepada unsur peniruan terhadap sesuatu kaedah, gaya, tema yang popular berkaitan
kebudayaan, politik, media massa, watak komik, pengiklanan dan sains fiksyen.

Dalam gerakan seni moden iaitu Pop Art ini, mementingkan penggunaan unsur
warna yang cerah dan ceria untuk memberi gambaran kehidupan yang indah, harmoni,
selesa dan riang sepanjang zaman.

Rasional memilih “Pop Art” sebagai tema mural ialah untuk menghasilkan karya
mural yang menarik dan memberikan suasana ceria kepada sekolah. Hal ini kerana Pop Art
menggunakan pemilihan warna-warna yang terang dan ini akan menarik perhatian warga
sekolah untuk melihat karya mural tersebut. Dalam pada itu, sekolah akan kelihatan lebih
ceria dengan adanya mural sebegitu dan dinding sekolah tidak kelihatan kosong. Apabila
persekitaran sekolah ceria, murid juga akan tertarik untuk pergi ke sekolah.

Selain itu, tema Pop Art mempunyai ciri-ciri yang lebih dekat dengan kanak-kanak.
Stail aliran Pop Art yang tidak menekankan realistik dalam penghasilan karya memudahkan
pengkarya untuk menghasilkan rupa bentuk manusia seperti objek kartun dan sebagainya.
Oleh itu, murid akan merasakan diri mereka seperti ikon yang dilukis pada dinding mural
kerana karakter orang yang comel dan kecil sangat menggambarkan diri seorang kanak-
kanak. Ini juga akan memudahkan proses penyampaian maklumat melalui karya mural
tersebut. Contohnya, kami memilih untuk menghasilkan mural bagi mata pelajaran Sains.
Hal benda yang kami pilih ialah matahari, awan, gunung-ganang, bumi, teleskop dan
astronaut. Murid akan lebih mudah untuk faham yang mural itu adalah berkaitan dengan
mata pelajaran sains.

Akhir sekali, pemilihan tema Pop Art memudahkan kami dalam menghasilkan
campuran warna dan sekaligus menjimatkan pengunaan warna. Hal ini kerana warna-warna
yang digunakan dalam aliran Pop Art kebanyakan boleh dihasilkan melalui campuran warna-
warna asas.
rujukan
Hughes, M. L. (2011). Street Art & Graffiti Art. Developing an Understanding.

Maric, B. (2014). History Of Street Art diperoleh pada Oktober 12, 2017 daripada
http://www.widewalls.ch/the-history-of-street-art/. Widewalls.

Meiboudi, H. K. (2011). Enhancing children's environmental awareness in kindergarten of


Mashhad city using mural painting. Procedia - Social and Behavioral Sciences.

Saiful Ikhmal Zainodin. (2018). Seni lukisan jalanan mural dan graffiti : estetika dan

pandangan masyarakat. Jurnal Seni, 4, 22-34.

Stamatescu, M. V. (2011). Procedia Social and Behavioral Sciences. Mural message for

future generations.
ENGLISH MUZIK

MATEMATIK P. JASMANI PSV


BAHASA MELAYU SAINS

Anda mungkin juga menyukai