Anda di halaman 1dari 13

Artistik dalam seni dan reka bentuk

Reka bentuk adalah pengetahuan tentang penyusunan barang secara terancang untuk
menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan manusia. Reka bentuk
yang dihasilkan mestilah mengikut arus masa dan perlu berdaya saing dengan produk yang sedia
ada. Sebagai contoh perkembangan reka bentuk basikal dari dulu sehingga hari ini. Reka bentuk
bukan sahaja dari segi konkrit iaitu satu bidang yang melibatkan proses mereka bentuk sesuatu
produk yang dapat dilihat dan dipegang tetapi reka bentuk juga mempunyai dari segi abstrak.
Reka bentuk abstrak adalah melibatkan proses mereka bentuk produk yang boleh dilihat tetapi
tidak boleh dipegang sebagai contoh dalam bidang perkhidmatan dan komunikasi. Antara contoh
bidang perkhidmatan seperti pengangkutan, sistem pengairan dan penyewaan dan bidang
komunikasi pula sebagai contoh atur cara, bahasa dan grafik. Pada pendapat saya seni sangat
penting kerana seni adalah salah satu cara seseorang itu menyampaikan ekspresi beliau terhadap
orang lain. Selain itu, jika seseorang itu mempunyai jiwa seni dan estetika mereka akan
mengungkapkan emosi dengan musik atau lukisan. Seterusnya, seni juga ada pada semua agama.
Sebagai contoh pembinaan Candi Borobudur yang dihasilkan dengan penuh kesenian. Dinding
candi merupakan ilustrasi kitab suci budha dan hindu. Bentuk kesenian selalu mengalami
perubahan dari waktu ke waktu sesuai dengan zamannya.

Sepertimana yang kita ketahui bahawa setiap seni dan reka bentuk terdapat artistik di
dalamnya iaitu artistik adalah satu nilai yang terdapat dalam seni dan reka bentuk. Seni dan reka
bentuk mempunyai nilai mereka yang tersendiri dan yang mempunyai ilmu seni sahaja akan
faham nilai yang ada pada setiap seni dan reka bentuk tersebut. Selain itu, artistik bukan sahaja
ada pada seni dan reka bentuk tetapi terdapat juga dalam sastra, musik dan tarian. Setiap apa
yang berkaitan dengan seni pasti ada artistik tersendiri. Dalam sejarah, seni juga mempunyai
perubahan dari zaman ke zaman mengikut peredaran zaman. Selain itu, salah satu faktor yang
menjadi penyebab mengapa berlaku perubahan adalah disebabkan dari segi teknologi yang
semakin berkembang.
Sebagai contoh reka bentuk kereta pada zaman dahulu lebih ringkas berbanding kereta
pada zaman dimana perbezaan seni reka bentuk kedua dua zaman mempunyai nilainya yang
tersendiri. Kereta pada zaman dahulu menggunakan bahan atau material yang lebih compact
berbanding pada zaman kini anataranya adalah untuk mengurangkan kos bahan mentah yang
digunakan. Kelebihan kereta pada zaman kini adalah ada sesetengah kereta yang lebih jimat
minyak dan ada juga kereta yang dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar iaitu kereta
menggunakan eletrik. Kedua dua zaman mempunyai nilai artistic tersendiri.

Selain itu contoh seni pada zaman dahulu yang kini masih lagi bermain di mulut manusia
adalah tentang lukisan Leonardo da Vinci iaitu Mona Lisa. Lukisan tersebut mempunyai nilai
etistik dimana lukisan tersebut di lukis sempena menyanjungi atau tanda kasih sayang seorang
suami kepada isterinya. Di samping itu, lukisan juga adalah salah satu cara untuk seseorang itu
meluahkan perasaan mereka. Sebagai contoh pada zaman dahulu, manusia melukis di dinding
gua untuk menyampaikan mesej kepada semua orang. Dimana pada zaman itu tidak mempunyai
teknologi seperti whatsapp untuk menyampaikan mesej.

Seterusnya, antara cara untuk kita mengenali sesuatu ini itu adalah dengan mengetahui
nilai sesebuah seni atau reka bentuk kerana seni ini membentuk pengalaman emosi dimana setiap
generasi memiliki corak pemahamannya. Jika seseorang memahami artistik sesebuah seni, seni
ini dapat membuat perasaan seseorang menjadi jelas dan membantu manusia memikirkan dan
memhami nilai sesebuah seni tersebut. Untuk kata mudahnya seni ini melibatkan perasaan
seseorang yang ingin diluahkan. Kajian mengenai perkembangan artistik banyak dijalankan bagi
melihat pertumbuhan pemikiran kanak-kanak semenjak dari kurun ke 19 lagi. Menurut Light dan
Barnes (2003), kajian terawal mengenai perkembangan artistic kanak-kanak yang pernah
direkodkan adalah pada tahun 1887.
Pada masa kini, sepertimana yang kita lihat kanak-kanak di sekolah telah diterapkan
dengan matapelajaran seni. Seni lukis melibatkan skema dalam perkembangan seni kanak-kanak
terutama dalam kerja-kerja seni seperti lukisan. Berdasarkan kepada skema dalam perkembangan
seni kanak-kanak, guru dapat melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak
dalam bahasa tampaknya. Disebabkan setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza,
maka pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut tahapnya sendiri. Selain daripada itu,
pembelajaran kanak-kanak juga berlaku melalui pemerhatian terhadap orang lain dan peniruan
dari apa yang mereka lihat dan dengar. Kanak-kanak lazimnya melukis apa yang mereka lihat
dan mereka juga melukis perkara yang menarik perhatian mereka.

Kanak-kanak suka mengambarkan diri mereka sebagai ibu bapa, guru-guru dan
sebagainya. Mereka suka menggunakan daya imaginasi mereka. Mereka mempunyai interpretasi
yang berbeza dengan karya yang di hasilkan oleh orang dewasa. Karya kanak-kanak bersifat
peribadi, luahan dan ekspresif. Ini kerana lukisan merupakan alat komunikasi awalsebelum
mereka berupaya untuk bertutur. Aktiviti lukisan dapat meluahkan perasaan danemosi selain
dapat membina kekuatan otot kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada kanak-kanak boleh dikaitkan
dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Daripada tadika sehingga lah remaja tahap seni
mereka berbeza. Kepentingan artistik kepada kanak-kanak mampu diterjemahkan kepada
elemen Kognitif, elemen Fizikal, elemen Kreativiti, elemen Persepsi serta elemen Sosial dan
Emosi.

Struktur bangunan

Seni dan reka bentuk sangatlah penting dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana
seni dan reka bentuk berkait rapat dengan struktur bangunan di setiap negara tidak kira sama ada
bangunan tradisional atau moden. Di Malaysia kita dapat lihat kepelbagaian struktur bangunan
yang terdapat di negara ini. Pereka bentuk dan arkitek menerapkan konsep kesenian dan reka
bentuk dalam bidang seni bina bagi menghasilkan bangunan-bangunan yang dapat berfungsi
dengan baik tambahan pula mempunyai reka bentuk yang menarik atau menggambarkan
kebudayaan dan kesenian sesuatu negara.
Dari segi konsep kesenian, struktur-struktur pada suatu bangunan juga merupakan suatu
karya seni oleh pereka bentuk atau arkitek yang merancang dan mereka struktur bangunan.
Tambahan pula, bangunan juga merupakan aplikasi atau hasil daripada pemikiran manusia yang
kreatif dan imaginasi mereka. Manusia datang dengan idea-idea yang bernas dan kreatif di
samping dengan peredaran masa yang menyebabkan kewujudan bangunan dengan struktur-
struktur yang menarik. Hal ini dapat dikaitkan apabila karya-karya seni yang dihasilkan adalah
untuk dihargai oleh kalangan masyarakat dari segi aspek kecantikan dan emosi yang
ditayangkan. Penerapan seni dalam struktur bangunan dapat mencetuskan pertanyaan kepada
sesiapa yang berminat dengan suatu struktur bangunan walaupun suatu pertanyaan itu tidak
mempunyai jawapan yang tepat. Sebagai contoh, pengkaji sejarah yang ingin mengetahui tentang
struktur rumah tradisional Melayu di negara ini dan sejarah di sebaliknya. Selain itu, kesenian
pada suatu struktur bangunan mempunyai maksud yang pelbagai yang dapat dibezakan
berdasarkan pengalaman dan emosi seseorang.

Manakala bagi konsep reka bentuk pula, struktur-struktur bangunan mempunyai


matlamat yang penting dalam menyelesaikan masalah atau menyampaikan maklumat.
Disebabkan itu reka bentuk bagi suatu struktur bangunan hendaklah difahami agar matlamatnya
dapat dicapai. Tambahan pula, penerapan reka bentuk dalam suatu bangunan digunakan untuk
berkomunikasi dengan menyampaikan mesej. Sama ada ianya merupakan suatu informasi atau
fungsi disebabkan reka bentuk diibaratkan sebagai alat komunikasi. Sebagai contoh, sebab
kenapa kebanyakan bangunan di kawasan bandar mempunyai reka bentuk seperti tingkat yang
disusun secara berlapis menyebabkan bangunan nampak tinggi adalah untuk menyelesaikan
masalah kekurangan kawasan pembinaan. Reka bentuk struktur bangunan yang baik dapat
menggalakkan seseorang untuk melakukan perkara dengan lancar. Sebagai contoh, sebuah rumah
yang direka dengan baik dapat memberi perlindungan kepada pemiliknya disebabkan reka
bentuknya yang memberikan keselesaan dan secara tidak langsung mewujudkan suasana yang
tenteram kepada pemilik untuk melakukan aktiviti lain dengan aman. Secara ringkasnya reka
bentuk suatu struktur bangunan mempunyai tujuan yang berguna.
Rajah di atas menunjukkan sebuah rumah tradisional Melayu yang dikenali sebagai
Rumah Serambi Kedah yang didirikan pada zaman dahulu terutamanya di Tanah Melayu.
Walaupun ianya merupakan suatu tinggalan sejarah, rumah-rumah tradisional ini masih dapat
dilihat di Malaysia terutamanya pada kawasan perkampungan. Tambahan pula, bangunan
tradisional juga menerapkan konsep kesenian dan reka bentuk dalam strukturnya.

Kesenian pada struktur rumah tradisional Melayu dapat dilihat dengan jelas bahawa ianya
banyak menekankan seni ukiran. Kebanyakan ukiran pada rumah tradisional Melayu
mengambarkan nilai-nilai alam sekitar atau flora seperti ukiran yang berbentuk seperti daun,
daun, sulur paut dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada zaman
dahulu mempunyai pemikiran yang kreatif dalam penghasilan karya-karya seni. Tambahan pula,
keunikan dan kecantikan ukiran pada struktur rumah tradisional Melayu menambahkan lagi nilai
estetik. Kecantikan kesenian pada bangunan tradisional di negara ini dapat dihayati.
Struktur pada rumah tradisional Melayu juga mempunyai reka bentuk yang dapat
berfungsi dengan baiknya. Hal ini kerana setiap bahagian pada rumah tradisional Melayu
mempunyai fungsi-fungsi yang dapat menyelesaikan masalah pemilik dengan keluarganya.
Kedudukan kekisi tingkat yang mempunyai ukiran tebuk tembus membantu peredaran udara
yang baik. Situasi tersebut membantu proses peredaran udara sejuk bagi menyalur keluar udara
panas di dalam rumah. Di samping itu, struktur tiang dan lantai yang tinggi pada rumah
tradisional Melayu memainkan peranan penting dalam menghadapi bencana alam seperti
kejadian banjir besar yang sering berlaku di negara ini.

Rajah di atas menunjukkan Menara Berkembar Petronas dan juga bangunan-bangunan


yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Bangunan-bangunan tersebut merupakan bangunan
moden di negara ini. Kebanyakan bangunan-bangunan moden terdapat pada kawasan yang sibuk
seperti bandar atau kota. Struktur bangunan-bangunan moden juga diterapkan dengan konsep
seni dan reka bentuk.
Berbanding dengan bangunan tradisional, kesenian pada struktur bangunan tradisional
lebih menyerlah berbanding dengan bangunan moden akan tetapi tidak bermaksud bangunan
moden tidak mempunyai nilai kesenian. Antara elemen seni dalam struktur bangunan moden
adalah penggunaan bentuk geometri yang sangat ketara yang menggambarkan kemodenan dan
kemajuan. Sebagai contoh, kebanyakan bangunan di bandar mempunyai bentuk seperti kuboid.
Tambahan pula, Menara Berkembar Petronas yang dibuat dengan kaca yang direka untuk
menyerupai motif kesenian Islam bagi mengambarkan agama Islam di negara ini. Oleh itu,
rakyat Malaysia dapat menghargai dan kagum dengan seni bina bangunan tersebut.

Reka bentuk pada struktur bangunan moden di Malaysia juga mempunyai fungsi-fungsi
yang tersendiri. Dalam konteks ini Menara Berkembar Petronas berfungsi sebagai pejabat. Selain
itu, reka bentuk bangunan tersebut menggunakan dua bentuk segi empat yang bertindih yang
mewujudkan bentuk bintang berbucu lapan sebagai struktur asas bangunan tersebut. Di samping
itu, reka bentuk Menara Berkembar Petronas yang unik seperti mempunyai dua bangunan yang
mempunyai struktur sama yang menyebabkannya menjadi salah satu tempat tarikan pelancong
dalam negara mahupun luar negara.

Kesan kepada masyarakat


Penggunaan perkataan seni dapat dijelaskan sebagai sesuatu yang halus sama ada kecil,
elok, tipis, halus, enak didengar iaitu mengenai suara dan comel bentuknya (Kamus
Dewan,2005). Penglibatan seni dalam sesebuah negara pasti akan berlaku kerana ianya adalah
hasil tangan yang amat diminati ramai. Sudah pastinya seni tidak dapat dipisahkan dengan reka
bentuk yang dapat membentuk sesuatu karya agung yang dipanggil seni reka bentuk. Reka pula
bermaksud sesuatu yang baru dapat diciptakan dengan bermodalkan ilham dan idea sendiri atau
memperbaharui hasil seni yang terdahulu. Kreativiti dan inovasi seseorang amat diperlukan
dalam bidang reka ini kerana ianya memerlukan kebolehan dan kemahiran yang tinggi untuk
menghasilkan sesuatu seni dan reka.

Gabungan seni dan reka selalu dikaitkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
murid-murid di sekolah. Keadaan ini menunjukkan betapa seni reka ini amat memberikan kesan
dari aspek sosial. Kesan yang paling ketara dapat dilihat akibat kewujudan seni reka ini adalah
perubahan kepada gaya sosial masyarakat dunia.

Definisi Sosial boleh dijelaskan sebagai kegiatan manusia dalam masyarakat melalui
pengalaman dan aktiviti. Dalam sektor Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah
mempergiatkan kegiatan dalam proses penghasilan sesebuah seni dengan melibatkan aspek
pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh aspek-aspek estetik dan daya
kreativiti individu melalui kebolehan pelajar dalam menganalisis sesuatu hasil seni melalui
intuisi, kreativiti dan sebagainya.

Selain itu, seni mampu membentuk keperibadian manusia. Ia boleh dianggap sebagai
salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
Peranannya dalam pendidikan dapat memupuk sifat kecintaan terhadap seni dan estetika. Sebagai
sebuah negara yang sedang mengorak langkah kearah kemajuan, sudah pasti masyarakat
meletakkan harapan yang tinggi terhadap bidang seni ini agar ianya boleh menyumbang kepada
sesuatu yang bertujuan untuk membentuk generasi yang berdikari dan mempunyai semangat
yang jitu. Justeru itu, bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk
generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan
negara, pelajar juga mampu menjadi pengasas terhadap sesuatu bidang kerjaya yang baharu dan
seterusnya menjadikan seni sebagai inspirasi hidup kerana terdapat ramai artis yang telah berjaya
dalam hidup disebabkan seni reka ini.

Seni juga berperanan penting untuk mencorakkan manusia, malahan boleh dianggap
sebagai salah satu sebab belakunya perubahan terhadap masyarakat. Pendidikan yang diterima
oleh manusia sama ada sedar atau tidak telah meletakkan seni di tempat yang tinggi. Pendidikan
tentang seni telah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi di mana mereka mula mengenali alat-
alat permainan yang beraneka rupa bentuk dan warna. Begitu juga dalam konteks mewarna di
atas kertas, kanak-kanak akan menggunakan pilihan warna yang disukainya. Aktiviti seperti
inilah yang sebenarnya melahirkan idea terhadap kanak-kanak terbabit. Bakat ini perlu
dibimbing dan dipupuk dengan sebaiknya supaya kanak-kanak terbabit diharapkan dapat menjadi
seorang penggiat seni reka tanah air yang dapat membanggakan nama masyarakat dan negara.
Hal ini dapat diyakinkan lagi kerana kanak-kanak dapat menghasilkan sebuah imej yang
diinspirasikan daripada keadaan sekelilingnya dan sesuatu objek yang berada dekat dengannya.
Aktiviti seni juga tidak terhad mengikut peringkat umur sahaja kerana pembelajaran
sebenarnya adalah sepanjang hayat manusia. Sekiranya ibu bapa serta masyarakat meminati dan
mampu untuk menghargai seni, maka aktiviti seni boleh dilakukan secara santai. Selain mengisi
masa lapang, dapat juga meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan seni reka sendiri. Sebagai
contoh dalam aktiviti melukis, seseorang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
seterusnya menjadikan bidang seni ini sebagai kerjaya untuk mencari punca pendapatan. Di
samping itu seni reka ini dapat memupuk sikap dan nilai berdisiplin,bersabar, bertanggungjawab
dan cermat dalam jati diri seseorang penggiat seni reka. Diharapkan kewujudan seni reka ini
mampu untuk disemaikan dan digunakan oleh masyarakat dunia dalam kehidupan seharian
mereka.

Kesimpulannya adalah dalam kehidupan seharian kita sebenarnya secara tidak sedar
mempunyai hubungan yang erat dengan seni. Tidak kira sebesar mana peranannya terhadap
kehidupan kita, namun kepentingan seni ini wajar dilihat sebagai satu kepentingan dalam
kehidupan dan dihayati. Seni reka amat dekat dengan gaya hidup dan falsafah manusia pada
masa kini. Oleh itu, diharapkan seni reka ini terus dipelajari agar dapat menghasilkan individu
yang kreatif dan membawa nama seni yang sebenar-benarnya pada masa yang akan datang.

Ekonomi

Berdasarkan kajian yang telah saya kaji, seni dan reka bentuk adalah berkait rapat dengan
perindustrian. Hal ini kerana, hasil dari seni dan reka bentuk yang menarik dapat menarik minat
masyarakat untuk menglihatnya. Masyarakat akan memilih hasil seni dan reka bentuk yang
menarik untuk memilikinya. Oleh itu, seni dan reka bentuk dapat dipecahkan kepada beberapa
bahagian antaranya ekonomi.

Ekonomi ditakrifkan sebagai domain sosial yang menekankan amalan, wacana, dan
ungkapan bahan dikaitkan dengan pengeluaran, penggunaan, dan pengurusan sumber. Ejen
ekonomi boleh jadi individu, perniagaan, pertubuhan, atau kerajaan. Urus niaga ekonomi berlaku
apabila dua kumpulan atau pihak bersetuju dengan nilai atau harga barang atau perkhidmatan
yang diurus, biasanya dinyatakan dalam suatu mata wang tertentu. Walau bagaimanapun, urus
niaga kewangan hanya menerangkan sebahagian kecil domain ekonomi. Aktiviti ekonomi
terdorong oleh pengeluaran yang menggunakan sumber asli, pekerja dan modal. Ia berubah dari
masa ke masa disebabkan oleh teknologi (automasi, pencepat proses, pengurangan fungsi
kos), inovasi (keluaran baru, perkhidmatan, proses, mengembangkan pasaran, pempelbagaian
pasaran, peluang pasaran, meningkatkan fungsi hasil) seperti, yang mengeluarkan harta intelek
dan perubahan dalam hubungan industri yang paling ketara buruh kanak-kanak digantikan di
beberapa bahagian di dunia dengan akses sejagat kepada pendidikan. Ekonomi tertentu ialah hasi
satu set proses yang melibatkan budaya, nilai, pendidikan, evolusi teknologi, sejarah, organisasi
masyarakat, struktur politik dan sistem perundangan, serta geografinya, penganugerahan sumber
asli, dan ekologi, sebagai faktor utama. Faktor-faktor ini memberi konteks, kandungan, dan
menetapkan syarat dan parameter di mana suatu ekonomi berfungsi. Dalam kata lain, domain
ekonomi ialah domain sosial amalan dan urus niaga manusia. Ia tidak dapat berdiri sendiri.

Seni dan reka bentuk sangat penting di dunia ini kerana seluruh dunia menjadikan seni
sebagai keutamaan mereka. Ini kerana meraka semua mahukan kecantikkan dan keindahan yang
ada pada seni. Contohnya, pembelian pakaian, mereka memilih warna yang diminati serta corak
yang cantik untuk dijadikan sebagai pakaian mereka. Selain itu, dalam proses pembelian rumah
juga mereka akan memilih rumah yang reka bentuk rumah tersebuta harus selesa, cantik dan
sesuai dengan mereka. Oleh itu, seni dan reka bentuk juga memberi pengaruh kepada ekonomi di
seluruh dunia. Ini bermakna seni dan reka bentuk adalah berkait dengan ekonomi.

Terdapat reka bentuk yang bagus antaranya ialah berfungsi dengan baik, cekap dan
sangat ekonomikal dalam lingkungan kekangan yang dikenakan. Namun, untuk menghasilkan
reka bentuk yang bagus terdapat kekangan yang yang perlu dihadapi oleh pereke iaitu suatu
aturan yang terpaksa dipatuhi. Antara kekangan utama yang akan dihadapi adalah kos,
keboleharapan, keselamatan, prestasi, kehendak akta kilang dan jentera, pertimbangan sosiologi,
pencemaran dan penggunaan tenaga. Untuk pengahasilan sesuatu reka bentuk juga mempunyi
banyak resiko yang harus ditanggung iaitu penghasilan produk tidak dapat dijual akan
mendatangkan rugi kepada pereka ataupun perusaha. Oleh itu, reka bentuk harus dihasilkan
bedasarkan kajian yang mendalam tentang masalah masyarakat yang dialami. Contohnya, ramai
penduduk yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah mewah. Oleh itu, pereka atau
perusaha harus manghasilkan rumah mampu milik yang selesa dan sesuai dengan masyarakat
sekeliling. Selain itu, pereka haruslah seorang yang berpengalaman dan mempunyai ciri kreatif
dalam diri untuk menghasilkan sesuatu reka bentuk supaya hasilnya menarik dan diterima oleh
perusaha dan masyarakat.

Reka bentuk tergolong kepada dua, iaitu produk dan proses. Produk selalunya dikaitkan
dengan hasil manakala proses dikaitkan dengan perancangan pengelolaan untuk memenuhi
matlamat dan perlaksaan menurut tujuan tertentu oleh pereka. Menurut Davis dua perkara ini
telah melibatkan dua unsur, iaitu sumber asli dan buatan manusia. Dari segi kefahaman tentang
reka bentuk pula, ia merangkumi kefahaman tentang kesamaan dan perbezaan. Bagi memahami
perkara ini, pereka harus mengalami proses awalan dan akhiran dalam reka bentuk. Oleh itu,
sebelum menghasilkan sesuatu produk pereka harus memahami proses untuk menghasilkan
produk tersebut. Pereka harus mengetahu produk apa untuk dihasilkan dan membuat
perancangan untuk menyelesaikan sesuatu produk. Contohnya, dalam menghasilkan sehelai baju,
pereka harus mengetahui baju jenis apa yang sesuai dengan trend ketika itu dan corak atau
gambar apa yang sesuai untuk baju tersebut. Kalau untuk wanita seharusnya gambar yang indah
dan senang dilihat wanita serta bersesuaian untuk wanita. Dan untuk lelaki adalah gambar yang
menarik yang sesuai untuk lelaki serta bersesuaian untuk lelaki. Selain itu, produk harus
mengikut perdaran masa supaya tidak ketinggalan dalam perindustrian. Oleh itu, pengetahuan
sangat penting untuk menghasilkan suatu reka bentuk yang dapat menarik perhatian manyarakat.

Baju kurung Kurta

Ekonomi dan seni dan reka bentuk adalah satu keserasian yang sangat penting kerana
dapat mengawal kewangan sesebuah negara atau syarikat. Hasil buatan manusia dan alam
semula jadi yang menarik adalah salah satu cara untuk menarik perhatian masyarakat.
Kesimpulannya, seni dan reka bentuk adalah sangat penting di dunia ini kerana dapat membantu
dari segi ekonomi. Oleh itu, kita mestilah kekalkan kesenian dalam hidup kita kerana dengan itu
kita mampu untuk melangkah jauh.

Anda mungkin juga menyukai