Anda di halaman 1dari 5

MSP 3203

PENGENALAN PENDIDKAN SENI VISUAL

TAJUK TUGASAN

HASILKAN SATU PENULISAN KRITIKAN BERKAITAN KARYA YANG TELAH


DIHASILKAN SECARA BERKUMPULAN

NAMA PELAJAR

MOHAMMAD DANISH AKMAL BIN ROSHIDI

D20231108800

PENSYARAH

ENCIK LEE HOI YEH


Gambar Karya akhir
Kritikan seni merupakan aspek yang penting dalam perkembangan seni visual kerana
ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan
strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni. Kritikan seni adalah wacana
tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Kritikan seni
dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur,
merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Misalnya, kritikan
berkaitan Karya ‘Teknologi Merentas Masa’ yang menerangkan bagaimana teknologi moden
masa kini terus berkembang dengan pesatnya dan secara tidak langsung mempengaruhi
transformasi masyarakat dan kehidupan dalam konteks kebudayaan. Justeru itu, kritikan seni
ini boleh dianggap sebagai salah satu alat terbaik dalam menentukan arah perkembangan seni
pengkarya dan seni visual secara umumnya serta berupaya meningkatkan lagi kualiti
Pengkarya di masa akan datang. Oleh itu, dengan menggunakan teori kritikan Edmund
Felmand terdapat empat peringkat kritikan iaitu deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian.

Dalam konteks kritikan seni visual, deskripsi bermaksud memerihalkan ciri dan sifat
hasil seni visual yang melibatkan subjek, aspek formal, kandungan dan konteks serta
membuat inventori melalui pemerhatian tentang imej, hal benda dan penggunaan unsur seni
dalam karya serta mengkaji gaya atau aliran karya . Contohnya, hasil karya akhir ‘Teknologi
Merentas Masa’ yang dihasilkan oleh pengkarya memaparkan dua imej figura yang masing-
masing berbaju melayu lengkap berserta tanjak yang menampakkan imej Kemelayuan sedang
bertarung menggunakan senjata seakan-akan keris. Kedua-dua figura tersebut turut
mempamerkan seni pertahanakan diri masing-masing iaitu silat. Kelihatan jelas imej figura
menjadikan ia sebagai subject matter dalam karya tersebut. Dalam karya ini juga
menggambarkan beberapa objek utama yang terdapat dalam gambar. Misalnya, terdapat
bangunan-bangunan dan seni bina Melayu seperti Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka
dan rumah tradisional Melayu pada bahagian belakang dua figura yang sedang bersilat yang
juga merupakan subjek utama. Disamping itu, berhampiran dengan bangunan seni bina
Melayu terdapat juga bangunan-bangunan moden yang ada pada masa kini seperti Menara
Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang pernah menjadi antara
bangunan tertinggi di dunia pada masa dahulu serta Menara Merdeka 118 yang kini menjadi
tanda mercu utama negara. Jelaslah, kritikan dalam aspek deskripsi dapat membantu
pengkarya memilih hal benda yang sesuai untuk karya yang akan dihasilkan kelak dan secara
tidak langsung ianya dapat membantu pengkarya memikirkan hal benda yang akan
diaplikasikkan dalam bentuk karya.
Selanjutnya ialah Analisis yang berperanan mengkaji organisasi hasil seni yang dibuat
serta bagaimana unsur seni diolah melalui prinsip rekaan di dalam ruang sehingga
menghasilkan kesatuan. Analisis turut mengkaji teknik dan media yang distailisasikan serta
keberkesanan unsur seni yang diaplikasikan dalam prinsip rekaan. Dalam karya yang
dihasilkan ini terdapat gabungan unsur seni dan prinsip rekaan yang mewujudkan kesatuan
yang progresif. Contohnya gabungan kepelbagaian bentuk dan garisan kelihatan seperti
membentuk objek dua figura sedang bertarung, Begitu juga dengan bangunan-bangunan dan
seni bina tradisional yang menggunakan unsur seni yang berulang seperti garisan, rupa,
bentuk, jalinan dan penggunaan warna. Pengkarya juga menerapkan warna-warna asas
seperti warna biru, merah dan kuning disamping pengkarya turut menampilkan gaya
impressionisme dalam penghasilan karya. Seterusnya, keseimbangan dan kadar banding dari
segi reka letak imej figura, seni bina melayu seperti Istana Kesultanan Melaka serta
bangunan-bangunan moden menjadikan karya ini kelihatan simetri. Jelaslah, gaya
penampilan yang menggabungkan keserasian bahan dan teknik serta aplikasi unsur seni dan
prinsip rekaan menampakkan karya catan tersebut sebagai sebuah karya yang dinamik dan
menarik.

Interprestasi pula adalah mengkaji kualiti eskpresif iaitu perasaan,mood, dan idea bagi
menterjemah fungsi,makna atau maksud dalam bentuk tersurat dan tersirat disamping
memastikan mesej yang ingin disampaikan berkesan atau tidak. Dalam konteks karya ini,
pengkarya ingin menggambarkan situasi yang mana walaupun teknologi masa kini semakin
terus berkembang pesat namun warisan dan kebudayaan negara tetap terpelihara dan sentiasa
relevan. Misalnya, terdapat dua figura yang masih mengamalkan seni pertahankan diri
Melayu iaitu silat yang telah wujud sejak sekian lamanya disamping terdapatnya monumen-
monumen bersejarah seperti replika Istana Kesultanan Melayu Melaka yang dibina semula
pada 1984 untuk dijadikan bahan rujukan kepada generasi-generasi akan datang. Pengkarya
juga turut mempamerkan seni bina bangunan dan reka bentuk moden dalam karya tersebut
selaras dengan tajuk karya ini iaitu ‘Teknologi Merentas Masa’ bagi menggambarkan
bagaimana pesatnya dunia hari ini membangun. Hal ini secara tidak langsung akan
mempengaruhi keadaan persekitaran masyarakat dalam mendepani era modenisasi.
Tuntasnya, interpretasi membolehkan Pengkarya memikirkan serta mengkaji nilai ekspresif
iaitu mengenai perasaan, mood dan idea yang sesuai bagaimana makna dan maksud dapat
disampaikan melalui karya.
Aspek terakhir dalam kritikan seni ialah penilaian yang berperanan membentuk
pendapat, membuat keputusan bagi menentukan ‘degree of artistic merit’ dalam karya seni
yang mana penilaian akhir kekuatan dan kelemahan karya berpandukan deskripsi, analisis
dan interpretasi sama ada karya berjaya atau tidak. Oleh itu, secara visualnya pengkarya
berjaya menghasilkan karya ini dengan baik yang mana karya ini telah menunjukkan kualiti
dari segi penggunaan warna yang menarik, olahan hal benda, aplikasi dan penggunaan unsur-
unsur seni seperti garisan, bentuk, rupa sehingga menimbulkan kesan jalinan pada objek imej
karya. Selain itu, karya ini juga berjaya menyampaikan mesej yang positif kepada masyarakat
dan pengkarya sendiri dari segi adegan bersilat, warisan dan juga kemodenan. Hal ini secara
tidak langsung dapat memberikan pengajaran dan pendidikan kepada masyarakat serta
menghayati kandungan dan inti pati yang cuba ingin disampaikan oleh pengkarya dalam
usahanya untuk mempertahankan dan menjaga identiti warisan negara agar tidak ditelan
zaman walaupun dunia kini kian berkembang dengan teknologi. Justeru itu, penilaian
membolehkan pengkarya menilai sendiri apakah kekuatan dan kelemahan karya yang akan
dihasilkan merujuk kepada deskripsi, analisis dan interpretasi.

Anda mungkin juga menyukai