Anda di halaman 1dari 4

Penggunaan perkataan seni dapat dijelaskan sebagai sesuatu yang halus sama ada kecil,

elok, tipis, halus, enak didengar iaitu mengenai suara dan comel bentuknya (Kamus
Dewan,2005). Penglibatan seni dalam sesebuah negara pasti akan berlaku kerana ianya adalah
hasil tangan yang amat diminati ramai. Sudah pastinya seni tidak dapat dipisahkan dengan reka
bentuk yang dapat membentuk sesuatu karya agung yang dipanggil seni reka bentuk. Reka pula
bermaksud sesuatu yang baru dapat diciptakan dengan bermodalkan ilham dan idea sendiri atau
memperbaharui hasil seni yang terdahulu. Kreativiti dan inovasi seseorang amat diperlukan
dalam bidang reka ini kerana ianya memerlukan kebolehan dan kemahiran yang tinggi untuk
menghasilkan sesuatu seni dan reka.

Gabungan seni dan reka selalu dikaitkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
murid-murid di sekolah. Keadaan ini menunjukkan betapa seni reka ini amat memberikan kesan
dari aspek sosial. Kesan yang paling ketara dapat dilihat akibat kewujudan seni reka ini adalah
perubahan kepada gaya sosial masyarakat dunia.
Definisi Sosial boleh dijelaskan sebagai kegiatan manusia dalam masyarakat melalui
pengalaman dan aktiviti. Dalam sektor Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah
mempergiatkan kegiatan dalam proses penghasilan sesebuah seni dengan melibatkan aspek
pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh aspek-aspek estetik dan daya
kreativiti individu melalui kebolehan pelajar dalam menganalisis sesuatu hasil seni melalui
intuisi, kreativiti dan sebagainya.

Selain itu, seni mampu membentuk keperibadian manusia. Ia boleh dianggap sebagai
salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
Peranannya dalam pendidikan dapat memupuk sifat kecintaan terhadap seni dan estetika. Sebagai
sebuah negara yang sedang mengorak langkah kearah kemajuan, sudah pasti masyarakat
meletakkan harapan yang tinggi terhadap bidang seni ini agar ianya boleh menyumbang kepada
sesuatu yang bertujuan untuk membentuk generasi yang berdikari dan mempunyai semangat
yang jitu. Justeru itu, bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk
generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan
negara, pelajar juga mampu menjadi pengasas terhadap sesuatu bidang kerjaya yang baharu dan
seterusnya menjadikan seni sebagai inspirasi hidup kerana terdapat ramai artis yang telah berjaya
dalam hidup disebabkan seni reka ini.

Seni juga berperanan penting untuk mencorakkan manusia, malahan boleh dianggap
sebagai salah satu sebab belakunya perubahan terhadap masyarakat. Pendidikan yang diterima
oleh manusia sama ada sedar atau tidak telah meletakkan seni di tempat yang tinggi. Pendidikan
tentang seni telah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi di mana mereka mula mengenali alat-
alat permainan yang beraneka rupa bentuk dan warna. Begitu juga dalam konteks mewarna di
atas kertas, kanak-kanak akan menggunakan pilihan warna yang disukainya. Aktiviti seperti
inilah yang sebenarnya melahirkan idea terhadap kanak-kanak terbabit. Bakat ini perlu
dibimbing dan dipupuk dengan sebaiknya supaya kanak-kanak terbabit diharapkan dapat menjadi
seorang penggiat seni reka tanah air yang dapat membanggakan nama masyarakat dan negara.
Hal ini dapat diyakinkan lagi kerana kanak-kanak dapat menghasilkan sebuah imej yang
diinspirasikan daripada keadaan sekelilingnya dan sesuatu objek yang berada dekat dengannya.
Aktiviti seni juga tidak terhad mengikut peringkat umur sahaja kerana pembelajaran
sebenarnya adalah sepanjang hayat manusia. Sekiranya ibu bapa serta masyarakat meminati dan
mampu untuk menghargai seni, maka aktiviti seni boleh dilakukan secara santai. Selain mengisi
masa lapang, dapat juga meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan seni reka sendiri. Sebagai
contoh dalam aktiviti melukis, seseorang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
seterusnya menjadikan bidang seni ini sebagai kerjaya untuk mencari punca pendapatan. Di
samping itu seni reka ini dapat memupuk sikap dan nilai berdisiplin,bersabar, bertanggungjawab
dan cermat dalam jati diri seseorang penggiat seni reka. Diharapkan kewujudan seni reka ini
mampu untuk disemaikan dan digunakan oleh masyarakat dunia dalam kehidupan seharian
mereka.

Kesimpulannya adalah dalam kehidupan seharian kita sebenarnya secara tidak sedar
mempunyai hubungan yang erat dengan seni. Tidak kira sebesar mana peranannya terhadap
kehidupan kita, namun kepentingan seni ini wajar dilihat sebagai satu kepentingan dalam
kehidupan dan dihayati. Seni reka amat dekat dengan gaya hidup dan falsafah manusia pada
masa kini. Oleh itu, diharapkan seni reka ini terus dipelajari agar dapat menghasilkan individu
yang kreatif dan membawa nama seni yang sebenar-benarnya pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai