Anda di halaman 1dari 9

ZAMAN NEOLITIK(1500 - 6000 SM)

Dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Banyak perubahan berlaku pada tamadun manusia dan budaya setempat. Masyarakat mula membina penempatan yang kekal dan tidak lagi berpindah randah. Mereka mula bercucuk tanam, memelihara binatang ternakan dan sudah menghasilkan kraftangan seperti tembikar dan anyaman dari kulit kayu.

Kesan-kesan peninggalan budaya neolitik yang pertama dapat dikesan di bahagian Barat Daya Asia di antara tahun 8000-6000 sebelum masihi. Di antara tahun 6000 hingga 2000 sebelum Masihi, Budaya Neolitik telah berkembang sehingga ke bahagian Eropah dan Sungai Nil di Mesir.

ZAMAN NEOLITIK

LUKISAN / CATAN GUA

ARCA BATU

SENI BINA

LUKISAN / CATAN GUA


Hasil seni yang telah dihasilkan oleh masyarakat primitif pada zaman Paleolitik lagi. Penghasilan catan berbeza dengan zaman yang sebelumnya. Catan gua masih lagi menggunakan subjek-subjek binatang buas dan aktiviti pemburuan tetapi catan ini menggunakan warna. Mereka menghasilkan warna sendiri dengan menggunakan bahan galian.

Mereka juga telah mula mencipta berus sebagai bahan untuk menghasilkan catancatan gua. Imej figura yang dihasilkan lebih sempurna dan realistik. Catan-catan gua pada zaman ini telah ditemui di Catal Huyuk di Israel. Selain daripada imej-imej binatang buas dan aktiviti pemburuan, mereka juga telah melukis rumah-rumah kediaman dan lanskap yang berada di persekitaran mereka.

ARCA BATU
Menghasilkan arca-arca yang dibuat daripada tanah liat dan batu kapur. Kebanyakan arca-arca yang dihasilkan bersaiz kecil. Arca-arca yang dihasilkan ialah imej figura wanita. Imej ini merupakan lambang kepada Dewi kesuburan yang menjadi kepercayaan mereka semenjak zaman dahulu lagi. Penghasilan arca zaman ini lebih halus dan sempurna berbanding dengan zaman sebelumnya.

SENI BINA
Masyarakat zaman neolitik sudah mula membuat binaan yang bersaiz besar. Kebanyakan seni binanya lebih berbentuk tugu peringatan seperti makam-makam dan susunan batu-batu bersaiz besar. Batu-batu yang disusun ini pula mempunyai makna-makna yang tertentu ( dolmen, menhir,cromlech, triliton dan trefoil ). Stonehenge adalah hasil peninggalan zaman neolitik yang menjadi misteri hingga ke hari ini.

ZAMAN KLASIKAL ( 480-323 SM )


Merupakan zaman kesempurnaan dalam penghasilan seni arca. Arca yang dihasilkan lebih sempurna dari segi anatomi dan bentuk manusia dan kebanyakannya lebih ideal dan natural. Warrior adalah salah satu bentuk arca figura manusia. Ianya dihasilkan dengan menggunakan bahan tembaga dan batu marmar.

Myron, Polyclitus dan Phidias merupakan pengarca yang terkenal pada zaman ini. Zaman klasikal ini hasil karya seninya lebih tertumpu kepada seni arca dan seni bina.

Anda mungkin juga menyukai