Anda di halaman 1dari 69

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

TAJUK 1 PENGENALAN SENI ALAM MELAYU

1.1 Sinopsis
Pengenalan Seni Alam Melayu menerangkan tentang seni tampak masyarakat
di Alam Melayu khususnya di Malaysia. Seni tampak yang dimulai dengan
lukisan-lukisan gua di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Seterusnya
tentang artifak-artifak peninggalan zaman prasejarah. Seni kaum peribumi
seperti kaum Jah Hut, Mah meri dan tenunan pua kumbu oleh kaum Iban juga
dibincang untuk lebih mengenali seni Alam Melayu. Simbol-simbol yang
digunakan pada karya seni mereka dan maknanya dikaji untuk mentafsirkan
mesej yang ingin disampaikan.

1.2 Hasil Pembelajaran:

1) Menganalisis bentuk dan makna hasil lukisan gua, artifak dan Seni Pribumi.

1.3 Kerangka Tajuk-tajuk

Pengenalan Seni Alam Melayu

Lukisan Gua Artifak Seni Pribumi

Kaum Jah-hut Kaum Mah meri Pua Kumbu

1
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

1.4 Pengenalan

Seni di Alam Melayu telah lama wujud. Kewujudannya dibuktikan dengan


penemuan-penemuan pelbagai artifak sejarah khususnya artifak seni di beberapa
tapak arkeologi di seluruh negara. Artifak-artifak sejarah meliputi hasil seni seperti
artifak peninggalan Zaman Logam.

Selain artifak-artifak, lukisan-lukisan di gua juga merupakan manisfestasi manusia


terhadap kehidupan mereka dan membuktikan bahawa manusia di zaman dahulu
telah mempunyai cara untuk mengekspresi perasaan mereka seperti lukisan-
lukisan gua yang terdapat di Bukit Tambun, Perak, Gua Balambangan, Sabah dan
Gua Niah, Sarawak.

Lakaran pada dinding-dinding gua menunjukkan hubungkait yang sangat rapat


antara kehidupan dan alam sekitar. Lakaran-lakaran yang dihasilkan kelihatan
tidak bertindih di antara satu sama lain. Penceritaan tentang sesuatu peristiwa itu
sangat signifikan dan istimewa seolah-olah dirancang.

Pada asalnya seni tampak di Alam Melayu lahir kerana keinginan manusia untuk
menghasilkan peralatan bagi memudahkan urusan atau kehidupan seharian
mereka. Penghasilan peralatan seperti peralatan memburu dan pertanian telah
membuktikannya. Penghasilan patung-patung dikalangan kaum pribumi bukan
untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum-kaum pribumi yang masih kuat
pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk
berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam
semulajadi.

Manusia zaman dahulu juga ingin mengekpresikan hubungan antara alam dan
kehidupan mereka. Semangat alam diadun dengan kepercayaan dan disebatikan
dalam kehidupan. Kepercayaan mereka terhadap alam telah melahirkan beberapa
pantang larang dalam transformasi bentuk alam ke bentuk tampak. Motif-motif
pada pua kumbu misalnya, tidak akan dihasilkan sewenang-wenang oleh

2
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

penenunnya. Pelbagai pantang larang masih dipegang untuk menghindarkan


penenun daripada ditimpa pelbagai musibah.

1.5 Lukisan Gua


Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia
purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti
perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia, lukisan gua telah dijumpai di Gua
Tambun di Perak, Gua Niah di Sarawak dan Gua Balambangan di Sabah.
Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu
imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan
komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta
menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk
makanan mereka pada zaman dulu.

Lukisan gua di Bukit Tambun

Menurut M. Matthews, seorang penulis yang menulis di dalam terbitan isu ‘Malaya
Dalam Sejarah – Majalah Persatuan Sejarah Malaya’ pada bulan November 1959
berkata, “Lukisan di Gua Tambun menggunakan satu warna – tidak jelas. Dalam
sesetengah kumpulan, warnanya unggu pekat dan dalam kumpulan lain, warnanya
merah pudar. Banyak lukisan ini memaparkan individu-individu lelaki yang dilukis
kasar. Ada di antara haiwan yang dilukis ini mudah untuk dikenalpasti tetapi ada
juga yang kurang jelas dan imaginasi diperlukan untuk membayangkan apa
sebenarnya yang cuba digambarkan oleh pelukis tersebut.”

3
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Tetapi kebanyakan lukisan di sini agak jelas di lihat dan memaparkan haiwan
seperti dugong, tapir, dan rusa. Rusa yang dilukis di sini amat menarik kerana
kesemuanya kelihatan seperti rusa betina yang sedang bunting dan salah satu
darinya juga mempunyai bayangan anak rusa di dalam perutnya! Pada suatu
masa dahulu, lukisan yang membentuk galeri gambar ini terpampang sepanjang
lebih dari seratus kaki, tetapi masa dan cuaca telah menghapuskan sebahagian
besar lukisan ini.

Gambaran haiwan di dinding Gua Tambun

Sesetengah kajian mengatakan bahawa hematit (bahan yang menghasilkan warna


merah) telah digunakan untuk menghasilkan lukisan-lukisan gua di Gua Tambun.
Kebanyakkan pengkaji percaya bahawa ia telah dilukis oleh masyarakat Zaman
Noelitik.

Selain itu, terdapat juga lukisan lain di gua tersebut yang dipercayai dilukis oleh
masyarakat awal orang asli seperti yang terdapat di Lenggong, Sungai Siput,
Perak, di Hulu Kelantan, di Pahang dan juga di Kedah. Lukisan-lukisan tersebut
boleh dikelompokkan ke dalam beberapa bentuk iaitu bentuk manusia, haiwan,
geometrik, sampan, unsur alam dan juga bentuk abstrak. Ia dihasilkan dengan
menggunakan arang.

Pada bahagian lain di Gua Kain Hitam, yang terletak berdekatan dengan Gua
Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki telah dijumpai. Garisan-garisan pada
lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan

4
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

susunan manusia yang menari. Turut dijumpai di Gua Kain Hitam tersebut adalah
bot-bot lama, tembikar China dan manik kaca. Lukisan-lukisan ini dilukis
menggunakan tanah atau batu merah yang berada tidak jauh dari gua tersebut.

Gambaran aktiviti manusia di dinding Gua Kain Hitam

Gambaran haiwan di dinding Gua Kain Hitam

Manakala lukisan di dinding Gua Balambangan, Sabah menggambarkan


cantuman bentuk laktis ( oval berjalur) dengan garisan memanjang. Bentuk-
bentuk sebegitu mungkin satu bentuk abstrak yang menggambarkan satu
fenomena di ketika itu. Di Gua Tasob Madai pula terdapat lukisan gua yang
mewakili lukisan gua Zaman Neolitik. Lukisan ini menggunakan arang dengan
gambaran motifmanusia, unsur alam, haiwan, sampan dan abstrak. Motif-motif ini
menjadi bukti tentang aktiviti manusia di ketika dahulu.

1.6 Artifak

Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia (terutama alat perkakas dan


senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Tempoh prasejarah negara
Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang
diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga
terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400.

5
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak prasejarah termasuk


barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu
dan besi. Kebanyakan artifak, termasuk kawasan perkuburan, telah ditemui di
ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Satu-satunya peninggalan binaan yang
masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era
kerajaan purba di Kedah dan di Santubong, Sarawak di sekitar abad ke-5
sehingga abad ke-13.

Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu
dramatik sekali di sekitar 5,000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah
bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah.
Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri,
atau di kawasan-kawasan Mesolitik, termasuklah di Gua Niah di Sarawak, Gua
Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang.

Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian


utara, melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar,
Johor. Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasan-
kawasan yang mempunyai sumber emas, manakala di pantai barat pula adalah
berdekatan kawasan sumber bijih timah. Kehidupan di Zaman Logam juga dapat
dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat
berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu
sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia.

6
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Loceng Gangsa dari Zaman Logam

Layari Internet

Dapatkan maklumat tentang 10 artifak yang telah didaftar dalam Daftar Warisan
Kebangsaan 2009 yang dikenali sebagai Objek Warisan Ketara.
(www.muzium negara.gov.my)

1.7 Seni Pribumi

Di kalangan masyarakat Asli tempatan seperti kaum Mah Meri di Pulau Carey dan
Jah Hut di Pahang, topeng adalah tunggak budaya mereka. Pelbagai jenis topeng
yang terdapat dalam masyarakat Asli serta diberi nama tertentu seperti Roh,
Poyang, Moyang, Bes, dan Hantu. Kaum asli ini membuat topeng untuk tujuan
penyembahan dan perubatan. Topeng-topeng ini pada mulanya diukir oleh bomoh
atau batin.

7
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

1.7.1 Kaum Jah-hut


Suku kaum Jah-hut adalah suku bangsa Senoi yang mendiami negeri Pahang.
Kaum ini terkenal dengan hasil anyaman dari mengkuang dan pandan, bertam,
buluh dan rotan. Selain hasil anyaman, kaum Jah-hut juga sememangnya sinonim
dengan pengukiran kayu terutama penghasilan arca dan merupakan lanjutan
untuk kepercayaan keagamaan mereka.

Pengukiran kayu merupakan salah satu sumber pendapatan kaum Jah-hut. Segala
ciptaan dari ukiran kayu adalah berasaskan kepada imaginasi dan mimpi yang
menggambarkan kuasa baik atau jahat yang ada perkaitan dengan sistem
kepercayaan dan kehidupan mereka. Setiap ukiran mempunyai pelbagai maksud
dari segi kepercayaan, mistik, keagamaan, lagenda serta gambaran kehidupan
mereka.

1.7.2 Kaum Mah meri

Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di
Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan besar yang digelar orang Senoi.
"Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah, Mahmeri memberi
maksud bersisik. Mereka juga dikenali sebagai orang laut, sesuai dengan lokasi
penempatan mereka yang berhampiran dengan laut iaitu di sepanjang pantai
Negeri Selangor dan Pulau Carey.

Moyang Harimau Berantai

8
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Kaum Mah Meri terkenal dengan hasil ukiran topeng kayu serta ukiran yang
digunakan di dalam amalan kerohanian tradisi mereka. Kreativiti mengukir patung-
patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia, alam flora dan fauna amat
menakjubkan. Ukiran kayu Mah Meri bukan dicipta untuk tujuan beribadat atau
untuk disembah. Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya menganggap
ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang
mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi . Ukiran kayu kaum Mah Meri
melambangkan roh atau semangat yang wujud dan mempunyai pengaruh ke atas
pelbagai aspek kehidupan mereka sama ada secara positif atau pun negatif.

Ukiran yang dinamakan Moyang Sauh dipercayai berpengaruh ke atas


keselamatan para nelayan ketika mereka turun ke laut. Moyang Sauh yang
digambarkan dalam ukiran Mah Meri mempunyai bentuk seakan-akan seekor ikan
atau naga laut menjadikannya sebuah ukiran yang kelihatan menyeramkan namun
sangat indah pada masa yang sama. Untuk memastikan para nelayan selamat
pulang, bomoh Mah Meri akan menghasilkan ukiran Moyang Sauh dan
mengadakan satu upacara di tepi pantai dengan menyediakan pulut kuning dan
makanan yang lain sambil meminta pertolongan Moyang Sauh agar nelayan
mereka selamat di laut hinggalah mereka pulang ke darat. Ukiran serta makanan
tersebut kemudiannya ditinggalkan di tepi laut setelah upacara tersebut selesai.

9
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Moyang Jantung Moyang Sauh Moyang Naga

Ukiran Mah Meri juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mereka
untuk menyembuhkan penyakit seperti demam, sakit perut dan penyakit yang
berkaitan dengan pembuangan air kecil. Untuk mengubati pesakit, salah seorang
ahli keluarga pesakit tersebut perlu menghasilkan ukiran kayu yang
melambangkan roh atau semangat yang dipercayai berpengaruh ke atas penyakit
tersebut. Ukiran ini kemudian diberikan kepada bomoh mereka yang akan
menjalankan upacara bagi ‘mengalihkan’ penyakit tersebut dari pesakit kepada
ukiran kayu itu dan kemudian membuangnya ke laut atau ke dalam hutan, lalu
secara simboliknya ‘mengeluarkan’ penyakit itu dari badan pesakit.

Nama topeng dalam masyarakat Mah Meri berdasarkan cerita dan kepercayaan
masyarakat untuk tujuan perubatan, penyembahan dan hiburan. Nama seperti
Moyang Tetek Lanjut, Moyang Labi-Labi dan Moyang Katak Kala, sentiasa menjadi
sebutan. Selalunya topeng ini dipakai oleh batin dan bomoh sebagai perantara
alam metalizik dan realiti. Bentuk-bentuk topeng masyarakat Asli ini tidak
menggunakan warna tetapi rupa topeng dibezakan melalui corak, gaya dan
piuhan.

10
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Terdapat topeng yang dipiuhkan untuk menimbulkan imejan yang menggerun,


menakut serta melucukan. Terutamanya topeng untuk tujuan penyembuhan
penyakit. Kebanyakan bomoh di kalangan masyarakat Asli berperanan sebagai
tabib dan hakim, maka topeng menjadi mekanisme penjelmaan mereka dari
manusia kepada makhluk magis.

Ukiran topeng Kaum Mah meri

Jenis kayu yang paling digemari untuk dibuat ukiran adalah kayu nyireh batu.
Keindahan ukiran ini terserlah bukan sahaja pada alunan urat kayu nyireh yang
indah atau warna kayu yang menarik tetapi juga pada rekabentuk ukiran itu sendiri
yang ringkas tetapi sungguh anggun serta membawa makna di dalam budaya
kaum Mah Meri.

Oleh sebab ini, setiap ukiran yang dihasilkan adalah seunik urat-urat kayu nyireh
batu yang membentuk ukiran itu sendiri. Setiap ukiran tertakluk kepada tafsiran
pengukir yang menghasilkannya, kepakaran pengukir untuk membentuk kayu ini
serta keunikan mutu kerja pengukir tersebut. Ukiran berukuran satu kaki tinggi
memakan masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan.

Selain daripada ukiran kayu, hasil anyaman juga memainkan peranan yang
penting dalam budaya Mah Meri lebih-lebih lagi bagi kaum wanita Mah Meri.

11
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Sebelum mereka dianggap layak untuk berkahwin, seorang wanita kaum Mah Meri
perlu menguasai kemahiran menganyam pelbagai jenis barangan seperti bakul
memburu, bekas simpanan, tikar serta perhiasan upacara.

LAYARI INTERNET

Layari internet dan dapatkan gambar beserta nama 5 patung kaum Jah-hut dan
Mah meri

1.7.3 Pua Kumbu

Pua Kumbu merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan
masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini berwarna kemerah-merahan atau coklat
tua. Pua kumbu ditenun oleh wanita kaum Iban yang sudah mahir menenun
kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. Pua kumbu menjadi
kemegahan di kalangan wanita kaum Iban dan jika dilihat dengan teliti, ia turut
memaparkan corak kehidupan seharian masyarakat Iban.

Bagaimanapun, motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang


larang mereka. Antara motif-motif yang digunakan:

Motif Penerangan Kepercayaan


Engkeramba Merupakan Dipercayai berkuasa menghalang
gambaran figura bencana atau kuasa jahat daripada
roh. menyerang tanam-tanaman dan
penghuni rumah panjang
Biasanya, motif ini hanya boleh ditenun
oleh anak dan isteri ketua rumah
panjang
Fauna Buaya mempunyai kuasa untuk menjaga
tempat berhuma (tanaman padi).

12
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Motif Penerangan Kepercayaan


Mempercayai bahawa buaya adalah
jelmaan saudara-mara mereka.
Ular membawa petanda buruk dimana
kemunculan ular dikaitkan dengan
kuasa jahat atau hantu dantidak
ditenun dengan sewenang-wenangnya
Katak ditenun dengan gaya seperti manusia.
menurut kepercayaan kaum Iban,
selampai iaitu roh perempuan sering
menjelma sebagai katak dan dikatakan
mempunyai kuasa untuk mencipta bayi
Harimau dan tikus sering dikarang dalam bentuk abstrak
kasturi Dipercayai orang yang memakai kain
tenunan ini dianugerahkan keberanian.
Burung pembawa alamat baik
kain yang mempunyai motif burung
dipercayai boleh menyembuhkan
penyakit dan mendatangkan kekayaan
dalam apa pekerjaan.
Rusa mendatangkan kejayaan atau tuah
semasa berburu
Serangga labah-labah, kunang-kunang, kala
jengking dan lipan
Flora
rotan, pucuk paku,
pucuk rebung, buah-
buahan, biji benih
dan bungha-
bungaan.

Alam & Alatan bulan, awan larat,


alat tenun

13
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Mengikut kepercayaan, jika seseorang itu berkeras untuk menghasilkan motif atau
corak pua kumbu di luar kemampuannya, ia dipercayai akan 'memakan diri' dan
kain tersebut tidak dapat dihasilkan. Maksud memakan diri itu pula adalah
pembuat itu akan jatuh sakit dan ada sahaja perkara lain yang menghalangnya
untuk menyiapkan tenunan tersebut. Penenun yang mahir biasanya memperoleh
motif serta corak menerusi mimpi yang kemudiannya diterjemahkan dalam
tenunan pua kumbu. Apabila selesai setiap pua kumbu dihasilkan, penenun akan
membuat sebuah tatu di tangan yang bermakna penenun tersebut adalah pakar
atau telah ditauliahkan. Penenun yang mencapai tahap tertinggi boleh dikenali
dengan tatu di badan mereka. Mereka akan mempunyai tatu di beberapa tempat di
anggota badannya termasuk di bahagian leher. Pua kumbu pada zaman dahulu
sering digunakan dalam upacara kelahiran, perkahwinan, pengkebumian,
perubatan, menyambut kepala (selepas ngayau/memenggal kepala) dan upacara
bercucuk tanam.

Kemahiran menghasil kain tenunan merupakan satu kemestian bagi wanita suku
kaum Iban, malah kebolehan itu juga pernah menjadi faktor tarikan utama kaum
lelaki suatu ketika dulu. Bagi masyarakat Iban, seni tangan itu bukan sahaja
menggambarkan kerajinan dan ketekunan malah sikap bertanggungjawab di
dalam rumahtangga. Dahulu jika seseorang wanita Iban yang tidak mempunyai
kepandaian menenun kain, dia tidak akan dipilih sebagai calon isteri dan lambat
bertemu jodoh. Kini sebahagian kecil sahaja masyarakat Iban yang memiliki
kemahiran menenun pua. Walaubagaimanapun, pua yang dihasilkan adalah
antara yang terbaik di kalangan suku kaum Dayak.

14
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pua Kumbu, motif: buah terabai/Lang Tuai

15
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pua Kumbu, motif: tangga begi

1.8 Rumusan
Seni di Alam Melayu sangat unik. Ia menggambarkan hubungan antara manusia dan
alam secara rohaniah. Penggunaan motif atau simbol boleh dikaitkan dengan
kepercayaan dan budaya hidup masyarakat di alam Melayu.

16
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

TAJUK 2 PENGENALAN SENI VISUAL MALAYSIA

2.1 Sinopsis
Tajuk ini meliputi maklumat dan latihan berkaitan seni visual di Malaysia merujuk
kepada seni visual sebelum merdeka dan selepas merdeka.

Sejarah perkembangan seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan


negara-negara lain. Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual yang
menjadi tradisi Melayu adalah daripada pelbagai bidang seni. Maklumat
perkembangan Seni Visual yang dibincangkan adalahh mengikut tajuk-tajuk
seperti berikut:

- Artifak
- Catan Cina
- Catan air
- Seni bina
- Seni Plastik
- Seni Arca
- Seni Bina
- Seni Moden
- Seniman
- Karya-karya terkenal

2.2 Hasil Pembelajaran:


1) Menganalisis pengaruh Seni Barat dalam Seni Oriental dan Seni Malaysia
2) Membanding beza dan menghubungkaitkan pengaruh Seni Visual Barat
dengan Seni Visual Di Malaysia.
3) Menggunakan pengetahuan dan menerangkan kronologi perkembangan Seni
Visual Malaysia selepas merdeka.
4) Menganallisis perkembangan Seni Visual selepas merdeka.
5) Menunjukkan sikap patriotik terhadap karya seni Malaysia

17
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

2.3 Kerangka Tajuk-tajuk

Pengenalan Seni
Visual Malaysia

Perkembangan
Seni Visual
Malaysia

Sebelum
Selepas Merdeka
Merdeka

Artifak Seni Plastik

Catan Cina Seni Arca

Catan Air Senibina

Senibina Seni Moden

Seniman

Karya-karya
Terkenal

2.4 Kandungan Isi

2.4.1 Perkembangan Seni Visual Sebelum Merdeka

Apakah yang anda faham tentang seni visual sebelum merdeka ?

2.4.1.1 Artifak

Artifak adalah barang-barang sejarah hasilan manusia seperti peralatan,


senjata atau ornamen.

18
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

A) Tembikar

Seni tembikar telah wujud dalam budaya Melayu di Malaysia sejak beribu
tahun dahulu. Ini terbukti dengan penemuan barangan tembikar seperti di
Gua Cha, Kelantan, Bukit Tengku Lembu, Perlis, Ulu Tembeling, Pahang, Bukit
Tambun, Perak dan Gua Niah, Serawak.

Ragam hias pada permukaan pada permukaan serpihan tembikar berbentuk


sederhana yang ditemui didapati dibuat secara spontan dan dibakar pada
suhu sebarang suhu. Di Johor, dijumpai pecahan tembikar yang dihiasi
dengan motif geometri berbentuk ‘tulang ikan’. Para pengkaji sejarah
menggunakan serpihan-serpihan tembikar yang ditemui sebagai petanda
untuk menggambarkan tamadun dan budaya zaman silam

B) Keris

Keris menjadi sejenis senjata warisan Melayu sejati yang telah digunakan di
Tanah Melayu sejak lebih daripada 700 tahun yang lalu. Selain sebagai
senjata untuk mempertahankan diri, keris juga merupakan satu lambang yang
menjadi kemegahan serta kebanggaan bangsa dan negara.

Contoh keris yang wujud di Malaysia Keris Semenanjung, Keris Taming Sari,
Keris Pekaka, Keris Panjang dan Keris Madura.

2.4.1.2 Catan Cina

Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura


berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah
bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah
berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima
pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.

19
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara
hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak
kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan
berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan
Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam
bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak
Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.

Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan


hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian
Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo
pada tahun 1926.

2.4.1.3 Catan air

Sejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara jiran.
Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual bukan menjadi tradisi
Melayu. Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat minyak
para pegawai Kolonial British yang berkhidmat di Pulau Pinang pada akhir tahun
1770an yang mengikut estetik zaman Victoria.

Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karya-karya
catan awal oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff dan lain-lain lagi.

Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris


telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau
Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan
fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-
lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai
Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.

20
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran
Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan
sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula
memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni
seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan
Konstruktivisme.

2.4.1.4 Seni bina

Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai pengetahuan yang


tinggi dalam bidang seni bina. Terdapat bangunan-bangunan yang menarik
disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik. Contohnya, istana,
rumah berhala, monumen, tembok, bangunan pentadbiran kerajaan, stesen
keretapi, pusat pengajian, sekolah, masjid, dan lain-lain lagi.

Dianggarkan terdapat lebih kurang 35,000 buah bangunan sebelum perang yang
berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed
Zainol Abidin Idid, 1995).

Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai


senibina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga
politik serta rohani yang simbolik.

Contoh senibina sebelum merdeka:


(1) Bangunan Stadthuys di Banda Hilir, Melaka (1641).
(2) Balai Besar di Alor Setar, Kedah (1735).
(3) Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (1888).
(4) Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir, Melaka (1728).
(5) Gereja St. George Anglican di George Town, Pulau Pinang (1817).
(6) Balai Seni di Alor Setar, Kedah (1893).

21
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Rumusan :

Perkembangan seni visual Malaysia sebelum merdeka adalah sebagai minat atau rekod
sejarah. Merupakan zaman baru bagi pelukis Malaysia dan seni halus tidak
dipentingkan. Aktiviti seni dipengaruhi oleh suasana penjajah iaitu menekankan genre
lukisan dan catan lanskap dalam aliran Realisme. Era baru dalam aliran naturalis dan
figura manusia.

Latihan 1.1

Bincang dan hasilkan jadual kronologi tentang perkembangan seni visual sebelum
merdeka berkaitan :

- Stail dan bentuk


- tema
- bahan
- gaya aliran
- tahun

2.5 Perkembangan Seni Visual Selepas Merdeka

Apakah perbezaan di antara aliran seni visual sebelum merdeka


dan selepas merdeka?

2.5.1 Seni Plastik

Istilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial. Seniman mengenalpasti


dari aspek perletakan imej di dalam ruang plastik merujuk kepada keperluan

22
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

permukaan dan perasaan seniman. Seni plastik juga adalah satu terma dalam
seni visual yang memberi maksud unsur plastik dalam bahan-bahan yang boleh
dibentuk dan dibina. Unsur plastik ini menjurus kepada aspek seni dari segi
bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek tiga
dimensi.

Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan, arca, senibina, tembikar,
ukiran, tenunan senjata dan sebagainya. Membentuk ialah teknik menghasilkan
karya dengan cara mengukir, menguli, menempa, mengurut, dan menggelek.
Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat, batu dan sebagainya. Membina pula
ialah menghasilkan karya seni dalam bentuk tiga dimensi secara mengikat,
melentur, menyambung, membentuk, menjalin, mencantum dan sebagainya.
Bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini ialah batu, kayu, logam, besi, keluli
dan sebagainya.

Dalam lewat tahun 50-an telah berlaku konflik dalam seni akibat perbalahan
dominasi oleh pengamal aliran abstrak dan ekspresionistik. Seniman dan peminat
aliran realisme rasa tercabar dan telah bangkit. Dalam tahun 1960-an pemilihan
gaya abstrak adalah lebih formalistik dan berbentuk individualistik. Gaya ’avant-
garde’ yang dipolori oleh Abstrak Ekspresionisme Amerika telah diberi
penghargaan.

Sekitar dekad 1980-an dan 1990-an memperlihatkan cubaan serius untuk


menerapkan ciri ’nasional’ atau keaslian’ seni plastik moden. Seniman pada
sekitar tahun 80-an menghasilkan karya di luar ciri seni plastik konvensional dan
tidak terikat pada media, bahan dan proses berkarya.

2.5.2 Seni Arca

Arca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang berkaitan dengan pengkajian
bentuk-bentuk tiga dimensi yang melibatkan formalistik seni seperti ruang, jalinan,

23
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

warna, struktur dan rupa. Seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru
berbanding dengan catan.

Seni arca moden mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an.
Menurut T.K.Sabapathy (1976), karya-karya arca Syed Ahmad Jamal, Latiff
Mohidin, Cheong Laitong, Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan hal-
hal yang menghubungkan catan dengan arca.

Aliran Ekspresionisme dan Abstrak Ekspresionisme meresap ke dalam seni arca.


Contohnya, karya Syed Ahmad Jamal “The Link” (1963), yang sama tema dengan
catannya.

Arca-arca yang bersifat figuratif dan representasi dapat dilihat menerusi karya-
karya Anthony Lau. Antara karya awal Anthony Lau adalah arca “Djin Api” (1959),
“Forest” (1968) dan “Ecstacy” (1986)

Dekad 1970-an memperlihatkan perkembangan arca yang pesat. Pada tahun 1976
satu pameran “Tinjauan Seni Arca Moden Malaysia” telah diadakan di Balai Seni
Lukis Negara, Kuala Lumpur. Antara yang turut serta adalah Anthony Lau, Chan
Teck Meng, Teo Tien Eng, Syed Ahmad Jamal, Cheong Laitong dan Latiff Mohidin.

Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara merupakan salah sebuah
institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan ramai pengarca ternama dan
berpotensi seperti Zakaria Awang, Ariffin Ismail, Mad Anuar Ismail, Wan Ahmad
Wan Mohamod, Ham Rabeah Kamarun, Ramlan Abdullah, Tengku Sabri Tengku
Ibrahim, Zulkifli Yusof, Raja Shahriman dan Bayu Utomo.

Dari segi tema, para pengarca berinteraksi terhadap persekitaran seperti


persoalan agama, budaya, alam dan kehidupan secara umumnya. Peningkatan
minat dan kecenderungan seniman kepada seni arca dan media campuran jelas
kelihatan awal dekad 1990-an. Pelbagai bentuk arca terhasil, sama ada secara

24
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

konvensional, bersifat galeri, pemasangan (installation) atau pun arca


persekitaran.

2.5.3 Seni Bina

Sebagai sebuah negara yang mempunyai kebudayaannya sendiri, senibina


Malaysia mengandungi unsur-unsur budaya kebangsaan yang berteraskan
kebudayaan masyarakat berbilang kaum.

Yang dimaksudkan dengan senibina adalah melingkupi:

1. Binaan tempat kediaman iaitu rumah atau taman perumahan.


2. Bangunan-bangunan awam seperti masjid, hospital, perpustakaan, muzium
dan sebagainya.
3. Bangunan-bangunan kerajaan.
4. Bangunan-bangunan perniagaan.
5. Aspek-aspek umum seperti pintu gerbang, menara, tugu peringatan dan
sebagainya.
6. Taman-taman dan kawasan rekreasi.

Menjelang era pasca- merdeka, suatu aspek yang turut mengalami perubahan
ketara ialah gaya rupa seni bina. Para arkitek yang baharu sahaja menamatkan
pengajian di luar Negara telah membawa fahaman baru dalam seni bina di bandar-
bandar utama Negara yang sebelum ini dikuasai oleh gaya rupa senibina kolonial,
anglo-Indian, elektik dan sebagainya.

Antara bangunan-bangunan utama yang dapat digolongkan dalam senibina moden


ialah bangunan istana raja-raja Melayu di tiap-tiap negeri, bangunan parlimen
(1963), bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (1959), Stadium Negara (1964),
Muzium Negara, Masjid Negara, Bank Bumiputra, Dayabumi, Bangunan Sultan
Abdul Samad, bangunan berkembar Petronas dan Menara Telekom.

25
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Bentuk dan corak senibina moden memperlihatkan perubahan-perubahan yang


nyata tetapi disesuaikan dengan ciri-ciri senibina asli Malaysia. Dari semasa ke
semasa binaan-binaan baru didirikan bagi memenuhi keperluan pembangunan
Negara dan keperluan masyarakat.

Beberapa orang arkitek seperti Howard Ashley, Baharuddin Kassim, Hisham Albakri
(kumpulan arkitek JKR yang mereka bentuk Masjid Negara) dan W. Ivor Shipley
(arkitek JKR yang merekabentuk bangunan Parlimen) mengadaptasi factor-faktor
setempat ke dalam rekabentuk moden.

2.5.4 Seni Moden

Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan
matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada
Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William
K.K. Lau. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas
melukis, sesi perbincangan dan pameran.

Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan
kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni
daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini
membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana
usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para
pelukis tempatan serta karya-karya mereka.

Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh
YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah
memaparkan karya-karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng,

26
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad
Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.

Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang
telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan
Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Dato’ Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri
Zain Azraii, Professor Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi.

Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua
koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato’ Loke Wan Tho dan Koleksi
hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta
ringgit.

Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah
menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan.
Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran
yang tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti
dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah,
syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara
gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.

Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang
kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang
berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus
sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar
untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik
seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan
akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal,
Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan
peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.

27
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun
1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga
tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-
kursus sambilan.

Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan
tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni
tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine
Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and
Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design.

Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan
menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture,
Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art.

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil


alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan ’New Scene’ seperti Redza
Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan
lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan
ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang
berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan
masyarakat umum.

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain
aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai
mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan.

Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori
oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang
teguh di awal 1970an.

28
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di
kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan
serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.

Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat


mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki
kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang
berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar negara.

Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah
melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut, maktab dan sekolah-sekolah
serta para profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Kursus
Ijazah selama tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Ini termasuk
Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan Kemanusiaan. USM menawarkan
kursus Seni halus bagi Catan, Fotografi, Teori-teori Seni, Seni Arca, Rekabentuk
Grafik, Aspek-aspek Seni Asia Tradisional, Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden dan
latihan Ilmiah. USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah
Senilukis.

Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah
memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Badan-
badan swasta seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada ,
telah mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan.

Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik
dengan munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran
realisme dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang
kaya di rantau ini.

29
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

2.5.5 Seniman

Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh
YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah
memaparkan karya-karya seniman terkenal seperti Chen Wen His, Cheong Lai
Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris,
Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.

Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua
koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato’ Loke Wan Tho dan Koleksi
hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta
ringgit.

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah
Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan
dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Kejayaan Chuan telah
membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis
batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima
pengiktirafan antarabangsa.

Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis
pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan
Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong,
Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis
avant-garde di negara ini.

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil


alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan ’New Scene’ seperti Redza
Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan
lain-lain lagi.

30
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori
oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang
teguh di awal 1970an.

Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di
kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan
serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.

2.5.6 Karya-karya terkenal

2.5.6.1 Yong Mun Sen (1896 -1962)

1. Pohon-Pohon Kelapa
Media : Cat Air
Tahun :1951

2. Rumah Atap Di Tepi Pantai


Media : Cat Air
Tahun : 1960

2.5.6.2 Abdullah Ariff

Abdullah Ariff, Coconut Plantation – Dawn, Cat Air, 1948

31
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Abdullah Ariff, Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya, Cat Air, 1960

2.5.6.3 Dato’ Mohd Hoessein Enas

Dato’ Mohd Hoessein Enas, Potret Diri, Pastel Kapur, 1958

32
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Dato’ Mohd Hoessein Enas , Gadis Melayu, Cat Minyak, 1959

3. Nobat
Media : Cat Minyak
Tahun : 1962

4. Mengutip Daun Tembakau


Media : Cat Minyak
Tahun : 1963

5. Pengantin Perempuan Iban


Media : Cat Minyak
Tahun : 1963

2.5.6.4 Datuk Syed Ahmad Jamal


1. Perhubungan ( Arca )
Media : Besi Waja
Tahun :1963

33
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Datuk Syed Ahmad Jamal, Mandi Laut, Cat Minyak Atas Papan, 1957

2.5.6.5 Anthony Lau (1933 - )

Anthony Lau, Djin Api, Kayu, 1959

2. Lembu Liar ( Arca )


Media : Batu & Habuk Simen
Tahun : 1963

34
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Anthony Lau, Rimba, Besi, 1968

4. Hasil Rimba ( Arca )


Media : Besi
Tahun : 1966

2.5.6.6 Tay Hooi Keat (1910 - 1989)


1. Jalan Pinang
Media : Cat Minyak
Tahun :1955

2. Pondok Melayu, Pulau Pinang


Media : Dakwat
Tahun : 1952

3. Pemandangan Pohon
Media : Campuran
Tahun : 1961

35
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Tay Hooi Keat, Lembu Berlaga, Cat Minyak, 1958

5. Kapal Haji
Media : Cat Minyak
Tahun : 1966

2.5.6.7 Ibrahim Husin (1939 - )

1. Kekecuhan
Media : Arkrilik
Tahun :1969

Ibrahim Husin, Pak Utih, Campuran, 1967

36
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Ibrahim Husin, Are You Alone Out There ?, Arkrilik, 1969

2.5.6.8 Zulkifli Dahalan

1. Di Dalam Ruang Rumah


Media : Cat Minyak
Tahun :1974

2. Satu Hari Di Bumi Larangan


Media : Cat Imulsi
Tahun : 1977

2.5.6.9 Dzulkifli Buyung (1948 - )

Dzulkifli Buyung, Kelambu, Kapur Pastel

37
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

2. Membakar Semut
Media : Kapur Pastel
Tahun : 1967

Dzulkifli Buyung, Kapal Kertas, Kapur Pastel, 1966

4. Lidi
Media : Kapur Pastel
Tahun : 1962

2.5.6.10 A. Latiff Mohidin

A.Latiff Mohidin, Pago – Pago, Cat Minyak, 1962

38
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

2. Imago Senja ( Cetakan )


Media : Kayu
Tahun : 1969

A.Latiff Mohidin, Siri Langkawi, Kayu

2.5.6.11 Mazli Mat Som

Mazli Mat Som, Yati, pastel, 1964

39
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Mazli Mat Som, Menanti Nelayan, Cat Minyak, 1965

2.5.6.12 Khaw Sia


1. Menyeberang Sungai
Media : Cat Air
Tahun :1958

2.5.6.13 Lai Foong Moi

Lai Foong Moi, Waktu Pagi Di Kampung, Cat Minyak, 1958

40
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

2.5.6.14 Patrick Ng Kah Onn (1932 - )

Patrick Ng Kah Onn, Menjemur Kain, Gauce, 1961

Patrick Ng Kah Onn, Semangat Angin, Tanah Dan Air, Cat Minyak, 1958

2.5.6.15 Yeoh Jin Leng (1929 - )

1. Sawah Padi
Media : Cat Minyak
Tahun :1963

41
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

2.5.6.16 Jolly Koh

Jolly Ko, Paku Kipas, Cat Minyak, 1968

2.5.6.17 Khalil Ibrahim

1. Pantai Timur 1
Media : Lilin Dan Pewarna Batik
Tahun :1988

Khalil Ibrahim, Pantai Timur 2, Lilin Dan Pewarna Batik,1978

42
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

2.5.6.18 Chua Thean Teng

1. Di Tepi Pantai
Media : Lilin Dan Pewarna Batik
Tahun :1958

Chua Thean Teng, Musim Buah, Lilin Dan Pewarna Batik, 1968

Rumusan

Seni visual selepas merdeka semakin matang dan menjadi bidang professional.
Persepsi masyarakat terhadap seni visual mula berubah daripada peringkat rendah ke
peringkat antarabangsa. Seni visual juga menjadi salah satu simbol perpaduan kaum.
Kemunculan catan hard-edge, arca dan karya mula menggunakan perisian komputer.
Institut dan akedemi seni swasta memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni
dalam pelbagai bidang.

43
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Latihan 2.1

Bina jadual perbandingan perkembangan seni visual selepas merdeka daripada hasil
analisa terhadap bahan bacaan dan internet mengenai :

- tokoh
- bentuk aliran karya
- bentuk dan makna
- tema
- tahun
- stail

44
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

TAJUK 3 APRESIASI KARYA SENI ORIENTAL

3.1 Sinopsis

Menurut Drs. Sidi Ghazalba, dalam bukunya ’Pandangan Islam Tentang Seni’
menerangkan seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan
oleh sekelompok manusia melalui pancaindera kelima ekoran fitrah semula
jadi yang cinta kepada seni. Manusia memerlukan satu media perantaraan
untuk meluahkan perasaaan dan emosi untuk dikongsi bersama manusia
lain.

Menurut Zakaria Ali, apresiasi seni adalah latihan yang melibatkan deria
pandang dan sentuh yang mampu membantu kita menikmati karya dengan
lebih seronok lagi.

Menghayati seni adalah satu bidang yang perlu diberikan perhatian.


Penghayatan karya seni memerlukan bahasa seni iaitu bahasa lisan dan
tulisan. Penerapan bahasa dalam penghayatan seni adalah dalam bahasa
visual atau seni tampak.

3.2 Hasil Pembelajaran:

1) Menganalisis penulisan tokoh dengan menggunakan pengetahuan dan


pengalaman.
2) Mengaplikasikan teori apresiasi untuk melihat dan menghayati karya seni.

45
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

3.3 Kerangka Tajuk-Tajuk

Apresiasi Seni
Oriental

Perbandingan
Perbandingan
Falsafah dan Stail PandanganTokoh-
Karya-karya
tokoh

Tuliskan esei pendek mengenai pengertian seni oriental dan ciri- cirinya.

3.4 KANDUNGAN ISI

3.4.1 Pengenalan Seni Oriental


Di dalam dunia ini terlalu banyak karya-karya seni telah dihasilkan secara
individu atau berkumpulan. Karya seni yang dihasilkan biasanya mempunyai
tujuan yang tersirat dan tersurat. Sebagai contoh, karya seni yang dihasilkan
pada zaman Pra Sejarah lebih menggambarkan situasi dan aktiviti mereka
sendiri.

Istilah Seni Oriental secara tradisionalnya merujuk kepada aktiviti seni dari
daerah Timur Tengah, Asia Selatan dan Asia Timur. Ia termasuklan Seni Islam,
Seni China dan Seni India. Istilah Oriental telah digunakan oleh masyarakat Barat
untuk menjelaskan tentang kebudayaan, negara-negara dan peralatan yang
berasal dari kawasan tersebut.

46
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

(a) Seni Islam

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan


antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai
akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh
seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana
tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah
satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang
melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang yang melampaui batas."

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia
tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama.
Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada
semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan,
nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan
keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu
adalah seni.

Islam membenarkan umatnya berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran


mereka, perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat. Seni
Islam terdiri daripada elemen yang diulang-ulang berbentuk geometri. Tiada
elemen-elemen figura. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan
untuk mempertingkatkan agama. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri
kepada Tuhan.

Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah.


Tiada pemisahan antara seni dan agama. Seseorang seniman perlu memahami
ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan,
muzik, seni bina dan seni pentas. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yang
jelas. Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yang baik dan

47
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

insan yang hampir kepada Allah. Para seniman mempunyai tanggungjawap


sosial dalam konteks syariah islamiah.

(b) Seni China


Menurut ahli sejarah, Kesenian Cina yang terawal sekali ditemui pada akhir
Zaman Batu ialah Seni Tembikar.
Bidang Kesenian Cina Seni Tembikar Kebanyakkan tembikar neolitik yang terbaik
di dunia datanganya dari negeri Cina. Tembikar Maharaja Yso dan Shun
berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Bentuk-bentuk
tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal dan berbadan kecil.

(c) Seni India


Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya, tahun 132 s.m. Berasaskan kepada
keagamaan dan pemujaan. Ianya mencapai kegemilangan pada zaman Gupta,
contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Ia
berkembang maju pada zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Zaman Muslim,
kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami
masjid.
Seni Bina dan Seni Ukir berkembang maju pada zaman Maurya, contoh Tiang
Asoka. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej
Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi
(Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Nilai-Nilai
Dharma – dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan
apa yang harus dilakukan. Dharma individu memerlukan apa yang harus
dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan.
Dharma dikaitkan degan tugas, tanggungjawab dan aturan memberi makna
kepada kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna kepada
peranannya dlm hidup. Kepercayaan kepada Tuhan – kepercayaan kepada satu
entiti yang melampaui batas pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas
pemikiran agama orang Hindu. Karma – prinsip asas bagi aliran pemikiran
falsafah dan agama yang berasal dari India.

48
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Latihan 1.1

Jelaskan tentang perzezaan seni Islam dengan seni India dari sudut
keagamaan.

3.4.2 Falsafah dan Stail

Pengenalan

’Philos’ dalam bahasa Yunani bermaksud kecintaan terhadap sesuatu manakala


’Sophia’ bermaksud kebijaksanaan atau pengetahuan. Maka ’Philosophia’ secara
jelasnya membawa maksud ’mencintai akan kebijaksanaan’.

Socrates, Plato dan Aristotle merupakan ahlli falsafah Yunani yang terkenal. Idea
mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah seni di barat juga di
Malaysia.

Falsafah seni adalah sesuatu yang global dan secara umumnya terbahagi
kepada falsafah barat, falsfah Islam dan falsafah timur. Falsafah seni pula adalah
proses mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan
gambaran gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh
seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan.

Falsafah seni bukan sahaja merupakan proses mencari jawapan kepada


keindahan malahan juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai
keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seorang pengkarya seni
dalam karya yang mereka hasilkan. Tohoh-tokoh falsafah yang ternama adalah
seperti Socrates, Plato, Leonardo da Vinci, Atistotle. Mohd Taib Osman dan lain-
lain. Tokoh-tokoh tersebut boleh diibaratkan sebagai kompas yang memberi
panduan, pendapat dan idea tentang keindahan seni kepada para seniman.

49
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

(a) Falsafah Seni Islam


Sejarah telah membuktikan bahawa, kesenian Islam berbeza dengan bentuk
kesenian lain. Kesenian yang dihasilkan adalah berlandaskan kepercayaan
kepada kitab Al Quran dan hadis Nabi.

Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan
disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa.
Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep
keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai
ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan
maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan
fitrahnya.

Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid
dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan
perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah
ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam
membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt.
Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari
perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia
menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.

Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi
ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah
yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam
tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk
dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan
satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang
berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga
dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi.

50
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Manakala menurut Al-Faruqi, konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep


Tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan.

Beliau menegaskan bahawa:‘Setiap motif ‘arabesque’ dengan apa sahaja


medium adalah penegasan kebenaran estetika yang tiada Tuhan melainkan
Allah. Dia adalah Pencipta yang Esa dan Mutlak’.

Seni Khat

Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal,
penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang
tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai
kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut
penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan
pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis
ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama').

Tulisan ini mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Seni khat mempunyai
kaitan rapat dengan jiwa islam, memandangkan penulisannya menggunakan
huruf-huruf al-quran. Antara Seni Khat yang terkenal ialah Nasakh : diperindah
oleh Ibn Muqla Khat Riq'ah : tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat dan
sesuai dengan gerakan tangan. Khat Diwani : Catatan atau antologi karangan.
inspirasi dari model khat lain. Hanya digunakan untuk hiasan sahaja. Khat
Diwani Jali : Lebih bervariasi berbanding khat diwani. Khat Thuluth : digunakan
untuk hiasan seperti dalam mushaf Usmani, nama kitab atau buku .

Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang


kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga
menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya
pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada
perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari
segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan
dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.

51
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Jenis-jenis Seni Khat

Tamudun Islam kaya dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai
sei khat. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan
cabang dari lapan-lapan model ini. Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth,
Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani.

Khat Kufi berasal dari Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai
hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan
dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul.

Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam


mashaf thmani (al-Quran), nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.

Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan
buku-buku berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca,
jelas serta tidak mengelirukan

Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong


sedikit ke kanan. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan,
nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan berbahasa
Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.

Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan
untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan
madrasah untuk mengambil nota kuliah.

Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan


secara meluas semasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di
Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat
penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.

52
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak
bentuknya , rumit penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk
perahu, ikan, burung dan sebagainya.

Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan
panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.

Seni Bina

Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang
mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan
bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina
merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan
lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan
pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat
diukur. Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada
zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun
dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh.

Lukisan dan Arca ( Ukiran)

Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang
dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan
ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabot rumah, piring, kulit buku, jubin,
tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat
pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak
diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna
emas, perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air,
buyung, tungku dan topi besi perang. Begitu juga seni seramik yang juga
terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk
kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang
tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti
kerawang, lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain.

53
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Seni lukis pula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia
biasanya tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak
lukisan bunga dan gambar berbentuk arabesque dengan pilihan warna emas,
buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik
seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku
cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak
termasuk benda-benda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan,
dewa atau patung.

54
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Rajah 1.1: Corak-Corak Arabes

Rajah1.2: Khat Thuluth Rajah 1.3: Khat Diwani

Rajah 1.5: Seni Bina

55
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

1.2 Senaraikan jenis-jenis khat dan dan kegunaannya masing-masing

(b) Falsafah Seni China

Mencius, seorang ahli falsafah China menyatakan bahawa semua benda di dunia
ini termasuk ilmu terbahagi kepada dua kategori umum: Yin dan Yang.

Yin dan Yang adalah simbol mengenai keharmonian yang saling bertindak di
antara unsur-unsur yang bertentangan dan berpasangan pada alam ini seperti
kegelapan dan kecerahan, kelembapan dan kepanasan, langit dan bumi serta
lelaki dan perempuan. Kesinambungan dan perhubungan di antara kedua-dua
unsur yang berpasanagn dan bertentangan ini telah mempengaruhi kehidupan
masyarakat China.

Confucius pula mempunyai pendapat bahawa manusia bukan hidup


berseorangan atau bersendirian serta terasing daripada masyarakat. Oleh itu,
manusia perlu dididik tentang cara bagaimana mereka harus bertindak dalam
masyarakat mengikut suatu upacara adat istiadat.

Jika wujud sifat hormat menghormati, kesopanan, kesusilaan dan tanggungjawab


dalam masyarakat maka akan wujudnya keamanan dalam keluarga, masyarakat
dan negara.

Menurut Falsafah Toisme pula, kerajaan yang paling berkesan ialah kerajaan
yang paling kurang memerintah. Undang-undang dan peraturan yang paling
sedikit yang diperkenalkan oleh sesebuah kerajaan itu, akan memudahkan
kefahaman rakyat. Penekanan kepada alam pula telah menggalakkan pengikut
Toisme menerokai sains dan teknologi. Falsafah Toisme juga mempunyai
pengaruh yang besar dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat
China.

56
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pokok buluh pula adalah simbol kepada kekuatan, kesabaran menanggung


penderitaan kepada kepantasan pembangunan dan perluasan kebudayaan di
China.

Seni Tembikar

Kebanyakan tembikar neolithic yang terbaik di dunia datangnya dari negeri Cina.
Tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan
perhiasan hitam, bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut
tebal berbadan kecil. Tembikar Cina zaman akhir Neolithic pula berwarna hitam
dan berkilat. Tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada
permukaan tembikarnya. Tembikar zaman Wangsa Ha, menggunakan glaze
kelabu kekuningan yang diperbuat dari timah hitam.

Seni Tembaga
Kesenian tembaga bermula pada zaman Wangsa Shang. Kebanyakan kesenian
tembaga ketika itu adalah peralatan rumah dan sebahyang yang ditiru dari
bentuk-bentuk tembikar. Pada akhir Wangsa Chou, ada terdapat bukti teknik
tuangan bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana
berasaskan bentuk binatang, bejana tersebut digunakan untuk 2 tujuan iaitu
kegunaan harian dan istiadat keagamaan

Catan
Dikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang. Catan Cina lazimnya
dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat. Perkembangan seni catan
terkenal di Zaman Wangsa Tang yang banyak berunsur ugama Budha, Taoism
dan Confucianism. Zaman Sung, pelukis Cina menggunakn ciri-ciri
pemandangan san kemanusiaan

a) Ciri-ciri catan

57
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat.
Kebayakan catan menggambarkan keindahan panorama alam dan semulajadi.
Catan mempunayi falsafah

Arca dan Ukiran

Dikesan sejak zaman Wangsa Shang dengan terjumpanya dua arca


berbentuk harimau dan burung hantu, diperbuat daripada marmar. Terdapat
banyak imej-imej Budha ditemui di candi-candi di Gua Yun Kang, Shensi. Di gua-
gua Tung Huang, Kansu terdapat imej-imej Budha diukir pada dinding gua
tersebut. Arca-arca diperbuat daripada tanah liat yang diwarnakan, batu dan
tembaga.

Seni kaligrafi
Seni tulis cina yang terawal ditemui pada zaman Wangsa Shang (2000 S.M)
yang ditulis di atas permukaan buluh, tulang dan kulit kura-kura. Kehadiran
Confucius dan Lao-Tzu pada zaman Wangsa Chao, membantu
menggalakkan pertumbuhan falsafah, kesenian dan tulisan orang China. Dalam
tahun 1928-221 SM, terdapat banyak tulisan pada permukaan bejana tembaga
dan batu. Tulisannya mempunyai ukuran yang sama. Terdapat 3 tulisan dicipta
dalam zaman wangsa Han, iaitu tulisan bentuk biasa (pattern script), tulisan
bentuk kasar (Rough Script) dan tulisan sambung (Curcive Script)

Senibina
Senibina di China dikatakan dapat dilihat dengan pesat pada zaman Ming,
apabila Peking dijadikan Pusat Pentadbiran menggantikan Nanking

a) Ciri-ciri Senibina

Berdinding kayu beratap genting curam. Bangunan kuil dan pagoda mempunyai
pintu gerbang, beratap genting melengkungn ke atas.

58
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Catan lanskap
Catan lanskap mendapat tempat yang istimewa sekali dalam perkembangan seni
catan China. Catan lanskap China (Shan Shui) membawa maksud gunung dan
air. Sejarah catan China berkembang dengan pesat dalam zaman Dinasti Sung.

a) Ciri-ciri Catan lanskap


Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepasda ekspresi yang
membawa pengnertian terrhadap keseluruhan catan. Seorang artis harus dapat
berinteraksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan
falsafahnya melalui catan. Konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan
lanskap China iaitu keseimbangan dengan yang melalui perlambangan kabus,
air, awan, burung dan lembah.

Hukum Catan China


(Berasaskan Prinsip Shi-Vitalize Spirit). Monokrom: penggunaan cat air dengan
ton warna yang terhad bagi mendapatkan impak mendalam. Komposisi:
mementingkan rangkaian ruang berasaskan garisan tegak dan mendatar. Ton
dan suasana: “Chi Yun Sheng Tungn” ton yang memberi suasana yang ghairah
dan dinamik. Struktur dan sapuan berus: Sapuan awal berus memberi
pengertian - dibuat secara spontan dan simbol kepada alam semula jadi.
Lakaran: penting sebagai pembentukan awal sesuatu gambaran. Kesesuaian
lukisan dengan objek: Walaupun lukisan tidak sama dengan objek sebenar tetapi
perlu ada persamaan dalaman.

59
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Seni Bina

Seni Arca

Seni Tembikar

60
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Seni Catan

Rajah : Menunujukkan lukisan zaman klasik China yang banyak


memberikan gambaran kawasan pergunungan iaitu pengaruh Yin dan Yang
dalam kehidupan mereka.

61
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

FALSAFAH
CHINA

Mencius
(Ying Yang) Confucius Toisme

Rajah : Falsafah China terbahagi kepada Mencius, Confucius dan Toisme


Tuliskan satu essei pendek tentang konsep Yin dan Yang
berdasarkan catan lanskap
.

(c) Falsafah Seni India

Terdapat Enam aliran (sekolah) dalam Sistem Falsafah India iaitu Nyaya,
Vaisheshika, Sankhya, Yoga, Mimamsa dan Vedanta. Kesemua aliran ini
menerima sepenuhnya ajaran kitab Veda. Dikenali sebagai astika darshana.

Pendukung aliran Nyaya ialah Gautama dan karyanya Nyaya Sutra bertarikh
kurun ke-2 SM. Nyaya bermaksud pertimbangan logik. Terdapat empat sumber
ilmu pengetahuan iaitu persepsi (pratyaksha), Inferens (anumana),
Analogi/perbandingan (upamana) dan Testimoni/pembuktian (shabda)

Aliran Vaisheshika dikenali sebagai Vaisheshika Darshana. Pengasas aliran ini


ialah Kanada (kurun ke-3 SM) dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra. Semua
benda dikatakan diperbuat daripada 4 jenis paramanu (atom) iaitu atom bumi, air,
api dan udara. Terdapat 5 unsur dlm pembentukan dunia iaitu dik (ruang), kala
(masa), akasha (eter), manas (minda) dan atma(jiwa ).

62
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Aliran Sankhya merupakan Sistem falsafah terawal. Dipelopori oleh Kapila (kurun
ke-7SM) dan karyanya ialah Sankhya Sutra. Sankhya bererti bilangan iaitu
falsafah yang menghuraikan mengenai realiti dalam bilangan yang terhad dan
pengetahuan yang sempurna. Dua realiti mutlak iaitu purusha (jiwa) dan prakriti
(jirim), sebab dan akibat. Konsep Triguna (tigasifat) alam semesta iaitu Sattva,
Rajas .dan Tamas

Pendukung Aliran Yoga ialah Patanjali (kurun ke-2 SM) dan karyanya ialah Yoga
Sutra. Konsep Tuhan mutlak iaitu memperjelaskan realiti Tuhan. Penyatuan roh
individu dengan roh duniawi menjadi tujuan hidup. Latihan minda dan fizikal iaitu
latihan mengawal serta mematikan fungsi anggota badan, pancaindera, minda,
intelek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa.
Disiplin minda dan fizikal membantu mencapai moksha.

Mimansa bererti siasatan. Objektif utama ialah menegakkan kewibawaan kitab


Veda serta ritualnya. Pendukungnya ialah Jaimini yang menyusun falsafah ini
secara sistematik dan mencipta teks Purva-mimansa Sutra pada 400 SM.
Kepentingan – sistem tafsiran Veda.

Vedanta dikenali sebagai Uttara Mimansa. Pelopor ialah Badarayana yang


mencipta karya Brahma Sutra (400SM) atau juga dikenali sebagai Vedanta Sutra.
Teks asas ialah karya-karya Upanishad, Brahma Sutra dan Bhagavad Gita.
Pendukung falsafah ini yang terkenal ialah Sankara. Dua aliran utama iaitu Advai
ta (non-dualistic) dan dvaita (dualistic). Advaita (yang didukung oleh Sankara)
menyatakan Atman (jiwa) dan Brahman (Tuhan) bukanlah dua entiti yang
berbeza. Dvaita (didukung oleh Ramanuja dan Madhva) menyatakan Atman dan
Brahman adalah berlainan tetapi tidak terpisah. Aliran Ramanuja disebut Vis is
tadvaita- Vedanta dan Madhva dikenali sebagai Dvaita- Vedanta.

63
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Ahimsa – terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang, simpati, belas


kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Mengelak daripada melakukan
kekejaman atau mencederakan. Satya – kebenaran. Pengetahuan benar yg
merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yg benar,ucapan dan pemikiran yang
benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.

Perpaduan – masyarakat dari pelbagai kaum dan agama, penting menggalakkan


hubungan erat dan keharmonian masyarakat.

Seni Bina dan Seni Ukir

Bidang Kesenian India, Seni Arca Merupakan kesenian tertua di India dan berkait
rapat dengan patung-patung keagamaan. Dibuat daripada batu marmar, kerana
ia lebih tahan dari tanah liat. Zaman kegemilangan seni arca India ialah pada
zaman Guptas.

Berkembang maju pada zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Mencapai


kegemilangan pada zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan
Bodhisattva di India Utara. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan
Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid.

Seni arca bermula dengan patung, maka banyak patung-patung berbentuk


manusia yang disimpan di kuil-kuil untuk tujuan keagamaan. Ada juga
menggunakan bahan-bahan dari besi dan gangsa.

Patung Lord Siva antara arca seni dalam pergerakan istimewa. Telah mendorong
ramai tukang-tukang arca India menghasilkan pelbagai bentuk arca.

Seni Lukis

Dalam bidang Seni Lukis pula kesannya boleh dilihat di dinding istana dan ruang
dalam rumah golongan kaya. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan.

64
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. Contoh Gua
Ellora, Badami dan Bagh. Zaman Muslim- merupakan zaman pemulihan seni
lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi.

Dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. Kuil-kuil dihiasi lukisan
bersifat keagamaan. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan
Mahabhrata. Contoh Gua Ellora, Badami dan Bagh. Zaman Muslim- pemulihan
seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi.

Stupa dan Brobodur

65
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Seni Arca

Lukisan Miniatur Radhe Krishna Lukisan Miniatur Rajasthani

Hasilkan satu essei pendek mengenai enam aliran dalam sistem falsafah India

3.4.3 Perbandingan PandanganTokoh-tokoh

(a) Pandangan Tokoh Islam

Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan.

Al-Ghazali, ahli falsafah terkenal Islam, juga telah mengemukakan teori estetika
yang menyentuh aspek keindahan yang terdapat dalam sesuatu karya seni.
Menurut Al Ghazali, keindahan yang terhasil mempunyai nilai tersendiri yang
perlu dihayati. Beliau menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan
dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Al Ghazali tidak melihat
sesuatu karya seni dari aspek fizikal kerana baginya manusia yang taksub pada
kebendaan tidak akan berjaya memperoleh kebahagiaan yang hakiki.

66
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian'


menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang
dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat
mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati
melalui pancaindera yang lima. Justeru itu, manusia dikatakan sebagai makhluk
seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi
kepuasan melalui pancaindera. Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan
kepada empat bahagian utama :

 Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara
dan sebagainya.

 Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias,
seni bina, seni pakaian dan sebagainya.

 Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti


drama, tablo, teater, filem dan sebagainya.

 Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang
berbentuk puisi dan prosa.

Al Faruqi, cendekiawan Islam yang dilahirkan di Jaffa Palestin pada tahun 1921
telah membincangkan hal berkaitan karya seni Islam dan estetikanya. Al Faruqi
menegaskan bahawa Tauhid merupakan prinsip utama dalam estetika Islam.
beliau turut menegaskan bahawa Tuhan tidak dapat digambarkan dalam bentuk
estetika. Estetika yang terhasil adalah berdasarkan daripada pengamatan dan
pengalaman manusia itu sendiri.

(b) Pandangan Tokoh China

Seni China dikatakan mempunyai kepelbagaian gaya. Pandangan ahli-ahli


falsafah mengenai spentingeni China telah bercanggah sejak zaman China purba
lagi. Confucius telah menyumbangkan peranan dalam kesenian dan
kemanusiaan (terutama dalam bidang muzik dan puisi). Namun pendapat

67
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

tersebut ditentang oleh Mozi yang menyatakan bahawa seni muzik dan seni
halus adalah satu pembaziran dan membuang masa kerana ianya dikatakan
untuk golongan berada dan bukan golongan miskin.

Gu Kaizhi telah menjelaskan teori dalam seni lukis yang membantu pengkarya
seni dalam menghasilkan karya seni mereka. Keagamaan dan falsafah akan
mempengaruhi setiap penghasilan karya seni mereka. Keagamaan dan falsafah
akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni yang banyak.

(c) Pandangan Tokoh India

Seni Hindu adalah berbentuk spiritual dan falsafah, berhubungkait dengan


gambaran simbolisme. Berdasarkan Kapila Vatsayan, bentuk seni bina klasik
Hindu, seni arca, seni catan, sastera (kaavya), muzik dan tarian mempunyai
aturan tersendiri. Setiap bentuk seni dalam kesenian Hindu ini mempunyai
perkaitan antara satu sama lain iaitu gambaran persembahan antara simbol dan
bentuk spiritual ang lebih sempurna.

Konsep saster Hindu seperti ‘Rasa’, adalah gambaran emosi yang diluahkan oleh
penulis yang berkaitan dengan sensitiviti penonton. Kalidasa pula menghasilkan
puisi yang mengaitkan karya seni beliau dengan ‘rasa’ yang mengetengahkan
konsep estetika sepenuhnya. Teori ‘rasa’ mula berkembang dengan teks Sanskrit
iaitu Natyashastra iaitu karya seni yang dihasilkan untuk Bharata Muni iaituTuhan
dalam persembahan drama ‘Fifth Veda’. Krya seni ini adalah gambaran
keagamaan.

Teori ‘rasa’ juga berkembang secara signifikan dengan estetika Kashmiri dalam
puisi klasik.

Latihan 1.3

Bincangkan kepentingan estetika dalam penghasilan karya seni

68
PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

RUMUSAN

Falsafah seni oriental seperti falsafah seni yang lain juga merupakan satu proses
mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan gambaran tentang
gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang
pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan. Falsafah seni Islam lebih berkonsepkan
keagamaan. Kesenian Islam dilarang meniru bulat-bulat keindahan ciptaan tuhan, di
mana hasil seni tidak harus menyerupai apa-apa objek sekalipun. Maka hasil seni
Islam kebanyakannya berbentuk geometrik. Falsafah China mengutamakan kehalusan
seni dan direalisasikan dengan sangat abstrak dan kreatif. Pemahaman falsafah China
dipecahkan pula kepada Mencius, Confucius dan Taoisme. Manakala falsafah India
pula disebut Darsana, yang bersifat ketuhanan, spiritual dan percaya bahawa seni
berkait rapat dengan masyarakat.

69

Anda mungkin juga menyukai