Anda di halaman 1dari 21

Gotong-royong RIMUP 2009

Mereka bertungkus-lumus berganding tenaga untuk menyiapkan taman RIMUP...


W E D N E S D A Y, J U L Y 1 , 2 0 0 9

KONSEP, MATLAMAT & OBJEKTIF

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK


PERPADUAN
(RIMUP)
KONSEP

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama muridmurid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga
dan kepakaran.

MATLAMAT

Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan
peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN

RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah
rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.

Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.

Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara
bersam-sama.

http://rimupsmktp09.blogspot.com/2009/07/konsep-matlamat-objektif.html

ARKIB : 17/09/2012

Program RIMUP pupuk sahsiah, perpaduan


murid pelbagai kaum

Murid program RIMUP yang membuat persembahan pada acara Gala Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya di pekarangan PPD Johor Bahru,
Johor baru-baru ini.

SERAMAI 210 orang murid dari daerah Johor Bahru berjaya melaksanakan Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang menggalakkan penyertaan para guru
dan murid serta warga sekolah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Johor
Bahru, Ahmad Taufik Hamzah berkata, program berbentuk sambutan kemerdekaan
dan jamuan Aidilfitri yang melibatkan 12 sekolah serta 20 guru itu turut
menggalakkan penglibatan masyarakat setempat.
"Ia bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,
bersemangat muhibah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan
bersepadu," katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis itu di perkarangan Pejabat
PPD Johor Bahru, Johor baru-baru ini.
Hadir sama Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Nor Abd. Ghani selaku tetamu kehormat
dan program itu dirasmikan oleh PPD Johor Bahru, Bahrom Ali.
Pelbagai aktiviti diadakan pada program itu seperti senam robik, larian kemerdekaan,
permainan sukan tradisional, tayangan video dan ceramah kemerdekaan.
Turut diadakan adalah pertunjukan tarian Akustika Raya, persembahan pertuturan
berirama, koir-koir patriotik dan percikan bunga api.
Secara keseluruhannya, kata Ahmad Taufik, program tersebut dapat merealisasikan
objektifnya dalam memupuk sahsiah dan perpaduan di kalangan murid daripada
pelbagai kaum.
Menurutnya, ini kerana RIMUP turut menanamkan sikap kerjasama, tolong menolong
dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang serta melahirkan
persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120917/pe_02/Program-RIMUP-pupuk-sahsiahperpaduan-murid-pelbagai-kaum#ixzz3RO0P9SVp


Utusan Melayu (M) Bhd

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120917/pe_02/Program-RIMUP-pupuksahsiah-perpaduan-murid-pelbagai-kaum

DALAM KENANGAN
1990 - 2011 (KHAIRIAH BINTI ABDUL KADIR)

HOME
VISI
MISI
DASAR
KANTIN
TRANSISI
BOSS
UBK
DISIPLIN
RIMUP
PIBG

RIMUP
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan
kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan,
peralatan, pengemblengan tenaga dan kepakaran.

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasiMalaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa
dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif
dan bersepadu.
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
1.

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari
peringkat rendah dan menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
2. Mewujudkan saling kerjasama, tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan
terancang.
3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
4. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas
secara bersama-sama.

AKTIVITI RIMUP

PENGANJUR
Unit Hal Ehwal Murid (HEM)

TAJUK
Jemputan Sukan Mahkota Sari (SUKMAS)
-Lari berganti-ganti
TARIKH/HARI
30 Jun 2011
MASA
8.00 hingga 12.30 tengahari
TEMPAT
Padang SK Mahkota Sari, Gerik Perak
PENDAHULUAN
Program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan semua kaum di daerah
ini melalui riadah dan semangat kesukanan kaum iaitu Melayu, Cina dan
India bagi mengukuhkan lagi persaingan yang sihat dan perpaduan di
kalangan semua murid yang terlibat. Di samping itu juga, program
diharapkan dapat mencungkil bakat dalam bidang sukan terutamanya sukan
olahraga. Diharapkan dengan pendedahan sebegini akan dapat membajakan
semangat perpaduan di kalangan murid yang berbilang kaum demi untuk
keamanan Negara.
MATLAMAT
1.
2.
3.
4.
5.

Memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar yang terlibat dalam


program ini dan seterusnya dapat membina semangat kerjasama yang tinggi
sesama mereka.
Mencungkil bakat dalam bidang sukan olahraga agar dapat diketengahkan
ke peringkat yang lebih tinggi.
Menyemai sikap hormat menghormati terhadap kebudayaan yang
diamalkan oleh kaum lain.
Menimbulkan kebanggaan di dalam diri pelajar yang mewakili sekolah dan
kaum masing-masing di Negara Malaysia.
Menjalin sikap kesamaan sebagai warganegara Malaysia dan dapat
mengeratkan silaturrahim.

OBJEKTIF
Adalah diharapkan agar semua pelajar yang mengikuti program akan dapat
manfaat dan menjalinkan semangat muhibbah di kalangan mereka. Di
samping memupuk semangat hormat menghormati serta saling faham
memahami adat dan budaya rakyat berbilang kaum.
RASIONAL

Program ini adalah penting untuk mendedahkan semua pelajar mengenai sukan
olahraga dan nilai-nilai integrasi yang positif di kalangan pelbagai kaum di
Negara Malaysia agar kesinambungan perpaduan antara kaum dapat
dipupuk setiap masa agar tidak timbul perselisihan faham serta
menimbulkan semangat toleransi yang jitu demi memelihara perpaduan
yang menjadi teras kekuatan Negara.
JAWATANKUASA
1.
2.
3.

Jawatankuasa Program RIMUP SJK (C) Chung Wa Gerik


Jawatankuasa Program RIMUP Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari Gerik
Jawatankuasa Program RIMUP SJK (T) Gerik

KUMPULAN SASARAN
1.
2.
3.

10 Orang pelajar dari SJK (C) Chung Wa Gerik


10 orang pelajar dari SJK (T) Gerik
10 orang pelajar dari SK Mahkota Sari Gerik
JUMLAH PELAJAR

30 ORANG

ATURCARA PROGRAM

MASA
8.00 Pagi
8.15 Pagi
8.40 Pagi

10.30 Pagi

AKTIVITI

TINDAKAN

Berkumpul di padang sekolah SK


Mahkota Sari, Gerik

AJK ProgramPengurus Peserta

Taklimat
Program Suaikenal

AJK Program

Aktiviti Sukan Bermula:


Lari Berganti-ganti 4 x 100 meter Lelaki
Lari Berganti-ganti 4 x 100 meter Perempuan
Acara Penyampaian Hadiah &
Cenderahati

11.00 Pagi

Jamuan Ringan

12.00 Tengahari

Majlis Bersurai

AJK SUKMAS- Olahraga


AJK Khas- Hadiah & Cenderahati
AJK Khas- Makanan

Penutup :
Acara jemputan sukan olahraga ini telah berjaya mempamerkan dan
mewujudkan semangat kerjasama di kalangan murid yang berbilang kaum
dari kesungguhan dan kerja berpasukan yang telah ditunjukkan. Objektif
program ini telah berjaya direalisasikan dari aktiviti yang disediakan dan
telah mencapai matlamatnya.
Hubungan mesra yang ditunjukkan oleh semua peserta yang terlibat
mencerminkan bahawa perpaduan dapat diwujudkan melalui aktiviti yang

mencabar seperti sukan olahraga ini. Tiada halangan dan sekatan untuk
membentuk kerjasama di kalangan murid yang berbilang kaum dan
seterusnya diharapkan akan menjamin kekukuhan semangat perpaduan di
kalangan mereka pada masa hadapan.

RIMUP

: LARI BERGANTI-GANTI SERTA


LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
TEMPAT : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI
TARIKH : 30 JUN DAN 2 JULAI 2011
PESERTA :
1. MURID SKMS
2. MURID SJK(TAMIL) GERIK
3. MURID SJK CHUNG WA GERIK
4. MURID SK SRI ADIKA RAJA

Sebagaimana biasa Program RIMUP akan memilih hari sukan di SKMS sebagai budaya
beramah mesra melalui larian (lumba lari berganti-ganti). Ianya telah dijadikan
sebagai satu acara wajib.
Setiap sekolah akan menghantar dua pasukan, iaitu pasukan lelaki dan pasukan
perempuan untuk berlumba.

Larian akan dikendalikan oleh pegawai yang terlibat.Sebelum berlumba mereka


digalakkan beramah mesra.diantara satu sama lain.

Sebahagian daripada ibu bapa yang turut hadir memeriahkan hari SUKMAS 2011

Peserta dari SJK (Tamil) Gerik

Peserta dari SJK Chong Wa Gerik

Bersama guru pengiring

2011 RIMUP di adakan bersama rakan satu daerah.


Tarikh : 26.3.2011
Hari : Sabtu
Ia di laksanakan di Padang Sekolah SKSAR dalam keadaan berselut tetapi membawa
pengalaman indah kepada setiap pelajar dan guru-guru.

Persiapan awal sebelum pelajar-pelajar bertolak ke sekolah SKSAR

Mengumpulkan surat kebenaran dari ibubapa, untuk keselamatan pelajar.

Wakil pelajar lelaki

Sebahagian dari pelajar lelaki yang mewakili sekolah dalam program RIMUP

Pelajar perempuan yang turut serta didalam program RIMUP

Add caption

Taklimat ringkas sebelum bertolak. Semoga semua pelajar dalam keadaan baik-baik
sahaja.
Selain disediakan hadiah setiap pelajar diberi Tshirt setiap orang.

SKMS sebagai pengerusi Permainan Bola Baling. Pertandingan diketuai oleh Cikgu
Nizam da dibantu oleh cikgu Sahar. Pertandingan berjalan lancar walaupun di
[padang yang sangat becak....

Pelajar disajikan dengan makan yang sedap . Juadah minum pagi berupa bihun
goreng, kuih badak, dougnat dan air raibina, manakala makan tengahari menunya
ialah nasi putih,kari daging, sayur campur, ayam masak merah,sambal dan
ulam,buah tembikai dan air raibina juga,

Bergambar bersama rakan rimup dari SJKT dan SK Tasek.

Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa hadiah dan pengacaraan.....diacarakan


secara rimup juga......dalam 3 bahasa. Penyampaian hadiah dan sijil juga berjalan
lancar...

Terima kasih kepada PPD, Perpaduan, dan Rukun Tetangga yang bersama-sama
menjayakan program ini.

Anda mungkin juga menyukai