Anda di halaman 1dari 27

Seni Bina

Islam
Mohd Akmal Bin Din
Mohd Firdaus Bin Ismail
Asihwiniy a/p Francisco

Seni Bina Islam


Seni bina Islam mempunyai persamaan dan
kesinambungan bentuk-bentuk dan ciricirinya.
Terdapat berbagai-bagai jenis binaan atau
bangunan Islam sama ada yang berbentuk
keagamaan mahupun yang berbentuk
sekular.
Di antara bangunan yang berbentuk sekular
yang terpenting ialah istana-istana diraja.

Istana Kenangan, Kuala


Kangsar, Perak.
-Ketika Istana ini mulamula dibina ia tidak
menggunakan sebarang
paku.
-Kini menjadi muzium
Diraja Perak.

Bangunan bangunan bertujuan sekular yang lain


adalah terdiri daripada hamam (tempat mandi),
maristan(hospital awam), suq ( bazaar atau pasar
bertutup) dan wakaf ataupun tempat
persinggahan yang didirikan di sepanjang jalan
perdagangan.

Contoh hamam
(tempat mandi)

Contoh maristan
(hospital awam)
Maristan mempunyai
wad khas untuk
mengasingkan
penyakit, seperti
demam, ophthalmia,
dan disenteri.
Terdapat tab mandi,
dispensari, dapur,
dan bilik stor.

Contoh suq (bazaar atau


pasar bertutup)

Contoh Wakaf-wakaf

Wakaf-wakaf ini ada yang didirikan oleh


pihak pemerintah dan ada yang dibina
oleh orang-orang perseorangan yang
berada.
Fungsi wakaf ialah sebagai tempat
istirahat para pengembara dan tempat
mereka bersembahyang bila tiba
waktunya.
Satu lagi binaan yang termasuk di dalam
bentuk-bentuk seni bina Islam ialah tugutugu, kota-kota ataupun tembok-tembok.

Di peringkat awal perkembangan Islam di


negara-negara Arab, tugu-tugu atau kota-kota
ini digunakan sebagai benteng pertahanan iaitu
untuk mempertahankan kota-kota/ bandarbandar Islam daripada serangan pihak musuh.
Bangunan-bangunan bercorak keagamaan
pula adalah terdiri daripada masjid, madrasah,
tempat belajar agama yang khusus
(monastery) dan makam-makam.
Pembinaan masjid adalah untuk mengisi tujuan
keperluan sembahyang berjemaah.

Selain tempat untuk mengerjakan solat, masjid


juga menjadi tempat urusan pentadbiran,
keadilan pengajaran agama Islam dan juga
tempat bermesyuarat bagi membincangkan
perkara-perkara yang berkaitan dengan
kebajikan masyarakat pada suatu ketika
dahulu.
Pada dinding di bahagian hadapan sesebuah
masjid itu ditandai oleh sebuah mihrab pada
arah kiblat di mana mereka yang
bersembayang perlu menghadapkan mukanya
ke arah tersebut.
Mihrab ini pada kebanyakkan masjid telah
dihiasi dengan ukiran-ukiran yang menarik.

Madrasah pula ialah sejenis bangunan yang


mula diperkenalkan sejak abad ke-12 masihi.
Pada mulanya, ia bertujuan sebagai tempat
untuk memperdalam ilmu-ilmu agama.
Kini, di Malaysia, madrasah adalah tempat
orang-orang Islam menunaikan sembahyang
fardhu kecuali sembahyang Jumaat.
Makam-makam yang besar telah
diperkenalkan kepada masyarakat Islam oleh
orang-orang Seljuk.
Pada asalnya ia terdiri daripada dua bentuk
yang telah mula diperkembangkan di Korasan,
Parsi.

Bentuk yang pertama ialah makam yang


mempunyai menara/ bumbung dan
bahagian dasarnya yang berbentuk
bersegi-segi atau bentuk bintang.
Bentuk yang kedua yang dikenali sebagai
kubah di Afrika Utara, mempunyai
bahagian dasarnya berbentuk segi empat
dan bahagian atasnya berkubah.
Di India selalunya makam-makam ini
mempunyai empat menara, satu di tiaptiap sudutnya. (cth: Makam Humayun dan
Taj Mahal)

Makam Humayun, New Delhi, India

Taj Mahal, Agra, India

Makam diraja Kedah, Langgar, Alor Setar, Kedah

Ciri-ciri Seni Bina


Islam

Titus Burckhardt berpendapat bahawa


luahan perasaan, keamanan, ketenangan
dan keheningan merupakan ciri-ciri
tamadun Islam.
Seni bina Islam sememangnya mempunyai
cirinya tersendiri seperti yang diterangkan
oleh I.H. Qureshi yang mengatakan bahawa
kemasukan cahaya ke dalam bangunan
sebanyak- banyak yang boleh adalah
merupakan ciri utama seni bina Islam.

Hiasan dalaman dan luaran yang indah


seperti yang terdapat pada dinding, arked
dan bumbung telah disarankan oleh E.J.
Grube sebagai tambahan kepada ciri-ciri
seni bina Islam. (bhn hiasan yg paling
menonjol ialah tulisan atau kaligrafi)
Masjid yang pertama dan tertua dalam
dunia Islam ialah Masjid Madinah yang
dibina oleh Rasulullah s.a.w. dalam tahun
622 masihi.

Seni Bina Masjid


Salah satu bangunan bercorak keagamaan.
Bersama-sama dengan masjid terdapat
beberapa struktur bangunan yang
diperlukan semasa beribadah.
Tiga struktur yang terpenting di dalam
sesebuah masjid ialah menara, mihrab dan
mimbar.
Menara diperlukan sebagai tempat bilal
melafazkan azan atau bang, menyeru umat
Islam datang mengerjakan solat.

Mihrab ialah satu ruang di bahagian dalam


paling hadapan bangunan masjid
berhampiran tempat Imam mengepalai
sembahyang.
Mimbar pula ialah tempat Imam membaca
khutbah Jumaat.
Ia bertangga dan dibuat sama ada daripada
batu bata, kayu ataupun batu marmar.
Ketiga- tiga struktur itu telah dihiasi indah
dengan motif-motif Islam yang terdiri
daripada kaligrafi, bunga-bungaan, geometri
dan sebagainya.

Menara
Masjid

Mimbar Masjid
Zahir, Alor Setar,
Kedah

Mimbar
Masjid

Mihrab Masjid

Motif-motif tersebut berfungsi untuk


memberikan ketenangan dan keselesaan
yang seterusnya akan melahirkan
keharmonian dalam beribadah.
Pembinaan menara yang tinggi akan
membolehkan suara azan terbesar luas.
Di Negeri China bukan sahaja menaramenara masjidnya yang kebanyakkannya
berbentuk pagoda iaitu satu ciri seni bina
China malahan seluruh bentuk masjidnya
adalah berbentuk seni bina China.

Masjid Sulaimaniye, Istanbul, Turki

Masjid di Rusia

Masjid Kristal di Kuala Terengganu

Masjid Sultan, Singgapura

Masjid Yung An He yang mengekalkan


tradisi seni bina masyarakat China, Beijing.

Madrasah
Bangunan yang berunsur Islam dan
dimasukkan di dalam seni bina Islam.
Tempat-tempat ibadah yang khusus selain
daripada masjid dan surau dan bangunanbangunan yang di dalamnya terdapat
makam-makam sultan dan wali.
Bangunan madrasah tidak banyak di
Nusantara dan bentuknya agak moden
sungguhpun fungsi tradisinya masih kekal.

Keramat
Orang-orang tertentu yang semasa hidupnya
mempunyai sesuatu keistimewaan,
khususnya di dalam bidang keagamaan dan
perbomohan dianggap sebagai wali.
Setelah beliau mati kuburnya dianggap
sebagai keramat.
Seni bina Islam juga mempunyai simbolnya
yang tersendiri.
M.A.J. Beg (1980) berpendapat bahawa bulan
sabit adalah lambang kepada seni bina Islam.

Keramat Iskandar Shah, atau Iskandar Shah


Shrine

Kesimpulan
Dalam usaha untuk memenuhi ciri-ciri dan fungsi
utama bangunan itu, iaitu keselesaan telah
memunculkan satu lagi tema seni Islam,
Keindahan.
Keindahan dipaparkan melalui penggunaan
elemen-elemen seni reka yang mencerminkan
doktrin Islam yang sebenarnya.
Doktrin-doktrin ini kesemuanya mempunyai satu
tema iaitu tauhid.
Ia dijelmakan melalui kaligrafi, motif-motif dan
lambang-lambang dengan perantaraan mediamedia

Sekian,
Terima
Kasih

Anda mungkin juga menyukai