Anda di halaman 1dari 20

No.

Kad Pengenalan

660610-04-5243

Ringkasan Eksekutif
IPGM bertanggungjawab menyediakan latihan keguruan untuk memenuhi keperluan
tenaga pengajar di institusi pendidikan di seluruh negara dengan menjamin bahawa
guru pemulaan yang dihasilkan berkualiti dari segi profesionalisme, kompetensi dan
keberkesanan mengajar [Datuk Hishammudin Tun Hussein, 2008]. Ini merupakan satu
cabaran yang perlu digalas oleh semua tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) untuk memastikan guru berkualiti kekal berkualiti di sepanjang
perkhidmatannya. Persoalannya, bagaimana? Sesungguhnya, saya yakin bahawa
amalan terbaik guru untuk meningkatkan kualiti pendidikan adalah melalui pengajaran
dan pembelajaran berkesan. Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran
dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai
pensyarah yang melatih guru permulaan, saya sentiasa melaksanakan perancangan
yang sesuai, spesifik dan releven dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik
darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan.
Sesungguhnya,

pengurusan

dan

perlaksanaan

pengajaran

dan

pembelajaran

melibatkan pemilihan, penyusunan, pemanipulasian sumber untuk meningkatkan


keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang saya sandarkan kepada Model
Learning Pyramid dan Teori Kecerdasan Pelbagai. Kemahiran ini sepatutnya dikuasai
oleh setiap guru dalam perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan
pengajarannya

berkesan

pembelajaran,

penglibatan

meliputi
aktif

kesesuaian

murid,

bahan

penilaian

pengajaran,

prestasi,

sumber

pengukuran

dan

penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan
mengintergrasikan TMK. Disamping itu guru perlu proaktif untuk melaksanakan
penambahbaikan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui Penyelidikan
dan Pembangunan (R&D) serta Inovasi. Dalam konteks ini, guru perlu meningkatkan
kualiti diri melalui kursus, seminar dan forum. IPGM kini diperkenalkan kepada
Standard Guru Malaysia sebagai mekanisma jaminan kualiti. Ini menjadi pemangkin
kepada transformasi guru berkualiti kekal berkualiti. Usaha mewujudkan jaringan
seprofesion dan kolaborasi dengan Institusi pendidikan lain juga, pastinya melonjak
kecemerlangan institusi pendidikan negara bertaraf dunia.
1.0

PENGENALAN
1

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat
untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai
Dato Sri Abdulah Ahmad Badawi PIPP2006-2010 m.s 38

Pelajar pada masa kini, mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan
supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara
[Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988].

Natijahnya, tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang


mengajarnya mengenal tulis baca. Bagi menjayakan wawasan ini, guru perlu
profesional dan kompeten disamping mempunyai intergriti dan kredibiliti yang tinggi.
Guru

yang

kompeten

mampu

mengabungjalinkan

sumber

pengetahuan

dan

kemahirannya untuk mendidik pelajarnya supaya menjadi insan yang seimbang dan
bersepadu. Justeru, guru juga hendaklah sentiasa mengemaskini pengetahuan dan
menguasai kemahiran terkini, selaras dengan peranan mereka sebagai sumber utama,
pemudah cara dalam P&P, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada pelajar.
Pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, adalah
pemangkin kepada transformasi dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah
melahirkan modal insan yang cemerlang (Muhyidin Yasin, 2009). Dapatkah guru
merealisasikan peranan ini? Meneliti cabaran ini, guru perlu kreatif dan inovatif dalam
sistem penyampaian P&P supaya menjadi menarik dan menyeronokan. Hal ini
berupaya meningkatkan keberkesanan proses P&P yang dilaksanakan. Sesungguhnya
guru perlu berusaha ke arah pembentukan warga negara yang tinggi nilai
profesionalisme, taat setia, bertanggungjawab, berakhlak dan berketrampilan.
Agenda ini hanya dapat dicapai melalui proses P&P yang berkesan.
Sesungguhnya P&P berkesan lahirnya dari seorang guru yang berkesan iaitu guru
yang memiliki ciri sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupaya
2

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,


berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu),
[Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah, 1999]
2.0

Definisi Konsep Pengajaran Berkesan

"Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah,


seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal
ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak
seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil
peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir,
kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku,
keupayaan mencipta dan menyumbang kepada pemajuan negara-bangsa dan global,"
(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001); hlm.24)

P&P berkesan boleh ditarifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran


(P&P) yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi
psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum. Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah (1999) menyatakan P&P berkualiti lahirnya
dari seorang guru yang berkesan iaitu guru yang memiliki ciri sentiasa berusaha
meningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupaya membentuk perwatakan murid dengan
pelbagai keteguhan nilai diri seperti bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan dan
dapat menyesuaikan diri dengan situasi tertentu. Merujuk kepada Dasar Penyataan
Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001), proses pengajaran dan
pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut

beberapa prinsip yang

digariskan. Antaranya ialah:a.

pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan

b.

murid secara aktif;


berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap

c.

pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid;


penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan


sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi
skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan
bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.

3.0

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

...as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school
improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large
measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their
teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.
(Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), 2005
petikan daripada PIPP 2006-2010, KPM 2007, hal. 106)

Proses P&P diberi penekanan utama dalam sistem pendidikan formal di


Malaysia. Hal ini sinonim dengan P&P dalam bilik darjah yang menyediakan pendidikan
komprehensif dan efektif dalam menyampaikan isi pelajaran mengikut sukatan yang
dikeluarkan. Mohd Azhar, (2001) menyatakan proses P&P di sekolah melibatkan dua
pihak iaitu guru dan pelajar. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan
penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Manakala, menurut Sharifah Alwiah Alsagoff
(1984), pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa
pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan satu
corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan
pemeringkatan isi pelajaran. Selain itu, pengajaran guru juga lebih memusatkan
kepada pelajarnya sehingga mereka tertarik untuk mengikuti aktiviti pembelajaran yang
dilaksanakan. Justeru, pembentukan proses pengajaran yang berkesan mempunyai
nilai yang berbeza-beza antara seorang guru dengan guru lain, namun masih
bermatlamatkan kepada keberkesanan pembelajaran.

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

Sebagai seorang pensyarah yang bertanggung jawab melatih guru-guru


permulaan, maka saya akan membincangkan elemen-elemen pengajaran berkesan
seperti yang digariskan mengikut sistem yang diguna pakai oleh IPGM, Kampus Gaya.
Sebagai seorang pensyarah Sains, saya sentiasa mengoptimumkan sumber bahan
dan teknik pengajaran bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memenuhi
kepuasan pelanggan. Kepelbagaian kaedah penyampaian seperti kuliah, tutorial dan
amali dipraktikkan sepenuhnya bagi membuka minda guru permulaan. Adalah menjadi
cabaran besar kepada saya untuk menjadikan mata pelajaran ini diminati serta
memberi kesan positif ke dalam diri pelajar. Atas kesedaran bahawa mereka bakal
menjadi guru dan mendidik puluhan ribu anak murid di sekolah, saya melakukan yang
terbaik bagi memastikan keberkesanan proses perkongsian ilmu. Tambahan pula, hal
ini merupakan satu tanggungjawab dan amanah dari Allah s.w.t. dengan firmannya
yang bermaksud sesungguhnya kami telah menawarkan amanah (tanggungjawab)
kepada langit, bumi dan gunung-ganang untuk memikulnya tetapi manusia itu banyak
kesalahan dan bodoh. (Surah Al-azab :72).

Bagi membincangkan elemen-elemen pengajaran berkesan bagi mata pelajaran


yang saya ajar, model Learning Pyramid (National Traning Laboratoris, 2002); Teoriteori Pembelajaran dan Teori Kecerdasan Pelbagai (Gadners, 1999) digunakan sebagai
asas perbincangan. Dalam menghasilkan P&P berkesan, saya percaya dan yakin
bahawa setiap pelajar mempunyai tahap kecerdasan berbeza. Justeru, dengan
mempraktikan Teori Kecerdasan Pelbagai, saya dapat memberi peluang kepada setiap
pelajar memahami hasil pembelajaran yang dihasratkan mengikut kebolehan mereka.
Menurut teori kecerdasan pelbagai, setiap individu mempunyai kecerdasan berbeza
(Gadners, 1999). Justeru, saya perlu lebih kreatif dan berupaya untuk mensintesis
5

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

pengetahuan serta kemahiran dengan mengintegrasikan 9 jenis kecerdasan ini bagi


menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan adil untuk semua. Maka, saya
mengabungjalinkan teori pelbagai kecedasan dengan Model Learning Pyramid bagi
meningkatkan kualiti P&P seperti pada Rajah 1 di bawah.

Pasif

Auditori
Visual

Mendengar

5%

Membaca

10%

Audio Visual

20%

Demontrasi

30%

Perbincangan

50%

Aktif

Kinestatik

Amalan melalui latihan

75%

Mengajar rakan sebaya

90%

Purata
memanggil
semula ingatan
selepas 24 jam

Sumber: http://studyprof.com/blog/2008/05/08/the-learning-pyramid/ dimuat turun pada 23 Oktober 2009

Rajah 1: Model Learning Pyramid


4.0

ELEMEN-ELEMEN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN KE


ARAH MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
UNTUK MEMBENTUK MODAL INSAN CEMERLANG

Guru selain memainkan peranan utama dalam mengajar dan mendidik, guru turut
berada di saf hadapan untuk menyemai dan memupuk perpaduan, semangat
patriotism, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak
dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.
(Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,
Menteri Pelajaran Malaysia Perutusan Perayaan Hari Guru 2009)

Bertitik tolak daripada penyataan ini, guru perlu meningkatkan kompetensinya


dalam P&P di bilik darjah. Hal ini adalah penting kerana guru perlu memiliki kemahiran
dan kepakaran dalam mengabungjalinkan dan menyepadukan isi pelajaran dengan
agenda nasional negara.

Maka, dalam proses P&P, selain saya perlu kreatif dan

inovatif dalam pengurusan bilik darjah, saya juga perlu mempertimbangkan beberapa
elemen bagi membolehkan P&P yang saya laksanakan berkesan dan berkualiti.
4.1

Kesesuaian Bahan Pengajaran & Pembelajaran


6

No. Kad Pengenalan


guru

hendaklah

sentiasa

bersedia

mengemaskinikan

660610-04-5243
pengetahuan

dan

menguasai kemahiran terkini selaras dengan peranan mereka sebagai sumber utama,
pemudahcara dalam P&P, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada pelajar
(Datin Asariah Mior Shaharuddin, 2009)

Peranan guru kini telah beralih dari seorang penyampai maklumat kepada
seorang pemudahcara dalam proses P&P. Justeru, saranan agar guru terus
mengemaskini ilmu pengetahuannya adalah wajar terutamanya dalam bidang
kepakarannya. Dalam usaha menangani cabaran ini, guru harus bersikap keterbukaan
untuk membolehkan perubahan dan penyesuaian berlaku dalam sistem pendidikan di
sekolah (Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, 1993). Maka, sebagai seorang pensyarah,
saya perlu peka dengan keperluan bahan pembelajaran yang akan menyokong proses
pembelajaran yang akan dilaksanakan. Antara pertimbangan yang perlu dibuat adalah:
4.1.1 Kesesuaian bahan pengajaran dengan perubahan zaman
Berbekalkan pengalaman sebagai seorang pendidik serta pembacaan melalui
buku dan jurnal penyelidikan, saya mendapati bahan pengajaran yang digunakan
perlulah mudah dibawa, fleksibel serta selfteaching. Bahan yang saya gunakan perlu
tepat bagi membantu saya berkongsi maklumat dengan berkesan di samping
membolehkan saya mempraktikan gaya pembelajaran teach other seperti yang
diutarakan melalui model Learning Pyramid di atas. Rashidi dan Abdul Razak (1998),
mendapati penggunaan bahan bantu mengajar dapat merangsang minat dan tumpuan
pelajar dan menjamin pemerolehan pengetahuan serta kemahiran.
Penggunaan bahan pembelajaran maujud mungkin sudah tidak sesuai lagi
dengan dunia pendidikan masa kini. Ledakan teknologi menuntut saya untuk lebih peka
dalam menyediakan bahan pembelajaran. Dalam hal ini, saya telah memperkenalkan
satu konsep bahan bantu mengajar berasaskan TMK bagi memperluaskan jaringan
komunikasi tanpa batasan. Menyedari kekangan masa yang dihadapi oleh pensyarah,
saya membangunkan Claroline.com, iaitu satu laman perbincangan atas talian yang
membolehkan interaksi maya berlaku tanpa sempadan seperti pada Rajah 2 di bawah.
7

No. Kad Pengenalan

Alamat yang
dilayari

Mata pelajaran

Pensyarah

Aktiviti
perbincangan
yang disediakan

660610-04-5243

Laman
perbincangan
INOVASI DALAM KAEDAH
PERBINCANGAN KKBI
JABATAN SAINS 2009

Kelas yang
terlibat

Rajah 2 : Laman perbincangan Claroline.com bagi Jabatan Sains


Kaedah ini telah banyak membantu saya berkongsi maklumat dengan pelajar
dan merangsang minat mereka untuk terus menerokai ilmu. Perkara ini boleh
diperhatikan melalui penilaian pelajar di akhir semester yang memberikan penilaian
yang baik (min = 3.96, Lam-PT 09-03). Saya percaya, pemilihan bahan pengajaran
yang sesuai dapat membantu membuka minda pelajar untuk lebih kreatif dan bersedia
dengan pelbagai inovasi yang selari dengan perubahan zaman. Seperti kata Saidina
Umar Al-Khatab, ajarlah anak kamu seperti mana zamannya.
4.1.2 Tahap Kecerdasan Pelajar
Dalam menyediakan bahan pembelajaran, saya perlu mengambil kira tahap
kecerdasan murid. Penggunaan Caroline.com juga telah banyak membantu pelajar
yang mempunyai kecerdasan pelbagai untuk berkolaborasi bagi mencapai matlamat
pembelajaran.

Bimbingan rakan sebaya berlaku secara berterusan dan pensyarah

bertindak sebagai pemudah cara yang berkesan. Dengan kreativiti yang ada ini, saya
turut melengkapkan mereka melalui kombinasi kaedah pembelajaran yang lain seperti
eksperimen, kerja lapangan dan sebagainya. Bahan-bahan yang disediakan menuntut
mereka untuk berfikir dan bersedia untuk mencetuskan idea bagi menghadapi cabaran
dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah. Mereka dapat memanipulasikan bahan
8

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

sumber yang disediakan secara maksimum dan adil selari dengan kecerdasan
pelbagai (Gadners, 1999). Abdul Rahman (1995) mendapati penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai dengan tahap kecedasan dapat mempertingkatkan kejayaan
murid.
4.2
Sumber Pembelajaran
Dalam era globalisasi, pembinaan bahan bantu mengajar sememangnya tidak dapat
lari daripada sumber pembelajaran berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) serta penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Maka, sebagai pensyarah yang
mendidik bakal guru, saya perlu kreatif dan inovatif untuk mengintergrasikan TMK serta
R&D dalam P&P saya. Sumber-sumber pembelajaran berasaskan teknologi jaringan
internet dan intranet seperti lahirnya konsep e-learning, distance learning dan webbased education saya aplikasikan dalam P&P saya. Pembinaan Laman Web IPGM
Kampus Gaya saya maksimumkan penggunaannya untuk proses P&P selain
pembinaan Laman Blog saya sendiri. Hal ini membolehkan saya menjalankan interaksi
secara e-learning semasa sesi ISL (Independent Self Learning) dan menaikmuat bahan
pengajaran saya untuk rujukan pelajar. Saya turut menggunakan perisian pembelajaran
yang dibekalkan oleh KPM untuk pengajaran Sains dan Matematik.
Roblyer & Edwards (2000) mendapati pengguna perisian pembelajaran
berbantukan komputer dapat belajar sejumlah bahan pengajaran dalam masa yang
singkat berbanding dengan kaedah konvensional. Kajian sikap pelajar terhadap
penggunaan Edutainment Interaktif oleh Mohd Nazri (2006) mendapati pembelajaran
berbantukan komputer dapat menggalakkan pelajar bersikap lebih positif, matang dan
mempunyai kendiri yang tinggi. Pelajar dikatakan merasa seronok, terhibur untuk
belajar dan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap proses pembelajaran. Oleh
sebab itu, saya menekankan kepada penggunaan teknologi dalam menyediakan bahan
pembelajaran supaya selari dengan keperluan zaman mereka. Ringkasnya, atas
9

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

keyakinan ini, dalam usaha saya meningkatkan keberkesanan P&P, saya akan terus
mengintergrasikan sumber-sumber pembelajaran berasaskan TMK dengan lain-lain
sumber pembelajaran yang bersifat maujud.
4.3
Pembelajaran Aktif Murid
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna, guru haruslah
memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan
strategi secara bijksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian
sesuatu subjek atau modul (Salina & Mohd Nazri, 2007). Sesungguhnya, penggunaan
teknik chalk & talk dan test &drill secara berlebihan telah dibuktikan menjadi punca
pelajar bosan dan burnt-out (Lea, 2003 & Sam 2004). Pemilihan kaedah, teknik dan
strategi P&P berasaskan konsep teach others dan practice by doing seperti dalam
model Learning Pyramid menjadi sandaran saya dalam setiap perancangan aktiviti
P&P. Semasa sesi P&P untuk Eksperimen Sains di makmal, saya sering menggalakan
pelajar saya melalui kaedah inkuiri-penemuan serta mempraktikkan pendekatan
Discover Learning berasaskan Teori Bruner. Saya turut mengaplikasikan system
ganjaran dan hukuman bagi memastikan setiap pelajar terlibat aktif dalam sesi P&P.
Penglibatan pelajar yang

proaktif pastinya

menghasilkan pembelajaran yang

bermakna.
Saya perlu peka dalam memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik yang
sesuai dengan perkembangan semasa dan kebolehan pelajar. Strategi yang saya pilih
perlu berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, dan harus mampu membantu
menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar bagi menghasilkan
pembelajaran yang bermakna. Dalam ertikata lain, sesi P&P saya perlu menggarapkan
tiga domain utama iaitu kognitif, psikomotor serta afektif. Saya sentiasa memberi fokus
terhadap penglibatan aktif pelajar dan perkara ini dapat dipantau melalui perbincangan
10

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

dalam Claroline.com yang digunakan sebagai medium berinteraksi. Kolaborasi antara


rakan sebaya secara aktif dapat mempraktikan pedagogi Teach Other dalam
mencapai kejayaan. Hal ini turut disokong oleh pendidik lain seperti Kajian Tindakan
Inovasi P&P The Apperentice oleh Mohd. Nazri & Salina (2007) yang telah mendapati
pelajar yang terlibat secara aktif telah mencapai keputusan cemerlang.

Kesimpulannya, amalan P&P yang lebih mengutamakan domain kognitif


sehingga membudayakan pembelajaran yang hanya berorientasikan peperiksaan akan
menyebabkan ketidakseimbangan pembentukkan modal insan. Kesannya, lahirlah
pelajar yang pasif dan rendah pencapaian disebabkan proses P&P tidak berkesan
serta gagal mengadaptasikan pedagogi yang bersesuaian dengan tahap pelajar.

4.4

Penilaian Prestasi

Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh
murid di dalam keadaan yang terkawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan
(Raminah, 1991)
Pengajaran berkesan sentiasa mempraktikan pengukuran dan penilaian prestasi
secara berterusan sama ada terhadap pelajar ataupun pensyarah. Hal ini dilakukan
untuk tujuan kepastian kualiti. Penilaian yang dilakukan bukan bertujuan untuk
menghukum, tetapi sebaliknya digunakan bagi proses penambahbaikan. Kaedah ini
akan dapat memastikan kualiti sistem dipertahankan seperti yang dituntut dalam MS
ISO 9001:2000. Berdasarkan sistem penilaian yang sedia ada di IPGM, Kampus Gaya,
saya berpeluang untuk melihat keberkesanan proses P&P yang telah dilaksanakan.

4.4.1 Penilaian Prestasi Pelajar


Proses penilaian ke atas pelajar tidak dilakukan secara kertas pensel semata-mata.
Penilaian secara global dilakukan melalui kombinasi kaedah penilaian seperti
11

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

pemerhatian, interaksi dua hala, percambahan minda dan hasil kerja projek. Hal ini
memungkinkan saya untuk menilai pelajar secara lebih adil dan tepat. Semasa sesi
pengajaran, saya sentiasa menjalankan penilaian secara formatif bagi menguji
kefahaman serta tahap penguasaan mereka. Saya juga berpeluang untuk mengesan
pelajar yang tercicir dan membuat tindakan susulan.
Manakala dalam penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu, saya berpeluang
untuk menilai mereka melalui kombinasi kaedah seperti keaktifan berinteraksi atas
talian (Claroline. com), pencerapan klinikal semasa interaksi bersemuka, penyediaan
folio dan kit pembelajaran. Kombinasi pelbagai ini digunakan bagi membolehkan saya
menilai pelajar secara adil mengikut kebolehan berdasarkan perbezaan individu.
Akhirnya, penilaian sumatif dilaksnakan di akhir semester bagi mengredkan pelajar
setelah pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan mereka mampu menggalas
tanggung jawab sebagai guru permulaan.
4.4.2 Penilaian Prestasi Pensyarah
Saya juga turut membuat refleksi kendiri bagi menilai tahap prestasi diri. Perkara ini
perlu dilakukan bagi memperbaiki aspek amalan sedia ada. Dalam hal ini, kekuatan
dan kelemahan yang diperhatikan boleh dijadikan asas untuk membangunkan semula
perancangan yang lebih berkesan. Sebagai seorang pensyarah, saya perlu berada di
dunia nyata. Amalan yang sama mungkin mendapat reaksi yang berbeza dari sudut
pandangan pelajar yang berbeza. Saya percaya, tidak semua perancangan yang
dilakukan dapat dilaksanakan mengikut seperti yang dirancang. Amalan refleksi
membolehkan saya menghimpunkan semua kekuatan dan memperbaiki semua
kelemahan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dari masa ke masa.
Amalan refleksi ini telah membantu saya memperbaiki aspek amalan. Analisis
menunjukkan terdapat peningkatan dalam keberkesanan P&P terutamanya dalam
usaha meningkatkan kualiti pengurusan bilik darjah, pengurusan masa serta mutu
12

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

penyampaian P&P. Sesungguhnya seseorang guru yang membuat refleksi kendiri,


sebenarnya melihat diri sendiri dalam konteks bilik darjah yang mereka ajar. Dalam
perkataan lain, satu cara untuk saya memperbaiki proses amalan P&P adalah
memantau tindakan, membina semula pentafsiran tindakan itu sebagai asas untuk
penilaian prestasi pada masa depan. Hal ini menjadi asas utama yang saya amalkan
bagi meningkatkan kepuasan kendiri dengan melakukan Kajian Tindakan. Disamping
itu, saya turut melaksanakan penilaian pelajar terhadap perlaksanaan aktiviti P&P
[LAM-PT09-03] saya pada setiap hujung semester. Penilaian yang diberikan oleh
pelajar adalah satu nilai yang paling berharga dan perlu diberikan perhatian. Beberapa
penambahbaikan dalam P&P telah saya laksanakan berdasarkan komen yang
diberikan oleh pelajar yang lepas. Manakala, keberkesanan penambahbaikan yang
dilakukan

dapat

dinilai

semula

oleh

pelajar

baru.

Kesannya,

saya

dapat

memperkemaskan lagi mutu sedia ada seperti perbincangan di bawah.

Masih terdapat aspek yang perlu ditingkatkan


walaupun penambahbaikan telah dilakukan.
Komen Subjektif:
i.

Aktiviti yang dijalankan tidak sesuai dengan pelajar

ii.

Pensyarah mempunyai unsur humur yang baik. Seronok.

13

Perlu dibuat
refleksi
semula

No. Kad Pengenalan


iii.

660610-04-5243

Great Job. Sangat bermotivasi dan bersungguh-sungguh.

Dalam menangani masalah ini, saya berfikiran terbuka dan cuba menganalisis
semula aktiviti yang dijalankan. Pada masa yang sama, saya perlu membuka minda
pemikiran pelajar KPLI saya yang masih belum memahami keperluan mendedahkan
aktiviti tersebut. Perseiaan mental perlu ditanam dalam diri mereka untuk bersedia
menjadi guru permulaan di sekolah rendah dan berhadapan dengan murid yang lemah
dalam pencapaian. Oleh sebab itu, saya percaya pendapat negatif yang diutarakan
boleh dibangunkan sebagai satu kekuatan untuk membentuk pembelajaran bermakna.

4.4.3 Penilaian Prestasi Institusi [Key Performance Indicator (KPI) ]


Penilaian terhadap institusi juga akan dilaksanakan oleh kerajaan. Sesungguhnya
perlaksanaan KPI dialu-alukan memandangkan selama ini prestasi kerja guru kurang
dipantau secara spesifik. Transformasi dalam sistem Penilaian Prestasi Intitusi ini
bukan semata-mata pembaharuan tetapi juga perubahan. Saya sentiasa berusaha
untuk mencapai sasaran KPI bagi melonjak kecemerlangan institusi pendidikan negara
ke persada dunia seperti yang digariskan dalam PIPP 2006-2010.

4.5

Pengukuran dan Penambahbaikan dalam P&P

Pemantauan, pentaksiran dan penilaian adalah tiga mekanisma jaminan kualiti bagi
pengajaran

seorang

guru.

Menyedari

akan

kepentingan

proses

pengukuran,

penambahbaikan dan tindakan susulan dalam P&P, saya melaksanakan pengukuran


dan penambahbaikan mengikut prosedur MS-ISO 2008 dan seterusnya memenuhi
garis panduan menjalankan pengukuran dan penilaian seperti yang disarankan oleh
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi sesuatu program yang dijalankan di IPGM.

14

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

Semasa proses P&P, saya mempelbagaikan strategi pemantauan dan


pentaksiran yang berterusan untuk menilai kemajuan pelajar sepertimana yang telah
ditetapkan dalam sukatan pelajaran. Tindakan serta-merta saya ambil untuk
meningkatkan prestasi pelajar yang lemah bagi sesuatu topik seperti maklumbalas
dengan segera kepada pelajar untuk membantu mereka membuat penilaian kendiri;
mengesan kesukaran yang dialami oleh pelajar dalam sesuatu topik seterusnya
menyelesaikan kesukaran tersebut dan memperkayakan pengalaman sedia ada
mereka. Saya turut menggunakan maklumbalas pemantauan, pentaksiran dan
penilaian bagi menambahbaik amalan pengajaran. Pengukuran dan penambahbaikan
yang saya laksanakan dalam P&P direkodkan secara sistematik mengikut prosedur
kerja MS-ISO 2008. Saya membuat penulisan Rancangan Pengajaran Harian,
Rancangan Pengajaran Semester serta mencatatkan markah kemajuan pelajar dalam
setiap sesi pengujian dan penilaian dalam prosedur Kerja LAM-PT-09. Tindakan
Susulan dan Penambahbaikan juga telah dilaksanakan mengikut prosedur MS ISO
9001:2000 untuk menambahbaik pengajaran. Atas kapasiti sebagai pensyarah, saya
turut mengimplimentasikan Standard Guru Malaysia yang dikeluarkan oleh BPG yang
merupakan mekanisma Jaminan Kualiti bagi guru permulaan yang saya latih.

Standard 2 yang memfokuskan kepada Pengetahuan dan Kefahaman, menjadi


landasan kepada saya untuk mengaplikasikan dan seterusnya menjadi contoh kepada
pelajar saya bagaimasa sesuatu instrument pengukuran dan penilaian boleh
dilaksanakan dalam bilik darjah. Tambahan pula ini diperkukuhkan lagi dengan
Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran. Disebabkan saya terlibat dalam
melatih seorang guru permulaan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk
mempraktik dan mengimplimentasikan kemahiran P&P seperti yang digariskan dalam
Standard 3 ini. Melalui cara ini, secara tidak langsung pelajar saya mengetahui
15

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

bagaimana elemen-elemen pengajaran berkesan diaplikasikan dalam bilik darjah.


Penambahbaikan yang diketengahkan melalui Standard Guru Malaysia ini tidak hanya
terbatas kepada guru permulaan yang saya latih, sebaliknya sebagai role model
kepada pelajar, seharusnya saya turut meningkatkan kompetensi Amalan Nilai
Profesionalisme di samping pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran P&P seperti
yang termaktub dalam Rajah 3: Model Standard Guru Malaysia.

Rajah 3 : Model Standard Guru Malaysia


5.0

Cadangan

Pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, adalah


pemangkin kepada transformasi dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah
melahirkan modal insan yang cemerlang
Tan Sri Muhyidin Yasin, Hari Guru 2009

Arus perkembangan semasa menuntut kepada perubahan positif para guru bagi
merealisasikan proses pembentukan dan pengembangan potensi diri para pelajar. Bagi
tujuan tersebut penelitian terhadap elemen-elemen pengajaran berkesan khususnya
dalam bilik darjah menjadi asas pertimbangan ke arah pencapaian kecemerlangan
akademikdalam pembentukan modal Insan berminda kelas pertama. Dalam usaha
meningkatkan keberkesanan P&P, guru perlu mempunyai kebolehan untuk membuat
perancangan, pelaksanaan, pentaksiran dan penilaian P&P, pengurusan bilik darjah
dan aktiviti

kokurikulum. Namun pengajaran yang

berkesan bukan sekadar

menghasilkan pelajar yang celik akademiknya tetapi juga guru melahirkan modal insan
16

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

yang merupakan harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjak nilai inteleknya
serta diperbanyak modal budayanya. (Standard Guru Malaysia,2009). Justeru, bagi
meneruskan kesinambungan warisan kecemerlangan pendidik guru ini, sewajarnya
setiap guru diwajibkan untuk melaksanakan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
melalui penulisan reflektif dan kajian tindakan Sesungguhnya guru sebagai
penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk
membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan
kefahaman mereka tentang amalan reflektif itu serta situasi di mana amalan reflektif itu
dilakukan (Jamil Ahmad, 2002) akan menghasilkan P&P berkualiti.

Pengajaran berkesan sebenarnya banyak bergantung kepada kualiti diri


seorang guru. Maka, dicadangkan agar lebih banyak Latihan Pembangunan Staf
serta

kursus-kursus

pedagogi

terkini

diberikan

guru-guru

sepanjang

tempoh

perkhidmatan mereka. Ini dalam usaha melonjak kualiti guru, indikator yang perlu diberi
perhatian adalah kebolehan guru menterjemahkan ilmu pengetahuan practitioner
(pengetahuan tentang subjek, tahap pencapaian murid, kesesuaian startegi P&P) dan
ilmu pengetahuan profesional (analisa proses pembelajaran, rekabentuk sistem
penilaian pelajar dengan cara mengaplikasikan pengetahuan berasaskan kajian)
(Hiebert, et al. 2002). Justeru Latihan Dalam Perkhidmatan, Seminar dan Forum akan
membantu guru meningkatkan kualiti diri guru tersebut. Usaha BPG melahirkan
Standard Guru Malaysia sebagai satu garis panduan kompetensi professional yang
patut dicapai oleh setiap guru perlu disusuli dengan satu sistem pemantauan
berterusan terhadap semua guru permulaan yang dihasilkan ke dalam sistem
pendidikan sekurang-kurangnya satu tahun pertama dalam perkhidmatan. Standard
yang sama juga dapat diguna pakai kepada pendidik guru sebagai Key Performance
Indicator (KPI).
17

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

IPGM juga perlu membentuk satu Jaringan Seprofession dalam kalangan


pensyarah IPGM dan guru permulaan yang baru memulakan tugas pertama di sekolah
sebagai satu usaha bimbingan berterusan, saluran perkongsian pintar serta
percambahan idea antara guru permulaan dengan pensyarah-pensyarah di IPGM,
Jemaah Nazir dan Jabatan Pendidikan Negeri. Secara tidak langsung, ia membentuk
satu jaringan yang kukuh ke arah keberkesanan P&P dalam bilik darjah yang
seterusnya merealisasikan wawasan pendidikan. Usaha ini akhirnya akan membentuk
satu kolaborasi antara pensyarah, guru lepasan IPGM dan IPT Awam yang
menawarkan program Keguruan dengan institusi pendidikan luar negara. Perkongsian
pintar ini pastinya akan meningkatkan lagi keberkesanan P&P melalui usahasama dan
benchmarking yang dijalankan.

6.0

PENUTUP
Guru Pembina Negara bangsa, Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa, Demi agama dan nusa tercinta
Lirik Lagu Tema Hari Guru 2009

Cabaran terbesar bagi seorang guru kini adalah untuk merealisasikan hasrat
Membina Negara Bangsa. Justeru, guru perlu meningkatkan kualiti diri agar P&P
yang

dilaksanakan

berkesan.

Pengajaran

berkesan

memerlukan

guru

yang

berkenbolehan untuk mengaplikasikan ganjaran dan hukuman bersesuaian mengikut


tahap murid;

mampu mengaplikasikan kepelbagaian kaedah, strategi dan teknik

pengajaran dengan berkesan dan impak akhir murid cemerlang dalm akademik dan
sahsiahnya dan guru perlu mempunyai perancangan strategik dengan melaksanakan
analisis SWOT atau Blue Ocean Strategy bagi mempertingkatkan keberkesanan P&P.
Disamping itu, peningkatan kualiti pengajaran sangat memerlukan kajian, maka guru
digalakan untuk melaksanakan Penyelidikan Tindakan, Refleksi Kendiri dan seterusnya
18

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

melaksanakan inovasi dalam P&P. Pengajaran yang berkesan sangat bergantung


kepada ketinggian tahap penguasaan ilmu dan kepakaran penggunaan kepelbagaian
sumber oleh guru mengikut tahap kebolehan serta gaya belajar murid. Guru berkesan
adalah adalah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan serta kritis dan kreatif.
Bibliografi:
Abdul Shukor Abdullah, 1999, Perutusan Hari Guru 1999, KPM, Kuala Lumpur.
Alimuddin Bin Mohd Dom. 2008. Perutusan Hari Guru 2008 di Perayaan Hari Guru
Kebangsaan, Kuala Lumpur.
Alimuddin Bin Mohd Dom. 2009. Perutusan Hari Guru 2009 di Perayaan Hari Guru
Kebangsaan, Kuala Lumpur.
Anna Craft. 2000, Creativity AcrossThe Primary Curriculum, Routledge Group : London.
Bahagian Pendidikan Guru, KPM, 2009, Standard Guru Malaysia, Selangor
Gardner, H,1999, Multiple intelligences for the 21st century, New York : Sage.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008, Modal Insan Cemerlang: minda Kelas Pertama
Lea, C.2003. Embedding Learning Technologies. Australian Capital Territory
Mohd Azhar Abd. Hamid. 2001. Kritis dan Kreatif. Johor: UTM.
Muhyidin Yasin, 2009, Perutusan Hari Guru 2009, KPM, Kuala Lumpur
Muhyidin Yasin, 2009, Menteri Pelajaran Malaysia, di Perutusan Hari Guru 2009 Kuala
Lumpur
Musa Mohamad, 2002, Menteri Pelajaran Malaysia, di Perutusan Hari Guru 2002,
Kuala Lumpur
Mohd Nazri Abdul Rahman & Salina Abdullah Sangguro, 2007, Jurnal BTP jld 7: The
Apperentice: P&P Ekonomi STPM, BTP Sabah.
Mohd Nazri Abdul Rahman & Salina Abdullah Sangguro, 2006, Jurnal ILMIAH SPA jld
1: MyCard: Pengajaran Berlajar Sambil Bermain, JPN Sabah.
Syarifah Alawiah Asagof, 1984, Falsafah Pendidikan, Heinemann Asia, Kuala
Lumpur.
Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3/1987. Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran
19

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

Wan Zahid Mohd Noordin.1993. Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian, KL: Nurin
Enterprise. http://www.csus.edu/indiv/m/mackj/chem1a/lecture.html dimuat turun
pada 23 Oktober 2009.
Huitt.W.&Hummel.J.2003.CognitiveDevelopment.
Learning Pyramid, http://studyprof.com/blog/2008/05/08/the-learning-pyramid/
dimuat turun pada 23 Oktober 2009

20

Anda mungkin juga menyukai