Anda di halaman 1dari 2

Anjakan Pendidikan

gelombang pertama: pelaksanaan pelan tersebut mulai 2013 hingga 2015 adalah peningkatan dalam kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah serta mutu kepimpinan sekolah. gelombang kedua: mulai tahun 2016 hingga 2020 akan menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerjaya baru. bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia. gelombang ketiga : mulai 2021 hingga 2025, semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. *Kementerian Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan satu sistem pendidikan
negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. *pelan itu juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Dalam merangka pelan ini, sebanyak sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi," katanya. *Sembilan bidang keutamaan tersebut adalah: 1. Memartabatkan profesion perguruan; 2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah; 3. Meningkatkan kualiti sekolah; 4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran; 5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa; 6. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan; 7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja; 8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber dan 9. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.

Jelas Muhyiddin, berdasarkan sembilan bidang keutamaan tersebut, kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh rakyat. Sebelas anjakan tersebut adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa; 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai; 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan; 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah; 6. Mengupaya jabatan pelajaran negeri (JPN), pejabat pelajaran daerah (PPD) dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan; 7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia; 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan; 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas; 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit dan 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. Dalam pembentangannya, Muhyiddin berkata, pelan itu dihasilkan menerusi *kajian semula secara menyeluruh yang dimulakan Kementerian Pelajaran pada Oktober 2011.* Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120912/dn_01/Anjakansistem-pendidikan#ixzz2LCprwseJ Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai