Anda di halaman 1dari 28

SENI BINA ISLAM

MOHD ADIB SHUJAA AHMAD

SENI BINA ISLAM

PENDAHULUAN

Seni bina bermaksud bangunan yang dicorakkan oleh seseorang yang tahu
dalam selok belok pembinaan dan pertukangan (Suhaimi Mustafa, 1991:
31.)
Pembinaan bangunan berkait rapat dengan kecekapan merancang sesuatu
bandar dan merupakan salah satu ciri tamadun sesebuah masyarakat.
Sejarah telah mengiktiraf tentang kehebatan seni bina Islam yang tidak ada
tolok bandingnya. Kehebatan ini merupakan suatu bukti mengenai
ketinggian tamadun baik dari sudut fizikal mahupun spiritual.
Selain faktor tauhid, ketinggian nilai dalam seni bina Islam ialah dari segi
ketepatan mengikut ukuran tertentu, bentuk susunannya, pengisian ruang
yang dihiasi bersama-sama teknik motif serta komposisinya (Amini Amir
Abdullah, 1997: 157.)
Justru itu berbagai-bagai faktor perlu diambil kira ketika membangun
sesuatu binaan. Misalnya siapakah yang akan menempati, bagaimana
status sosialnya, berapa banyak tamunya dan lain-lain perkara, kerana seni
bina merupakan karya berbentuk tiga dimensi yang perlu kelihatan indah
dilihat dari pelbagai sudut.

CIRI-CIRI UTAMA SENI BINA


ISLAM
Mementingkan unsur pengaliran cahaya dan
udara
Seni khat/kaligrafi sebagai hiasan
Memisahkan ruang lelaki dan perempuan
Mengambil kira faktor keadaan dan iklim
Mementingkan segi keselamatan
Harmonis
Mementingkan kesederhanaan
Praktikal

JENIS-JENIS SENI BINA ISLAM


Menurut Ghazali Darusalam menyatakan, bahawa
seni bina Islam sebenarnya ada tiga jenis (2001 :
252)
Bangunan Awam (Imarah Madaniyah) dalam
perancangan bandar, bangunan dan pertamanan.
Bangunan keagamaan (Imarah Diniyah) seperti
masjid.
Bangunan ketenteraan (Imarah Harbiyah) seperti
pembinaan benteng-benteng, kubu-kubu dan
menara pertahanan

Seni Bina Masjid


Kreativiti umat Islam dalam bidang ini telah
berjaya memukau dunia dengan keindahan yang
tiada tolok bandingnya. Di antara contoh-contoh
bentuk seni bina Islam yang dapat ditatap
hingga ke hari ini ialah Masjid.
Berbicara tentang seni bina Islam, sejarah telah
membuktikan bahawa masjid adalah asas
bermula seni terse but. Contohnya, Masjid Quba

Masjid Biru - Turki

Asas-asas Susun Atur


Seni Bina Masjid
a.Ruang Solat/dewan sembahyang

Menara Masjid

Kubah Masjid

Mihrab

Mihrab

Mimbar

Mimbar

Fungsi Masjid Zaman Rasulullah


(s.a.w.)
Tempat Rasulullah s.a.w. menerima wahyu
Tempat menunaikan ibadah solat
Tempat menyampaikan segala maklumat dan
menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung
dengan kemasyarakatan.
Dijadikan Baitulmal untuk menyimpan sumber
kewangan, misalnya zakat.
Tempat merawat sahabat-sahabat yang cedera dalam
peperangan.
Tempat menjalankan aktiviti pendidikan.
Tempat menjalankan pentadbiran negara
Tempat membicarakan kes-kes serta menjatuhkan
hukuman

Bentuk-bentuk Seni Bina Masjid


Bentuk Hypostyle hall dan open courtyard

Bentuk Hypostyle hall


Dibina dengan menggunakan batu bata
yang dibuat dari tanah liat sebagai asas
binaan.

Bentuk empat Iwan, terdapat di


Iran dan Asia Tengah

Bentuk Triple Dome di Indo


Pakistan

Berkubah besar di bahagian tengah


masjid seperti di Turki

Pavillions dalam taman yang


berpagar di negara Cina

Bentuk berbumbung piramid di Asia


Tenggara

Seni Bina Istana

Pembangunan fizikal yang melibatkan seni bina Islam


terus berkembang dari semasa ke semasa dengan silih
bergantinya khalifah dalam sistem pemerintahan Islam.
Kedudukan istana adalah terletak di tengah-tengah
pusat pentadbiran dan bangunan askar persendirian. Ia
berfungsi sebagai simbol kekuasaan, pemerintahan,
kebanggaan dan keagungan.
Biasanya ia berbentuk segi empat tepat dengan
dikelilingi oleh dinding-dinding yang tinggi. Sesetengah
istana mempunyai menara yang berbentuk bulat
memagarinya. Misalnya, istana Mshatta yang dibina kirakira tahun 743 merupakan struktur seni bina Umayyah.

Contoh lain yang berkaitan dengan seni bina istana ialah


pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah, di tengahtengah kota Baghdad terdapat Dar al-Khalifah iaitu suatu
kawasan eksklusif yang besar dan indah. Di dalamnya
terdapat istana khalifah Abu Ja'afar aI-Mansur yang
berbentuk dua tingkat. Tingkat atas terdapat sebuah
ruangan luas, digunakan untuk khalifah bermesyuarat
dengan pembesar-pembesar kerajaan sedangkan di
tingkat bawah pula terdapat ruang-ruang tamu. Istana ini
mempunyai kubah hijau setinggi 40 meter tingginya dari
permukaan tanah. Pada puncaknya berdiri arca seorang
pahlawan berkuda sedang menghayunkan lembing yang
dibuat daripada perunggu dan boleh berputar-putar
( Mahayudin Hj Yahaya, 2003: 468).

Baitul Hikmah

Institusi Pendidikan
Selain Istana, institusi-institusi pendidikan juga
merupakan peninggalan bersejarah dalam seni bina
Islam. Pendidikan Islam di peringkat awal memang
dijalankan di masjid-masjid tetapi lama kelamaan
madrasah di bangun dalam bentuk tersendiri sesuai
dengan keadaan dan fungsinya.
Atas inisiatif bangsa Saljuk, pada akhir abad 5H (11 M)
beberapa buah sekolah pada mas a itu dibina untuk
tujuan menyebarkan Mazhab Sunni. Sekolah ini
mempunyai halaman dan dilengkapi dengan empat buah
bilik yang besar (Diwan alQiblat). Ia juga dilengkapi
dengan:

Asrama para pelajar


Tempat minum
Tempat wudhu
Kolam minum untuk ternakan

Anda mungkin juga menyukai