Anda di halaman 1dari 14

TAJUK 1 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI VISUAL

1. SENI VISUAL 1.1 Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid diajar untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek keindahan mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid akan dapat memahami mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa. HASIL PEMBELAJARAN 1. Membuat huraian tentang Asas Seni Reka serta mengenali bidang- bidang kegiatan Seni Visual. 2. Menggunakan kemahiran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri untuk kecemerlangan diri yang berterusan. 1.2 Pengenalan kepada asas Seni Reka Topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam Asas Seni Reka. 1.2.1 Unsur Seni Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual: 1.2.1.1 i. Garisan

Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang

dan gerakan dalam seni visual. ii. Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi. Garisan merupakan cantuman satu siri titik Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar Melalui garisan kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti; Teknik koyakan,Teknik tampalan , Teknik kolaj, Teknik gosokan, Teknik cetakan Teknik capan

iii. iv.

v.

Rajah 1 : Garisan 1.2.1.2 Rupa Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan mengelilinginya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua: i. Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kun, kubus, selinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain.Secara lumrahnya, rupa geometri dihasilkan berbantukan alat geometri.

ii.

Rajah 2: Rupa

1.2.1.3

Bentuk Mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk terdiri dari dua jenis; i. Bentuk ilusi (maya) Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, illustrasi dan lukisan . Bentuk ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia hanya permukaan datar dalam bentuk dua dimensi.

Rajah 3: Bentuk Ilusi

ii.

Bentuk konkrit Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian, bangunan, manusia dan lain-lain lagi.

1.2.1.4

Jalinan

Merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis: i. Jalinan tampak Jalinan dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdir daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalianan secara sentuhan.

Rajah 4: Jalinan Tampak

ii.

Jalinan sentuh Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, dinding, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain.

Rajah 5: Jalinan Sentuh 1.2.1.5 Ruang Merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan

antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi di atas atau sebagainya. Dalam aktiviti menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

Rajah 6: Ruang 1.2.1.6 Warna Pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Rajah 7 : Roda Warna

1.3

Pengenalan Kepada Asas Seni Reka Prinsip-Prinsip Rekaan 1.3.1 Harmoni Kesan ini wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej. Gabungan ini akan menimbulkan keadaan yang selesa, aman dan tenang.

Rajah 8: Harmoni

1.3.2 Kontra Keadaan ini berlaku apabila salah satu daripada unsurunsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama lain. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan). Kontra boleh dikaitkan dengan rupa, garisan, bentuk dan warna.

Rajah 9 : Kontra 1.3.3 Penegasan Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih menarik. Penegasan diwujudkan untuk menimbulkan kesan kelainan.

Rajah 10 : Penegasan 1.3.4 Imbangan Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah. Secara umumnya imbangan adalah agihan ruang dalam sesuatu hasil karya.

Rajah 11 : Imbangan 1.3.5 Pergerakan Wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi. Pergerakan boleh ditampilkan melalui jalinan, rupa dan ruang.

Rajah 12 : Pergerakan 1.3.6 Kepelbagaian Merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian.

Rajah 13: Kepelbagaian 1.3.7 Kesatuan Suatu olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan keseragaman atau kesatuan.

Rajah 14 : Kesatuan

1.4

Pengenalan Kepada Bidang Seni Visual Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang: 1.4.1 Melukis dan Membuat Gambar Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang,struktur,imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri, membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.

Rajah 15: Kolaj 1.4.2 Membuat Rekaan dan Corak Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada: i. Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan

ii. iii. iv.

Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris

1.4.2.1 Jenis Susunan Corak i. Penuh ii. Turun satu suku iii. Turun tiga suku iv. Turun separa v. Sisik ikan vi. Selang seli vii. Tampak dam dan tampak catur viii. Siku keluang ix. Pucuk rebung x. Orgee xi. Batu bata xii. Tunggal xiii. Berpusat xiv. Sendeng xv. Berombak xvi. Jidar xvii. Berjalut xviii.Cerminan 1.4.2.2 Teknik Corak i. Corak terancang Lukisan Catan Cetakan Capan Lipatan dan Guntingan Resis Kolaj Kaligrafi

Rajah 16: Resis

ii. Corak tidak terancang Titisan Renjisan Ikatan dan celupan Tiupan Pualaman Lipatan Tarikan

Rajah 17: Pualaman

Rajah 18: Ikat dan Celup 1.4.3 Membentuk dan Membuat binaan Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan. 1.4.3.1 Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah:

i. Arca timbul ii.Arca asemblaj iii.Arca bergerak iv.Arca stabil v.Model vi.Diorama vii.Boneka viii.Topeng ix.Origami

Rajah 19: Topeng 1.4.3.2 Tema dan Subjek Alam semulajadi Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis iii. Aliran dan tema sejagat iv. Keperluan dan pengalaman harian i. ii. 1.4.4 Kraf Tradisional Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwaris turun-temurun mengikut kaum masing-masing. 1.4.4.1 Jenis - jenis Kraf Tradisional i. Alat domestik ii. Alat permainan iii. Alat mempertahankan diri iv. Alat Perhiasan Diri v. Batik vi. Seni tekat vii. Tembikar viii.Anyaman ix. Tenunan

Rajah 20 : Batik Tulis

Rajah 21: Anyaman

Rajah 22: Seni Tekat

Rajah 23 : Gasing

Rajah 24 : Tembikar

Rajah 25: Tenunan

Anda mungkin juga menyukai