Anda di halaman 1dari 4

NKRA National Key Result Area The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency

y of its delivery system The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians Our real work will begin as we make the transformation of government services happen Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Sub-NKRA 2 adalah Literasi dan Numerasi. NKRA adalah perluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan agar setiap kanak-kanak dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum ataupun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994). Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-model kurikulum di Malaysia. Sebagai tapak permulaan, banyak kekurangan serta

penambahbaikan yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, ia menjadi asas kepada permulaan kurikulum sehingga terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang juga dikenali sebagai KBSR pada tahun 1983. Pada tahun 2011, berlaku lagi satu perubahan dalam kurikulum matematik iaitu terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Banyak faktor yang mempengaruhi berlakunya rombakan serta perubahan dalam sistem pendidikan. Paling utama ialah faktor falsafah pendidikan. Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KSSR adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Berdasarkan Kamaruddin Haji Husin (1994), antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam KBSR pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada ialah sukatan

aspek kesepaduan dan

keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan dan penyerapan sentiasa dititik beratkan. Selain itu, penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Kehendak masyarakat juga menjadi faktor kepada perubahan kurikulum, ini kerana masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Oleh itu, kajian secara mendalam perlu dilakukan sebelum apa-apa perubahan dilaksanakan. Faktor politik mendorong perubahan kurikulum di Malaysia. Ini jelas dibuktikan apabila bertukarnya tampuk kepimpinan negara, maka akan berlakulah perubahan kurikulum dan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Di samping itu, faktor pembangunan dan perkembangan dunia juga memberi dorongan perubahan kurikulum. Ini kerana negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi.

BAGAIMANAKAH STRATEGI INI DAPAT DILAKSANAKAN? Berdasarkan pihak yang telah dinyatakan tadi, masing-masing mempunyai strategi tersendiri untuk dilaksanakan bagi menjayakan program literasi dan numerasi ini. Di bawah ini dinyatakan secara terperinci mengenai tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh dan ke atas pihak-pihak tersebut. 1.1 Pentadbir Sekolah

Bagi memastikan kejayaan program, di bawah adalah beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh pihak pentadbir sekolah. 1.1.1 Menyediakan budaya dan persekitaran sekolah Pihak pentadbir sekolah

seharusnya mewujudkan komuniti professional dan memahami visi sekolah. Guru besar perlu memastikan bahawa guru-guru memahami tanggungjawab masing-masing dan mempunyai kemahiran dan ilmu mereka untuk mengajar literasi dan numerasi. Ada juga pihak pentadbir mengambil inisiatif untuk memberikan sedikit program pendidikan kepada ibu bapa. 1.1.2 Amalan pengajaran Amalan pengajaran guru akan dipandu oleh Guru Besar. Guru

Besar juga akan menyediakan struktur dan sumber yang akan menyokong literasi, numerasi, kurikulum, pembelajaran, pengajaran dan penilaian. 1.1.3 Menyediakan peruntukan sumber yang strategik Guru Besar hendaklah

menganalisa keadaan sekolah dengan cara mengenalpasti keperluan guru dan murid serta memberi sokongan penuh untuk program ini. Sumber manusia merupakan sumber terpenting dan sokongan berbentuk moral juga sangat diperlukan. 1.2 Guru Sumber yang paling penting untuk menjayakan program ini adalah guru itu sendiri kerana merekalah pelaksana kurikulum sekolah. Berikut adalah strategi-strategi yang perlu dilaksanakan oleh guru: 1.2.1 Pembelajaran professional guru diberi kursus mengenai strategi-strategi yang

berkesan dala;m pengajaran literasi dan numerasi merentas kurikulum. Di samping itu, pendedahan terhadap teknologi-teknologi baru yang dapat membantu guru di dalam kelas juga diberikan. Guru-guru digalakkan untuk berkongsi ilmu dan kemahiran. 1.2.2 Pelaporan data Guru-guru diminta untuk merekodkan data pencapaian murid

secara kuantitatif dan kualitatif untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru Besar juga dapat membuat pemantauan terhadap perkembangan murid bagi keduadua aspek iaitu literasi dan numerasi. Refleksi pengajaran dilihat antara aktiviti yang sangat penting bagi membantu guru menilai kembali pengajaran mereka dan memperbaiki kelemahan. 1.2.3 Pendekatan berasaskan penyelidikan Guru-guru digalakkan untuk membuat kajian

tindakan bagi memperbaiki pengajaran mereka. Ini akan memudahkan guru-guru berkongsi

amalan pengajaran yang berkesan. Ada juga sesetengah kelompok guru bekerjasama dengan pihak universiti untuk menyokong projek penyelidikan terhadap murid. 1.3 Murid Bagi memenuhi keperluan dan keupayaan murid yang pelbagai, strategi-strategi tersebut hendaklah dilaksanakan: 1.3.1 Kepelbagaian keperluan Murid-murid yang telah dikenal pasti keperluannya akan

dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut perbezaan kurikulum dan kelas pengkhususan. 1.3.2 Kumpulan sasaran Penekanan terhadap literasi dan numerasi diberi kepada

setiap individu. Bagi melihat pencapaian mereka, struktur penilaian juga menjadi aspek yang sangat penting. Setiap individu hendaklah dikembangkan potensi individunya ke tahap maksimum. 1.3.3 Transisi Strategi berkesan hendaklah dilaksanakan bagi menyokong peralihan

murid dari rumah ke sekolah. Komunikasi yang jelas, perkongsian maklumat dan strategi literasi dan numerasi sangat membantu murid menghadapi situasi ini

Anda mungkin juga menyukai