Anda di halaman 1dari 2

adakah anda Rasa masalah pelajar merokok ini bermula daripada kurang didikan daripada keluarga

sehinggakan mereka bebas untuk melakukan masalah merokok di sekolah.

Terlebih dahulu saye ingin ucapkan ribuant terima kasih kerana sudi menjemput saya sebagai penal ibu
bapa.

Saya selaku pengerusi bagi kelab PIBG sekolah anak saya.


Memandang serius berkaitan isu yang dibincangkan pada hari ini berkaitan isu merokok.

Berdasarkan soalaan yang diberikan oleh encik moderator, saya sebenarnye tidak dapat menyangkal
seratus peratus kerana ianya pendapat yang berbeza dari setiap ibu bapa itu sendiri.

Tapi menbil pendapat saya, saya bersetujuk bahawa kurang didikan daripada ibu bapa adalah salah satu
penyebab yang boleh menyebabkan sebenarnye saye setuju kerana bagi saya.

Ibu bapa pelajar dalam kajian ini juga dilihat jarang berada di rumah dan sering sibuk
dengan kerja. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak bosan untuk berada di
rumah. Mereka akan lebih gemar untuk bersama dengan rakan-rakan mereka bagi
mengisi kekosongan. Keberangkalian untuk mereka melakukan perkara-perkara yang
tidak elok boleh wujud kerana kurangnya pengawasan dari ibu bapa. Pendapat
penyelidik ini selari dengan Arieff dan Wardah (2006) yang menjelaskan ibu bapa
yang sibuk dengan kerja boleh menyebabkan hubungan antara anak dengan ibu bapa
renggang. Apabila anak-anak pulang dari sekolah, ibu bapa tiada di rumah. Oleh itu,
remaja lebih suka menghabiskan masa bersama rakanrakan sebelum pulang ke rumah.
Apabila ibu bapa jarang berada di rumah, keadaan ini akan menyebabkan kurangnya
komunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak mereka tentang keperluan dan masalah
yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Walaupun dapatan kajian menunjukkan aspek
ini berada ditahap yang sederhana, penyelidik berpendapat hubungan interaksi yang
lemah antara ibu bapa dan anak akan menyebabkan remaja hilang tempat mengadu
dan bergantung. Remaja akan merasakan ibu bapa tidak mengambil berat tentang
keperluan mereka terutamanya dari segi psikologikal. Dapatan kajian di sokong oleh
kajian Barnes dan Olson (1985) yang mendapati komunikasi yang baik antara ibu
bapa dan remaja akan menyebabkan hubungan keluarga semakin rapat, wujud kasih
sayang dan proses penyelesaian masalah akan berlaku dengan mudah. Jackson, et al.
(1998) juga menjelaskan komunikasi yang ti

terdapat juga keadaan ibu bapa yang kurang menitikberatkan aspek-aspek tertentu di
dalam mendidik anak-anak mereka. Misalnya, ibu bapa dikatakan tegas dalam
memberikan hukuman kepada anak-anak mereka. Walaupun aspek ini berada di tahap
yang rendah, penyelidik berpendapat, remaja akan bertindak negatif jika disiplin ibu
bapa ketat. Ini kerana ibu bapa yang lebih bersifat autokratik akan menjadikan jiwa
remaja memberontak. Pendapat penyelidik ini disokong oleh Zainal dan Sharani
(2004) yang menjelaskan kesan daripada kaedah pengawalan autokratik akan
menghasilkan gabungan antara pemberontakan dan pergantungan. Kajian Bronstein
(1994) juga menunjukkan ibu bapa yang mesra dan menyokong akan memberi kesan
terhadap tingkah laku positif di kalangan anak-anak, manakala jenis ibu bapa yang
suka menghukum akan memberi kesan terhadap tingkah laku negatif di kalangan
anak-anak.
Pengaruh keluarga dalam menentukan tingkah laku merokok telah menarik minat ramai pengkaji-
pengkaji isu sosial. Terdapat banyak kajian yang menyatakan hubungan antara tingkah laku merokok
dengan faktor keluarga. Kajian mendapati tingkah laku merokok di kalangan adik beradik yang lebih
tua mendorong remaja untuk turut sama merokok. Sebagai agen sosialisasi utama, tingkah laku ahli
keluarga terutamanya ibu bapa menjadi contoh dan ikutan oleh anak-anak. Ibu atau bapa yang merokok
memberi gambaran awal kepada anak-anak bahawa tingkah laku tersebut adalah sebahagian daripada
norma yang biasa dan boleh diterima (acceptable) dalam keluarga. Apabila tingkah laku tersebut dilihat
sebagai norma dan kebiasaan, maka anak-anak akan menjadi lebih cenderung untuk turut serta.

Jika tingkah laku merokok oleh ahli keluarga menjadi ikutan oleh remaja kerana kebiasaan melihat
tingkah laku tersebut seharian, pengaruh rakan-rakan pula lebih menjurus kepada tekanan. Walaupun
tidak dipaksa secara langsung oleh rakan-rakan untuk merokok, remaja sebenarnya berasa terpengaruh
untuk turut merokok sekiranya rakan-rakan di sekeliling mereka adalah perokok. Dalam hal ini, remaja
merokok disebabkan mereka mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan dan untuk mengelakkan
mereka daripada tersisih. Dengan turut sama merokok, remaja memperolehi pengesahan sosial dan
interaksi sesama rakan sekumpulan.

anda selaku Ibu , jika anak anda didapati bersalah dalam masalah merokok di dalam kawasan larangan
di sekolah apakah yang anda lakukan kepada anak anda

Oleh itu ibu bapa adalah kaunselor terbaik kepada anak-anak yang merokok. Jangan
dibiarkan sahaja mereka dengan tabiat ini. Kata orang sayang isteri tinggal-
tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Ibu bapa perlu menggunakan pendekatan
yang tidak terlalu tegas dan tidak pula terlalu lembut. Anak-anak ini jangan diberikan
bunga sahaja, atau hanya diberi rotan sahaja. Tetapi gunakan kedua-duanya,
insyaallah akan berkesan pada jiwa mereka.

Anda mungkin juga menyukai